Descargar la aplicación
51.12% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 67: Helo Gina!

Capítulo 67: Helo Gina!

Gina yang sedang tidur lena terjaga apabila telefon bimbitnya berbunyi. Nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin.

"Gina," suara Marina kedengaran.

"Marina?" Gina terkejut apabila dia mendengar suara kawan baiknya itu. Suaranya kedengaran lemah.

"Kau tak apa-apa kan?"

"Ya! Aku okey. Aku tak apa-apa" lemah sahaja Marina menyahut.

"Kau ke mana? Kami semua di sini risau pasal kau"

Marina tidak menjawab hanya keluhan sahaja yang terdengar.

"Kau tak apa-apa kan Marina?"

"Tak Gina. Aku baik-baik sahaja," jawab Marina dengan nada suara yang tidak bermaya.

"Apa yang terjadi pada kau sebenarnya?" Gina kebingungan. Walaupun lega dapat mendengar suara Marina, dia masih lagi risau.

"Panjang ceritanya Gina…."

"Tak mengapa. Nanti kau cerita pada aku. Kau ada di mana ni?"

"Aku di Hotel Pasadianka International"

"Kenapa kau tak balik ke rumah? Aku bersendirian sahaja di sini. Nasib baik Hans sudi menemani aku."

"Bahaya! Aku tak boleh dedahkan diri aku pada bahaya. Mereka mungkin menjadikan aku sasaran mereka sekarang ni"

"Mereka? Siapa?"

"Merekalah yang menyebabkan aku hilang"

"Aku pergi ke Hotel Pasadianka International sekarang!"

"Tak perlu Gina. Jangan datang sekarang. Esok sajalah kau datang. Dah malam ni."

"Tak mengapa… aku akan datang. Hans akan temankan aku" perbualan mereka berakhir sampai di situ sahaja. Gina meletakkan gagang telefon.

Marina berbaring semula. Walaupun dirinya masih lagi penat, dia tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya tidak henti-henti berfikir. Satu persatu perkara datang ke benak fikirannnya. Kejadian di PRASASTI, surat yang ditulis oleh Doktor Adam, keratan-keratan yang dijumpainya di Berchala dan apa yang diceritakan oleh Mama Tika sebentar tadi.

Dia tidak tahu bagaimana untuk mengucapkan rasa terima kasihnya kepada Mama Tika. Jika wanita itu tidak menyelamatkannya, tentu sahaja dia masih lagi terdampar di kaki bukit itu.

Namun, dia tidak sangka akan berjumpa dengan wanita-wanita yang menculikya itu lagi. Lantas, dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat Mama Tika. Walau bagaimanapun dia mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada yang Maha Berkuasa kerana dia diselamatkan dari bahaya untuk kali kedua. Mindanya menerawang memikirkan apa yang terjadi sejurus sahaja dia keluar dari rumah Mama Tika.


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C67
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión