"Bagaimana kau boleh tahu mengenai semua ni Shah?"
"Aku telah menjumpai sebuah kitab lama di pusat gerakan Kentofes di Kota Deluna. Apabila aku membaca dan membuat kajian terperinci mengenainya, aku mendapati yang ianya adalah milik seorang ahli sihir pada zaman purba. Ianya ditulis dalam bahasa yang amat sukar untuk difahami. Aku pada mulanya memang tidak dapat memahaminya. Aku mengambilnya dan membuat salinan buku itu."
"Kau masih lagi menyimpan lagi kitab itu?"
"Tidak. Aku hanya ada salinannya sahaja. Aku telah meletakkannya kembali. Jika buku itu hilang, mereka yang berada di pusat itu mungkin akan menyedarinya. Kau pun tahu yang mereka akan mencarinya sehingga ke lubang cacing. Aku tidak mahu mengambil risiko."
"Apa yang kau buat kemudian?"
"Aku membuat kajian mengenai buku itu dan cuba memahami bahasa yang digunakan. Hasil usaha selepas lima bulan dan bantuan dari rakan-rakan kita yang arif dalam bidang bahasa, aku telah berjaya memahami kandungan kitab itu."
"Apa isi kandungannya?"
"Apabila aku membacanya dan meneliti fakta-fakta di dalam kitab lama itu, aku mendapati yang kepercayaan-kepercayaan lama yang tercatat di dalamnya menyerupai apa yang diperjuangkan oleh Kentofes selama ini."
"What do you mean by that?"
"Aku telah dapat menyelongkar kaitan antara Kentofes dengan puak Gogota"
"Puak Gogota? Siapa mereka tu?"
"Mereka adalah puak yang terkenal dengan fahaman songsang, kepercayaan-kepercayaan kuno dan amalan sihir mereka. Mereka mempraktikannya untuk berkurun lamanya. Namun, sebuah kumpulan yang berasal dari Kasturi telah menjadi obsess dengan fahaman songsang, kepercayaan-kepercayaan kuno dan amalan sihir puak ini. Mereka sangat taksub dengannya dan mempraktikannya."
"Siapakah mereka?"
"Daripada kajian yang aku buat, kumpulan itu adalah Kumpulan Pemburu Emas." Kata-kata Shahril membuatkan Alex terkejut.
"Bukankah ianya diketuai oleh Harek?"
"Ya. Tepat sekali"
"Kumpulan Pemburu Emas yang diketuai Harek mula menjadi besar dan berpengaruh apabila mereka berjaya menakluk Zuria dan mula menyebarkan pengaruh mereka. Namun, rahsia kumpulan itu terbongkar dan menjadi lemah. Mereka mula berpecah belah tetapi berjaya mempertahankan Derof. Anggota Kumpulan Pemburu Emas yang masih tinggal telah merombak segala-gala yang mereka tahu mengenai Derof dan mengasaskan Kentofes sehinggalah ke hari ini"
"Nanti dulu. Are you telling me that Kentofes is a deviant teaching group?"
"Absolutely. Fakta-fakta ini membuktikan yang Kentofes adalah satu ajaran sesat yang mempergunakan golongan bijak pandai untuk merealisasikan penyebarannya."
"Ini bermakna, walaupun Kentofes selalu mengatakan yang mereka mahu memaksimumkan potensi manusia dan memperbaiki mutu kehidupan dengan nilai-nilai murni berdasarkan seni, sains dan teknologi. Mereka sebenarnya berbohong"
"Nilai-nilai atau asas-asas yang dikemukakan oleh Kentofes hanyalah satu cedokan yang sesat. Kita dan yang lain selama ini telah diperbodohkan dengan sesuatu yang nampak rasional dan logik. Namun ianya sesat dan menyeleweng kerana dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan karut."
"Apa yang diperjuangkan oleh Kentofes boleh membawa kepada penyelewengan akal yang sangat serius."
"Cuba lihat apa yang berlaku di seluruh dunia sekarang, begitu ramai manusia yang dikenali kerana kekejaman dan kegilaan mereka. Jika kita selongkar kehidupan mereka. Mereka merupakan antara yang sangat taksub dengan Kentofes. Apa yang selama ini dicanangkan oleh Kentofes yang kononnya rasional telah menyuburkan kekejaman dan kegilaan mereka dan mempengaruhi golongan ini."
"Kita perlu buat sesuatu untuk menghapuskan pengaruh Kentofes dan menyedarkan orang ramai mengenai penipuan yang dilakukan mereka selama ini"
"Bagaimana"
"Kita perlu menutup lubang-lubang penyebarannya terlebih dahulu."