Descargar la aplicación
74.43% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 98: Hint

Capítulo 98: Hint

Puan Leela menghirup kopi panas yang dibancuh oleh pembantunya sebentar tadi. Dia menyandarkan dirinya yang keletihan kerana terlalu lama duduk menghadap komputer. Dia memandang ke arah skrin dan cuba memikirkan sesuatu, dia merasakan ada sesuatu yang tidak dilakukan hari ini. Pantas, dia teringat yang dia belum lagi membuka e-mailnya. Selalunya, pagi-pagi lagi dia akan memeriksa e-mail. Tetapi, kesibukkanya pada hari itu membuatkan dia terlupa akan rutin hariannya itu.

Puan Leela segera membuka akaun e-mailnya dan membaca beberapa e-mail yang dikirimkan kepadanya. Satu persatu e-mail dibacanya.

Selesai, dia menghirup lagi kopi panas itu. Seketika kemudian, dia berfikir lagi. Sekali lagi, dia teringatkan suaminya Encik Murukesh yang hilang entah ke mana. Pihak polis masih gagal mengesan lelaki itu. Puan Leela juga sudah puas mencari sendiri Encik Murukesh di merata tempat. Namun, lelaki itu masih gagal dijejaki.

Puan Leela kembali mengalihkan tumpuannya kepada skrin komputer. Nampaknya semua e-mail sudah selesai di baca dan dia kini mahu mendaftar keluar dari sambungan akaun e-mailnya. Gerak hatinya tiba-tiba terdetik untuk memeriksa akaun e-mail suaminya. Dia tidak pernah terfikir untuk membuka akaun e-mail Encik Murukesh sebelum ini. Walau bagaimanapun, dia tidak tahu kata laluan kepada akaun e-mail suaminya itu. Tetapi, apa salahnya kalau mencuba.

Puan Leela menaip kata nama awalan e-mail suaminya. Kata laluannya sahaja yang tidak diketahui. Matanya mencari butang 'Hint' untuk mendapatkan sedikit petanda. Dia menggerakkan tetikus ditangannya mengarahkan anak panah ke butang 'Hint'. Sejurus, ia memberi isyarat di dalam kotak dialog: Name of your loved one.

Puan Leela tersenyum. Dia pasti kata laluan itu adalah namanya. Jika tidak pasti dia siat-siat Encik Murukesh sebaik sahaja dia pulang nanti. Dia segera memasukkan namanya 'LEELA' ke dalam kotak kunci itu. Dia menunggu untuk beberapa saat. Ramalannya tepat. E-mail Encik Murukesh dapat dibukanya tanpa sebarang masalah. Tanpa melengahkan masa dia memeriksa peti masuk e-mail itu.

"Hanya ada satu e-mail" bisik Puan Leela sendirian. "dan pengirimnya adalah..... Doktor Adam Raufal !" kata Puan Leela sejurus sahaja dia membaca nama pengirim e-mail tersebut. Dia seakan tidak percaya. Namun, penuh dengan harapan agar ianya dapat membantunya.

Puan Leela segera membuka e-mail itu dan membacanya.

- Murukesh, maaafkan aku jika aku selalu menyusahkan kau. Tapi kali ini aku terpaksa. Murukesh, sekiranya ada apa-apa yang terjadi pada aku. Tolong hubungi nombor ni -

769050500210

Ini adalah talian rahsia. Sebaik sahaja kau menghubungi talian ini, seseorang akan menjawabnya. Kau pergilah berjumpa dengan dia. Kemudian tunjukkan lambing ini kepadanya. Dia akan faham apa yang patut dilakukannya. Aku betul-betul berharap yang kau dapat tolong aku. Aku sertakan sekali gambarnya. Harap ia dapat membantu kau.

Puan Leela melihat lambang dan gambar yang disertakan sekali bersama-sama e-mail tersebut. Sekali lagi dia terkejut apabila gambar itu terpampang. Tanpa berlengah lagi, dia menghubungi talian rahsia itu. Puan Leela menunggu dengan hati yang berdebar-debar. Beberapa minit kemudian, panggilan itu dijawab.

"Helo..... Saya Puan Leela"


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C98
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión