- Lara POV-
Interkom berbunyi. Aku silik telephone meja di sebelah kanan. Lampu interkom menunjukan pangilan dari bilik Mr. Aron - project manager a.k.a team leader highland hotel & resort project.
"Hello bos!" kata ku sebaik saja angkat pangilan interkom.
" Lara, bawa ke sini progress report main building highland hotel" suara garau Mr. Aron kedengaran macam biasa.
" Ok sekejap bos" sahutku dan bangun ke kabinet ambil beberapa document. Nasib juga Jonathan suda kasi ready apa yang patut, so senang sikit aku compile semua. Tiba-tiba aku notis ada info yang Jonathan belum complete. Aku cepat-cepat pigi tempat dia, waktu aku dekat suda dengan meja Jonathan aku dengar sora Mia bercakap.. kaki ku automatik berhenti melangkah.
" Ada ramai ba sumandak di company kita ni Jonathan. Napa juga ko mo rapat-rapat sama si Lara tu ... janda anak satu. Ko nda takut kena gosip ka? " tanya Mia.
" Gosip apa pula ko ni. Dia kan janda. Janda kan single. Saya single. Apa masalah?" Balas Jonathan. Derang dua masi nda perasan aku ada nda jauh dari tempat durang.
" Jadi ko suka dia la ni" Tanya Mia. Aku pun ikut tertanya-tanya jawapan si Jonathan.
Jonathan terdiam.
" Muka dia macam muka ex saya dulu ba. 1st love saya.." tiba- tiba Jonathan terus terang. Terkejut aku dengar. Muka aku macam ex dia? wah.. nda sangka pula.
" nah kan.. patut lah.. jadi ko sebenarnya suka dia sebab dia mirip ko punya 1st ex la ni?" bilang Mia dengan mimik muka takajut.
" Bukan la ba begitu.. cuma kalau saya rasa saya rindu sama ex saya tu.. saya tengok ja si Lara.. terus macam ilang rindu saya... tapi teda la ba saya mo mengurat dia.. kawan ja kami " balas jonathan. Astagaaa rupanya ada cerita yang tersirat pula si Jonathan ni patut la lain macam dia punya baik sama aku. Kadang-kadang tu aku rasa macam lain juga baik si Jonathan ni sama aku, keja yang patut aku buat Jonathan selalu tolong kasi siap. Mudah keja aku! Kadang-kadang rasa macam dia tu jadi assistant aku pula, rupanya ada cerita tersirat di sebaliknya. Setakat ni teda juga dia langgar batas la. Cuma kadang-kadang memang aku notis dia pandai curi-curi tengok muka ku. Kadang tu berseri-seri betul bila dia nampak muka ku dari jauh lagi lebar betul senyuman dia, dia punya vibe tu buat aku semangat keja.
Andu ba jonathan.. rindu betul ko sama ex ko tu ah. Sayang betul ko sama dia. Ko kena kasi tinggal ka tu? bisik ku dalam hati.
Tapi sebenarnya aku rasa mia macam suka si Jonathan ba ni. Kadang tu aku perasan juga tu mia ada silik-silik time aku lepak depan meja Jonathan. Dari gaya-gaya si Mia macam aku dapat rasa ba dia ni minat sama Jonathan tapi Jonathan teda respond.
"hmmmm" Aku mendehem membagi tau yang aku wujud di sekitar derang. Spontan Mia sama Jonathan tengok serentak tempat ku.
" Lama ka suda ko berdiri situ?" tanya Mia. Aku ketawa kecil.
" Sempat juga la.. dengar pasal ex si Jonathan" jawab ku sambil tengok muka Jonathan yang ada sikit merah. Mesti dia malu ni.
"Alama.. bucur sudah rasia... kalau ya pun Lara.. ko bilang la ba.. ko tidak terdingar.. " Bilang Jonathan sambil cover dengan ketawa. Aku sama Mia ikut ketawa.
" ah.. Jonathan. si bos Aron mau minta progress report main building, saya notis tu drawing teda attached.. ada suda ko print sedia?" aku cepat-cepat ubah topik supaya nda rasa kekok dengan Jonathan.
"oh.. ada. jap ..." Dia ambil dari laci dan pass sama aku.
"Nah.."
"Thank you.. bah.. sambung la kamu gosip.." sindirku sambil kenyit mata.. ketawa lagi Jonathan sama Mia. sambil dia kasi signal jari telunjuk di bibirnya.
Lepas puas hati dengan report di tanganku, aku pun jalan menuju ke bilik Mr. Aron yang nda jauh dari bilik ku. Sesampai depan bilik bos Aron aku ketuk pintu.
" Masuk Lara"
Panggil Mr.Aron. Pintu terkuak lebar Lara masuk dan menyerahkan dokumen tu. Dia buka helaian demi helaian. Mukanya berkerut.
"Baru 25% progress. macam kita lambat dari jadual ni.. kasi ingat saya nanti kita mo meeting lagi sama Engineer.. technician yang handle main building.. lambat betul ni progress" arah bos Aron.
" ok bos. nanti saya atur. tapi buat masa ni derang semua pigi site" Mr. aron angguk kepala bila dengar jawapanku. Pastu dia cakap lagi..
"ok. kalau boleh atur dalam masa terdekat.. paling lambat pun early next week"
"Noted bos!"
"Ok.. petang ni saya ada meeting dengan CEO baru dan few other invester.. macam biasa kasi ready report material untuk meeting.. " Mr. Aron bagitau. Ceo baru? Jadi petang ni ada meeting dengan Jason. Dup! Tiba-tiba aku jadi nda senang hati. Nda tau kenapa aku rasa reluctan mau bersemuka sama Jason.
"Ada apa-apa lagi bos? Sebelum saya balik meja saya?" Tanya ku.
"Teda apa-apa. Macam biasa nanti meeting sharp 2.15pm di conference room" Aku angguk lagi, pastu angkat kaki ke meja ku semula. Masa sibuk mau inform team highland hotel, tiba-tiba ada mesej masuk di handphone
'Lara. Lunch ni jumpa di cafe depan opis ko. Saya ada mo cakap'- Andy.
Mesej dari ex husband. Automatik aku terbayang adegan Andy dengan girlfreindnya semalam. Apa la konon yang hal dia mau cakap tu? mau bagitau yang Kaira mo dapat step mom suda? hmmmm
Sampai masa lunch aku cepat-cepat keluar, dengan harapan kawan-kawan kerja yang lain nda pigi makan di cafe depan opis. Aku malas kena nampak jumpa dengan ex husband. Nanti durang banyak tanya. Nda lama tu aku nampak suda Andy duduk sana dalam cafe. Aku masuk dan terus duduk kerusi sebelah dia.
"Lara.. saya ada hal serius mo cakap ko" serius muka andy.
" ba.. cakap la"
" Lara.. lets remarry"
" What?! Eh.. buduh. Malas saya mo cakap.. sana lah ko!!" rasa mcm tu valcano mo melatup ja kepala ku dengar cakap si Andy. Buli-buli dia panggil remarry sedangkan baru kemarin malam aku nampak depan mata dia kissing-kissing sama Kamila. Sot ka suda dia ni?
Andy tangkap tangan ku dan tarik kuat. Badan ku terumban ke badannya. Cekap tangannya tangkap bahu ku dan kasi aku mengadap muka nya yg serius. Aku try kasi lepas tapi kuat betul. Sampai sakit lengan ku dia pigang.
" eh.. lepas la!"
" Please.. for Kaira" rayu Andy macam sora terdesak. Ah gila talak ni jantan.
" Serius andy? Baru ja saya nampak ko sama Kamila becium depan kereta kemarin malam. Hari ni tiba-tiba ko mo panggil aku balik sama ko? Ko ada utak ka? Apa ko pikir? " Marahku lagi. Andy senyum. Menyampah betul aku tengok dia senyum. Aku gini punya marah sempat lagi dia senyum.
"Oh.. ko nampak?... ko jeles la ni?.. teda tu saya cium dia. Saya pura-pura ja macam cium dia.. saya tiup rambut dia saja tu... saya tau ko sakit hati jeles... saya buat mcm tu mo tengok ko jeles ka tidak.. saya..." cepat-cepat aku putung cakap andy.
"Jadi ada ko nampak saya jeles? Teda kan.. bukan ko suda move on ka? Ko ada gf suda.. ok ja pun kita jaga Kaira mcm ni .. gilir-gilir. Bukan dia jadi anak yatim pun.. dapat pun dia kasih sayang dua-dua ibu bapa.. apalagi yang mo remarry ni.. nda puas-puas lagi ka kita mo gaduh masa kawin dulu.. suda cerai pun mo sambung gaduh lagi " Marahku. Geramnya. Sedap-sedap dia pi cium perempuan depan aku kemarin hari ni bilang mo kawin balik sama aku. Kirim salam saja lah!!
" Lara ba.. saya betul-betul ba ni mo kita balik lagi.. bukan demi Kaira saja.. saya masi sayang ko ba.. betul-betul saya masi sayang ko. Saya menyesal betul kita jadi begini.." rayu Andy. Soranya terdesak betul. Sebenarnya aku tersentuh juga tu dingar luahan dia. Tapi susa ba aku mo pecaya. Bagus-nagus suda aku move on mo balik lagi serabut sama dia?
" menyesal? Huh.. pelik. Itu ka cara orang menyesal? Peluk-peluk cium-cium dengan gf depan ex wife pastu bilang mo balik lagi sama ex wife! Adui.. ada ka otak kau?!" Berapi -api ba geram ku sama dia ni.
" Lara.. saya..." macam susa dia mo cari ayat.
" cukup. No turn back!! Kita suda divorce. Titik!! Hubungan kita cuma sebagai ex husband / ex wife.. parents to kaira!! Itu ja.."
" ok.. apa ko mo saya buat kasi bukti saya betul-betul sayang ko.. saya betul-betul mo balik sama ko" mengharap betul mata dia. Kalau dulu mungkin aku cair. Tapi aku bukan Lara yang dulu.
" nda payah bukti-bukti segala. Saya nda mo balik sama ko.. saya nda sayang ko suda. Saya nda sanggup idup sama ko.. Kita sudah carai!!" Hampir jerit aku cakap dia. Andy terdiam. Aku nampak di matanya. Luka. Sakit. Sengsara. Ah.. tiba-tiba aku rasa hati ku macam ada rasa ngilu tengok muka Andy yang macam kesakitan. Macam kena gigit juga tu hatiku.
" Sampai hati ko cakap macam tu.. " pelan sora dia. Aku teguk air liur. Elak tengok muka nya. Matanya.
" Ada ka cara ... ada ka yang saya buli buat supaya ko sayang saya balik ... supaya ko terima saya balik.." pelan... lembut Andy tanya. Pegangan tangannya start longgar. Macam begagar pun ada. Aku silik mukanya. Macam menahan sebak. Auto mataku rasa berair.
Aku geleng pelan.
" Teda.. we are done" tangan Andy terlerai. Dia tarik napas panjang.. aku tau dia cuba tahan. Tidak mo nangis depan ku. Tapi muka nya memang macam mo nangis suda.
" No we are not done! I'm still so much in love with you. Napa ba saya kasi cerai ko..?" Menyesal betul sora dia. Terus aku ingat cakap Linda. Our marriage macam kena sihir pemisah. Bila sama-sama panas betul. Benci betul. Marah-marah. Ada saja yang jadi punca gaduh. Kami syak mami dia punya kerja. Tapi teda bukti.
" Sebab... habis suda jodoh.. " balas ku pelan. Andy napas berat macam berabis tekan rasa sakit dalam dadanya.
" Lara... saya nda paksa ko jawab sekarang.. i give you time to consider" aku nda jawab tapi geleng kepala saja.
Sejak divorce aku rasa aku berada di zon selamat. Masa kawin dengan Andy aku rasa macam mo gila hari-hari gaduh. Stress. Depressed. Betul la kali ah.. kena sihir? Tapi macam ni lagi bagus.. kalau la kami berubat. Later on orang tu sihir kami lagi balik? Sampai bila la aku mo tangung sengsara?
*****
Lara POV
Balik dari jumpa Andy aku dapat call dari Mr. Jin.
" Lara, Aron ada emergency. Rumah dia hampir terbakar. Wife dia masuk hospital" Bilang Mr.Jin. Aku terlompong dengar berita tu.
"Oh.. alamak. habis terbakar?"Tanyaku
"Macam bahagian dapur ada terbakar sikit tapi sempat di padam sebelum merebak. Okay now listen Lara. Saya mau kau buat presentation on behalf si Aron. After all, kau kan dia punya assistant yang buat semua preparation untuk meeting. Aron ada cakap tadi kau pun boleh juga lead tu meeting macam yang lepas-lepas" Aku garu kepala sebaik saja dengar cakap Mr. Jin, memang la selama ni kalau Mr. Aron ada hal aku selalu jadi back up attend meeting, teda hal. Benda kecil saja. Sudah biasa juga kena 'tembak' time meeting bagi pihak Mr.Aron. Tapi kali ni aku rasa lain sikit sebab... Jason ikut ini meeting? tiba-tiba aku jadi nervous.
" ok noted Mr.Jin" Sahutku ringkas.
"Make sure everything perfect.. CEO baru ni ada tegas sikit, silap langkah kita hilang kerja dia tarik orang dia dari other company dia untuk replace us.. Actually Mr.Aron punya performance Jason banyak komplen tu.. dia ada mentioned kalau performance team kamu tidak getting better, team kamu akan kena replace" banyak info aku mau proses dari cakap Mr.Jin yang panjang lebar. Macam Mr.Jin pun takut kena replace juga dia punya jawatan dari cara dia bercakap.
"ok Mr. Jin I do my best nanti" then kami hang up. Dengan berat hati aku pergi comference room dan sediakan apa yang patut.
"Lara! Sudah ready?"
Aku tergugup. Semua mata tertumpu sama aku. Mr. Jin rupanya baru siap perkenalkan aku sebagai assistant Mr.Aron yang akan lead meeting on behalf Mr.Aron. Tapi aku sibuk mengkhayal tadi. Terus aku rasa muka ku panas dan rasa macam mau berpeluh. Ini semua si Andy punya pasal. Gara-gara kami jumpa tadi aku macam hilang fokus masa meeting nda perasan yang sampai sudah giliran aku buat presentation update report Highland hotel and resort.
"Er.. ya Mr. Jin.. and.. Mr Jason.." Aku pandang muka Mr. Jin dan Jason yang sedang fokus sama aku. Aku jadi tergugup tengok muka Jason yang teda expresi. Aura dia bikin aku kecut perut.
Aku tarikh nafas panjang dan mula bentang report project highland hotel yang last minit aku terpaksa kasi ready. Since aku personal assistant project coordinator untuk highland resort, bila Mr. Aron tiba-tiba ada kecemasan Automatik biasanya aku yang kena attend apa-apa meeting bagi pihak Mr.Aron. Sepanjang meeting Jason tidak ada komen. Muka dia serius dan susah mau teka apa yang ada dalam kepalanya.
Macam biasa aku banyak kena gasak bertubi-tubi oleh Madam Diana yang handle costing dan project budget. Sebab kos sudah hampir 35% over dari estimated budget project. Nasib ada civil engineer Si Lazarus join meeting jadi banyak tolong jawab issue-issue yang jadi punca project over budget. Nda lama tu Jason bersuara.
" Okay.. start tomorrow saya akan appoint seorang staff from my other company untuk buat internal audit. I dont want our budget over more than 40% from our estimated budget. We going to minimize the cost untuk cover up our previous losses. Ms.Lara, tomorrow you directly report to me all the detail I want to monitor the audit proses personally" Jelas, confident dan penuh authorities cara Jason bagi arahan. Dia tengok muka ku dengan muka serius. Aku angguk dan cuba pura-pura tidak nervous.
Lebih kurang dalam 2 jam meeting lepas tu kami bersurai. Aku tarik nafas lega. Sebelum balik ke meja ku sendiri aku singgah mesin photocopy.
Satu keping..dua keping.. tiga keping.. nah. Siap!
Baru ja aku mau keluar dari bilik photostate. Tiba-tiba aku dengar suara Mr.Jin sama suara.... Jason? Bunyi macam di hallway suara tu. Nda jauh dari bilik copy machine.
Hmmm..
Kalau boleh aku mau mengelak. Aku nda selesa ter- eyes contact sama Jason. Lain aku rasa. Aku cepat masuk balik pura-pura mau photostate. Mati la sampai berpuluh-puluh keping aku photocopy ni nanti gara-gara mau mengelak pikirku sambil ketawakan diri sendiri.
Last-last suara Mr.Jin dan suara Jason makin lama makin menghilang. Derap bunyi kaki durang melangkah menuju ke bahagian lift. Fuh.. cau suda durang. Baru aku berani keluar dari bilik photostate. Jonathan tiba-tiba muncul. Terkejut beruk aku.
"Ui.. Mr.jin cari ko tadi!"
" ah? Yakah.. astaga. Napa dia cari sia?"
" Nda tau .. tapi ngam-ngan tadi kami ada discusion terus dia tanya mana ko.. kali ada la tu info project highland dia mo dari ko.."
"Oh.. ba.. kijap la sia pi bilik dia.. tapi macam saya dingar sora Mr.Jin tadi.. macam dia pigi lift tadi tu.." Jawab ku sambil tunjuk arah lift.
" iya.. dia bawa CEO baru tu pigi keluar minum kali.." bilang Jonathan sambil tengok aku dari atas sampai bawah. Gulp! Sempat rasa mau tersedak bila Jonathan sebut CEO baru. Napa bah aku ni! Bunguk eh. Gelisah nda tentu pasal! Mungkin pasal Jason langsung tidak kasi show apa-apa tanda yang dia kenal aku jadi aku rasa sedikit pelik. Dia tidak ingat aku sudah kah atau dia pura-pura tidak kenal tu?
"Napa juga ko tengok aku dari atas ke bawah ni?" tegurku dengan nada annoying.
"nda ba.. comel ko ni hari" balas Jonathan sambil tersengih.
"Eh.. saya hari-hari pun comel bah" balasku sambil buat mimik muka ala-ala diva.Lepas tu aku ketawa.
"oh ya.. tadi masa lunch ... sia nampak ko jumpa ... er.. tu.. kah.. ex kau?" Tiba-tiba Jonathan tanya dengan ragu-ragu.
"oh kau nampak sia tadi masa lunch.. ya.. tu lah my ex.. kenapa?" kurang asam. Ada pula yang nampak tadi!
"Baru 1st time sia nampak ex kau. nda sangka encom juga ex ko ah.. macam serius betul kamu tadi?" Aku jadi nda selesa dengar Jonathan cakap. Nda heran ada yang nampak cafe tu dekat area office kami. Malas ba mesti aku jadi bahan gosip ni nanti.
" Adalah bah yang kami bincang tadi tu.. penyibuk juga ko ni.. " Aku sengaja kasi tekan tu nada kurang senang. Jonathan jadi tersengih lepas aku cakap macam tu. Dia malu juga kena cakap penyibuk.
"Eh.. Macam drama bah kamu tadi main tarik-tarik tangan. Pegang-pegang bahu, mana lah tahu kalau ex ko berkasar sama ko tadi.. memang sia masuk campur, go for the rescue juga tu kalau dia berkasar lah.." Dengar cakap Jonathan aku jadi geram sama Andy. Nampak sangat gelagat kami mengundang perhatian orang sekeliling.
"Banyak kah orang tengok-tengok kami tadi?"
"er.. macam ada juga la.. Macam Mr.Jin sama CEO baru tu pun ada berhenti sekejap tengok kamu tadi" Tersirap darah aku dengar. Astaga.. punya memalukan! mana aku mau letak muka ni! Makin aku geram sama Andy.
"Yakah.. haha.. astagaaa.. ada kami gaduh sikit bah tu.. ah.. peduli lah tu.." Aku cepat-cepat tukar topik.
"Kalau gitu nanti la baru saya cari Mr. Jin, kalau dia masuk opis lagi balik.. " Aku start angkat kaki mau beredar.
"Ba. Pandai-pandai la ko cari dia.. yang penting saya suda kasitau ko yang dia cari ko"
"Ok ok"
Fuh.. lega. Cau suda si Jason sama Mr.Jin. Tapi bisuk Jason mau aku direct report sama dia. Terus aku rasa macam sakit perut! gara-gara ingat bisuk mau jumpa Jason. Lepas tu Aku cepat-cepat balik ke meja ku.
" ui.. Mr.Jin cari ko tadi. Dia datang sini meja ko sama tu CEO baru yang encom tu.. " sampai-sampai ja si Mia bagitau. Eh.. sampai Jason pun ikut pi meja saya? Biar betul. Ada yang urgent ka? takan Si Jason nda sabar-sabar mau semua detail report tu hari ni juga. Bukan bisuk kah tu dia bilang?
"Iya.. ada juga si Jonathan bagitau tadi. Saya pi copy document ba tadi..napa dia mo cari saya tu ah.. " macam nda menentu juga aku rasa bila Mr.Jin macam berabis cari saya sampai pi meja saya. Napa dia nda call ja tadi? Terus automatik aku seluk poket. astagaaa.. ada 3 missed called pula. Tapi phone aku silent lupa kasi unsilent tadi.
" oh... Alah.. ko kan orang kuat Si Aron, ko sama dia yang jaga Higland project dari A to Z " Balas Mia lagi.
"Oh ya.. Adalah kali tu yang dia mau tanya tu"
" Tapi .. goodlooking oh CEO baru kita.. muda lagi tu.." Aku sengih ja dengar komen Mia pasal Jason. Malas mau komen. Memang handsome ba tu ex aku tu.. si Jason tu. Masa couple sama dia dulu ramai juga kawan-kawan perempuan jeles kami couple. Eh.. ke sana pula pikiran ku ni. Stop it! Napa ni otak balik-balik ter- falsh back hal-hal yang suda jadi sejarah. Lepas tu aku cepat-cepat call Mr.Jin bagitau aku pergi photocopy document tadi dan lupa unsilent phone. Mr.Jin suruh aku datang jumpa dia sebelum jam 5pm.
Kira-kira 1jam begitu aku interkom PA Mr.Jin, dia cakap Mr.Jin ada di bilik dia suda. Aku pun dengan hati dup dap..dup dap jalan ke bilik Mr.Jin dengan harapan si Jason teda di bilik dia. Harap-harap dia sudah berambus.
Tok tok tok!
Aku ketuk pintu bilik Mr.Jin
" Masuk"
Pintu terkuak. Cuma Mr.Jin ja dalam bilik. Ah.. leganya. Spontan aku senyum.
" ya bos.. bos cari saya?"
" ah.. Lara. Ya.. itu..highland kan.. apa sudah cerita kes vendor yang buat masalah tu.. apa update terbaru?"
"Oh itu.. selesai sudah tu bos. Lepas balik-balik discusion .. nego.. ok sudah.. salah faham antara vendor saja tu.. itu vendor sama transporter tu sebenarnya masing-masing ada dendam peribadi ba tu bos.. tu la masing-masing macam sengaja cari hal tu.. tu transport kita akan terminate ganti yang baru sebab dia yang sabotaj tu vendor kita.. tapi untuk elak masalah sama tu transport company.. saya propose kita buat full payment sebelum kita terminate.." Aku bagi cadangan.
" big amount tu nanti la meeting dengan bahagian finance.. bla.. bla.. bla.." habis ja bincang dengan Mr. Jin aku angkat kaki dari bilik dia. Lepas keluar dari bilik Mr.jin, dari jauh di hujung hallway.. aku nampak kelibat seseorang yang macam aku kenal. Jason? Teringat cakap si Jonathan yang Jason pun ada tengok drama antara aku sama Andy tadi masa lunch. Aku terus rasa mau bertapuk dari Jason! bikin malu bah.
Laju aku belok ke kanan ke bilik admin department. Tempat maya dan Lela. Tanpa tujuan. Mau lari dari bump to Jason.
Serentak Lela dan Maya tengok aku sebaik saja aku masuk bilik durang. Maya buat muka pertayaan - apa hal?
" er.. anu.. eh.. saya mo apply cuti...." tu ja idea aku. Sambil tu aku toleh-toleh ke arah luar dengan harapan si Jason suda limpas. Aku lihat ada kelibat orang lalu di hallway. Ah.. mesti Jason sudah limpas.
"Oh .. nda pa la.. nanti saya datang balik" aku cepat-cepat mau keluar. Tapi sebelum tu aku jengguk kepala dulu tengok di hall way. Line clear! Baru aku mo angkat kaki..
" Lara.. ko ada nampak ka tu bos baru tu? CEO baru muda hensom tu.. saya dengar tadi kau ada meeting.. tu CEO baru tu ada kan attend meeting?" si Maya tiba-tiba tanya. Aku toleh pastu jawab simple
" Ya ada dia tadi.. eh.. aku cau dulu ah.. " Aku malas berlama-lama di sana. Cepat aku keluar dari sana tapi..
" Tup!!"
Tiba-tiba aku telanggar sesuatu. Macam aku langgar dinding yang keras. Habis bertaburan dokumen yang aku photocopy tadi. Aku dongak... serta merta darah ku tersirap ke ubun-ubun.
" so.. sorry.. sorry.. bos.. sorry" aku gelabah. Panik. Aku gosok dahi ku yang ada sakit sikit.
Aku terlanggar Jason!
Magic juga dia ni tiba-tiba depan pintu pula! Dia yang aku mau avoid dia pula yang aku terlanggar. Jason muka serius sambil kasi bagus-bagus bajunya.
" huh"
Itu saja dia punya jawapan atas permintaan maafku. Aku tunduk sambil balik-balik lagi minta sorry dan cepat-cepat kutip kertas yang bertaburan di lantai. Tapi sebelum tunduk aku sempat nampak sekilas dia tengok aku dengan muka masam. Berkerut betul dahi dia. Tapi dia teda cakap apa-apa.
Tanpa sebarang cakap Jason masuk ke bilik admin dengan aura dingin. Aku dengar Maya dan Lela greet si Jason serta merta. Lain betul aku rasa bila aku minta maaf balik-balik tapi teda apa-apa respond. Macam aku ni minta maaf sama tunggul ja tadi tu. Malu ada gerigitan pun iya juga!
Eh budu. Napa la aku cuai dan langgar dia! Tapi dari riak muka dia tadi... hmmmm. Seolah-olah Jason tidak kenal aku. Seolah-olah aku cuma salah seorang staff di company ni dan teda apa-apa history dengan dia.
Aku angkat kaki jalan ke bilik air. Lama aku di bilik air. Depan cermin aku tengok baik-baik pantulan rupaku dalam cermin. 10 tahun dulu aku cekeding macam tu rantìng kayu. Kurus betul. Sekarang sedang-sedang sudah isi, nda sudah seramping dulu, jauh betul ka berubah rupa ku sampai Jason nda kenal sudah aku? Aku flash back tadi pandangan mata si Jason. Memang teda satu titik pun rupa dia macam kenal sama aku! Kalau betul dia tidak kenal... nah! Syukur.. mudahan dia nda kenal.. mudahan dia nda ingat aku langsung!! Seolah-olah kena delete sudah tu nama ku dari kotak ingatan dia.. aku harap betul ni!
"Oi lama juga ko ranung cermin tu? Lawa sudah mikap ko tu Lara.. " takajut aku dengar suara Julia tiba-tiba dari arah pintu bilik air. Aku urut-urut dadaku yang takajut.
" Ko ni tiba-tiba muncul.. sikit tepelanting jantung sia tadi" komplen ku. Julia ketawa.
" yakah? Tadi masa ko langgar bos baru tu nda tepelanting jantung ko?" Tanya Julia sambil ketawa besar. Aik cepat juga tersebar pasal aku terlanggar si Jason! Ni misti Maya sama Lela ni yang jadi penyebar gosip!
" ui punya masam muka dia tadi masa sia telanggar tu. Bikin malu betul ohhh" balasku, muka ku tiba-tiba rasa panas bila ingat balik kes perlanggaran tu tadi.
"ko sengaja tu kan pura-pura telanggar bos baru kita tu tadi.. saya dingar tadi si Maya cakap ko langgar dia depan pintu admin.." cakap Julia lagi.
"Ui.. teda-teda la bah sia mo sengaja langgar bos baru kita tu.. bikin apa oh? Dari mana juga ko dapat idea cakap sia sengaja ni.." jawab ku menafikan. Julia ketawa lagi.
" Eh.. mana tau ko mau tarik perhatian bos baru yang encom tu.." jawab Julia lagi dengan ketawa mengolo.
"Dui.. teda la ba! Teknik novel juga tu main langgar-langgar" Aku ketawa.
" ala.. ko kan suka baca novel.. haha.. nda ba.. si Maya ba yang cakap tadi tu.. dia gosip ko tadi sengaja langgar bos baru tu.." Julia terus terang.
" ala.. ko tau juga si Maya tu suka buat teori sendiri.. teda la ba single mother macam sia ni mau angan-angan single man yang kaya encom macam bos baru kita tu.. " Aku cakap rendah diri.
" Sedar diri pun.." Aik tiba-tiba Lela entah dari mana muncul menyampuk. Aku malas mau komen sebenarnya. Aku nda berapa sebulu dengan Lela ni sebenarnya.
"Hmmmm.. mesti lah bah sedar diri.. bah aku cau dulu. jam5 sudah ni" then cepat-cepat aku berambus.
******
También te puede interesar
Comentario de párrafo
¡La función de comentarios de párrafo ya está en la Web! Mueva el mouse sobre cualquier párrafo y haga clic en el icono para agregar su comentario.
Además, siempre puedes desactivarlo en Ajustes.
ENTIENDO