Descargar la aplicación
54.13% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 71: Kentofes : Gerakan Bawah Tanah

Capítulo 71: Kentofes : Gerakan Bawah Tanah

Beberapa bulan yang lalu…

"Bagaimana pula dengan Kentofes?"

"Jika kamu tanya sesiapa sahaja yang tahu mengenai Kentofes, mereka akan mengatakan yang focus utama Kentofes adalah mengkaji tentang penggunaan seni, sains dan teknologi terkini untuk meningkatkan keupayaan mental dan fizikal manusia. Ianya lebih kepada satu pertandingan di mana setiap tahun, mereka akan berkumpul dan menyatakan pendapat mereka dan membentangkan cadangan ataupun penemuan mereka. Apa-apa sahaja. Apa yang mereka baca, dengar, lihat dan tulis. Mereka akan memberi idea yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan manusia dan dunia." Profesor Alex berhenti seketika. Dia menghirup air oren yang diambilnya tadi.

"Tetapi, yang nyata, mereka hanya tahu. Mereka tidak kenal Kentofes. Kentofes merupakan satu nama baru yang diberikan kepada Kumpulan Pemburu Emas yang mempraktikkan Derof untuk berkurun lamanya. Mereka bukan sebarang kumpulan. Merekalah yang menjadi penentu hala tuju sistem ekonomi, sosial dan politik kita selama ini"

"Ini bermakna mereka berkait rapat" Maria membuat kesimpulan. "Jadi prof, apa tujuan Kentofes yang sebenarnya?"

"Untuk menyebarkan fahaman Derof ke seluruh dunia dan mewujudkan dunia yang lebih positif, bebas, progresif, saintifik dan idealistik. Mereka telah dapat menawan Ilusi dan Zuria. Kini, sasaran mereka adalah benua Utopia dan dunia amnya."

"Apa yang ingin mereka lakukan kedengaran begitu menarik sekali"

"Ya. Kita manusia adalah makhluk psikologi. Jika sesuatu itu memberi kesan positif kepada kita. Kita pasti akan memberi respon yang baik kepadanya. Tetapi, apa yang kita rasakan buruk untuk kita tidak sepertinya buruk dan sekiranya kita merasakan yang sesuatu itu baik untuk kita, ia tidak semestinya menghasilkan sesuatu yang positif. Oleh itu, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa manusia perlukan 'bimbingan' dan 'sistem sokongan'. Apa yang diperjuangkan Kentofes adalah sesuatu yang amat berbahaya kerana Derof meletakkan akal sebagai sesuatu yang tinggi tarafnya dan bermati-matian berjuang untuknya. Memang manusia dikurniakan akal yang sempurna. Itu tidak dapat disangkal lagi dan itu adalah kelebihan yang dikurniakan kepada kita berbanding makhluk yang lain. Tetapi tahap kemampuan kita terbatas."

"Kita perlu halang mereka sebelum mereka menyebarkannya"

"Maria. Kita telah menelan racun yang mereka sebarkan untuk sekian lamanya. Kita sendiri telah melihat impaknya"

"Bagaimana mereka menyebarkan Derof kepada kita semua?"

"Melalui sistem pendidikan. Di dalam subjek sains dan moral., terdapat satu topik yang dinamakan sebagai Semesta. Topik ini sentiasa ada di dalam setiap subjek sains dan moral sejak dari dahulu lagi dari sekolah rendah sehinggalah ke peringkat tinggi. Subjek semesta ini sangat berbahaya kerana ianya berakar umbi dari Derof. Banyak isi kandungan Semesta dikutip dari Derof. Cuma terma-termanya sahaja yang telah dipermodenkan." Profesor Alex memandang ke arah Maria. Wajahnya kelihatan agak bimbang. Maria hanya duduk memerhati.

"Saya faham. Ianya agak mengejutkan bagi kamu ketika membaca mengenai Istana Khan dan pengasasan Zuria kerana selama ini kamu diajar mengenai peristiwa pengasasan kota Zuria oleh Harek. Tiba-tiba apa yang kamu percaya dan pegang selama ini merupakan sesuatu pembohongan. Saya pasti kamu terkejut dengan fakta-fakta mengenai Istana Khan, kehadiran kumpulan Pemburu Emas dan bagaimana mereka menakhluk dan merampas Zuria daripada keturunan Istana Khan."

"Ada beberapa perkara lagi yang perlu kamu tahu mengenai negara ini Maria. Ketika di sekolah, kamu semua didedahkan mengenai sejarah Zuria. Fakta-fakta mengenai Pulau Ilusi adalah satu daripada tanah jajahan Zuria. Bermula pada tahun 1920, sistem politik dan sosial di Pulau Ilusi mula kucar-kacir. Kebanyakkan rakyat menentang beberapa ideologi yang cuba diterapkan oleh kerajaan Zuria. Ini adalah kerana lahirnya beberapa pemimpin-pemimpin yang agak kejam di negeri-negeri dan daerah-daerah di Pulau Ilusi. Satu perkara menarik adalah, bagaimana kuasa boleh jatuh ke tangan mereka ini secara serentak dan berturut-turut?"

"Kentofes?" Maria cuba meneka.

"Derof yang diperjuangkan oleh Kentofes yang telah menyuburkan kekejaman di kalangan mereka. Seperti apa yang tercatit dalam buku sejarah. Roladi Estaka adalah antara pemimpin yang muncul untuk memerdekakan Ilusi daripada penguasaan Zuria. Dia datang dengan idea dan semangat yang baru untuk negara baru Ilusi. Dia membentangkan manifestonya kepada semua rakyat Ilusi dan apa yang dilakukan oleh Roladi mendapat sambutan dari kalangan penduduk Ilusi walaupun, ada juga di kalangan mereka yang skeptik mengenainya. Dia lantas mengadakan perbincangan dengan kerajaan Zuria. Rundingan diatur dan akhirnya pada 21 Jun 1927 Pulau Ilusi bebas daripada Zuria."

"Saya pasti ada lagi rahsia yang terselindung di sebalik kejadian ini…"

"Ini adalah satu rahsia yang tidak diketahui ramai orang. Zuria sebenarnya tidak pernah melepaskan Ilusi. Ianya dilepaskan dengan bersyarat iaitu fahaman Kentofes iaitu penerapan nilai-nilai Derof perlu diterapkan ke dalam minda penduduk Ilusi. Roladi yang sememangnya telah lama menjadi penyokong kuat Kentofes bersetuju. Dia berjanji untuk melakukannya. Tetapi di sini, timbul satu persoalan iaitu bagaimana untuk menerapkannya kepada masyarakat Pulau Ilusi. Ia pasti sukar untuk diterapkan kepada orang dewasa. Oleh itu, golongan sasaran mereka ialah kanak-kanak dan para remaja. Cara yang paling baik adalah melalui pendidikan. Maka, satu subjek diperkenalkan. Subjek itu diberi nama 'Semesta'."

"Pandai sungguh mereka…" kata Marina memuji dalam nada sinis.

"Setelah semuanya dipersetujui, Roladi secara rasminya telah menjadi pemimpin baru bagi Pulau Ilusi. Dia memajukan Kota Deluna dan menerapkan nilai-nilai sesat melalui 'Semesta'. Langkah Roladi itu dirasakan baik dan berkesan. Maka, kerajaan Zuria juga melaksanakan perkara yang serupa.

"Prof ada mengatakan tentang impak sebentar tadi. Impak yang bagaimana?"

"Terlalu banyak Maria. Terlalu banyak yang berlaku di Pulau Ilusi dann Zuria. Hanya dua negara ini sahaja yang menghadapi masalah ini di benua Utopia. Peperangan. Keruntuhan moral masyarakat. Kewujudan korporat keparat. Kegilaan para saintis. Korupsi dan skandal dalam dunia korporat yang menghiasi dada-dada akhbar selama bertahun-tahun selama ini tidak berlaku tanpa sebab. Mereka semua telah dicorakkan. Manusia dicorak melalui pendidikan. Generasi kanak-kanak dan remaja yang didedahkan dengan 'Semesta' kini telah dewasa. Penerapan ajaran gila Derof yang diterapkan melalui Semesta telah meracun fikiran mereka secara halus dan kini kita sendiri dapat melihat hasilnya"

"Apa yang perlu dilakukan?"

" 'Semesta' tidak mungkin akan dimansuhkan dari sistem pendidikan negara ini. Kentofes akan terus mempertahankannya dan berjuang di atas namanya sehinggalah seluruh Utopia dapat dikuasai. Ada lubang-lubang yang perlu ditutup untuk menghalang semua ini dari merebak. Sekumpulan pengkaji telah membangunkan satu teknologi rahsia yang dapat menghalang kumpulan Kentofes daripada keluar dari Pulau Ilusi dan Zuria. Ianya disimpan di tempat tersembunyi di Kota Deluna. Untuk menutup lubang-lubang itu, satu punat harus dihidupkan."

"Bagaimana?"

"Hanya rakan saya itu sahaja yang tahu di mana dan bagaimana untuk melakukannya."

"Siapa nama rakan prof tu?"

"Namanya Shahril."


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C71
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión