Descargar la aplicación
42.85% Kapten Adnan Pahlawan Kegelapan / Chapter 1: The Beginning

Capítulo 1: The Beginning

Adnan seorang pemuda biasa.Berumur 17 tahun baru sahaja menjalani peperiksaan SPM Tahun 1994.Hidup di kampung bersama Atoknya.Dia adalah seorang pemuda yang riang dan baik.Selepas habis sahaja sesi persekolahan, Adnan akan selalu bermain bersama rakan-rakan nya di padang.Adnan adalah anak yatim piatu hidup tanpa Ibu bapa,dia di jaga oleh atoknya sejak dari lahir.Atoknya Datuk Hafifi berumur 67 Tahun Bekas anggota polis pangkat inspektor.Atok adnan sekarang bekerja sebagai seorang petani sayur dan di tolong oleh Adnan.

17 November 1994

Terlihat Adnan sedang bermain bola sepak bersama rakan nya di padang tak jauh dari rumah nya.Adnan dan rakan-rakan nya baru sahaja menjalani peperiksaan SPM.Semasa mereka sedang berseronok bermain bola salah seorang dari pada mereka Mengeluh kepenatan

"Wey dah la! rehat kejap"Kata pemuda itu kemudian rebah ke tanah kepenatan

"Ok ok,Semua rehat sebentar izzad sudah penat"Jerit Adnan pada kawan-kawanya yang lain

Adnan pun rebah jatuh di sebelah Izzad kerana kepenatan mereka pun baring bersebelahan memandang ke langit yang cerah dan berbual sementara yang lain pergi duduk di kerusi berhampiran dan mengambil botol air dari beg galas masing-masing

"Wey Adnan Apa kau nak buat lepas SPM ni?"Tanya Izzad pada Adnan

"Lepas SPM ya...Hentahlah aku tak berpikir pulak tentang itu"Balas Adnan

"kau ni serious lah Adnan?! Kau tak ada plan apa-apa pun?"Jerit Izzad pada Adnan

"Mana aku tahu.Yang aku tahu lepas SPM aku hanya nak tolong atok aku jual sayur di pasar pagi sahaja"Balas Adnan

"Adnan-Adnan Kau memang tak berpikir jauh bukan.Langsung tak ada cita-cita"Kata Izzad dengan kecewa

"Kau pulak Izzad apa kau nak buat lepas SPM"Balas Adnan semula pada Izzad

"Kalau aku la kan,Aku ingin menjadi doktor"Balas Izzad pada soalan Adnan

"Doktor? Tapi mengapa doktor?"Tanya Adnan

"sebab kenapa aku ingin menjadi doktor adalah di keranakan aku ingin menyelamatkan nyawa.5 tahun yang lalu semasa ayah aku sakit,Aku langsung tidak boleh berbuat apa-apa Aku rasa tak berguna Kami tidak cukup duit untuk bawa dia ke klinik selepas itu...Dia meninggal dunia"Ucap Izzad

"Oh...Aku bersimpati"Kata Adnan

"Sebab itu aku belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian tersebut.Apa kau tiada impian yang ingin kau capai?"Tanya Izzad

"Impian Aku..."

[Adnan POV]

Selepas mendengar kisah Izzad aku berjalan ke rumah sambil berpikir tentang impian aku.Apa yang aku ingin buat? Sambung belajar? Terus bekerja? Apa yang aku ingin kan.Aku keliru dan langsung tidak tahu apa yang ingin aku lakukan.

Dalam perjalanan aku ke rumah,Aku terus menerus berpikir tentang impian aku namun aku langsung tidak tahu apa impian aku sendiri.Aku pun balik ke rumah dengan kekecewaan.

Sampai sahaja aku di rumah,Aku terlihat satu kereta Sport Porsche 911 GT2 berwarna hitam di parking luar rumah aku.Aku pikir mungkin Atok membawa tetamu

Selepas itu,aku menaiki tangga rumah untuk masuk kedalam.Aku melihat pintu yang tidak berkunci jadi aku terus menolaknya dan masuk ke dalam rumah

[End Adnan POV]

"Assalammualaikum-"Adnan memberi salam dan terberhenti

Adnan melihat di ruang tamu atoknya duduk di kerusi berbual dengan seorang lelaki.Lelaki itu bermisai lebat dan mempunyai rambut yang pendek berbaju jacket kulit,wajahnya terlihat seperti berummursekitar 30-40 tahun.

"Oh Waalaikummusalam Adnan,Duduk sini Atok nak berbincangkan sesuatu"Suruh atoknya kepada Adnan

"Baiklah Atok"Balas Adnan dan terus patuh suruhan Atoknya,Adnan duduk di kerusi berhampiran Atoknya

"Siapa Pakcik ni Atok?"Tanya Adnan Pada Atoknya,Adnan Kebingungan kerana belum pernah melihat lelaki ini sebelumnya di kampung

"Oh mari Atok perkenalkan dia adalah Juinior Atok dahulu semasa Atok bekerja sebagai polis,nama dia Farouk,Jeneral Farouk"Jawab Atok Adnan Pada Adnan

"Tidak perlu lah formal sangat Hafifi"Ucap Jeneral Farouk

"Hahahaha! Kau kan sudah berada di pangkat tinggi,aku kena lah sebut"Gelak Atok Adnan

"Jadi pakcik hanya ke sini untuk berjumpa Atoklah?"Tanya Adnan kepada Jeneral Farouk

"Ya Namun bukan itu sahaja sebabnya"Jawab Jeneral Farouk pada Adnan yang sedang keliru

"Sebenarnya Adnan,Atok ada bincang dengan Jeneral Farouk tentang kamu.Setelah kami berbincang Jeneral Farouk ingin memberikan tawaran kepada kamu"Ucap Atok Adnan sambil tersenyum

"Tawaran? Tawaran apa?"Tanya Adnan yang masih lagi keliru

"Saya dapat tahu dari Atok kamu yang kamu baru sahaja habiskan SPM jadi saya ingin memberikan kepada kamu tawaran untuk masuk ke dalam Akademi Polis Diraja Malaysia"Balas Jeneral Farouk

"Akademi Polis?"Tanya Adnan lagi sambil menggaru kepala nya

"Ya,Kami sedang mencari pelajar lepasan SPM,Kamu Akan Di latih selama satu tahun di PULAPOL dan akan mendapat Diploma Penyiasatan Jenayah dan kamu boleh dapat peluang menjadi pegawai.Jadi apa kamu berminat Adnan?"Tanya Jeneral Farouk

Adnan berpikir tentang peluang tersebut.Dia bercakap dalam hati

'Ini adalah pelung seumur hidup.jika aku tolak ini apa akan ada tawaran lain.Jadi polis? itu tidaklah buruk aku boleh mengikuti jejak langkah Atok aku dan jika aku menjadi pegawai aku boleh berkhidmat demi negara' Adnan bercakap dalam hati

Adnan pun melihat ke arah Atok kerana risau akan kesihatan Atoknya.namun Atoknya mengangukkan kepalanya mendorong Adnan untuk Masuk dalam Akademi Polis tersebut.Adnan pun tidak ingin mengecewakan Atoknya,Dan tak nak membazirkan peluang ini.

"Saya Berminat"Balas Adnan

To Be Continued


REFLEXIONES DE LOS CREADORES
UncleBotak UncleBotak

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C1
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión