Descargar la aplicación
76.69% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 101: Gudang

Capítulo 101: Gudang

Puan Leela kini berada di dalam kereta. Dia memandu menuju ke Taman Pusat Perindustrian Kaokolo. Orang yang dihubunginya tadi memintanya untuk datang ke sebuah gudang di situ kerana mahu berjumpa dengannya secara peribadi. Dia tidak mahu sesiapa pun mengetahui mengenai pertemuan mereka.

Puan Leela kini sedang berada di hadapan gudang tersebut, dia memerhatikan keadaan gudang itu. Nampak masih utuh walaupun telah lama ditinggalkan. Daun-daun kering gugur memenuhi persekitaran kawasan itu. Dia memulakan langkah menuju ke pintu utama gudang. Sebaik sahaja sampai, pintu itu diketuk beberapa kali. Namun, tiada sesiapa pun yang menjawab. Dia memeriksa tombol pintu itu. Perlahan-lahan dia memulasnya. Ianya tidak berkunci. Pintu itu dibukanya perlahan-lahan. Puan Leela memberanikan diri untuk masuk ke dalam gudang tersebut. Dia memerhatikan keadaan dalam gudang itu. Ternyata ianya kosong. Yang ada hanyalah sebuah meja dan beberapa buah kerusi yang bersepah di sana-sini. Habuk-habuk yang memenuhi ruang itu. Menyesakkan nafasnya.

"Puan Leela?" satu suara menegurnya dari belakang. Dia pantas berpaling.

"Ya." Puan Leela menjawab. Wajah lelaki yang menghadapnya kini ditatap dengan teliti. Tepat sekali, inilah dia orang yang ditunjukkan oleh Doktor Adam melalui gambar yang dikirimkannya melalui e-mail Encik Murukesh.

"Ikran?" soal Puan Leela. Dia juga dapat melihat seekor rama-rama robotic yang mengekori Ikran dari belakang.

"Ya. Saya Ikran. Gembira dapat berjumpa dengan awak. Ini Maya" Ikran memperkenalkan dirinya dan Maya.

Maya mengelip-ngelipkan matanya yang bersinar itu kepada Puan Leela. Puan Leela tersenyum.

"Saya mahu tunjukkan ini kepada kamu." Puan Leela menyeluk kocek seluarnya dan mengeluarkan sehelai kertas yang mengandungi lambang berbentuk bulat yang dicetak daripada e-mail yang dihantar oleh Doktor Adam. Dia membuka kertas yang dilipatnya itu dan menunjukkannya kepada Ikran. Ikran mengambil kertas itu dan kemudian meneliti gambar itu. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya sebagai tanda faham akan isyarat yang diberi oleh Doktor Adam Raufal.

"Terima kasih. Saya sebenarnya sudah lama menunggu untuk berjumpa dengan kamu" ucap Ikran kepada Puan Leela. Dia mengambil kerusi yang terdapat di situ dan mempersilakan Puan Leela duduk.

"Maaflah. Baru sekarang saya dapat membuka e-mail suami saya itu. Sepatutnya, awak berjumpa dengan Encik Murukesh. Tapi dia hilang tanpa dikesan." Kata Puan Leela sambil melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Mereka kini duduk bertentangan antara satu sama lain.

"Tak mengapa. Lagipun, saya memang ada tugas di sini" kata Ikran.

"Tugas?" dahi Puan Leela berkerut. Dia kurang jelas dengan kata-kata Ikran.


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C101
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión