Descargar la aplicación
17.46% Perceraian Ke-99 / Chapter 160: Tidak Kelihatan Seperti Usianya

Capítulo 160: Tidak Kelihatan Seperti Usianya

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ya, Atuk."

"Datang sini. Atuk ada buat beberapa kajian baru-baru ini. Mari kita bincang tentang perancangan kita esok."

Qin Shuhua kelihatan terkejut. Dia mengebilkan matanya dan bertanya, "Ayah, ayah nak pergi melancong dengan mereka?"

Sebenarnya Su Qianci juga merasakan perkara itu agak janggal. Kapten Li sudah berumur 70 tahun. Walaupun dia tidak kelihatan seperti usianya, Su Qianci terfikir adakah dia masih bertenaga untuk melancong.

Kapten Li merenung Qin Shuhua tajam. "Tak bolehkah ayah pergi?"

Qin Shuhua kelihatan malu. "Bukan itu maksud saya…"

'Kamu tahu apa? Saya bukan ke sana untuk melancong, tapi untuk lakukan sesuatu yang lain,' fikir Kapten Li.

Sebaik memikirkan tentang perkara penting yang ingin dilakukannya, Kapten Li serta-merta menjadi gembira. Dia membawa Su Qianci ke arah sofa sambil tersenyum. Walau bagaimanapun, apabila melihat Tang Mengying berdiri di sebelah sofa itu, Kapten Li berkata dengan berat hati, "Qianqian, mari pergi ke bilik belajar." 

"Okey!" Su Qianci tidak sabar mahu melarikan diri daripada Tang Mengqying dan terus mengikut Kapten Li ke bilik belajar.

Walaupun Kapten Li sudah tua, dia jelas mempunyai banyak pengalaman melancong. Su Qianci langsung tiada bantahan tehadap segala perancangan yang telah diatur olehnya. Apabila mereka turun kembali ke tingkat bawah, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.

"Puan, makan malam dah siap. Puan nak panggil Tuan? Dia ada di kolam."

"Dia dah sampai?"

"Ya. Boleh Puan bawakan air kepada Tuan? Biasanya dia akan dahaga selepas berenang."

"Baiklah." Su Qianci mengambil sebotol air dan berjalan menuju ke kolam.

Keluarga Tang dan keluarga Li telah menjadi kawan dan jiran sejak bertahun lamanya. Walaupun kolam itu kepunyaan keluarga Li, ia terletak di antara rumah keluarga Li dengan keluarga Tang. Kolam sebesar 1000 kaki persegi itu jarang dapat ditemui di bandar Kingstown ini.

Selepas berenang buat seketika, Li Sicheng keluar dari kolam dan mengelap wajahnya dengan tuala. Tiba-tiba satu bayang-bayang melindunginya. Li Sicheng mendongak dan melihat Tang Mengying sedang tersenyum ke arahnya dengan lembut dan menggoda. Wanita itu memakai set pakaian renang yang teramat seksi dan menonjolkan buah dada. Lelaki lain pasti sudah tergoda melihatnya. Tetapi dia ialah Li Sicheng. Selepas insiden di Australia tempoh hari, dia sudah mengubah fikirannya tentang Tang Mengying. Wajahnya yang tegang menjadi semakin dingin. "Apa yang kamu buat di sini?"

Senyuman Tang Mengying tidak berubah ketika dia berkata lembut, "Abang Sicheng, saya nak berenang bersama kamu." Kemudian dia terus terjun ke dalam kolam itu dan berenang. "Abang Sicheng, saya belum mahir gaya kuak lentang yang kamu ajar dulu. Boleh kamu tunjuk sekali lagi?"

"Dulu? Bila?"

Senyuman Tang Mengying terus hilang. Ia pada empat tahun lalu, ketika mereka masih belajar di kolej.

Li Sicheng jelas tidak ingat langsung tentangnya. Dia berenang ke arah tangga lalu berkata dingin, "Kamu boleh belajar sendiri. Saya tak ada masa."

Tang Mengying segera memeluk Li Sicheng dari belakang dan menyandarkan buah dadanya yang besar pada belakang tubuh lelaki itu. "Abang Sicheng, boleh kamu maafkan saya? Saya tak sedar waktu itu. Dan saya janji tak akan buat begitu lagi."

Li Sicheng menolak Tang Mengying dan menjelingnya dingin.


next chapter
Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C160
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión