Descargar la aplicación
87.5% Kisah Seram Di Asramaku : Bilik 1604 / Chapter 14: Mengapa?

Capítulo 14: Mengapa?

(Sewaktu proses penelusuran sedang dilakukan..)

Aku diminta pergi ke bilik Nizam ditemani Borhan dan Nizam untuk menenangkan fikiran dan hatiku yang kian bercelaru ini.

" Sebenarnya aku tahu pasal semua ni,Mir.." ulangnya sekali lagi.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi bila aku dengar cakap Borhan.Mengapa?Mengapa pula dia sembunyikan kebenaran yang dia tahu tentang segalanya? Dan mengapa pula dia tidak membantu aku selama ni?

"Kau..?Kau tahu pasal semua ni doe?Aku tak sangka kau ni selfish doe!"aku hampir sahaja berteriak kepadanya.

"Sabarlah Mir,Han nak jelaskanlah ni,"Nizam mencuba menenangkan aku.Namun,aku berkeras tidak mahu mendengar penjelasannya.'Apa lagi yang mahu dijelaskan?' bentak hatiku.

"Dahlah! Kalau kau cuma nak maaf,yalah,aku maafkan,"ujarku perlahan lalu bergegas keluar dari bilik asrama.

"Aku selama ni cuba lindungi kau bah! " Kata Borhan dengan suaranya yang sengaja dikuatkan.

"Jadi kenapa kau mesti sembunyikan semua dari aku?" balasku kembali sambil mendengus kasar,keadaan kami berdua seolah-olah sedang berperang mulut.

"Sebab aku indak mau saka tu rasuk kau terus menerus! Sebab tu aku indak kasi tau kau!" balasnya.Nizam A'ziz yang sejak tadi menjadi pemerhati menyampuk,"Kau kena faham Mir! Borhan ni spesial sikit dari kita,"

"Apa maksud kau?"kemarahanku yang mulai memuncak tadi mulai reda.Aku melepaskan keluhan.Sepatutnya,tadi aku patut mendengar dulu penjelasan Borhan,bukannya mahu berperang mulut macam sekarang ni.

"Aku lahir dalam keadaan mata batinku terbuka bah ,Mir.Aku perasan semuanya yang jadi sama kau.Tapi aku diam,sebab aku tidak mau tuduh orang sembarangan,"kudengar suara Borhan juga mulai lebih perlahan dan tenang.

"Mak-maksud kau?"aku semakin hairan.Otakku seolah sedang diperah untuk mencari tahu maksud sebenar kata-kata Borhan.

"Sebenarnya,dalam bilik asrama,cuma ada kita 2 orang saja Mir.Raffli-"belum sempat Borhan menghabiskan perkataannya,aku sudah memotong, "Tak wujud..?"

"Ya."sambil menarik nafas panjang, Borhan menjawab.

"Dia tu cuma kau punya halusinasi,tapi disebabkan adanya saka tu, dia dah datang untuk kelabui pandangan kau,Mir," jelasnya.Aku semakin termangu-mangu.Mengapa mesti aku yang menjadi sasaran saka ni?


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C14
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión