Descargar la aplicación
100% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 132: Epilog

Capítulo 132: Epilog

Marina melangkah keluar dari pesawat penerbangan Pasadianka dari Jepun yang baru sahaja mendarat di landasan sebentar tadi.

Dia melepasi pemeriksaan imigresen, kemudian dia mengambil beg kepunyaan dari bagasi. Marina melihat jam tangannya. Dia melangkah ke ruang ketibaan. Sebenarnya sebelum berlepas dari Jepun, dia telah menghubungi Gina dan meminta rakan baiknya itu untuk menjemputnya. Tetapi, Gina masih lagi tidak kelihatan. Marina mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya. Dia menekan punat-punat telefon menghubungi Gina yang telah berjanji untuk mengambilnya di lapangan terbang hari ini.

"Helo" Suara Gina kedengaran.

"Helo Gina. Kau di mana sekarang ni? Aku dah ada dekat airport sekarang ni"

"Oh yakah! Okey baiklah kau tunggu je sana ya. Sekejap lagi aku sampai."

"Okey. Cepat sikit ya!"

'Hai… macam-macamlah si Gina ni' bisik Marina di dalam hati. Dia singgah sebentar ke kedai yang menjual majalah dan segera ke tempat duduk yang disediakan di situ. Sambil menunggu Gina ada eloknya dia membaca bagi menghilangkan rasa bosan. Majalah itu dibeleknya dan setiap halaman diselak satu persatu.

Tiba-tiba, dia terpandang gambar seorang penyiasat muda yang berjaya menyelesaikan satu kes penipuan. Fikirannya tiba-tiba menerawang memikirkan tentang Inspektor David. Sudah lama dia tidak mendengar khabar berita mengenai lelaki itu. Kali terakhir dia menghubungi Inspektor David adalah pada dua bulan lalu. Itupun, mereka bercakap menerusi telefon dan berbual mengenai khabar masing-masing. Marina pula tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Inspektor David kerana membantu menyelesaikan kes pembunuhan ayahnya. Walaupun sudah lama tidak berhubung, Marina seringkali teringatkan jejaka berkulit cerah itu. Entah kenapa. Barangkali cinta? Kadang-kadang Gina mengusik Marina berkenaan dengan Inspektor David. Marina tesedar dari lamunannya. Dia melihat jam tangannya sekali lagi. Lamanya. Dia kemudian menyeluk beg mengeluarkan buku yang diberi oleh Mama Tika yang bertajuk 'Semesta'. Dia telah membaca beberapa muka surat daripada buku itu. Lantas dia teringatkan Mama Tika.

Ingatannya kepada Mama Tika tiba-tiba terganggu apabila seorang wanita yang memakai baju serba coklat datang menghampiri dan menegurnya.

"Maaf kalau saya mengganggu..." kata wanita itu.

"Oh. Tak mengapa. Boleh saya bantu?"

"Sebenarnya, saya baru sahaja datang dari Ilusi. Saya sedang mencari tempat menginap sebenarnya. Boleh syorkan hotel atau rumah tumpangan yang bagus. Tak perlu yang mewah. Asalkan selesa dan selamat." Kata wanita itu.

"Kebetulan pula. Saya ada brochure hotel ni" Marina mengambil risalah yang disimpannya di dalam beg tangannya dan memberikannya kepada wanita itu.

"Hotel Pasadianka International…." Wanita itu membelek-belek risalah itu.

"Bagus hotel ni. Saya pernah menginap di situ dulu" kata Marina cuba meyakinkan wanita.

"Baiklah terim kasih ya…" ucap wanita itu.

"Sama-sama" balas Marina. Wanita itu melemparkan senyuman manis. Dia meminta diri dan terus berlalu. Marina hanya memerhatikan sahaja gelagat wanita itu.

"Marina" satu suara menegurnya dari belakang. Dia pantas menoleh.

"Eh… David. A… apa yang awak buat di sini?" Marina tercengang melihat Inspektor David yang berdiri di belakangnya.

"Saya nak jemput awaklah" ujar Inspektor David.

"Jemput saya…. Tapi mana awak tahu yang saya akan balik hari ni?" Marina kehairanan.

"Eh! Gina kata awak yang minta tolong saya untuk menjemput awak." Inspektor David seolah-olah bingung.

"Gina...…." Marina sudah dapat mengagak yang Gina sengaja mengenakannya.

"Yalah… Kenapa tak betul ke?" tanya Inspektor David

"Tak…m...m..maksud saya betul" tergagap-gagap Marina menjawab.

"Gina, kau sengaja kenakan aku ya.." Marina berbisik.

"Apa dia Marina?"

"Tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa"

"Kalau macam tu. Bolehlah kita balik sekarang"

"Okey. Jom"

Mereka berlalu meninggalkan lapangan terbang itu. Kedengaran suara hilai tawa mereka yang kelihatan begitu mesra sekali. Mereka tentu ada rancanga yang lebih besar selepas ini!

*******************************************************

Maria telah tiba di Lembayung Pasadianka. Tujuannya hanya satu. Mencari 'kunci' kepada permasalahan yang sedang dialaminya.

"Marina Adam" katanya sendirian. Dia tidak pernah kenal ataupun mendengar nama itu. Entah bagaimana rupa, suara dan gayanya juga tidak diketahuinya. Tetapi, nalurinya merasakan yang dia sebenarnya sudah dekat dengan wanita yang dicarinya itu.

Siapa wanita ini sebenarnya? Kenapa Profesor Alex menyuruh dia mencari Marina Adam? Apa yang dimaksudkan dengan 'kunci'?

Entahlah, yang penting dia kini sudah tiba di Pasadianka dan misinya baru sahaja bermula. Kematian Profesor Alex tempohari memang mengejutkannya. Dia tidak sangka, pensyarah yang dihormatinya itu mati dibunuh dengan kejam.

Namun, surat yang ditulis oleh Profesor Alex jugalah yang membawanya ke sini. Dia diminta untuk mencari Marina Adam yang merupakan kunci kepada semua masalah yang melanda Zuria dan Ilusi. Menurut Profesor Alex lagi, ia akan melarat ke seluruh dunia jika ianta tidak dibendung.

"Cantik baju…" puji pemandu teksi yang membawanya ke arah tujuannya. Lantas membuatkan Maria tersedar dari lamunannya.

Maria tersenyum apabila mendengar pujian itu. Sejak masuk ke dalam teksi itu, dia lansung tidak bertegur sapa dengan pemandu itu.

"Terima kasih. Baju yang cantik atau awak suka warnanya?" Maria menyoal pemandu itu.

"Saya memang suka warna coklat. Tapi saya puji bukan sebab saya suka bajunya sahaja.. Baju, warna dan tuan punya baju sekali memang cantik" jawab lelaki itu secara berseloroh.

Maria ketawa kecil. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya apabila mendengar gurauan nakal itu.


next chapter
Load failed, please RETRY

Un nuevo capítulo llegará pronto Escribe una reseña

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C132
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión