Descargar la aplicación
89.47% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 118: Chip

Capítulo 118: Chip

"Doktor Fendi bertanggungjawab membawa Doktor Adam menyertainya dalam melakukan penyelidikan ini. Doktor Adam dipilih kerana dia adalah antara yang terbaik.

Bagi Doktor Fendi, hanya Doktor Adam seorang sahaja yang mempercayainya"

"Apa yang berlaku?"

"Hasil uji kaji mereka berhasil. Mereka berjaya menghasilkan Dunnorage, Squido, Snelli, Cok, Kuiket, Senso, Auralo dan Visumulus"

"Projek ini bermula sekitar tahun lapan puluhan dengan idea mencipta sesuatu yang mereka gelarkan sebagai organ-organ ganti kepada organ-organ semulajadi manusia yang sudah rosak dan tidak mempunyai harapan untuk pulih.

"Ciptaan pertama ialah Dunnorage. Alat yang kelihatan seperti kotak ini berfungsi untuk menyimpan memori dan mengawal tindakan dan imbangan badan. Ini adalah alat yang paling rumit untuk dilakukan dan alatan ini dicipta bersama-sama oleh Doktor Adam dan Doktor Fendi."

"Fungsinya sama seperti otak" Profesor Kardiff meneka.

"Tepat sekali dan ini adalah ciptaan mereka yang pertama."

"Jika seseorang menggunakannya, adakah dia akan hilang segala ingatan dan memori silam mereka?" tanya Profesor Kardiff.

"Ya dan disebabkan itu bersama-sama dengan Dunnorage mereka mencipta Memors. Ia adalah satu alat yang digunakan untuk menyedut memori daripada organ asal iaitu otak. Sekiranya memori tidak dimasukkan dengan menggunakan Memors, mereka yang menggunakan Dunnorage akan jadi seperti bayi yang baru dilahirkan. Ciptaan kedua pula digelar Squido. Ianya panjang dan beruas-ruas. Salah satu ruas mempunyai saraf yang menghubungkan Dunnorage dengan sistem saraf lain di dalam badan. Ciptaan ketiga ialah Snelli Cok. Ia berfungsi seperti jantung iaitu menghantar darah ke seluruh badan. Manakala ciptaan keempat pula ialah Kuiket. Ia diperbuat daripada fiberglass dan berfungsi seperti tulang. Kuiket merupakan satu pakej. Bermacam-macam jenis tulang terdapat dalam pakej Kuiket ini seperti Fibula, Rusuk, Tengkorak, Rangka, Humerus, Radius, Femur, Tibia dan Fatela. Ianya sangat fleksibel dan tidak mudah untuk reput." Ikran bersungguh-sungguh memberi penerangan. Inspektor David, Marina dan Profesor Kardiff mendengar dengan penuh teliti.

"Senso pula berfungsi seperti reseptor bau. Ia amat peka kepada bau. Tak silap saya. Mereka sudah menemui cara bagaimana untuk meningkatkan kepekaan bau-bau ini. Ini membolehkan manusia meningkatkan deria bau mereka seperti beruang dan anjing. Manakala Auralo berfungsi seperti telinga. Ianya nampak begitu lengkap sekali seperti telinga asli. Bukan itu sahaja, mereka juga berjaya meningkatkan keupaayaan mendengar."

"Visimulus pula bergerak balas terhadap ransangan cahaya dan ia berfungsi seperti mata."

"Senso, Auralo dan Visumulus adalah organ-organ yang dapat berfungsi seperti organp-organ deria yang lain tetapi keupayaannya boleh ditingkatkan. Ciptaan ini amat luar biasa kerana si pemakai mengatasi keupayaan manusia biasa."

"Mereka amat bangga dengan apa yang mereka lakukan dan sehingga kini, teknologi itu digunakan secara rahsia. Setelah mereja selesai melakukan semua tugasan itu, mereka berdua terus melakukan penyelidikan dan mengharapkan penemuan yang lebih menakjubkan lagi. Dengan ini Doktor Fendi berjaya mencipta U-chip.

"U-chip?" kata Puan Leela. Nadanya seperti menyoal.

"U membawa maksud unconscious. Chip ini dimasukkan ke dalam Dunnorage dan apabila ia berlaku. Pergerakkan mereka boleh dikawal dan mereka akan hanya melakukan apa yang diprogramkan sahaja. Pada masa yang sama, Doktor Adam sedang berusaha mencipta cip untuk sistem pertahanan badan. Doktor Adam secara tidak disangka-sangka menemui satu keajaiban pada alat yang diciptanya itu.

"Apa yang dicipta oleh Doktor Adam?" Inspektor David bertanya.

"Tanpa diduga dia telah mencipta i-chip. Ia berfungsi sebagai sistem pertahanan kepada tubuh badan. Sekiranya sistem daya tahan diri melawan penyakit seseorang itu musnah atau hilang, I-chip boleh membantu. I di sini bermaksud Immortal. Selagi ianya tertanam di Dunnorage, seseorang itu tidak akan mati. Ini kerana sebaik sahaja i-chip tertanam, kulit si pemakai akan menjadi kebal, sistem pertahanan badan meningkat berpuluh kali ganda, deria rasa sakit terhapus sama sekali dan sistem penuaan juga akan terhalang. Sekiranya teknologi ini digunakan oleh semua makhluk di muka bumi, kematian tidak akan berlaku dan manusia boleh hidup sehingga hari kiamat kecuali jika ada apa-apa yang berlaku pada i-chip. Teknologi ini amat bahaya jika ianya jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Doktor Adam nampaknya mendahului Doktor Fendi dalam perkara ini" kata Profesor Kardiff. Dia menyatakan pandangannya.

"Doktor Adam memberitahu Doktor Fendi berkenaan perkara ini dan dia berjanji untuk merahsiakannya. Tetapi dalam diam, Doktor Fendi mendapat idea lain untuk penemuan Doktor Adam itu." Ikran menyambung penerangannya.

"Apa yang dia lakukan?"

"Dia secara rahsia telah mengklonkan Doktor Adam dan mengaplikasikan semua yang mereka cipta pada klon tersebut. Dia juga menanam u-chip dan i-chip ke dalam klon itu. Doktor Adam begitu terkejut sekali dengan apa yang dilakukan oleh Doktor Fendi. Dia amat kecewa dengan apa yang dilakukannya. Namun, Doktor Adam tidak membiarkan sahaja perkara itu berlaku. Dalam diam-diam, dia telah mencuri klon itu dan meletakkan Melti-G ke dalam badan klon itu sebagai langkah berjaga-jaga"

"Apa pula Melti-G?" tanya Marina lagi. Semakin lama, penerangan Ikran menjadi semakin kompleks.

"Ianya adalah satu alat pemusnah automatik"

"Alat pemusnah automatik?" kening Profesor Kardiff berkerut.

"Melti-G adalah satu alat yang dapat memusnahkan sesiapa sahaja yang menggunakannya. Sypiscan digunakan untuk menembak masuk Melti-G. Namun, mereka tidak akan musnah dalam keadaaan yang menyakitkan. Mereka akan musnah dalam bentuk cecair. Melti-G bertindak seperti bom jangka. Sekiranya Melti-G dilaras untuk aktif dalam jangka masa dua hari contohnya, si pemakai akan musnah dan cair dalam jangka masa yang ditetapkan itu."

Penerangan Ikran mengingatkan mereka kepada dua mayat yang menyerupai Marina dan Puan Shima itu.

"Awak pasti ianya tidak menyakitkan?" Inspektor David menyoal.

"Itulah yang diberitahu oleh Doktor Adam. Saya sendiri tidak tahu…" jawab Ikran ringkas.

"Jadi di mana klon itu sekarang?" Marina kembali ke topik asal perbualan mereka.

"Awak nak tahu di mana klon itu berada sekarang?" Ikran menjawab semua soalan Marina dengan pertanyaan. Dia cuba bermain teka-teki. Yang lain saling berpandangan. "Jika kamu benar-benar ingin tahu, sayalah klon itu. Badan saya dilengkapi dengan ciptaan-ciptaan yang saya sebutkan tadi. Hanya i-chip sahaja yang tiada di dalam badan saya. Doktor Adam telah mengeluarkannya awal-awal lagi" jawab Ikran bersahaja. Mereka sedikit terkejut.

"Maaf kalau saya bertanya, tetapi kenapa kamu tidak dihapuskan serta merta?"

"Saya akan terhapus juga nanti. Seperti mana yang saya katakan tadi. Untuk meghapuskan klon-klon Doktor Fendi, Doktor Adam sentiasa bersedia dan dia telah mengjangkakan banyak kemungkinan yang bakal berlaku. Doktor Fendi telah mencuri 20 sampel i-chip daripada Doktor Adam dan dia telah mengklon beberapa orang yang terdekat dengannya untuk dijadikan klon pemusnah. Ada 21 klon kesemuanya. Saya telah pun menghapuskan 19 orang daripadanya. 1 telah pun mati di PRASASTI. Dialah yang menyerang Doktor Adam tempohari. Untuk pengetahuan anda semua, ada 3 klon Marina, 4 klon Doktor Fendi, 6 klon Doktor Adam, 6 klon Murukesh dan 2 klon ibu Marina iaitu Puan Shima. Klon-klon yang lain adalah daripada orang awam yang diculik."

"Bagaimanakah caranya untuk menghapuskan mereka?"

"Mereka dapat dihapuskan dengan mudah. Iaitu dengan menembak masuk Melti-G ke dalam tubuh mereka. Melti-G sebelum itu dilaras untuk aktif selepas 2 minit di dalam tubuh mereka. Kadangkala, ia mengambil masa yang lama. Bergantung kepada keadaan."

"Jadi mayat yang ditemui hari itu adalah klon…dan Ikran yang menghapuskan mereka." Kata Inspektor David sendirian.

"Jadi mengapa klon itu bertindak membunuh Doktor Adam?" soal Profesor Kardiff.

"Ianya tidak disengajakan. Pada malam kejadian, u-chip klon Marina mengalami kerosakkan dan ini menyebabkan dia gagal berfungsi seperti biasa dan bertindak di luar kawalan. Selepas Maya menghapuskan klon itu, sejenis letupan yang dimasukkan ke dalam tubuh klon itu oleh Doktor Fendi telah teraktif. Namun, ianya menunggu masa yang agak lama untuk meledak kecuali apabila ada orang yang menggerakkan klon itu dan mengapungkannya lebih dari 45 sentimeter ke udara. Apabila ianya terjadi, letupan itu akan aktif dan tempoh ledakkannya akan menjadi lebih cepat dari yang sepatutnya."

"Kenapa dia culik orang-orang awam? Bukankah dia boleh klonkan sahaja orang-orang yang sama?" soal Inpektor David pula. Suasana bilik itu telah bertukar menjadi sesi interogasi. Soalan diajukan bertubi-tubi kepada Ikran.

"Saya sendiri tidak pasti. Mungkin untuk kepuasan diri" jawab Ikran.

"Jadi, apa yang dilakukannya kepada klon-klon orang awam yang diculiknya itu?" sekali lagi Inspektor David bertanya. Dia masih tidak faham kenapa Doktor Fendi melakukannya.

"Dia menculik mereka dan mengklon mereka. Klon-klon itu kemudiannya akan dipasangkan dengan alat-alat seperti Dunnorage dan lain-lain. Doktor Adam pernah mendengar rancangan gila Doktor Fendi untuk menjual klon-klon ini kepada satu sindiket penyeludupan buruh asing. Kemudian, u-chip akan dimasukkan ke dalam Dunnorage mereka dan dengan ini, tindakan merekaboleh dikawal. Situasi ini amat menguntungkan kilang industry kerana mereka boleh mengurangkan kos buruh. Setiap satu dari mereka dijual dengan harga antara lima hingga sepuluh ribu dan mereka boleh digunakan selama lebih dari lima puluh tahun."

"Satu impak yang buruk!" Profesor Kardiff berkata-kata sendiri.

"Doktor Adam takut sekiranya formula i-chip ini jatuh ke tangan Doktor Fendi. Ianya sangat berbahaya. Bayangkan jika i-chip dipasang pada klon-klon ini."

"Mereka akan menjadi sekumpulan manusia kebal yang tak akan mati dan boleh dikawal dan diprogramkan. Ini pasti menjadi rebutan kerana mereka mempunyai ciri-ciri ideal bagi seorang perisik dan tentera. Bayangkan jika teknologi ini digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab"

Suasana menjadi senyap seketika. Mereka mula membayangkan pelbagai kemungkinan yang akan terjadi sekiranya teknologi ini disalah gunakan.

"Jadi awak tahu di mana tersimpannya formual i-chip itu?"

"Tidak. Doktor Adam tidak memasukkan memori itu ke dalam Dunnorage saya. Dia hanya memasukkan data mengenai surat itu sahaja.


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C118
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión