Descargar la aplicación
9.67% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 3: Chapter 2

Capítulo 3: Chapter 2

Di istana megah dari kerajaan White Magic terlihat sosok Aiko yang cantik rupawan mengenakan pakaian rasmi sebagai anggota kerajaan.

Aiko memberi salam hormat kepada Ibubapanya lalu bertanya akan perintah langsung dari sang pemerintah untuk bersua muka dengannya selepas dia balik dari Academy.

"Ada keluarga bangsawan yang datang untuk mengikat tali pertunangan dengan kamu! Adakah kamu bersetuju atau menolaknya?" Soal sang raja dengan tenang.

Mendengar penolakan anaknya membuat sang raja kembali senang kerana dia mahu mengahwini anak keduanya dengan anak sahabat baiknya walaupun dia mendapat khabar akan kematian pemuda itu.

Tapi dia tidak mudah percaya dia akan mencari tahu sendiri akan kebenaran tentang khabar angin itu apatah lagi melihat kesetiaan anak gadis pada pemuda itu dan dia semakin yakin bahawa pemuda itu selamat bersama saudara terakhirnya dan berdua saudara itu masih didalam wilayah kekuasaannya.

"Apa kamu yakin Aiko? Pemuda yang menganjurkan pertunangan ini dari salah silah keluarga yang cukup terpandang" tanya sang ibu yang merupakan permaisuri di kerajaan White Magic.

"Maaf kan saya bonda. Saya tetap dengan keputusan yang sama. Pertunangan saya bersama Nishimura masih berlangsung dan perihal kematiannya itu saya tidak percaya sama sekali di atas faktor tertentu!" Kata Aiko dengan tegas tapi masih terlihat sopannya.

Ibubapanya tersenyum kearah anak daranya yang masih berpegang pada pendiriannya walaupun gadis itu tahu tentang kejadian buruk yang menimpa keluarga Nishimura.

"Baiklah! Kalau itu keputusan kamu bonda tidak akan memaksa sebaliknya bonda bangga pada kamu nak kerana masih setia dengan penderiaan kamu walaupun berliku." Ucap permaisuri dengan lembut lalu membisikkan sesuatu ke telinga sang raja.

5 minit mereka berbincang diantara satu sama lain dan akhirnya sang penguasa bersuara dan memberi titah kepada pembantu peribadi nya untuk mengumumkan tentang ketidakbenaran akan khabar angin yang beredar tentang kematian calon penerus Rull Magic serta tentang pertunangan antara dua kerajaan yang masih terjalin.

Di samping itu dia turut memberi misi rahsia tanpa memberi tahu kepada ahli parlimen Kerajaan termasuk anak-anaknya kerana dia takut misi ini akan membahayakan nyawa anak-anak arwah sahabatnya yang kini sedang diburu oleh pihak musuh yang telah menjatuhkan Kingdom Rull Magic.

Misi rahsia ini hanya diketahui olehnya, isterinya dan jugak pembantu peribadi yang cukup diberi kepercayaan. Dan dia berharap keadaan mereka dalam keadaan baik tanpa ada sebarang cacat cela.

Dan dia jugak akan memastikan kedua saudara itu tidak akan keluar dari wilayah penguasaannya kerana pemuda itu merupakan sosok yang cukup penting untuk masa depan kelima kerajaan miskipun sekarang hanya tinggal empat kerajaan yang masih tersisa.

Tapi dengan adanya pemuda itu, dia yakin kerajaan Rull Magic akan kembali bersinar seperti mana kerajaan itu bersinar semasa di tangan sahabatnya dan dia yakin di era pemuda itu semua sistem dan budaya mungkin akan dirombak seperti mana pemuda itu lakukan di kerajaannya sebelum bencana itu berlaku.

Tapi mungkin perkara yang ingin dilihatnya akan memakan masa yang lama tapi setidaknya dia yakin impiannya akan termakbul jua. Jadi dia akan memerhati dan memberi sedikit bantuan dan nasihat sekiranya diperlukan oleh dua pasangan itu.

        

Aiko merebahkan tubuhnya yang hanya bertuala dia atas katil bersaiz king di tengah bilik tidurnya.

Dia memejamkan matanya lalu menghela nafas dengan kasar. Pemikiran kini kembali normal dan hilang satu masalah perihal tawaran perjodohan yang sering didapatinya setelah berita pertunangannya dengan keluarga Nishimura telah putus.

Tapi, kerana keluarga telah mengumumkan tentang berita palsu akan kematian calon suami dan pertunangannya yang tidak pernah putus telah dapat membuatnya bernafas dengan lega.

Kini dia boleh fokus dengan pencariannya tanpa memikirkan masalah lain.

Anak matanya lari ke sebuah teddy bear yang bersaiz besar berwarna merah. Teddy bear yang sentiasa menemaninya dalam apa jua keadaan.

Dia merangkak mendekati ke arah teddy merah merah lantas dia masuk ke dalam pelukan teddy tersebut. Dia merasa tenang dan damai. Dia menganggap bahawa pelukan itu merupakan dari calon suaminya.

_Flash Back_

"Ryu-Kun! Saya mahu Teddy bear tu." Tunjuk Aiko kearah teddy bear merah yang lebih tinggi dari nya.

Ryunosuke tersengih melihat kearah jari yang ditunjukkan oleh tunangnya dengan hati yang sangat lucu. Apatah lagi telatah Aiko yang sangat kebudak-budakan.

"Boleh kan!" Suara Aiko kali ini dengan wajah yang disengajakan comel agar dapat mengambil hati tunangnya.

Aiko mencebikkan bibirnya bila melihat tunangannya mengetawakan dirinya dengan cukup kuat seakan keberadaanya tidak disedari oleh lelaki itu.

Merasa sakit hati, Aiko membelakangkan Ryunosuke sambil memeluk tubuh. Seperti kanak-kanak yang mengajuk kerana tidak dapat sesuatu dari keluarga mereka. Oh dan tidak lupa pakej sekali dengan muncung itik!

Bukan menghentikan Ryunosuke dari ketawa panjangnya malah makin menjadi pulak lelaki itu mengelakkan sampai dia lihat lelaki menekan perut dan mengadu sakit akan perutnya.

Tak tahan diketawakan, Aiko lantas berlalu meninggalkan Ryunosuke sendiri dengan hati yang panas. Manakala untuk si pemuda pulak hanya terpinga-pinga melihat si gadis hanya berlalu bersahaja tanpa mengheret tubuhnya sekali.

Tapi niatnya langsung tidak mengikuti gadisnya malah dia hanya tersenyum nipis melihat kearah tunangnya dan kembali memandang kearah teddy bear merah itu.

Merasa langkah yang diambil telah menjauh dari kedai mainan tersebut. Aiko menoleh ke belakang dan pandangan matanya kian murung bila tiada sosok Ryunosuke dibelakangnya.

Dia pikir pemuda itu akan mengikuti walaupun dia sedang menunjukkan protes kepada lelaki itu tapi malah jadi sebaliknya.

Merasa kecewa, Aiko kembali meneruskan langkahnya sehingga dia berhenti di sebuah buaian. Dia duduk disana berseorangan dan tanpa sengaja anak matanya melihat kearah satu pasangan yang sedang bergurau-senda.

Dia cemburu bila melihat hubungan yang cukup mesra dan romantik. Layanan seperti tidak pernah dia dapatkan dari tunangnya yang terkenal akan sikap yang sentiasa serius dan bengis.

Sampai sekarang, ramai yang bertanya padanya! Bagaimana dia dapat meluluhkan hati yang setebal ace batu milik seorang Ryunosuke Nishimura.

Seorang sosok yang terkenal akan sikapnya yang tegas, bengis dan tidak mudah cair dengan wanita. Tapi semua itu hilang bila dia berjumpa dengannya.

Malah dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh dipilih dari beratus ribu gadis yang menyukai sosok lelaki itu.

Sampai sekarang dia mencari jawapan itu tapi dia hanya mendapat senyuman dari lelaki itu tanpa ada niat untuk memberi tahunya.

Walaupun kini mereka telah berhubung tapi layanan lelaki itu pada sama seperti mula-mula mereka berkenalan langsung tidak menunjukkan sikap yang dia inginkan sebagai seorang kekasih.

Tanpa sedar air matanya mengalir deras dari kedua kelompok matanya. Dia mula menangis dengan sambil mengelap air matanya dengan kedua tangannya.

"Ke..kenapa aw..awak tak ikut sa...saya Ryu! Hisk.." soalnya pada dirinya sendiri.

"Sa...saya se..sengaja je me...mengajuk se..sebab nak per..ha..ti..an awak!"

"Ke...napa tak ikut sa..." Katanya terputus bila hidungnya berlaga dengan hidup teddy bear merah yang diinginkan oleh nya secara tiba-tiba. Sampai dia terus berhenti menangis.

Dia hanya memerhati kearah wajah teddy bear merah yang kini betul-betul rapat di wajahnya dan dia mendengar satu suara yang telah kerap mendebarkan jantungnya sentiasa.

"Sebab saya mahu bagi awak pengganti saya bila awak balik ke tempat tinggal awak sayang!" Kata Ryunosuke dengan senyuman manisnya. Senyuman yang hanya diperlihatkan pada ahli keluarganya dan khusus kepada Aiko.

"Maaf lambat! Saya terpaksa terlibat dengan drama kecil untuk bawak teman baru awak ni sebab ada sesorang yang ingin bawak teman awak ni pergi jauh jadi saya terpaksa ambil masa untuk rampas balik teman awak ini dari dia" terang Ryunosuke lalu meletakkan teddy bear itu disebelah buaian yang diduduki oleh Aiko.

"Huwakkkk!!!!" Bukannya gembira tapi sebaliknya Aiko kembali kencang menangis sehingga membuat Ryunosuke diserang penyakit gelisah yang tak menentu.

"Hey! Kenapa sayang menangis ni? Sayang tak suka Teddy bear ni ek?" Soal Ryunosuke dengan cuak, dia pikir dia telah tersalah beli tapi melihat gelengan dari Aiko dia kembali pelik.

Jadi apa yang salah?

Ryunosuke bingung dengan apa yang jadi. Dia tidak tahu untuk menghentikan tangisan Aiko yang kian menjadi.

Tidak tahu punca, Ryunosuke hanya menarik tubuh Aiko ke dalam pelukan hangatnya. Pelukan yang sering dia berikan kepada Aiko. Sekiranya gadis itu merindui dirinya atau emosi yang tidak stabil.

Sesekali dia mengucup kasih kedua pipi tembam milik tunangnya walaupun sedikit asing kerana basah dengan air mata.

"Sa..saya mintak maaf!...sa..saya ingat awak tak sa...yang saya sebab kurang bagi sa..ya perhatian macam pa..sangan lain tapi sa..ya salah a..ngap! Terima kasih bagi teddy bear tu! I love you...so much Ryu!" Suara Aiko yang masih dengan tangisannya.

Mendengar luahan dari Aiko membuatkan hati Ryunosuke menghangat. Dia mengusap embun kepala Aiko dengan kasih lalu mengucup dahi itu lama.

"Lain orang, lain cara dia tunjukkan perhatian kepada pasangannya Ai.

Dan benda itu pun terjadi pada saya.

Saya ada jalan atau cara saya sendiri dalam memanjangkan awak walaupun cara itu memang tidak pernah awak nampak dengan mata kasar.

Tapi percaya lah! Kesemua itu di nampak oleh orang semua orang disekeliling awak apatah lagi yang telah mengenal saya dengan sangat lama.

Hanya mereka yang tahu macamana saya memanjangkan buah hati saya ni yang kerap nakal dan suka menimbulkan masalah" ujar Ryunosuke dengan lembut.

"Dan saya nak awak ingat satu perkara tentang diri saya. Bila hati saya dah tertulis satu nama maka hanya orang itu yang akan saya pandang dan perjuangkan. Jadi awak jangan risau hati dan raga saya hanya milik awak selamanya!" Janji seorang Ryunosuke Nishimura kepada Aiko Hayashi pada suatu malam yang telah memberi memori indah pada ingatannya.

_Flash Back Off

"Tapi akhirnya awak berhenti dari berjuang dengan alasan tidak mampu untuk melindungi dengan baik!" Kata Aiko dengan sayu.

Hatinya kembali berdarah bila teringat kesemua janji dan ayat manis-manis yang pernah diucapkan oleh Ryunosuke padanya.

Tapi pada akhirnya , lelaki itu sendiri yang memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka dan dengan mudah melupakan janji-janji yang pernah diucapkan padanya.

"Ke...kenapa de..dengan mudah kau melupakan semuanya?

Ke..napa kau mudah pasrah dengan semua ini?

Padahal yang aku kenal kau seorang yang kuat?

Kenapa Ryu?

Kenapa kau mungkir janji pada aku?

Tolong lah kembali! Aku tak mampu tanam sifat benci pada kau sebab aku betul-betul mencintai kau Ryu!" Ucapnya dengan tangisan yang kuat. Dai mengeratkan pelukan di teddy merah yang merupakan pemberian dari Ryunosuke sebagai hadiah nya.

Dan malam ini dia kembali mengalirkan air mata kerana seorang lelaki yang bernama Ryunosuke Nishimura yang telah memberi kenangan sekali gus luka di hatinya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C3
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión