Descargar la aplicación
35.33% Neo : Mimpi Semalam / Chapter 46: Ayame

Capítulo 46: Ayame

19 Mei 1974

Ayame,

Hari ini, ketika aku berjalan di belakang bangunan blok D, sekumpulan pelajar secara mengejut menolakku ke dalam stor. Mereka gelak besar apabila melihat aku tersungkur jatuh. Kemudian, disimbahnya air kepadaku. Mereka mengurung aku di dalam stor yang gelap dan penuh dengan debu itu. Aku meminta mereka melepaskan aku tetapi mereka langsung tidak mempedulikannya.

Mereka memang begitu. Suka mengacau pelajar-pelajar lain. Mereka memang terkenal di sekolah. Ya! Memang terkenal. Terkenal dengan keterjalan mereka.

Setelah hampir satu jam, barulah mereka melepaskan aku. Mereka menyuruh aku segera masuk ke kelas. Tetapi mereka mengugut aku. Sekiranya aku berani-berani mengadukan hal ini kepada guru. Mereka akan lemaskan Miki ke dalam sungai. Aku takut! Aku memang takut kalau mereka memperapa-apakan Miki! Aku tak nak kehilangan Miki.

Oleh sebab itu, aku menipu apabila Puan Chong bertanya kenapa aku tidak masuk ke kelas tadi. Aku katakan yang aku pergi ke tandas kerana sakit perut. Nasib baiklah Puan Chong tidak banyak soal. Pelajar-pelajar lain juga begitu. Mereka tidak menghiraukan aku.

Sebaik sahaja aku pulang ke rumah, aku dapat melihat Pak Cik Lan sedang duduk di ruang tamu. Ibu ketika itu sudah pergi ke kilang. Lama juga dia merenung aku. Entah kenapa aku pun tak tahu. Dia mabuk barangkali. Aku malas nak layan dia, aku cepat-cepat masuk ke bilik dan membaca buku kegemaranku sehinggalah aku terlelap. Borhan ketika ini berada di rumah jiran.

Ibu pulang lewat malam ni. Dari kerutan di wajahnya, aku tahu yang dia kepenatan. Tapi dia tak lupa belikan mainan yang aku kirimkan. Sebenarnya, dah lama aku impikan mainan itu. Mainan yang menjadi idamanku sejak aku berada di gred enam lagi. Tapi baru sekarang dapat. Tak sia-sia aku menunggu selama dua tahun. Selepas ini, bolehlah aku main bedah-bedah. Mainan itu agak besar. Ianya satu replika badan manusia yang boleh dibuka. Apabila kita membukanya, kita dapat melihat isinya yang dilengkapi dengan organ-organ dalaman manusia. Akan tetapi, Borhan tidak sukakan mainan itu. Katanya, mainan itu nampak menggelikan.

Dahulu, ketika datuk masih hidup, dia selalu membelikan aku mainan. Tapi kini, dia sudah pergi buat selama-lamanya. Setahun kemudian, ibu berkahwin lagi dengan Pak Cik Dahlan yang kini telah menjadi bapa tiriku. Aku memanggilnya Pak Cik Lan. Aku sebenarnya tidak menyukai lelaki itu. Sebelum berkahwin dengan Pak Cik Lan, ibu pernah merancang untuk berkahwin Pak Cik Joe. Aku mengenali lelaki itu, dia memang baik. Aku tidak kisah kalau dia menjadi bapa baruku. Tapi entah apa sebabnya, ibu tiba-tiba berubah hati, dia memilih Pak Cik Lan yang tak berguna itu. Aku masih tak faham dengan keputusan ibu.

Balik saja ke rumah, Pak Cik Lan minta duit dengan ibu. Ishhh! Tak habis-habis dia nak susahkan ibu. Kenapalah aku dapat bapa tiri macam ni. Suka terpekik terlolong dan tak habis-habis nak buat hal. Bapa tiri Suzanna okey saje aku tengok! Aku benci hidup aku!

Alangkah baiknya kalau aku dapat ubah perangai manusia dengan mengeluarkan segala perasaan-perasaan jahat dari dalam diri mereka. Macam doktor mengeluarkan kanser dari badan manusia. Aku nak bedah mereka dan keluarkan benda-benda kotor yang membuatkan mereka berperangai seperti syaitan. Kemudian masukkan sifat-sifat baik ke dalam diri mereka. Ohhhh! Alangkah bagusnya kalau aku boleh buat macam tu. Aku yakin, dunia mesti aman kalau ada teknologi macam tu.


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C46
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión