Descargar la aplicación
40% May be i deserved this (Malay) / Chapter 2: Sayangnya ianya dah terlewat.

Capítulo 2: Sayangnya ianya dah terlewat.

Dah hampir seminggu Arman dan Lizzy tak bertegur sapa..Biasanya bila ada pertelingahan diantara mereka Arman akan berdepan dengan Lizzy dan menyelesaikan masalah mereka tapi kali ini setiap kali Arman cuba mendekati Lizzy, Lizzy akan cepat-cepat menjauhkan dirinya. Bahkan 2 hari lepas Lizzy bila Arman mendekati Lizzy didapur dan tak sempat Arman membuka mulutnya, Lizzy cakap dengan dia 'Jangan cakap apa-apa '. Sikitpun tak pandang mukanya dan terus keluar dari dapur..

Jangan cakap apa-apa

Terngiang-ngiang suara Lizzy menyebut ayat tersebut ditelinganya. Biasanya Lizzy akan dengar apa yang dia nak cakap. Kenapa kali ini macam ni? Kenapa Lizzy berubah? Ahhh....biarlah....

Walaupun hatinya cakap biarlah tapi Arman masih rasa tak tenteram. Dia dah macam kucing kehilangan anak. Dari duduk dia berdiri..dah berdiri dia ke dapur..dari dapur dia keruang tamu..serba tak kena. Baru dia melabuhkan punggungnya ke sofa, pintu rumahnya dibuka dari luar. Kelihatan Lizzy masuk dalam keadaan baju yang basah..Airpun masih menitik dari pakaian yang dipakai oleh Lizzy. Hujan ke? Hati Arman tertanya-tanya dan keningnya berkerut.

Selepas menutup pintu, ketika Lizzy berpusing pandangan matanya bertembung dengan mata Arman dan Lizzy mengalihkan pandangannya dan terus berjalan tapi mempedulikan Arman yang memandangnya.

" Lizzy " Panggil Arman tapi panggilannya tidak dipedulikan oleh Lizzy sebab Lizzy terus berjalan menaiki anak tangga seperti tak dengar panggilan Arman. Arman tahu Lizzy dengar panggilannya cuma Lizzy tak ambil peduli. Arman kembali duduk disofa sambil bersandar...Terdengar keluhan darinya.

Setelah setengah jam berlalu. Arman bangun dan mengorak langkahnya ketingkat atas.. Satu persatu anak tangga didaki. Terasa berat kakinya melangkah..Sesampainya didepan pintu billiknya Arman teragak-agak nak memulas tombol pintu. Dia pejamkan matanya seakan mencari kekuatan dan tombol pintu dipulasnya.

Bila pintu terbuka Arman nampak Lizzy telah berbaring dikatil. Tak pasti samada Lizzy dah tidur atau belum tapi dia nekad nak selesaikan pertelingkahan mereka saat ini. Kakinya diarah kesisi katil disebelah Lizzy dan dia duduk

"Lizzy, you taukan i tak suka gaduh-gaduh macam ni. Banyak yang i nak cakap dengan you tapi i tau bukan semua i boleh cakap dengan you sebab i tau you tak akan boleh terima" Arman mengeluh dan meneruskan apa yang ingin dia katakan

" I tau kalau sedar mesti you tak nak dengar i cakap tapi u tau tak betapa i sayang kat you. Dulu you tak macamni..I tak tau kenapa you berubah. Pantang i silap sket mesti berbulan-bulan youtak tegur i, I rindu Lizzy yang dulu..Please kembalikan Lizzy yang dulu pada i..I love you Lizzy" Arman mencium dahi Lizzy. Dia bangun dan keluar dari bilik.

Sebaik pintu ditutup Lizzy buka matanya. Dia dengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Arman.

"Sayangnya ianya dah terlewat, Arman. lizzy yang dulu dah tak de...dah mati..." Bisik Lizzy perlahan sambil menutup matanya.

+++++++++-++++++++++++++++++++++++++

Lizzy membuka matanya perlahan-lahan bila cahaya yang masuk dr tingkap bilik kena pada matanya. Silau. Lizzy terasa badannya letih mungkin sebab dia berenang kuat lentang di kolam putrajaya semalam. Lizzy mengeliat perlaham sebelum bangun dan masuk kedalam bilik air untuk mandi.

Setelah bersiap Lizzy keluar dari bilik dan dia nampak Arman yang tidur didepan tv diruang tamu atas. Lizzy tak rasa kesianpun sebab kalau tak gaduhpun memang Arman suka tidur disitu dari tidur dibilik. Lagipun ada tilam saiz queen menjadi alas tempat tidurnya. Cuma sebelum ni dia selalu teman Arman tengok tv disitu walaupun kadang-kadang rancangan tv yang Arman tengok langsung tak menarik minatnya dan biasanya dia akan tertidur tanpa tau hujung pangkal benda yang disiarkan tapi perkara perkara tersebut tak akan berlaku lagi..Kali ni dia nak jadi orang yang pentingkan dirinya sendiri.

Kakinya melangkah ke dapur..Setelah membuat air kopi dan sandwich tuna, Lizzy keluar ketamannya untuk menyiram pokok2 yang ditanamnya. Letih gak nak siram pokok yang berlambak ditamannya. Setelah tarik getah paip kesana kesini selama 2 jam, akhirnya Lizzy siap menyiram semua pokoknya. Bukan tak ada sistem pengaliran yg Arman buat tapi dah bocor sana sini..Nak pakai macamana kan..Lizzy duduk di kerusi dibelakang rumahnya untuk berehat sebentar dan mencapai sebatang rokok dari kotaknya sebelum menyalakan rokok tersebut dan menghisap rokok tersebut perlahan-lahan. Ya, Lizzy memang seorang perokok. Dia tahu gambaran seorang perempuan yang hisap rokok tidak berapa baik dipandangan masyarakat tapi dia tak boleh buat apa-apa. Dah banyak kali dia cuba berhenti tapi semuanya tak berjaya..Samada berat badannya mula naik mencanak-canak ataupun mood angin lintangnya yang tak boleh dikawal. Akhirnya dia akur yang dia tak boleh berhenti merokok tapi sebenarnya dia tahu yang azamnya nak berhenti yang tak kuat sebenarnya.

Lizzy mengambil hpnya dan melihat di application di hpnya untuk melihat berapa pesanan dari pelanggan. Setelah sudah melepaskan penat, Lizzy bangun dan mula mengambil pokok-pokok yang diminta oleh pelanggannya...Pokok-pokok yang telah diambil diisi didalam tray dan dibawa kedalam rumah.

Proses yang paling melecehkan adalah membuat kotak untuk pokok-pokok tersebut..Setelah sejam, semua kotak yang Lizzy perlukan siap semuanya..Lizzy mula membungkus pokok-pokok tersebut dan melekatkan waybill kekotak tersebut untuk tujuan pengesposan. Semasa Lizzy membungkus pokok-pokok untuk dipos, Arman yang sudah siap mandi turun dari tingkat atas. Lizzy langsung tak memandang ke arah Arman tapi dari ekor matanya dia nampak Arman membawa kopi dan sandwich ke tingkat atas. Ya, Arman tak bekerja dan dah lebih dari 2 tahun menganggur. Kenapa Arman tak tolong Lizzy? Alasannya buat apa nak tolong masa bergaduh.. Hahaha..sedap didengarkan alasan tu.

Setelah Lizzy siap membungkus semua pokok-pokoknya. Lizzy naik ke biliknya untuk mandi dan bersiap untuk menghantar bungkusan tersebut ke pusat kurier. Arman duduk diatas tilam didepan tv sambil menghisap rokok. Huh! ni yang Lizzy tak suka bila orang isap rokok dalam rumah..Habis berbau satu rumah dengan asap rokok. Nak hisap rokok, isaplah kat luar...Sabar Lizzy sabar... Lizzy buat tak nampak akan perbuatan Arman. Dia terus ke bilik air, mandi bersiap dan keluar ke pusat kurier servis. Perjalanan ke pusat kurier servis hanya memakan masa setengah jam pergi dan balik tapi sebab Lizzy nak beli barang-barang dapur dia mengambil masa agak lama..Nasib baiklah ada kembara buruknya menjadi kenderaannya..Kalau tak, mau pengsan nak mengangkat semua bungkusan tersebut dengan motor kapcainya..Silap ari bulan, mau tersungkur kat jalan dengan pelbagai jenis kotak yang perlu dibawa.

Sesampai di Supermarket, Lizzy parking kembaranya. Setelah pastikan semuanya dah dikunci Lizzy berjalan kearah pintu masuk supermarket. Sedang dia terlenggang-lenggang kunci yang dipegang terlepas ditangannya..Lizzy menunduk untuk mengambil kuncinya yang tersadai dilantai. Sebaik dia bangun entah apa nasibnya dia dilanggar seseorang..

"Ahhh" Lizzy terjerit sambil memejam matanya..Redha dengan nasib yang tubuhnya akan terbongkang kelantai sebentar lagi tapi bila dia terasa ada tangan yang memegang pinggangnya. Dia tahu, sekurang-kurang nasib menyebelahinya kali ini. Dia membuka matanya perlahan sambil menghela nafas dan bila matanya bertembung dengan siempunya mata didepannya..mulutnya ternganga..


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C2
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión