"Adik! Adik!" satu suara mengejutkan Seri. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Dia memerhatikan sekeliling dan keadaan dirinya yang diikat, dia sukar untuk bergerak.
"Adik. Adik okey?" tanya seorang wanita yang duduk di atas kerusi. Keadaan dirinya juga sama seperti Seri, diikat kaki dan tangan.
"Ya saya okey" Seri menjawab dengan perlahan.
"Apa nama adik?" tanya wanita itu.
"Seri" jawab Seri perlahan.
"Oh Seri" wanita itu mengangguk-angguk.
"Kakak pula?" kini, Seri pula bertanya.
"Cammy" jawabnya ringkas.
"Kita di mana sekarang ni?" tanya Seri.
"Di rumah Doktor Fendi. Kita berada di Kampung Talam sekarang ni. Adik tinggal di mana? Macam mana Doktor Fendi boleh bawa adik ke sini?"
"Saya… saya tinggal di Kampung Talam. Malam tadi saya pergi ke rumah banglo di sebelah rumah saya. Tiba-tiba sahaja ada muka saya ditekup dari belakang. Saya terus tidak sedarkan diri dan apabila saya terjaga, saya berada di sini"
"Ini semua Doktor Fendi punya kerja" kata Cammy dengan nada yang geram.
"Siapa?"
"Doktor Fendi. Dialah pemilik rumah ni. Dia penjenayah besar."
"Kakak kata tadi kita di Kampung Talam. Di bahagian mana sebenarnya?"
"Di dalam banglo Doktor Fendi. Satu-satunya banglo yang ada di sini" beritahu Cammy.
"Maknanya, rumah saya hanya di sebelah sahajalah." Seri sedikit lega. Dia banyak-banyak berdoa agar orang kampung dapat membantunya.
"Kak… apa yang disangkut pada dinding itu?" tanya Seri. Ia menarik perhatiannya.
"Itu bom"
"Bom?!" Seri terkejut.
"Ya. Kalau tidak ada sesiapa yang menyelamatkan kita, kita dan banggunan ini akan meletup. Tak tahulah berapa lama tempoh yang disetkan pada bom itu untuk meletup." Jelas Cammy.
Kata-kata Cammy itu tadi membuatkan Seri berasa sangat takut sekali, dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia berdoa agar Tuhan menyelamatkannya dari segala malapetaka.