Descargar la aplicación
38.34% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 50: Tiga Juta Dolar

Capítulo 50: Tiga Juta Dolar

Hari beransur malam dan ketika itu, semua pekerja di yayasan itu telah pun pulang. Murukesh yang ketika itu sedang lena di dalam tandas terjaga. Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya. Rupanya dia tertidur tadi. Lama benar dia menunggu. Tandas yang terang benderang sebentar tadi telah pun bertukar gelap. Dia melangkah dengan perlahan dan penuh berhati-hati, dia membuka pintu tandas itu dan menjengahkan kepalanya keluar.

Walaupun agak samar-samar, cahaya lampu jalan dari arah luar dapat membantunya untuk melihat dalam tempat yang tidak bercahaya itu. Matanya liar memeriksa melihat kawasan yayasan itu. Dia memastikan tiada sesiapa yang berada di situ. Perlahan-lahan, dia keluar daripada tandas yang menjadi tempat persembunyiannya untuk beberapa jam sebentar tadi.

Kakinya digerakkan dan kini arah tujuannya dihalakan kea rah pejabat pengurusan Yayasan Rahsia Hati. Lampu suluhnya dinyalakan dan dari tempat dia berdiri, dia dapat melihat peti besi yang menyimpan rekod-rekod penting Yayasan Rahsia Hati yang terletak bersebelahan meja di dalam bilik bahagian pengurusan yang dilitupi dengan cermin kaca itu. Dia memutar tombol pintu bilik bahagian pengurusan itu. Dia tersenyum gembira kerana nasib menyebelahi dirinya. Pintu bilik itu tidak berkunci dan ini memudahkan lagi kerjanya untuk mencari rekod-rekod itu. Dia tidak menunggu dengan lebih lama, dia terus masuk dan memeriksa tempat simpanan rekod itu. Sekali lagi dia menguntum senyuman kerana peti itu tidak berkunci. Dia membuka laci itu satu persatu dan memeriksa fail-fail yang ada di situ. Matanya liar mencari fail yang dikehendakinya. Dengan berbekalkan lampu suluh yang dibawanya. Dia menelek fail-fail itu satu persatu. Kerjanya menjadi mudah apabila setiap fail disusun mengikut susunan abjad.

Akhirnya, apa yang dicarinya ditemui. Sebuah rekod fail berkenaan 'Armitale Corporation' diambil. Dia membuka fail itu dan melihat isi kandungannya.

"Ya, inilah yang aku mahukan" katanya kepadadirinya secara berbisik. Di dalam fail itu terdapat semua dokumen-dokumen yang diperlukan berkenaan derma berjumlah tiga juta dolar yang diterima oleh Yayasan Rahsia Hati daripada Armitale Corporation. Dia segera membawa fail itu keluar dan dengan berhati-hati keluar dari premis itu menuju kea rah kereta yang diletakkan beberapa meter daripada yayasan itu. Sejurus memasuki kereta itu, dia lantas menghubungi Shahril sebelum keretanya digerakkan.

"Shahril. Aku dah dapat fail tu" kata Murukesh sebaik sahaja Shahril menjawab panggilannya.

"Bagus. Tapi sebelum itu kau teliti semua fail-fail itu dahulu" arah Shahril. Namun suaranya kedengaran agak berbeza dari kebiasaan.

"Baiklah. Tapi kenapa dengan suara kau? Kau baik-baik sahaja?"

"Aku okey. Janganlah kau bimbang" kata Shahril. Dia menamatkan perbualan mereka tanpa ucapan selamat. Murukesh hanya mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia segera masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan ke rumahnya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C50
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión