Descargar la aplicación
11.11% Mr.seducer / Chapter 1: ( Bab 1 )
Mr.seducer Mr.seducer original

Mr.seducer

Autor: sikechik

© WebNovel

Capítulo 1: ( Bab 1 )

"Excuse me. Tumpang lalu tumpang." aku berjalan di celah-celah orang ramai sambil menarik bagasi. Aduh time ni lah perut nak meragam mintak membuang. Memang proses penghadaman aku tak nak bekerjasama dengan aku hari ni.

Ouh yes! Jumpa Finally! Pintu tandas yang berwarna putih itu cepat-cepat aku tolak. Bagasi aku hanya letak begitu sahaja di luar tandas. Nak cari tempat strategik nak letak bag? tak sempat. Aku dah tak kisah apa orang nak kata bila aku terkinja-kinja macam kera nak bersalin anak pertama.

Tidak lama selepas itu, aku keluar dari tandas, Sumpah wei lega! Aku mencari bagasi aku yang berwarna hitam. Ouh shoes, jangan cakap hilang. Apa aku nak cakap kat umi nanti? Sudah lah itu bagasi dia. Peluh-peluh kecil mula kelihatan di dahi. Bukan penat berlari tadi. Tapi takut dengan umi aku yang sememangnya garang nak mati.

Aku menghampiri seorang perempuan tua yang duduk di bangku di luar tandas itu sebelum bertanya. " Assalamualaikum mak cik. Nak tanya, ada jumpa bagasi hitam yang ada dekat dengan pintu tandas ni tadi?"

"Waalaikumusalam. Tak nampak lah pula Mak cik pun baru aje pergi tandas ni. Maaf ye dik."

Hampa. Aku hanya senyum, mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Bukan berlalu pergi mana pun, pergi dekat bangku lain je. siapa pula mencuri bagasi aku ni. Mata masih lagi sempat berputar-putar mencari bagasi.

Tak jumpa. Nak cari kat mana? Satu airport?Gila! Airport ni bukan nya kecil macam reban ayam rumah atuk tu. Huh! Fikir Daerina nak cari kat mana. Aku mengetuk-ngetuk kepala aku perlahan. Aku memeluk sling bag aku.

Nasib baik beg ni masih lagi denganku. Dan nasib baik juga benda penting semua ada dalam ni, bukan dalam bagasi. Kalau tak, fuhh aku rasa dah meraung macam hilang anak aku kat sini.

Aku mencari phone pintar aku di dalam bag. Telefon iPhone 7 aku hidupkan selepas beberpa lama aku setkan pada airplane mode. Selalunya aku off aje phone, tapi itulah, aku ni ada masalah M. Nak on kan phone balik tu pun malas. Heh.

Aku melihat skrin, 13 missed call. Aku terus membuka log panggilan. Siapa lagi kalau bukab Syira Aulia. Kawan sekaki, sebantal, selimut, sebaju dan seangkatan dengan nya.

Aku cuba membuat panggilan kembali. Tanpa tidak berjawab. Hanya peti suara sahaja yang kedengaran. Aku mendengus geram. Apa kena dengan aku hari ni? Bagasi hilang, Syira tak jawap call.

Nak call umi dengan abah? Jangan harap mereka nak jawap. Nak-nak pula waktu- waktu begini. Umi dengan menyuarat nya, abah pula macam biasa dengan office nya.

Aku menyandar kepala ke dinding. Sumpah, aku rasa nak hantuk kepala sekarang ni. Tolong pegang tangan aku. Takut aku bertukar jadi budak bawah 5 tahun yang menangis bagai nak rak sebab tak dapat gula-gula.

Sedang melayan perasaan sedih macam ni, aku melihat seorang budak lelaki dan perempuan yang sedang berlari berkejaran di depan tandas lelaki. Tangan budak lelaki yang sedang menarik bagasi itu aku amati. Macam bagasi aku.

Sah! Memang bagasi aku!

Laju sahaja kaki aku melangkah ke arah budak tersebut. Aku menahan mereka daripada terus berlari. Sedap yew dik kau bawak adik perempuan kau naik akak punya bagasi. Apa? ingat bagasi aku kereta sorong?

"Wahai adik-adik comel, Bagasi ni akak punya. Boleh pulangkan balik?" Dengan senyuman di bibir, aku meminta. Senyum Hani Daerina! Diorang ni budak lagi, tak kan kau nak cari gaduh kot?

"Ye ke? Tadi kami nampak bagasi tu kat situ. Ingatkan tak ada siapa punya. Sorry " Budak lelaku itu meminta maaf sambil membuat muka kasihan. Alahai, nasib comel. And nasib baik jugak kau cepat mintak maaf, kalau tak korang berdua akak sumbat dalam sinki tandas.

"Tak pe. Now, meh bagi akak." bagasi bertukar tangan. Sempat aku mencium pipi kedua-dua budak itu sebelum keluar dari kawasan airport. Syira Aulia aku cari.

Katanya nak jumpa aku, tapi jangankan batang hidung, batang kaki pun tak nampak. Mana lah perempuan ni pergi?

"Hoi!"

"Hoi kau gila!" aku mengusap dada aku akibat terkejut. Wajah aku paling ke belakang. Muka seorang perempuan yang sudah tersingih itu aku pandang tajam.

Taguna yini sahabat.

"Kau apehal kejutkan aku?"

"Saja. Nak balas dendam sebab kau tak jawap call aku"

"Hello? Time tu aku ada emergency. Kau yang call salah timing"

"Salah timing kaki kau. kau kata kau akan sampai sini pukul 4 petang. Aku call lah time tu. Kau yang busy. Kenapa? Layan pilot?"

"What the fish man! I hate pilot"

Aku bergerak menuju ke arah kereta Myvi milik Syira. Bagasi aku letak di dalam bonet kereta tersebut. Aku membuka pintu di sebelah pemandu dan melabubkan punggung di situ.

"Kau jangan hate sangat lah. One day Allah terbalik kan hati kau, haa time tu baru kau tau" Syira buat muka ngeri. Saja lah tu nak takutkan. Sorry, ini Hani Daerina Dawson lah. Tengok jari lah.

"Mintak jauhkan lah" Aku menadahkan tangan, tanda berdoa. Syira hanya mengjulingkan mata ke atas. Aku hanya tersengih sumbing sebelum membuat suara manja.

"Syira--"

Syira menjeling aku. "Nak apa?"

"Nak makan nasi ayam"

"Agak dah! Suara manja sikit mula lah mintak itu ini. Itulah, duduk lama sangat kat Filipina tu".

"Mana ada lama. Seminggu je." Aku mencebik. Seminggu tu bersamaan dengan tujun hari. Kejap lah kan?

"Apa-apa je lah. Nak aku belanja?"

Terus mata aku bersinar mendengar offer tersebut. Pantas saja aku mengganguk mahu. Rezeki free siapa tak nak.

"Okey aku belanja kau bayar."

Syira kemudian nya melepaskan tawa kuat. Tangan aku laju saja naik menampar bahunya. Taguna!

**************************

Aku membuka almari baju aku seluas yang boleh. Selepas makan malam sebentar tadi bersama umi dan abah, aku terus naik ke bilik. Ingin mengemas baju.

Bagasi hitam itu aku buka. Aikk? Kenapa tak mau ni? Aku melihat sejenis err apa tah nama dia yang bersaiz kecil yang mempunyai nombor-nombor itu.

Ouh lupa aku letak password.

Laju tangan aku menekan. Tak ada pun bunyi "klik" . Aku sudah berkerut dahi. Aku ada tukar password ke? Rasanya macam tak ada.

Aku cuba tekan nombor yang lain pula. Pun tidak mahu. Aku mendengus kasar.

Susah-susah aku hancurkan bagasi ni. Aku turun ke dapur. Kelibat umi dan abah tiada lagi di situ. Mungkin sudah naik ke bilik. Aku mengambil sebilah pisau dan naik ke bilik aku semula.

Bagasi berkulit baldu itu aku koyak kan dengan menggunakan pisau.

Setelah penat mencucuk-cucuk bagasi itu dengan pisau, akhirnya bagasi itu koyak sepenuhnya. Terkejut aku melihat isi di dalam.

Bukan pakaian aku! Tapi pakain lelaki!

Ouh shoes!Salah luggage!


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C1
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión