"Yayasan Rahsia Hati?" tanya Doktor Adam. Sejurus sahaja Doktor Sarah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan Yayasan Rahsia Hati.
"Ya Adam. Yayasan Rahsia Hati. Aku akan buka yayasan ini untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik"
"Baik sungguh hati kau Sarah."
"Aku mahu membantu mereka yang memerlukan. Kau tahukan siapa aku. Aku bukannya datang daripada keluarga yang senang. Aku rasa dengan apa yang aku ada sekarang, telah tiba giliran aku pula untuk membantu mereka yang memerlukan"
"Aku faham tu Sarah. Aku faham. Aku akan sentiasa menyokong kau dari belakang:
"Terima kasih Adam. Sejak dahulu lagi kau memang banyak membantu aku. You are very supportive."
"Sarah. Bukankah kita dah lama kenal"
"Aku akan beritahu kawan-kawan kita yang lain mengenai yayasan ini. Aku yakin mereka tidak akan teragak-agak untuk membantu kau"