Descargar la aplicación
47.36% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 62: Ugut

Capítulo 62: Ugut

Inspektor David melangkah keluar daripada Hospital Baru Bukit Semarak. Dia nampak tenang sekali walaupun hatinya dilanda kegusaran. Penyiasatan kes pembunuhan ini merupakan satu tugas yang besar. Dia harus melakukannya dengan berhati-hati. Sesetengah orang ramai yang keluar masuk banggunan hospital itu dapat mengecam wajahnya. Kes pembunuhan ini mendapat liputan luas pihak media dan wajah Inspektor David sering kali terpapar di dada-dada akhbar dan televisyen.

Inspektor David sebenarnya baru sahaja membaca laporan dari pakar forensik yang menjalankan siasatan ke atas mayat Doktor Adam Raufal. Menurut mereka, tiada apa-apa yang dijumpai pada mayat Doktor Adam. Mangsa hanya ditembak dan dijerut lehernya. Tiada kesan-kesan pergelutan atau racun ditemui pada badan mangsa.

Dia menuju ke kawasan pakiran di mana dia meletakkan keretanya. Sejurus sampai, telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat ke arah skrin dan nombor yang terpapar adalah satu nombor yang tidak dikenali. Dia menjawab panggilan itu.

"Helo" ucap Inspektor David.

"Helo. Kau David bukan?" satu suara lelaki yang tidak dikenali kedengaran.

"Ya. Siapa yang bercakap ni?" kali ini Inspektor David pula yang bertanya.

"Itu kau tak perlu tahu. Aku nak kau berhenti buat kerja kau sekarang" suara lelaki itu bertukar serius dan kasar. Tapi nadanya jelas menunjukkan yang dia cemas.

"Apa yang kau nak?" Inspektor David menyoal.

"Hentikan siasatan kau! Hentikan! Hentikannya!"

"Siapa kau untuk mengarahkan aku supaya menghentikan penyiasatan ni?!" tanya Inspektor David. Dia mula bertegas. Dia terkejut apabila mendengar permintaan lelaki itu.

"Hei…. Janganlah mudah melenting… aku bukannya nak buat musuh dengan kau. Kalau kau setuju, aku nak buat satu tawaran kepada kau. Kalau kau hentikan siasatan ini, aku akan beri kau sejumlah wang berjumlah satu juta dolar. Macam mana lumayan tak? Atau kau nak aku naikkan lagi jumlahnya?" kata lelaki itu. Dia cuba membuat tawaran kepada Inspektor David.

"Satu juta ringgit…. Aku tak kenal siapa kau dan aku tak rasa yang kau akan menepati janji kau." Balas Inspektor David.

"Terpulanglah David…. Tapi kau berhak memilih antara penyiasatan ini atau pun nyawa kau…" lelaki itu mengugut.

"Kau jangan ingat aku boleh percaya dengan janji-janji orang macam kau" Inspektor David menekan suaranya.

"David… David… kau masih berdegil ya. Tak apalah, mungkin kau tak sayangkan nyawa kau. Fikir baik-baik David. Fikir. Berhati-hati dengan siapa yang kau tolong…" kata lelaki itu lagi.

"Siapa kau sebenarnya?" Inspektor David bertanya lagi. Namun, soalannya tidak berjawab. Pemanggil misteri itu terus mematikan talian. Inspektor David dengan segera memasuki keretanya. Dia menyandarkan diri, Panggilan telefon itu benar-benar mencabar kewibawaannya. Satu juta ringgit bukan satu jumlah yang sedikit. Namun, dia tidak akan sesekali menggadai prinsipnya dengan wang.

Semangatnya semakin berkobar-kobar untuk menyelesaikan kes ini. Dia tahu pemanggil itu tadi adalah antara orang yang terlibat dalam kes pembunuhan Doktor Adam Raufal.

Telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi. Dia melihat skrin telefon itu. Nama 'Gina' terpapar. Dia pantas menjawab.

"Helo" ucap Inspektor David.

"Helo. Inspektor David. Ini Marina" suara Marina kedengaran lemah. "Ha Gina kenapa? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" tanya Inspektor David.

"Marina hilang" jelas Gina.

"Hilang?" Inspektor David begitu terkejut sekali dengan apa yang diberitahu oleh Gina.

"Ya." Gina menjawab. Suaranya kedengaran lemah sekali.

"Habis kamu di mana sekarang?" tanya Inspektor David.

"Di balai polis Bukit Semarak. Saya berjaya melarikan diri"

"Kamu dengan siapa?"

"Seorang diri je ni"

"Dah buat laporan?"

"Dah"

"Ok. Kamu tunggu di sana. Saya datang ke sana sekarang juga" Inspektor David mematikan talian. Dia membuka enjin keretanya dan memulakan pemanduannya ke Balai Polis Bukit Semarak.

Sejurus sahaja sampai di Balai Polis Bukit Semarak, Inspektor David terus memasuki bangunan. Dari pintu masuk, kelihatan Gina yang sedang duduk di atas kerusi sambil memeluk sebuah beg galas. Inspektor David terus meluru ke arah Gina.

"Gina. Apa yang terjadi?" tanya Inspektor David. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Gina.

"Sesuatu dah terjadi kepada Marina" kata Gina.

"Maksud kamu?" Inspektor David bertanya dengan penuh semangat. Gina menceritakan apa yang berlaku kepada Inspektor David.

"Apa yang dah terjadi sebenarnya ni?" Inspektor David tertanya-tanya sendirian setelah mendengar segala apa yang keluar dari mulut Gina. Dia mengeluh.

"Tak tahulah saya tapi mungkin ini ada sangkut-paut dengan ini…" Gina mengeluarkan surat yang diberi oleh peguam ayahnya itu tadi dia menunjukkannya kepada Inspektor David.

"Mana kamu dapat surat ni?" Inspektor David mengerut keningnya. Dia meneliti isi surat itu.

"Dari kawan kami Alya. Marina meninggalkannya di kedai cenderamata Happy Days semalam selepas dia berjumpa dengan seseorang.

"Seseorang?"

"I don't know who. That's what she told Alya."

"Oh ya satu lagi" kali ini Gina mengeluarkan buku catitan yang dijumpainya di Berchala.

"Apa pula ni?" Inspektor David membelek-belek buku catitan itu.

"Buku catitan Doktor Adam Raufal. Tapi cuba lihat isi kandungannya." Kata Gina. Inspektor David mengerutkan keningnya apabila dia membaca isi kandungan buku catitan itu.

"Ini adalah kes-kes yang sedang disiasat oleh pihak polis"

"Kes apa?"

"Kes kehilangan pekerja-pekerja asing yang datang ke Pasadianka. Tapi yang peliknya, kenapa Doktor Adam simpan semua ini?"

"Mungkin dia tahu serba sedikit tentang perkara ini." Marina mengagak. Inspektor David menarik nafasnya dalam-dalam. Fikirannya ditumpukan kepada keratin-keratan akhbar yang diberi oleh Gina tadi.

"Gina. Ini kes berat. Kita memang sedang berusaha keras membasmi penyeludupan manusia di Utopia dan jika benarlah semua ini memberikan klu kepada kes-kes ini. Pasti surat ini menjadi rebutan ramai pihak. Terutama sekali mereka yang terlibat." Jelas Inspektor David.

"Apa yang kita perlu buat sekarang?" Gina kebingungan.

Soalan Gina tidak pantas dijawab. Inspektor David meneliti surat yang dijumpai di dalam beg kertas yang ditinggalkan oleh Marina di salah sebuah premis di Menara Pelangi. Beg galas Marina yang dijumpai Gina di Brechala juga diperiksa. Wajahnya tiada ekspresi. Namun, fikirannya berfikir mencari kaitannya dengan rantaian kejadian yang berlaku. Kehilangan buruh asing – pembunuhan Doktor Adam Raufal – letupan di PRASASTI – kehilangan Marina. Kejadian-kejadian itu seolah-olah memberi satu petunjuk. Tapi apa? Apa fokusnya jika benar kejadian-kejadian ini mempunyai hubung kait?


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C62
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión