14 Tahun kemudian...
2016
31 DISEMBER
BANDARAYA KUALA LUMPUR
Kesibukan bandaraya Kuala Lumpur jelas didengari, jalan raya yang sentiasa sesak dengan kenderaan-kenderaan. Bangunan pencakar langit menghiasi sekitar Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara Malaysia.
Petang itu, cuaca sungguh mendamaikan. Masing-masing melakukan hal sendiri. Jauh dari bandaraya mega itu, di pedalaman hutan tersegam sebuah rumah gergasi.
Diselimuti hutan yang tebal menjadikan rumah itu tersembunyi daripada pengetahuan ramai.Kediaman tersebut mempunyai 2 tingkat juga mempunyai halaman yang luas dipenuhi rumput-rumput menghijau yang menyegarkan mata memandang.
Suasana sungguh sepi sekitar rumah tersebut.
'kriekkk...'
bunyi pintu rumah memecahkan kesunyian.
'Akak, adik keluar dulu beli barang dapur ni.'
Satu laungan kedengaran. Seorang budak lelaki muncul setelah pintu kediaman tersebut dibuka.
Wajahnya cerah, rambutnya perang dan lebih mengejutkan anak matanya berwarna hijau terang.Kalau diikutkan bangsa melayu tidak mempunyai ciri-ciri unik tersebut. Budak lelaki tersebut dikenali sebagai Izzat.
Dia selalu dipinggirkan dan dijadikan bahan ejekan rakan-rakannya kerana mempunyai penampilan yang berbeza daripada yang lain. Izzat pernah mempersoalkan kepada kakaknya akan rupa parasnya. Sehingga sekarang tiada jawapan yang menjawab persoalannya itu.
Izzat melangkah keluar dari rumahnya menuju ke basikalnya yang diletakkan bersandar pada dinding rumah di halaman berumput itu.
'Adik! Beli barang yang akak dah senaraikan untuk makan malam ni'
kediaman yang besar itu diduduki oleh dua orang beradik iaitu Izzat dan Kakaknya.
'Okay!'
Izzat membalas lantas melipat kertas senarai yang kakaknya beri lalu menyelitkannya ke dalam poket seluarnya. Tanpa berlengah dia terus menunggang basikal berwarna hijau miliknya itu.
Kedai runcit yang terdekat hanya berjarak 2 kilometer daripada tempat tinggalnya. Izzat hanya perlu mengambil masa 5 minit untuk sampai ke kedai yang menjadi tempat dia dan kakaknya membeli barang keperluan untuk keluarga mereka.
Selalu dia terfikir ke mana emak dan ayahnya? Mengapa dia tidak seperti rakan-rakannya yang memiliki emak dan ayah.
Setelah tiba di destinasi, tanpa membuang masa dia terus mencari bahan-bahan masakan yang kakaknya perlukan untuk menyambut tahun baru 2018 yang bakal tiba hanya berbekal beberapa jam sahaja lagi.
✨✨✨
Sementara itu, di suatu hutan yang lain. Suasana sangat gelap dan sunyi. Pada malam itu hanya kedengaran angin yang bertiupan. Bunyi dedaun pokok saling lembut bersentuhan. Bunyi cengkerik menghiasi kesunyian malam yang sungguh kelam.
Tiba-tiba...
Suasana yang tenang tadi berubah sekelip mata. Daun-daun pada pohon-pohon menjadi tidak keruan disebabkan angin mula meliar.Hutan tebal tersebut sudah menggila. Beberapa anak pokok kelihatan mula tumbang.
Tidak cukup sekadar itu, satu cahaya terang benderang tiba-tiba muncul di tengah-tengah hutan belantara tersebut.
Cahaya silau itu menghasilkan bunyi seperti geseran elektrik. Tidak lama kemudian cahaya tersebut mula merubah warna menjadi kekuningan, cas-cas elektrik menyelubungi bebola cahaya itu. Suasana sungguh tidak keruan.
Kemunculan cahaya yang terang itu menjadi lebih aneh apabila muncul kelibat bebayang seperti susuk tubuh manusia di pusat bebola cahaya tersebut.
'Fiuhh.. selamat. Dia tak kejar aku dahkan?'
Satu suara budak lelaki muncul disebalik cahaya yang menyinari pohon-pohon di sekeliling. Dia menarik nafas lega.
Sekelip mata cahaya tersebut langsung lenyap. Tubuh budak lelaki tersebut diselubungi kegelapan malam.Namun, atmosfera hutan tersebut masih menggila, tiada tanda-tanda untuk berhenti.
Tiba-tiba, tidak jauh daripada susuk budak lelaki tersebut muncul pula cahaya berwarna merah saga menyinari terang hutan yang kelam tersebut. Aura kegelapan saling membaluti cahaya merah tersebut.
'KAU NAK LARI MANAA!?!'
Satu laungan berdetum menghasilkan satu gelombang mega yang tiada tandingnya kedengaran dari balik cahaya merah saga yang muncul tersebut.
Gelombang tersebut menghentam susuk budak lelaki tersebut mengakibatkan dia terpelanting dua depa.
'Apa yang kau nak daripada aku!?'
Giliran budak itu bersuara. Suaranya begitu lantang tidak menunjukkan reaksi takut langsung kepada susuk lembaga yang berdiri megah tidak jauh daripadanya.
Rambutnya yang berwarna perang mula berhenti beralun setelah suasana mula kembali tenang semula. Wajahnya yang cerah. Sungguh serius. Anak matanya yang berwarna kuning keemasan memandang tajam ke arah lembaga gergasi yang mula kelihatan.
Makhluk gergasi setinggi 2 meter setengah itu memiliki tubuh yang gempal dan sepasang tanduk pada kepalanya.Dia memandang bengis ke arah budak lelaki tersebut. Mulutnya yang dipenuhi taring-taring berkarat dan air liur yang bila-bila masa sahaja boleh melimpah keluar mula bergerak membutir bicara.
'SERAHKAN CINCIN PUSAKA TU KALAU KAU TAK MAHU TERIMA PADAHNYA!!'
Sekali lagi laungan raksasa bertubuh merah itu berdetum. Wajahnya yang hodoh itu jelas mempamerkan sifatnya yang tamak haloba.
'Unsur semulajadi : Bebola Elektrik!'
Dengan wajah yang bersahaja budak lelaki itu mengungkapkan kata. Ia bukan kata-kata biasa.
Usai sahaja ungkapan itu tamat, cas-cas elektrik mula kelihatan jelas pada tubuhnya. Kesemua cas-cas tersebut mula bergerak menuju kedua-dua belah tapak tangannya. Dua buah sfera yang padat dengan cas-cas elektrik dipegang kemas pada kedua belah tangannya.
'Terima padah? Nampak macam aku kesah ke ?'
-Bersambung-