Descargar la aplicación
58.82% M.A.G.I.X [ MALAY ] / Chapter 10: ELEMENTAL 8 : KRISTAL HIJAU

Capítulo 10: ELEMENTAL 8 : KRISTAL HIJAU

"Kau lagi...."

Sambil mengetap bibir, wajah Wasil garang memandang tepat ke arah susuk tubuh yang dia amat kenali.

Selama 2 hari dia dikejar oleh seekor raksasa berupa lembu, namun mampu berdiri 2 kaki dan boleh berkomunikasi. Raksasa merah itu keluar daripada celahan cahaya merah yang menjadi alat untuk 'teleport' itu. Wajahnya yang hodoh berserta matanya yang merah saga saling berpandangan dengan Wasil.

Mulut raksasa itu terukir senyuman apabila melihat objektifnya tepat berada di situ. Dia perlukan cincin yang dipakai kemas oleh Putera kedua Kerajaan Elektro itu. Demi menunaikan arahan 'boss'nya.

Suasana pada petang itu tegang sekali. Rania sedang terkebil-kebil bersebelahan Wasil. Keliru agaknya. Izzat yang masih di hadapan pintu rumahnya turut tergamam.

"Aa-Apa te-tengah jadi-di ni?!?" Rania bersuara terketar. Matanya membesar. Melihat seekor raksasa gergasi dengan kedua matanya membuatkan dirinya lemah.

"Kakaakk!"

Izzat melaung sebaik melihat kakaknya yang terduduk lemah.

Aura yang dahsyat yang dihasilkan oleh raksasa merah itu mampu menyerap segala tenaga persekitaran terutamanya, daripada manusia biasa seperti Rania.

"PULANGKAN SEMULA CINCIN TU!" Laungan suara makhluk gergasi itu menggegarkan keadaan sekitar.

"Pulangkan? Sejak bila pulak cincin ni kau punya?" Tanpa gentar Wasil membalas.

"KAU TAK SERIK-SERIK LAGI KE BUDAK. KALAU KAU NAK 2 MANUSIA NI SELAMAT, BAIK KAU IKUT ARAHAN AKU!" Sekali lagi raksasa itu bersuara, namun kali ini suaranya perlahan sedikit daripada sebelum ini.

"Langkah mayat aku dulu la." Dengan selamba Wasil membalas.

Rania sedang tercungap-cungap bersebelahannya. Rasa seperti ditekan-tekan. Izzat terkejut dengan kata-kata rakannya itu.

Walaupun Wasil kalah dengan raksasa itu sebelum ini, kali ini dia lebih yakin untuk bertarung kerana persekitaran kali ini lebih lapang dan luas. Keadaan ini memberikan ruang dan peluang untuk dia menggunakan kekuatan secara maksimum, tidak seperti di hutan semalam yang sempit dan padat.

"BAIKLAH BUDAK" Raksasa tersebut bersetuju.

"Heh.." Wasil tersenyum.

SSSSTTTSZSZTZT!

STTTZSTSTTSZ!

Kedengaran bunyi cas-cas elektrik bergerak dengan bagitu laju. Dengan memanipulasikan unsurnya, Wasil sedang bergerak dengan kelajuan kilat ke arah serata tempat di sekeliling raksasa merah itu.

Melihat kedua-dua individu tersebut sedang bertarung, Izzat segera mengambil peluang tersebut untuk bergerak ke kakaknya.

"Iz-Izzat, ape tengah ja-jadi ni..?" Rania menyoal, suaranya masih tersangkut-sangkut.

"Nanti Izzat cerita, kita kena jauhkan diri dari sini, bahaya!" Tanpa berlengah Izzat terus membantu kakaknya untuk bangun lalu memapahnya ke tempat yg lebih selamat. Matanya melihat ke arah Wasil, hatinya timbul kerisauan.

Wasil masih bertarung ganas dengan raksasa itu. Walaupun kelajuan wasil bergerak hampir mencapai kelajuan cahaya namun raksasa itu dengan mudah mematahkan setiap serangan yang dilakukan oleh Wasil.

"HAHAHA, KAU AGAK KEBAL HARI INI"

"TAPI BERAPA LAMA JE KAU BOLEH TAHAN NI" Sambung raksasa itu lagi.

Masih dengan pecutan kilatnya, dia tidak tahu berapa lama lagi dia mampu bertahan. Namun, dia mesti bertahan lebih lama kali ini. Dia tidak mahu, Rania dan Izzat yang tiada kaitan dengannya itu tercedera. Peluh mengalir deras di seluruh tubuhnya.

Pertempuran terus berlangsung!

✨✨✨

Satu ruang tersegam luas di hadapan kedua-dua mereka. Dinding gua itu bukan lagi berasakan batu. Segala dinding itu kini berasaskan batu-bata dan memiliki pelbagai seni bina ketamadunan.

"Tempat apa ni, Hadi?" Azyad ternganga melihat segala seni bina yang tidak pernah dia jumpa sebelum-sebelum ini.

Sepanjang mereka mengembara di sekitar sempadan kerajaan mereka, banyak mereka jumpa benda-benda baharu, tapi tidak seperti yang mereka sedang lihat di hadapan mata mereka ini.

-DATA TIDAK DAPAT DIKENALPASTI-

Suatu nota tertera pada skrin kaca mata unik milik Hadi. Wajahnya mula berkerut. Dia terkejut, setahunya segala maklumat berkaitan dimensi magix telah dia simpan dan kemaskini di dalam kaca mata khas rekaannya itu. Namun, tiada informasi berkaitan penemuan terbaru dia dan Azyad.

"Kaca mata aku tak dapat kenalpasti lah" Hadi merungut kepada Azyad.

"Kau biar betul." Azyad turut terkejut. Mereka meneruskan perjalanan.

Sedang mereka berjalan beberapa meter. Jalan mereka berakhir dengan tiga ruang yang bercabang.

"Nak masuk yang mana ni?" Azyad menyoal.

"Kita nak teruskan ke?" Hadi membalas pertanyaan rakannya itu dengan pertanyaan baharu.

"Ape kau ni, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bukan senang kita nak jumpa tempat tempat camni"

Azyad tidak bersetuju dengan pendapat Hadi, sebaliknya dia membalas dengan pepatah Melayu yang dia pernah pelajari ,juga menjadi keunikan bangsa Melayu.

"Betul jugak tu, kalau macam tu kita masuk jalan yang first ni dulu la"

"Okeh jo-"

"Masuk yang kanan sekali." Azyad tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Satu suara lain tiba-tiba kedengaran. Suara garau.

"Jo-?" Hadi menyoal sebaik sahaja melihat kelakuan aneh rakannya itu.

"Hadi kau dengar tak?"

"Dengar ape?"

Mata Azyad sekali lagi membesar.

"Dah jom masuk yang kiri sekali ni." Hadi mengajak.

"Ehh, aku rasa kita masuk yang kanan sekali la." Azyad tiba-tiba bersuara.

"Pulak... tadi kau tanya nak masuk yang mana"

"Err, lebih afdal kanankan.. haha" Azyad membalas sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Azyad memilih untuk mengikut suara misteri tersebut, hatinya turut rasa sesuatu.

"Haa.. jom jom!" Hadi tidak mahu menyoal lebih banyak dia terus bergerak.

Mereka berdua terus masuk ke laluan kanan sekali. Akhirnya mereka tiba di suatu ruangan yang lebih besar daripada mula-mula tadi. Di hadapan mereka, terpampang luas satu permukaan dinding. Pada dinding itu, ratusan malah ribuan kristal-kristal hijau bertampalan.

Hadi tertarik dengan sesuatu. Antara semua kristal yang bertampalan, terdapat dua kristal hijau yang kelihatan seakan-akan menyala berbanding kristal hijau malap yang lain.

Tanpa teragak-agak, Hadi berjalan mendekati dua kristal tersebut.

"Hadi? kau nak ke mana?" Azyad segera membuntuti pergerakan sahabatnya itu.

Semakin mereka menghampiri, semakin kuat nyalaan cahaya hijau daripada 2 buah kristal bersaiz bola sepak itu.

"Kristal ape ni?" Hadi bersuara. Matanya masih terpegun dengan keindahan kristal itu.

"Tak kisahlah kristal ape pun... yang penting kau jangan main pegang je nanti-" belum sempat Azyad menghabiskan bicaranya, dia terkejut melihat tangan rakannya sudah menyentuh keseluruhan permukaan sebuah kristal hijau itu.

"Kau jangan risau, aku takkan pegang- ehh?" Hadi turut terkejut. Dia tidak sedar bahawa sebelah tangannya telah memegang kemas kristal tersebut.

Azyad segera menepuk wajahnya.

"Err, haha jangan risau . Bukan ade pape pun berlaku..." Hadi bersuara. Tangannya masih di permukaan kristal tersebut.

Selang beberapa saat, tiada apa-apa yang berlaku. Hadi menarik kembali sebelah tangannya itu.

"Kan aku dah cakap... takde-" Kedua-dua mereka terdiam.

GRRRRRRRRRRRRRRRR..... secara tiba-tiba, gua tersebut mengalami gegaran yang maha dahsyat.

"Tengokk ap-apaa yyyaangg ka-kauu dah buatt!!" Azyad menjerit, suaranya turut tersekat-sekat akibat gegaran yang sedang berlaku.

Tiba-tiba kristal yang Hadi sentuh sebentar tadi memancarkan cahaya tepat ke arah atas Hadi dan Azyad. Pancaran cahaya itu menghasilkan satu bebola kuasa hijau yang terang benderang.

Bebola kuasa itu menyedut segala benda di persekitarannya tidak ubah seperti lohong hitam. Sedutan yang semakin bertambah tenaga itu membuatkan Azyad mula tidak menjejak tanah memandangkan dia lebih ringan daripada Hadi. Hadi sempat menangkap pergelangan tangan sahabatnya itu.

Namun, malang tidak berbau.

Tarikan dan sedutan bebola kuasa hijau itu mengatasi segalanya. Hadi turut terangkat dek sedutan yang dahsyat itu.

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA" Hadi dan Azyad menjerit sekuat hati. Suara mereka bergema seluruh ruangan gua.

Akhirnya, mereka tersedut ke dalam bebola kuasa tersebut.

Bebola kuasa tersebut mula mengecil lalu lenyap tanpa dapat dijejak.

.

.

.

Gua tersebut kembali kelam dan sunyi seperti sediakala.

✨✨✨

DUSHH!!

Satu tamparan berat dilepaskan tepat mendarat pada wajah Putera Elektro itu. Wasil terpelanting beberapa depa kebelakang. Darah mula mengalir keluar dari celahan bibirnya yang terkoyak. Tubuh badannya kini dipenuhi calar-balar.

Wasil terbaring lemah. Dia sudah menggunakan segala kudratnya. Ternyata, dia masih mentah dan lemah dalam mengguna dan mengawal unsur semulajadinya itu.

Izzat melihat situasi itu, tanpa berfikir panjang terus bergegas ke arah rakannya yang sedang terlentang.

"Kakak, rehat sini dulu." Izzat memberitahu.

"Izzat..." Rania bersuara lemah.

Izzat terus bergerak menuju ke arah Wasil.

"SETAKAT BERAPA MINIT TAMBAHAN JE KAU MAMPU BERTAHAN? AHAHAHAAHAHAHA"

"BESAR KEPALA, BUDAK!" Raksasa itu masih berdiri megah. Tubuhnya masih seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia berdiri 3 depa daripada putera yang dipanggil 'budak' itu.

"Wasil!!" Izzat menghampiri rakannya itu

"Izzat... baik... kau... lari .... ce-cepat." Dalam keadaan separuh mati itu, Wasil sempat mengarahkan Izzat untuk menyelamatkan diri.

"Takkan!" Sepatah Izzat menjawab, tanpa rasa ragu-ragu. Jauh dalam sudut hatinya, pelbagai perkara dia terfikir. Dia mampu buat ape je. Dia masih tidak mempunyai kuasa jauh sekali skill-skill pertempuran.

"AHAHAHA, BIAR AKU TAMATKAN RIWAYAT KORANG BERDUA. NANTI BOLEH SAMBUNG SEMBANG KAT KUBUR . AHAHAHAAH" Raksasa merah itu bersuara. Garau. Dia menghampiri Izzat dan Wasil.

"Izzatt.... lariii" Air mata Wasil mula tumpah, wajahnya penuh dengan penyesalan.

Izzat masih tidak bergerak. Setia dengan rakan barunya itu.

Raksasa itu mengangkat sebelah tangan. Satu bebola hitam pekat muncul. Bila-bila sahaja bebola itu mampu menamatkan riwayat mereka berdua.

"MATILAAAAAAAHHHH!!!"

Secara tiba-tiba, satu kuasa gergasi lain muncul menghuru-harakan keadaan.

Kuasa yang bukan daripada raksasa tersebut.

Satu bebola hijau gergasi muncul menghasilkan cahaya yang silau, mengkaburkan mata yang memandang.

Kuasa raksasa merah tadi terbantut dek cahaya hijau yang begitu terang.

Daripada celahan cahaya hijau yang bersinar. Bayang-bayang dua susuk mula kelihatan.

Mata Wasil membesar. Izzat turut tergamam.

"Diorang... ni..-"

-BERSAMBUNG-


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C10
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión