Descargar la aplicación
100% JODOHKU TAK SEMPURNA / Chapter 2: Bab 1

Capítulo 2: Bab 1

Telefon bimbit yang berada di atas meja dipandang sepi oleh Wardina. Hampir satu jam dia cuba menghubungi papanya namun hampa. Mesej juga tidak berbalas. Entah apa yang dilakukan oleh orang tua itu.

Keluhan berat dilepaskan Wardina. Dia baru sahaja selesai menyiapkan tugasan akhir bagi short course minggu hadapan.

Sebagai seorang pelajar jurusan undang-undang, Wardina lebih banyak

menghabiskan masa membaca buku sejarah dan menghafalnya hingga larut malam.

Tambah pula Wardina ini sememangnya cepat untuk mengingat. Papanya juga pernah berkata bahawa kelebihan itu mungkin genetik dari arwah mamanya.

Wardina tersenyum nipis.

Dia sedar. Sejak kepergian mamanya 5 tahun yang lepas, papa

kesayangannya sudah mula menunjukkan perubahan sikap.

Namun perasaan itu disangkal pada mulanya. Wardina faham akan

keadaan papanya. Mana mungkin seorang suami yang sudah hidup berbelas tahun lamanya dengan si isteri tidak sedih dengan kepergian si kekasih hati.

Tambah pula arwah Puan Sri Sarimah merupakan cinta pertama papanya.

Wardina akui bahawa kisah cinta papa dan arwah mamanya sangat

romantis. Pertemuan mereka juga bermula sewaktu mereka masih belajar di

Australia.

Siapa sangka? Mamanya juga dulu pernah melebelkan papa sebagai

musuh ketatnya. Maklumlah, Tan Sri Jeffri yang dulu sangat kasanova. Mana

mungkin perempuan lembut dan ayu seperti mamanya itu akan jatuh hati pada ayat manis papanya.

"Kalaulah aku pun ada kisah cinta yang hebat macam mama..."

Ah, sudah! Wardina menggeleng laju sebelum angan-angan yang takkan

wujud itu menjadikan dia leka dengan keasyikan dunia.

Inilah Wardina Zahra. Bukan tiada siapa yang minat, cuma sifat

terlebih mahalnya itu membuatkan rata-rata lelaki putus asa untuk menjadikan

dia sebagai suri di hati. Persetankan semua itu. Wardina punya banyak masa

untuk mengejar impiannya. Tiada kuasa dia mahu melayan cinta yang akan

melalaikan diri.

Jika masa itu akan tiba, dia berserah kepada takdir. Jodoh itu rahsia Allah. Kalau ada, dia turuti. Namun buat masa sekarang, Wardina lebih selesa mengejar impiannya dahulu. Impian sebagai seorang peguam yang hebat.

Sedang Wardina hanyut layan perasaan, telefon bimbitnya berbunyi

minta diangkat. Kening lawanya terjongket dek tidak menyangka dengan panggilan itu.

"Assalamualaikum" sapa Wardina sejurus ikon hijau digesek pada

skrin telefonnya.

"Waalaikumussalam, Dina!"

Wardina mencebik. Habis hilang moodnya untuk berkhayal memikirkan masa depan. Bala masa kini sudah sampai minta dilayan. Haih. Nak letak telefon, member sendiri. Terpaksalah dia menadah telinga dengan gosip yang tak berapa mahal sahabatnya itu.

"Gosip lagi ke mak cik?" perli Wardina. Senyuman sinis terbitndibibir merahnya. Sengaja dia mengusik sahabatnya itu. Kut-kutlah menyesal sebab call dia.

Lain yang diharap, lain pula yang jadi. Ketawa miang Zurinbkedengaran dicorong telefon bimbit Wardina. Mula dah!

"Kali ni kompem kau tak menyesal angkat call aku, Dina" seloroh Zurin dengan tawa yang masih bersisa.

"Apa yang spesial sangat kali ni, huh?"

Satu saat. Dua saat.

"Hadi ajak aku kahwin!"

What?

"Dina?"

"Ya, apa?"

"Kau dengar tak ni? Aku cakap Hadi ajak aku kahwin!"

Yang ni lagilah bala tujuh keturunan. Sejak bila pula minah cengeng ni serius nak berkahwin? Wardina menggaru kepala yang tidak gatal. Setahu dia, Zurin ni seorang yang playgirl. Pelik bukan? Tapi benar!

"Kau betul-betul nak kahwin ke ni?"

Wardina bukan apa. Dia cuma risau jika Zurin hanya anggap

perkahwinan itu suka-suka. Selama 5 tahun mereka menuntut di universiti yang

sama, sudah berapa banyak kaum adam yang menjadi skandalnya? Tak terkira!

"Aku tahulah aku teruk...."

Drama persis air mata kering sudah bermula! Wardina sudah siap mahu

letak panggilan jika Zurin ungkin kisah lama.

"Walaupun dulu aku playgirl, tapi sekarang aku dah berubah! Sejak kenal dengan Hadi, aku rasa hidup aku dah lengkap tau"

Wardina hanya mengiyakan kata-kata Zurin itu. Apa boleh buat? Mahu

nangis sekali ke? Tenaga dia pun sudah habis digunakan untuk menyiapkan tugasan tadi.

"Takpelah...at least, kau dah sedar. Kalau kau serius, aku happy untuk kau. Kita kan sahabat?"

Wardina memujuk. Haruslah jika tidak, masakan dia dapat hidup

dengan lena lagi selepas ini?

"Kau free tak? Jom jumpa. Aku belanja kau llao llao!" cadang

Zurin.

Mungkin dengan keluar makan ais krim, dia dapat mencari ketenangan

sebentar. Penat buat tugasan tadi hilang sekelip mata saat bibir sudah terliur

dengan cadangan Zurin tadi. Tambah pula Wardina sudah lama tak mai pekena ais krim yogurt itu. Mahal pun mahallah! Janji giannya lepas.

"Boleh. Tapi aku nak yang paling mahal!"

Wardina ketawa apabila Zurin mencebik geram. Siapa suruh offer

diri nak belanja? Haruslah hadap kawan yang sedang mengidam benda mahal ni.

 

———————————

 

Jam tangan ditilik untuk kali berapa pun dia tidak pasti. Janji Melayu sungguh! Nasiblah Zurin berniat untuk belanja, makanya Wardina perlulah bersabar menunggu kemunculan agong sahabatnya itu.

Buku how to be a good lawyer dicapai dari beg sandangnya. Sementara ada masa, biarlah dia membaca dahulu. Sekurang-kurangnya dapatlah dia mengisi masa dengan perkara berfaedah. Kalau nak menunggu puteri tak berapa nak

siuman itu tiba, memang berubanlah Wardina jawabnya.

Sedang Wardina khusyuk membelek buku di tangan, bahunya seperti dirempuh oleh jembalang hitam berambut panjang. Eh? Jembalang dekat mall?

Biar betul mata aku ni?

"Sorry, babe! Jam tadi"

Salam tiada. Hanya rempuhan yang menjadi sapaan. Dasar anak abang

Jo! Kalau beri salam tak boleh ke? Wardina berasa sebal dalam hati. Sudah

diajar untuk berbudi bahasa, Zurin memilih untuk mengikut otaknya yang tak

berapa nak cerah itu.

"Sorry"

Hanya sengihan yang ditayang bagi meraih simpati. Kalau tak

cemerkap, bukan Zurin Natasya Binti Johari gamaknya. Wardina hanya menjeling tajam ke arah sahabatnya itu.

"Sorry je kau tau. Ke kau dah tak sabar nak kahwin dengan tauke lori?" pedas sindiran yang Wardina tujukan kepada Zurin. Wanita itu hanya sengih tak bersalah.

Buku yang tadinya menarik minat bakal lawyer itu, kembali disimpan ke dalam beg sandang yang dibawa Wardina. Kini, perhatiannya tertumpu penuh pada Zurin.

"Mana ice cream aku yang kau nak belanja ni?"

Mata Zurin kembali bersinar. Ya tak ya jugakkan?

"Mestilah ada. Jom!"

30 minit sudah pun berlalu. Kini, Wardina dan Zurin boleh dilihat sedang menikmati makan tengahari mereka di sebuah kafe bernama Quin's Cafe.

Selama mereka berkenalan, memang kafe itu yang selalu menjadi destinasi mereka jika keluar ke mall.

Tambah pula harganya yang berpatutan, semestinya menjadi tumpuan

para siswazah yang masih menuntut di institut yang berdekatan. Termasuklah

mereka berdua.

"Kenapa aku tengok kau macam tak berapa happy je hari ni? Ada problem ke?"

Tepat mengenai batang hidung sendiri. Nak elak? Wajah Wardina juga auto berubah mendung saat soalan cepumas itu keluar dari bibir Zurin.

Sebagai sahabat sejati, Zurin tak lokek dalam membaca emosi Wardina.

Walaupun Wardina jenis yang memendam, kehadiran Zurin mesti akan membuka masalah yang dipendam itu. Oleh itu, sedikit-sebanyak, Wardina dapat juga melepaskan stresnya.

"Papa aku"

"Kenapa pulak dengan papa kau?"

Macam mana Wardina hendak terangkan masalahnya yang satu ini pada

Zurin? Dia sendiri tidak pasti akan keadaan papanya. Sikap yang ditunjukkan

papanya kini seakan-akan menjadi tanda-tanya buat Wardina. Papanya nampak

dingin.

Pendek kata, papa sudah tidak seperti yang dulu. Sejak kematian arwah mamanya.

"Dia dah berubah, Rin"

Kening lebat Zurin terangkat sebelah. Musykil.

"Apa yang buat kau rasa macam tu?"

Wardina diam seketika. Mindannya ligat mengingati kembali dialog terakhir mereka sebelum papanya berangkat ke Itali. Katanya, ada urusan kerja. Wardina pula tidak pernah bertanyakan hal mengenai syarikat papanya.

Pernah dahulu papanya menawarkan Wardina untuk bekerja di syarikat dia. Namun kerana minat yang mendalam dalam undang-undang, Wardina memilih untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang tersebut.

"Papa akan ke Itali lusa ni"

Tanpa salam, Tan Sri Jeffri terus melontarkan hajatnya. Wardina yang sedang sibuk menghidangkan sarapan di atas meja, memadang sepi ke arah papanya yang sedang elok membelek surat khabar di meja makan.

"Kenapa?"

Wardina perasan tubuh papanya seperti kaku saat dia mula bertanyakan soalan. Namun perasaan itu ditepis jauh sebelum dia kembali memaniskan wajah ke arah si bapa.

"Urusan syarikat" pendek. Tiada penjelasan. Sebaliknya suara Tan Sri Jeffri kedengaran agak kasar di telinga Wardina. Bukan seperti yang sebelumnya.

"Berapa lama papa dekat sana?"

Tan Sri Jefrri kembali berdiam diri. Badan yang dirasakan bergetar hebat itu, ditenung oleh anak tunggalnya.

"I'm not sure. Don't wait for me"

Jawapan Tan Sri Jeffri seperti menoktahkan segala soalan yang bakal terluncur keluar dari bibir Wardina. Namun bagaikan ada amaran keras dari pandangan tajam bapanya, dibiarkan rasa hati dan terus melupakan riaksi dingin bapanya itu. Mungkin papanya penat.

"Entahlah, Zurin. Aku sendiri buntu. Dia dah banyak sangat berubah

sejak mama meninggal"

Wajah mendung Wardina dipandang penuh simpati oleh Zurin. Sudahlah tiada ibu lagi, ayah pula sudah mula mengasingkan diri. Nasib Wardina juga, dia

hanyalah anak tunggal dan tiada adik-beradik yang lain. Saudara-mara? Wardina

sendiri cakap dia tidak pernah mengenali mereka.

"Mungkin papa kau stress kerja banyak dekat pejabat? Sangka baik ajelah, Dina" pujuk Zurin.

Wardina tersenyum hambar. Mungkin ada betulnya juga kata Zurin.

Papanya bukan boleh dijangka. Tambah pula kerja yang menimbun di pejabat, tidak hairanlah kalau papanya bersikap agak dingin. Mungkin juga. Mungkin papanya akan kembali seperti dahulu selepas pulang dari Itali nanti.


REFLEXIONES DE LOS CREADORES
Situlip Situlip

JEMPUT HADIR RAMAI2 YE KE KARYA SAYA INI

KALAU ANDA MEMPUNYAI APLIKASI NOVELPLUS, KARYA JODOHKU TAK SEMPURNA INI JUGA SUDAH DI UPDATE SEBANYAK 12 BAB<3

SAYA HARAP ANDA SUKA DAN SUPPORT KARYA SAYA

BYE!!!

next chapter
Load failed, please RETRY

Un nuevo capítulo llegará pronto Escribe una reseña

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C2
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión