Descargar la aplicación
87.09% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 27: Chapter 26

Capítulo 27: Chapter 26

DARK KNIGHT KINGDOM - Sebuah kerajaan gelap yang bersembunyi dari semua warga penduduk yang tinggal di dunia atas ataupun kerajaan rasmi.

Kewujudan kerajaan ini turut tidak diketahui oleh Menara Sihir yang merupakan satu organisasi yang menjadi pemimpin bagi semua kerajaan rasmi yang berdaftar didalam perlindungan Menara Sihir.

Kerajaan tidak rasmi ini terletak di bawah tanah kerajaan Rull Magic. Majoriti yang tinggal di kerajaan tersebut merupakan orang-orang yang terbuang, orang yang tamak dan penduduk dunia gelap yang masih tidak menerima pergabungan diantara kerajaan sihir yang hidup dalam perpaduan dan kedamaian tanpa peperangan.

Di tengah kerajaan tersebut berdiri satu istana yang dibina secara besar-besaran. Kemewahan istana tersebut masih terlihat, miskin pun terdapat ciri-ciri kegelapan. Di sebuah ruangan yang menjadi sigasana, terlihat satu kerusi hitam nan besar yang terletak di hujung tengah ruangan. Disana, duduk lah satu sosok yang dipanggil Yang Mulia. Sosok sang pemerintah bagi seluruh penghuni di Dark Knight Kingdom.

"Kamu gagal membawa Putera Mahkota dari klan Hayashi?" Tanya sosok sang penguasa dengan nada dingin. Suasana hati sang penguasa terlihat emosi dan tidak lupa dengan aura gelap yang dikeluarkan olehnya. Sehingga beberapa penghuni di istana merinding dibuatnya. Kesemuanya menunduk ketakutan.

"Maaf kan saya yang mulia." Balas Sakurai dengan gugup. Sedari tadi posisinya melutut, malah pandangan matanya tetap sama di lantai istana. Dia tidak berani mendonggak kan kepalanya. Tak sanggup untuk bertentang mata dengan pemilik mata merah tu. Ya ciri-ciri dari Klan Nishimura.

Sehingga ke hari ini, dia masih tidak mengerti dengan jalan pemikiran sang penguasa. Sosok itu datang dari Klan Nishimura malah yang dia tahu sosok itu merupakan anak pertama dari raja Rull Magic yang terdahulu. Maka sang penguasa dan raja Rull Magic yang sekarang, mempunyai hubungan persaudaraan. Tapi kenapa sosok itu tergamak membunuh keluarganya sendiri?

Belum lagi menghambakan anak saudaranya sendiri. Manakala sang Ratu dari kerajaan Rull Magic, masih tidak ada berita. Sang penguasa betul-betul tutup mulut tentang keberadaan Sang Ratu yang ditempatkan di istana yang menjadi kediaman utama Yang Mulia. Entah hidup atau mati. Semuanya menjadi misteri.

"Apa jadi kepada dua anggota yang kamu bawa? Kamu pulang ke sini seorang diri tanpa kehadiran keduanya." Soal Yang Mulia. Nadanya masih sama malah makin dingin.

"Diaorang mati! Saya jatuh kan hukuman mati ke atas keduanya Yang Mulia." Balas Sakurai tanpa gugup walaupun nadanya masih kedengaran bergetar. Dia berjaya menyembunyikan ketakutan dalam dirinya.

"Kamu pasti!" Kata Yang Mulia yang kini telah bangkit dari sigasananya. Dengan langkah angkuh, dia berjalan kearah Sakurai yang masih melutut.

"Ya Yang Mulia." Suara Sakurai lagi yang masih mengekalkan suaranya.

Yang Mulia tersenyum sinis, tidak di duga. Dia mengakat wajah Sakurai dengan lembut. Sakurai agak tergamam bila bertentang mata dengan pemilik mata merah darah. Dalam masa yang singkat, pandangan itu berjaya menghancurkan pertahanannya. Kini dia betul-betul merasakan ketakutan yang mencengkam seluruh jiwanya.

"Kau sangat yakin anak muda. Tapi ada masa keyakinan itu akan menghancurkan diri kau sendiri."

"Aku tak nak tahu apapun yang kau buat kat luar sana. Selagi nama kerajaan dan organisasi yang aku tubuhkan tidak diketahui oleh musuh aku, terutamanya orang tua tu!"

"Ingat anak muda! Andai kau melakukan kesalahan yang cukup aku benci maka NYAWA kau akan jadi GANTINYA!"

kata Sang Penguasa dengan senyuman iblisnya kearah Sakurai yang kini sedang bergetar ketakutan. Pemuda itu tidak dapat lagi menunjukkan riak sombong malah dia dapat merasakan bahaya yang mengacam nyawanya.

"Kembali ke sana dan bawak Putera sulung Hayashi pada aku dan pastikan dua orang itu betul-betul MATI. Kalau kau gagal, NYAWA KAU GANTINYA.

ANGELINA BALLERINA!" Diakhir katanya, dia menyeru satu nama dengan suara yang tegas dan dingin.

"Ya Yang Mulia!?" Suara pemilik suara lalu melutut disebelah Sakurai. Mendengar namanya disebut, maka dia telah bersedia menerima arahan yang bakal dia perolehi tanpa sebarang bantahan.

"Ikut dia ke WhiteFairy Kingdom. Pastikan tak ada sebarang kesalahan dan jangan GAGAL DALAM MISI!" Arahnya lalu kembali duduk di singasananya.

"Menurut perintah Yang Mulia." Balas Angelina dengan patuh.

"Hmm menyusahkan. Satu hari kalau tak menyusahkan orang memang tak boleh. Aku baru nak rileks." Keluh Angelina Ballerina.

Setelah selesai pertemuan yang cukup mengerikan tadi, kini dia membuat keputusan untuk berehat di kediamannya. Sepatutnya selepas perjumpaan dengan sang raja, ada satu lagi perjumpaan diantara anggota guid. Tapi disebabkan kelelahan maka dia tidak menghadiri perjumpaan tersebut.

"Angelina Ballerina" seru satu suara dari arah belakangnya.

Dengan malas dia menoleh tapi bila melihat sosok yang memanggil itu adalah puteri mahkota Dark Knight Kingdom. Nak tak nak dia terpaksa mempamerkan senyuman. Dia terpaksa ketepikan sekejap perasaan lelahnya.

"Salam Sejahtera Yang Mulia Puteri Mahkota. Semoga Hari anda menyenangkan." Sapa hormat Angelina dan tidak lupa membongkok kan sedikit tubuhnya dihadapan Puteri Mahkota Dark Knight Kingdom.

"Tidak perlu sopan kepadaku. Maaf jika saya mengganggu masa kamu Angel." Kata Yang Mulia Puteri.

"Maaf yang mulia. Kelakuan tidak sopan keatas anggota keluarga kerajaan adalah perilaku yang tidak bermaruah.

Saya masih memegang tatatertib sebagai keluarga bangsawan barat Yang Mulia." Kata Angelina dengan sedikit penjelasan agar gadis dihadapannya tidak tersinggung. Gadis itu hanya tersenyum lalu mengganggukkan kepalanya tanda menyerah akan keinginannya.

"Boleh saya tahu keinginan Yang Mulia Puteri. Akan saya laksanakan dengan sepenuh kekuatan yang saya miliki." Kata Angelina dengan nada sopan.

Langsung terus ke point utama. Ya dia sedar keinginan gadis muda itu. Pasti ada sesuatu yang diinginkan olehnya.

"Kamu tak pernah mengecewakan. Ya betul saya ada satu misi untuk kamu. Tiada penolakan dan tiada jugak kegagalan dalam menyelesaikan misi ini ANGELINA BALLERINA." akhirnya gadis itu menyuakan keinginannya. Tetapi itu tidak mudah untuk dia menerima dengan tangan kosong.

"Apa yang akan saya dapat, kalau saya menyelesaikan misi yang anda pinta?

Maaf jika saya kurang sopan? Tapi saya hanya manusia biasa.

Melakukan sesuatu kerja tanpa ada ganjaran. Itu satu pekerjaan yang tidak saya gemari Yang Mulia." Kata Angelina dengan senyuman manisnya. Senyuman yang penuh dengan kelicikan.

Gadis itu tersenyum sinis tetapi tidak tersinggung dengan kata-kata yang mula kasar dilontarkan oleh salah satu bawahan ayah kandungnya. Hanya wanita itu sahaja yang mampu menyelesaikan misi yang dia berikan.

"Bergantung pada keberhasilannya. Tapi kamu jangan risau. Saya jamin. Keuntungan sangat lumayan. Bagaimana berminat?"

"Bunyi agak menarik. Apa kata kita bincang di kediaman anda Yang Mulia. Situasi disini agak kuang menyenangkan." Kata Angelina yang akhirnya bersetuju dengan tawaran tersebut.

Keduanya berjalan beriringan menuju ke kediaman yang Mulia Puteri Mahkota yang terletak bersebelahan dengan istana tempat beristirehat Sang Raja.

PANG!!

Satu tamparan hinggap dimuka Sakurai dengan sangat kuat dan kencang sehingga wajah Sakurai sendiri tertoleh ke arah kanan. Pipi kirinya telah bertukar warna merah.

"WHAT ARE YOU TRYING TO DO! ARE YOU NOT AFRAID OF DEATH?"

Sakurai hanya mendiamkan diri, namun sesekali dia mendengus marah. Dia menjeling Itachi dengan penuh emosi. Hatinya terusik bila melihat beberapa pasang mata yang berada di ruangan yang sama dengan mereka terutama pada sosok Khai. Sosok yang sangat dibenci.

Pada Sakurai, pemuda itu berfikir bahawa khai sedang tertawa sakan dengan kegagalannya. Tapi pada nyatanya., khai langsung tidak berminat untuk mengetahui tentang Sakurai. Apatahlagi untuk memusuhi Sakurai yang merupakan salah satu anggota guild mereka.

Bagi Khai, dia hanya tahu menyelesaikan misi yang telah diamanahkan dengan baik. Lalu kembali ke kediaman yang telah disiapkan untuk merehatkan tubuhnya yang telah bekerja seperti robot. Jiwanya hanyalah berperang, itu sahaja.

"AKU TANYA KAU KENAPA KAU TAK JAWAP?

SUSAH SANGAT KE ARAHAN YANG AKU BAGI PADA KAU!

AKU CUMA MINTAK KAU JANGAN BUAT KACAU ITU SAHAJA!!" Jerkah Itachi dengan amukan yang tidak dapat dibendung.

Tapi amarahnya itu tidak diambil peduli oleh Sakurai. Sebaliknya dia terlalu leka melihat riak muka yang kini sedang dipamerkan oleh Khai. Riak kosong tanpa perasaan.

"SAKURAI TAKASHI!" Itachi menjerit di hadapan Sakurai dengan suara yang lantang.

"APA! CAKAP JELAH. AKU BELUM PEKAK LAGI." jerkah Sakurai dengan emosi yang turut tersurut. Pantang baginya bila orang lain menyebut namanya dengan nada tinggi.

"Kau yang salah! Tapi kau berani tunjuk lagak. Sangat kebudakkan. Macam mana budak macam kau boleh jadi salah seorang dari kami? Aku tak faham langsung." Suara Isabella dengan nada dingin. Semuanya memandang kearah Isabella yang kini berdiri memeluk tubuh rampingnya dan bersandar di dinding sebelah kanan.

"KAU.." Sakurai ingin membalas kata-kata kasar yang dilontarkan oleh Isabella tetapi cepat dipotong oleh gadis itu dengan nada yang dingin dan angkuh.

"KAU NAK MARAH AKU! Dekat sini jelas yang KAU BERSALAH.

Tapi masih nak tunjuk lagat lagi. Sebabkan kau kita semua hampir mati tadi. Bukan itu sahaja.

Aku sangat yakin yang PERGERAKAN KITA DAH DIKETAHUI OLEH PIHAK MUSUH!

Tak lama lagi organisasi kita akan diketahui oleh musuh. Apatahlagi diaorang dah dapat tembusan dari salah seorang anggota kita."

"Aku dah bunuh diao.."

"KAU YAKIN! Kau yakin yang mereka berdua dah MATI!

Andai diaorang masih bernyawa, KAU BOLEH JAMIN YANG DIAORANG AKAN TETAP TUTUP MULUT?!" Potong Isabella dengan nada yang lantang.

Semuanya hanya mampu menundukkan kepala masing-masing kecuali mereka berempat.

Itachi mengurut keningnya, khai hanya menatap ketiganya tanpa bersuara. Di posisi Sakurai dan Isabella kini sedang berhadapan. Dengan Isabella yang secara tiba-tiba menghunus kan pedangnya ke wajah Sakurai dengan penuh emosi.

"BERHENTI! Korang berdua dah melebihi batas. Bella letakkan senjata kamu.

Kamu pulak Sakurai. Tolong hargai nyawa kamu dan yang lain.

Laksanakan tugas kamu dengan benar dan jangan lalai melaksanakan tugas kau lagi. Pergunakan peluang terakhir kamu dengan sebaik-baiknya.

Jangan sampai hukuman mati itu dilaksanakan secara langsung oleh Angelina yang akan menjadi patner kamu nanti." Kata Itachi lalu melangkah pergi meninggalkan perjumpaan mereka.

Selang beberapa saat kemudian, anggota yang lain tutut bersurai dan hanya meninggalkan Khai, Isabella dan Sakurai sahaja yang masih ada di satu ruangan yang sama.

"Kali ini jangan buat masalah lagi kalau kau nak lama hidup!" Kata Isabella lalu melangkah meninggalkan mereka berdua.

Melihat Isabella yang telah pergi, Khai turut ingin meninggalkan bilik ini. Tapi langkahnya mati bila mendengar suara Sakurai yang tidak bersahabat.

"Puas kau gelak kan aku! Satu hari nanti, kau akan menderita dan jatuh sejatuh nya sampai kau fikir kematian lagi baik dari meneruskan kehidupan dekat dunia yang penuh dengan duri."

Khai hanya mendiamkan diri tanpa menyahut, setelah merasakan pemuda itu tidak lagi bersuara . Dia mengambil langkah kembali meninggalkan ruangan yang kini hanya meninggalkan Sakurai sendirian.

WhiteFairy Kingdom....

Sabtu dan ahad merupakan hari percutian yang diberikan oleh semua warga WhiteFairy yang bekerja dibawah kerajaan. Bukan itu sahaja, kedua hari itu, turut diberikan cuti kepada semua institusi pengajian di seluruh kekuasaan WhiteFairy Kingdom.

Namun begitu, disebabkan sesuatu hal yang telah terjadi di academy. Maka semula pelajar mahupun tenaga pelajar diberikan cuti pertengahan tahun yang dicepatkan dan di perpanjangakan sehingga musin dingin.

Menjadi rutin hujung minggu. Ryunosuke akan kembali ke kediamannya dan menjalankan bisnes keluarga kecilnya yang kini kian meluas di seluruh kota.

"Huuuu...lagi tiga kotak je lagi." Suara Ryunosuke setelah meletakkan satu kotak bersaiz besar di atas kaunter. Mata merahnya melirik kearah tiga kotak yang berlainan saiz yang terletak di pintu masuk.

Hari ini merupakan hari yang paling sebok kerana kedatangan stock barangan kedai bukunya. Apatah lagi untuk dia hari ini, hanya dia sahaja yang bertugas di kedai. Adik kesayangannya tidak dapat membantu kerana ada jamuan di rumah kawannya.

"Meoww Meow (Masa makan)" Shiro bersuara setelah dia memanjat timbunan buku-buku yang masih berbalut plastik di atas kaunter yang menjadi tempat Ryunosuke menyelesaikan kerjanya yang semakin hari semakin menimbun.

"Nani! Kamu lapar ya.

Maaf shiro maaf. Ryu terlalu sebok sampai lupa time makan kita berdua Shiro." Kata Ryunosuke sambil tersengih memandang kearah kucing peliharaannya yang kini menatap kesal kepadanya.

"Jom makan. Jangan nak buat muka. Tak lari daging panggang kau tu." Ucap Ryunosuke lalu mengendong tubuh Shiro dengan mesra.

Sepanjang jalan ke meja makan. Seluruh tubuh Shiro menjadi mangsa usapannya sehingga membuatkan Shiro bergumam yang menanda bahawa haiwan itu tidak suka di ganggu. Apatahlagi perutnya yang masih belum terisi makanan.

Setibanya disana, dia menghidang jamuan makan tengahari mereka di atas meja makan yang terletak di bilik rehat. Manakala Shiro yang melihat sepinggan daging panggang yang di buat secara khusus untuknya dipandang dengan penuh hasrat. Jiwa pemburunya bangkit. Tanpa membuang masa dia melompat keatas meja lalu menyatap makanan dengan penuh selera.

NYAM!! NYAMM!!

Ryunosuke hanya menggelengkan kepalanya perlahan bila melihat sikap gelojoh kucingnya itu. Tiap kali makan mesti Shiro akan berperilaku gelojoh seperti sekarang. Padahal tiada siapa yang akan merampas makanan itu darinya.

"Heii! Makan sopan sikit. Tak ada sape nak ambik makanan kau Shiro." Kata Ryunosuke lalu turut menduduki kerusi yang berhadapan dengan Shiro.

Dengan penuh tatatertib sebagai seorang bangsawan kelas atas. Dia menyatap makanan dengan penuh berselera. Namun tidak gelojoh seperti Shiro. Ah ataupun seperti Kaito, sahabatnya yang kini bertukar menjadi peminat tegarnya.

Cakap pasal sahabat, hari ini dah genap seminggu mereka tidak meluangkan masa. Keduanya terlalu sebok dengan latihan yang telah diberikan oleh Mieko dan Yoshihiro.

Mengikut laporan dari Mieko dan Yoshihiro, kedua sahabatnya itu terlalu bersemangat menjalani latihan yang dilangsungkan setiap hari. Prestasi mereka meningkat dari semasa me semasa. Terutama pada Shinji Nakamura.

"Miouuu (Nak lagi)"

"WHAT THE HELL! NANI...Seriuslah 5 keping kau bedal tak akan tak kenyang lagi. Perut kau tu tong ke apa. Tak pandai dengan kecik tapi selera mengalahkan aku yang besar ini.

Pendapatan perbulan aku tak sampai 1,000 shiro. Kadang-kadang aku sampai terpaksa ikat perut 1 ke 2 hari kau tahu. Dah lah tu kos makan kau sahaja hampir 2,000 perbulan. Mana aku nak cari duit ni shiro!!!"

Si kecil itu mengganggukkan kepalanya tanda dia menginginkan daging lagi. Selera makannya kian besar dan dia mampu menghabiskan lebih 10 kepingan daging yang bersaiz besar dalam masa sehari.

"Kau nak buat aku bankrup ke? 1 kg daging kijang ataupun rusa putih adalah sebanyak 20 coin emas Shiro.

Bersamaan dengan 400 koin gangsa ataupun credit yang perlu ditukarkan. Kau tahu kan koin emas merupakan nilai yang cukup TINGGI!!

Satu hari stok daging kau dah hampir ke seratus lebih koin emas yang terguna. Kalau kau tak jaga pola makan kau. Aku jamin, dalam masa beberapa minggu lagi aku boleh jatuh miskin." Gerutu Ryunosuke kearah Shiro yang masih menatap kearahnya.

"Meow! Naw...Naw..Naw...(Itu bukan masalah aku!)" Suara Shiro lalu memalingkan wajah sombongnya kearah lain dan tidak lupa dia menggoyangkan ekornya.

Ryunosuke menatap kesal dan geram ke arah Shiro. Sejak dia mengambil si kecil itu untuk ditanggal bersamanya. Pengeluaran belanjanya kian membebankan. Terutama dalam kos makanan Shiro yang cukup mampu menepiskan poketnya dalam masa 2 minggu.

"No! From today and now. 2 keping sahaja untuk satu hari.

Dalam seminggu kamu hanya dibenarkan makan daging 10 keping SAHAJA. selebihnya kamu makan makanan kucing." Putus Ryunosuke lalu mengemas meja sebelum menyambung pekerjaannya.

MEOW MEOW MEEOWWW (itu tidak cukup, aku boleh mati kelaparan!)

"2 keping daging untuk sehari tidak membuatkan kamu mati kelaparan kerana digantikan dengan makanan kucing.

Disebabkan itu kamu kene biasakan diri dengan makanan tu. Malam ini, kamu akan mula makan tuna. Kalau kamu biasakan, aku jamin kamu akan suka." Balas Ryunosuke tanpa menghiraukan Shiro yang sedang protes.

Miou miou meowww (aku tak suka rasanya yang begitu menjijikkan)

"Jangan nak mengada. Kalau kamu memilih makan, jadi tidak berkemungkinan kamu akan mati kelaparan dalam masa seminggu Shiro." Tegas Ryunosuke lalu meninggalkan haiwan tersebut setelah menyelesaikan tugasnya mencuci pinggan mangkuk. Dia perlu menyelesaikan kerja sebelum dia memulakan pekerjaan barunya di advanture guild.

Keesokan harinya, seperti yang telah dirancang. Dia akan mendaftarkan diri di advanture guild di kerajaan ini. Dia tidak pasti samada pihak advanture memiliki data peribadinya yang sebagai ahli di kerajaan Rull Magic.

Dulu sewaktu kota kerajaannya masih utuh, dia merupakan salah satu ahli yang berdaftar dalam advanture guild sejak dia sekolah rendah. Malah dia merupakan salah satu ahli yang berada di rank S dan namanya cukup dikenali oleh ramai orang. Itu disebabkan pencapaian dia yang berada di rank s pada usia yang paling muda dikalangan ahli di advanture guild Rull Magic.

"Morning Ryu....awal kamu bangun? Bukan kamu kata hari ini kamu tidak bukak kedai?" Sarah memandang kearah anak angkatnya yang kini terlihat rapi dengan pakaian kasual. Setahunya, hari ini pemuda itu tidak membuka kedai. Jadi kemana anaknya itu akan pergi? Date dengan Aiko? Tapi perlu ke bawak Shiro sekali!

"Morning mama. Ryu keluar kejap dengan Shiro. Mungkin kami makan dekat luar.And kemungkinan Ryu dan Shiro bermalam dekat luar." Kata Ryunosuke dengan tersenyum kecil lalu melihat kearah Shiro sekilas.

"Tidur luar! Kamu nak ke mana? " Sarah menatap curiga kearah anaknya itu. Seakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh pemuda itu.

"Itu rahsia. Kemungkinan jugak, Ryu akan tidur di luar dalam masa jangka yang lama. Mungkin seminggu atau lebih dari seminggu! Ryu akan cuba selesaikan masalah Ryu dalam masa terdekat.

Andai ada orang datang ke rumah dan tanya ke mana Ryu.

Mama hanya jawap! Ryu keluar kota. Ada URUSAN dan akan BALIK jika KERJANYA dah SELESAI.

Tempat, kerja apa dan bila akan balik Ryu tidak bagi tahu pada auntie. Dia hanya cakap RAHSIA!.

Itu je yang mama kene bagi tahu pada diaorang. Ryu kene gerak sekarang, masa tak cukup. Takut lambat sampai.

Ryu pinjam salah satu kereta mama tau. Nanti Ryu balik bila dah settle. Kirim salam rindu pada Raina dan maaf sebab tak ucapkan selamat tinggal.

Bye-bye mama dan jaga diri kalian.

Ryu dan Shiro gerak dulu. Pape call sahaja tapi lagi bagus mesej sahaja takut Ryu silent fon." Kata Ryu lalu membawa tubuh Shiro lalu beredar setelah mencium pipi Sarah dengan mesra.

Sarah tidak sempat menghentikan tubuh anaknya itu kerana pemuda itu tergesa-gesa meninggalkannya. Mungkin urusnya itu terlalu penting dan perlu diselesaikan dengan segera.

"Kamu pun jaga diri! Jangan pulang terlalu lama ya. Mama dan adik kamu akan tunggu kepulangan kamu di rumah bersama Shiro." Katanya dengan nada tinggi agar anaknya itu dapat mendengar bicaranya didalam kenderaan empat roda kepunyaannya itu.

Sarah tersenyum lalu melangkah memasuki rumah setelah kelibat kenderaan yang dibawa oleh anaknya itu hilang dari pandangan matanya. Semoga semuanya dilindungi.

Disebuah restoran yang menjual makanan laut, Ryunosuke memberhentikan kenderaan milik Sarah di tempat parking yang telah disediakan oleh pihak restoran tersebut. Dia sengaja meletakkan kenderaannya di paling hujung dan sedikit tersorok dari pandangan umum.

Sebelum keluar dari kenderaan, tidak lupa dia menyehir haiwan peliharaannya dengan sihir alimunan. Tujuannya adalah menyembunyikan kehadiran Shiro di kalangan pengunjung yang hadir di sana.

"Jom Shiro. Diaorang pasti dah tunggu kita." Kata Ryunosuke lalu membuka pintu kereta. Dia melangkah ke arah pintu masuk bersama Shiro yang bertenggek di bahu kanannya.

Setibanya didalam. Dia di sambut oleh pekerja dibahagian pendaftaran dan memberi tahu pada pekerjaan tersebut bajawa dia telah membuat janji dengan seseorang. Selang beberapa minit kemudian, salah seorang dari penyambut tetamu tersebut membawa Ryunosuke ke meja VVIP yang telah dipesan secara khusus atas nama Akira.

"Akhirnya ketua kita yang hensem sampai pun."" Suara Akira setelah melihat kelibat sahabatnya di balik punggung pekerja tersebut.

"Ini meja anda tuan. Selamat menjamu selera dan kami berharap layanan kami dapat memuaskan anda disini." Kata penyambut tetamu kepada Ryunosuke. Tidak lupa pekerja itu secara hormat menarik kerusi untuk diduduki oleh Ryunosuke dengan senyuman manisnya.

"Terima kasih." Balas Ryunosuke mesra. Keduanya sempat bertentangan mata sebelum penyambut tetamu itu meminta diri.

"Aku rasa tak mintak pun kau buat perjumpaan dekat tempat mewah dan high class macam ni? Aku tahu kau tu terlebih kaya. Tapi jangan terlebih pulak." Ryunosuke menyandarkan tubuhnya di kerusi lalu menatap kesal kearah Akira.

Sahabatnya itu hanya mengaruk tengkuk sambil tersengih sumbing. "Maaf. Aku cuma nak korang semua selesa je. Hehehe"

"Hmm tak apa lah benda dah jadi. Korang dah order ke belum?" Tanya Ryunosuke kepada yang lain. Ya di meja yang ditempah di atas nama Akira bukannya ada dia sahaja tetapi turut dihadiri oleh Kaito, Shinji dan tidak lupa orang kanan Akira. Yoshihiro Nagasaki. "Belum Ryu. Kitaorang tunggu kau sampai dulu." Sahut Shinji mewakili mereka bertiga.

Ryunosuke hanya mengganggukkan kepalanya. Lalu meminta mereka untuk mula memilih makanan kerana masa yang mereka berlima miliki tidak lah banyak.

"Kau yakin tak nak ajak Aiko sekali? Kau tahu kan perangai GILA adik perempuan aku tu." Suara Akira yang memecahkan kesunyian mereka berlima sewaktu menikmati juadah mereka.

Mendengar pertanyaan dari sahabat kecilnya tentang sosok sang kekasih hati, dia meletakkan sudu dan garfu di samping pinggang.

Sebelum membalas kata-kata tersebut, dia terlebih dahulu mengelap sisa makanan di mulutnya dengan menggunakan kain yang telah disediakan.

"Tahu. Tapi itu tidak merubah keputusan aku untuk libatkan dia dalam urusan kita. Aku tak nak dia dalam bahaya."

Akira mengganggukkan kepalanya lalu kembali menyuap makanannya ke mulut. Begitu jugak dengan Ryunosuke yang kembali menyatap hidangannya dengan penuh selera.

"Ermm kita nak ke mana ye? Kenapa tak bincang kat sini je." Tanya Kaito dengan ragu. Dia seketika gugup bila mendapat renungan tajam dari mereka berempat. Adakah dia silap cakap?

"Fokus pada makanan, selebihnya tanya semasa dalam perjalanan nanti." Balas Yoshihiro dan dengan susah payah Kaito meneguk liurnya yang terasa kelat.

Tidak lupa dia mengganggukkan kepalanya. Lepas ini dia hanya akan mendiamkan diri sahaja. Sungguh mereke semua cukup MENGERIKAN.

Kini, mereka berlima telah memulakan perjalanan menuju ke destinasi yang dituju. Yang terletak di hujung kota. Pada mulanya, Yoshihiro menawarkan diri untuk memandu.

Tetapi ditolak secara baik oleh Ryunosuke dan meminta Yoshihiro untuk duduk di samping pemandu untuk menjadi penunjuk arah. Tidak lupa, haiwan peliharaannya dijaga oleh Yoshihiro.

"Di sana, kita tidak perlu tinggal di hotel. Sebelum kita berangkat kesana. Saya telah membeli satu rumah kecil yang boleh menetapkan kita berlima." Kata Yoshihiro dengan panjang lebar.

"Macam mana keadaan rumah tu?" Soal Ryunosuke tetapi dia tetap fokus pada pemanduannya.

"Rumah tu pemilik seorang petani muda. Perempuan tu baru je berkahwin dengan suaminya pada hujung bulan lepas.

Sekarang dia tidak tinggal di rumah tu lagi dan tinggal di rumah suaminya yang terletak di kampung sebelah.

Dia jual rumah tu dengan harga yang mampu milik bagi penduduk kampung. Masa proses jual beli pun tak ada masalah yang sulit." Jelas Yoshihiro dan berharap pilihannya itu tidak lah menjadi satu kesalahan.

" Bagus..duit dapat dijimatkan. Rumah tu ada halaman ke?" Tanya Ryunosuke kembali. "Ada Ryunosuke - Sama. Malah belakang rumah terdapat kebun kecil yang diserahkan pemilik kepada kita. Masa saya beli, tumbuhan itu tengah berbuah. Mungkin sekarang dah boleh dipetik untuk dijadikan makanan." Sambung Yoshihiro dengan nafas lega.

Kemarahan atau kemurkaan dari tuannya tidak lah membuat seorang Yoshihiro Nakamura dalam ketakutan. Tapi tidak untuk sosok Ryunosuke Nishimura. Sosok itu sangatlah mengerikan bila berada dalam keadaan marah.

Apatahlagi Ryunosuke terkenal dengan segala kebijaksanaannya dalam menguruskan segala hal. Itu sangat membuatnya menyanjung tinggi calon suami Aiko Hayashi. Sosok yang begitu sempurna dipandangan matanya.

"Wahh menarik-menarik. Sejujurnya kau lagi boleh diharapkan daripada tuan kau sendiri. Andai dia pecat kau satu hari nanti. Datanglah pada aku. Jawatan sebagai assistant akan sentiasa terbuka pada kamu Yoshihiro." Seloka Ryunosuke dan menjeling sekilas kearah Akira yang kini sedang memeluk tubuh dan mencebik kan bibirnya.

"Suatu hari aku akan tunjukkan pada kau yang aku ni berfunction untuk semua orang!" Bisik Akira tetapi tetap didengari oleh Ryunosuke. Satu senyuman sinis lahir dibibir Ryunosuke.

"Kalau macam itu, buang sikap kebudakkan kau tu. Bersikap matang dan bertanggungjawab dalam segala hal yang kau buat.

Khususnya dengan pekerjaan kau sebagai CALON RAJA MASA DEPAN.

Jangan buat sambil lewa je...sampai membebankan orang lain. Walaupun orang tu KELUARGA SENDIRI!"

Makin kelat wajah Akira bila mendengar sindiran yang berbunyi nasihat yang dilontarkan oleh sahabatnya itu. Manakala Yoshihiro, sedang menahan keinginannya untuk tertawa bila melihat wajah kelat yang ditunjukkan oleh tuannya itu.

"Ryu maaf kalau mencela. Tapi kita nak kemana? Lama lagi ke nak sampai." Selah Shinji ditengah perbualan diantara Ryunosuke, Akira dan Yoshihiro.

"Lagi dua jam setengah lagi, kita akan sampai di WhiteRiver Village." Sahut Ryunosuke dengan nada lembut tidak sedingin semasa dia berbicara dengan Akira.

"Baik Ryu. Maaf mencela percakapan korang." Kata Shinji dengan merendah diri. Sejujurnya dia masih tengah menyesuaikan dirinya dalam pergaulan dengan ketiga orang yang cukup berpengaruh di dalam kerajaan mahupun diluar kerajaan.

"Dengan aku, kau tak perlu merendah diri Shinji. Walaupun sewaktu aku masih ada gelaran sebagai putera mahkota Rull Magic. Itu semua tak ada erti bagi aku. Sebab pada pandangan mata aku. Kita semuanya adalah sama." Kata Ryunosuke melihat pantulan sahabatnya di cermin.

"Baiklah. Aku dalam fasa penyesuaian diri. Hehe maaf kalau mengecewakan." Kata Shinji yang mewakili Kaito. Pemuda itu mengiyakan segala yang diucapkan oleh Shinji. Mereka berdua berfikir sama. Segan, teruja, malu dan takut dalam masa yang sama.

"Take your time, tapi jangan lama sangat takut tergendala tugas yang akan korang pikul nanti.

Kalau ada masalah ke apa boleh rujuk pada aku terus. Sebab korang berdua dibawah tanggungjawab aku." Balas Ryunosuke dengan mesra. Dia cuba mengembalikan suasana pertemanan mereka. Sewaktu mereka berdua mengetahui identitinya sebagai orang biasa.

"Baiklah Ryu." Shinji dan Kaito menyahut dengan penuh semangat.

"Andai Ryu tak ada masa untuk korang. Jangan segan untuk bertanya pada aku ataupun Yoshihiro. Kerana korang jugak tanggungjawab aku sebagai warga dan pelajar academy WhiteFairy." Celah Akira dengan senyuman mesra kearah Shinji dan Kaito.

Keduanya kembali bersuara dengan semangat juang dan terharu "Baiklah dan Terima kasih semua"

Ryunosuke, Akira dan Yoshihiro tersenyum senang bila melihat kedua pemuda itu telah menghilangkan sedikit perasaan segan di hati mereka. Mereka bertiga berdoa, agar jalan hidup yang telah diatur oleh takdir akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang bahaya yang mampu mengancam nyawa keduanya kelak.

Seandainya itu berlaku. Ryunosuke berjanji dan bersumpah bahawa dia tidak akan lari dari tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin. Dia yang perlu gadaikan nyawa bukan kedua bawahannya.

Advanture guild WhiteFairy ataupun dipanggil sebagai WhiteFairy Guild terletak di sebuah kampung kecil yang dipanggil nama WhiteRiver Village.

Meskipun perkampungan WhiteRiver merupakan perkampungan kecil yang memiliki jumlah penduduk yang sedikit. Akan tetapi, kampung ini tidak ketinggalan zaman dan pembangunan disini ada yang terlihat moden walaupun ada diantaranya yang masih mengekalkan ciri-ciri pembangunan lama.

Kembali di situasi asal. Ryunosuke berdiri di pintu masuk Advanture guild bersama dengan sahabat kecilnya, Akira. Keduanya berpandangan diantara satu sama lain sebelum melangkah masuk ke dalam guild.

"Salam sejahtera dan selamat petang. Maaf mengganggu." Sape Ryunosuke pada pelayan guild yang memiliki paras rupa yang menawan.

"Hai selamat petang! Oh ya selamat datang ke advanture guild kerajaan WhiteFairy. Apa yang boleh saya bantu?" Balas sosok itu dengan mesra.

Ryunosuke tersenyum mesra manakala Akira, terlihat terpesona melihat keindahan di depan matanya. Sungguh indah ciptaan Tuhan.

"Erm saya nak bertanya. Adakah Advanture guild disini menawarkan pendaftaran pada orang baru?" Kata Ryunosuke yang tidak berselindung dengan hasratnya. Namun tetapi dia tetap akan menyembunyikan identiti mereka.

"Boleh saya tahu kalian berdua dari kota utama ke? Sebab wajah kawan kamu ini agak dikenali!" Soal gadis itu yang bekerja sebagai pelayan guild dengan wajah yang sedang berfikir.

"Ya...kami dari kota utama. Nama saya Akira Hayashi dan dia sahabat saya Ryunosuke Nishimura." Pintas Akira sebelum sahabatnya itu sempat bersuara.

Ryunosuke memejamkan matanya, hatinya kesal bila sahabatnya itu kembali ke sikap lalainya. Padahal baru je dua jam yang lalu dia menasihati sahabatnya itu untuk bersikap matang. Tak sampai satu hari. Sahabatnya kembali membuat masalah.

"AKIRA! Baik kau tutup mu.." Ryunosuke berbisik di telinga Akira bahawa dia memberi peringatan tapi ayatnya dipotong oleh Akira. Dia menghela nafas lelah.

Menyesal pun ada, sepatutnya dia bawak Yoshihiro kesini dan bukan sahabatnya, Akira. Dia sepatutnya sedar bahawa, otak seorang Akira Hayashi akan menjadi sebodoh-bodohnya bila berhadapan dengan lawan jenis. Penyakit itu tiada penawarnya sampai lah ke hari ini.

"Kasihanilah kami yang datang jauh-jauh dari kota. Kami semua mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke sini.

Kami datang dari jauh semata-mata mahu jadi ahli rasmi di Advanture guild disini. Saya dah banyak baca buku-buku yang berkaitan guild sihir.

Aturan dia dan segala-galanya tentang Advanture guild saya mengetahuinya. Baik dalam kerajaan mahupun luar kerajaan!

Saya jamin yang saya akan berguna di sini. Jika kamu memberi peluang pada saya. Tolong lah percayalah pada saya. Ohhh ya, walaupun saya terlihat muda tapi saya berada di kelas B." Cerita Akira dengan penuh semangat dan teruja. Tapi pada permulaan kedengaran sedikit merayu.

Sedari tadi, kedua anak matanya tidak lepas memandang kearah wajah yang penuh cahaya milik seorang gadis dewasa yang berdiri di meja pertanyaan. Debaran di hatinya semakin menggila. Apakah dia telah jatuh cinta pada pandangan pertama?! Kalau betul, dia berdoa agar gadis dewasa dihadapannya itu adalah jodohnya.

Manakala di posisi Ryunosuke, pemuda itu hanya menatap kesal kearah Akira yang sedang pamer pesona kepada gadis dewasa yang bekerja sebagai pelayan guild.

"Macam tu ya. Sekarang kami sedang membuka pendaftaran sebagai ahli rasmi di seluruh kerajaan." Kata gadis manis itu dengan senyuman yang tidak pudar dari bibir merahnya.

Kedua mata Akira bersinar-sinar. Manakala Ryunosuke dia tersenyum lega bila mendengar khabar baik tersebut. Nampaknya jalan mereka untuk menjadi ahli tiada masalah.

"Tapi sebelum tu! Apakah kalian berdua sedang menuntut pengajian di mana-mana institusi pengajian sihir?

Tidak kira institusi pengajian sihir dari dalam kerajaan ataupun luar kerajaan." Tanya si pelayan kepada keduanya.

Ryunosuke ingin memberi tahu. Bahawasanya, mereka berdua dan yang lain bukanlah seorang pelajar di mana-mana institusi pengajian sihir. Agar mudah diterima dengan mudah tanpa sebarang syarat yang dikenakan. Itulah perancangan sebelum menjejakkan kaki kesini.

Tapi malangnya menjadi sia-sia, semuanya tidak berjalan baik mengikut perancangan yang telah disusun rapi. Disebabkan sahabatnya itu berkata jujur tentang jati diri mereka semua.

"Ya itu betul!

Saya Akira Hayashi yang merupakan anak sulung dan pewaris bagi keluarga bangsawan yang cukup berpengaruh di kota utama.

Saya seorang pelajar yang berada di kelas B dan seorang ketua pelajar di Academy WhiteFairy. Bulan depan saya akan genap berumur 20 tahun. Saya sekarang berada di pertengahan pengajian di academy.

Sebelah saya adalah sahabat saya masih kecil. Nama dia Ryunosuke Nishimura. Dia berasa dari academy luar kerajaan tetapi dia terlibat dengan program penukaran academy sihir.

Kami berdua sebaya, dia berada di kelas A. Walaupun dia memiliki paras rupa yang menarik dan sosok badan yang sempurna. Akan tetapi dia telah memiliki calon isteri dan calon isteri dia adalah adik perempuan nombor dua saya.

Ohh yaaa....saya nak bagi tahu bahawa adik perempuan saya itu sangat menjaga dalam hubungan mereka. Dia akan berubah menjadi sosok yang mengerikan jika ada PEREMPUAN LAIN YANG CUBA MENGGATAL DENGAN CALON SUAMINYA ITU."

"EHEM!?" Ryunosuke sengaja batuk dengan keras agar didengari oleh sahabatnya itu. Tetapi hanya sia-sia, kerana Akira masih tetap bercerita. Tindakannya dapat disedari oleh pelayan tersebut tetapi pelayan itu hanya tersenyum kecil dalam masa yang sama sedikit kecewa kerana lelaki yang menarik minatnya itu telah berpunya.

Tidak dinafikan, apa yang diberi tahu bahawa sosok lelaki muda yang bernama Ryunosuke Nishimura memiliki paras rupa yang cukup indah. Badan yang terlihat terlatih dan tegap. Terlihat bahawa sosok itu cukup mendewasakan sehingga mampu menarik semua gadis-gadis dewasa untuk terus terpesona padanya.

"Kalau status saya masih single sehingga sekarang. Jadi..hulmm!!!" Akira terkejut bila secara tiba-tiba mulutnya di tekup oleh sahabatnya yang kini telah menggantikan dirinya untuk bersuara.

"Maaf diatas sikap kawan saya yang cukup banyak mulut. Tapi apakan boleh pertimbangkan lagi untuk menerima kami sebagai ahli baru.

Saya tidak berani menjamin apa-apa pun. Tetapi saya dan teman saya yang lain akan sedaya upaya untuk buat yang terbaik. Tolong pertimbangkan lagi permintaan kami untuk menyertai guild?!" Pinta Ryunosuke dengan senyuman manisnya. Dia cuba meraih simpati pada pelayan tersebut yang dilihat mula lunat pada permintaannya.

"Saya hargai usaha kalian yang datang dari jauh. Tetapi saya tiada kuasa untuk membenarkan seseorang yang tidak mengikut syarat menyertai guild. Sekiranya tidak diberi keizinan secara langsung oleh Guild Master." Kata Pelayan itu dengan senyuman kecil.

Hatinya serba-salah bila terpaksa menghampakan permintaan kedua anak muda tersebut yang sanggup datang dari jauh. Apatahlagi hatinya mula tertarik kepada salah satu dari mereka.

"Tapi jika kalian betul-betul berminat! Saya akan cuba membantu. Tapi boleh bagi saya masa sehari untuk berbincang dengan Guild Master terlebih dahulu.

Segala keputusan diterima atau tidak saya akan memaklumkan semula pada kalian berdua." Sambungnya dengan senyuman manis menatap keduanya yang kini sedang berubah ceria.

"Boleh saya tahu bagaimana anda mahu mencari kami?" Tanya Ryunosuke yang kini telah melepaskan mulut sahabatnya. Akan tetapi tangan kirinya berpindah di belakang tubuh Akira. Sekiranya pemuda itu kembali membuat masalah, jadi dia akan mengambil tindakan pantas.

"Kalian boleh kembali semula kesini setelah 3 hari." Balas gadis itu dengan mesra.

Ryunosuke mengganggukkan kepalanya lalu menatap kesal kearah Akira yang ingin membuka bicara. "Baiklah. Kami akan datang semula ke sini. Boleh saya tahu nama encik?" Soalan yang ditujukan oleh Ryunosuke membangkitkan semangat membara Akira. Kembali matanya fokus pada gadis dewasa tersebut yang masih terlihat bersinar di kedua matanya.

"Rose." Balas gadis itu dengan singkat. Ryunosuke menganggukkan kepala tanda dia berpuas hati tapi tidak pada Akira yang sedikit kesal dengan jawapan pendek daripada wanita dewasa itu.

'Rose, tu je! Nama keluarga tak nak bagitau?' bisik hati Akira yang masih kesal.

"Baik terima miss Rose. Saya akan kembali semula." Putus Ryunosuke lalu mengheret tubuh sahabatnya dengan paksa meninggal kawasan guild tersebut. Mereka berdua akan pulang ke kediaman setelah selesai menyelesaikan misi mereka.

Sebelum pulang, mereka berdua berhenti di salah satu mall yang terdapat di kampung kecil yang kini menjadi tempat tinggal sementara mereka berlima. Mall yang menjadi pilihan merupakan pasaraya yang terbesar yang ada di perkampungan tersebut.

Malah mall tersebut turut menerima pembayaran dalam bentuk poin mahupun duit kertas. Sistem jual dan beli seakan sama dengan sistem yang digunakan di ibu kota WhiteFairy.

Dibahagian pakaian lelaki, terlihat sosok Ryunosuke bersama Akira yang sedang asyik memerhati beberapa jenis pakaian yang memiliki perbagai gaya dan warna yang menarik.

Ryunosuke berkeliling disekitar mall dengan suasana hati yang malas. Sejujurnya, dia ingin beristirehat tapi apakah daya. Sahabatnya itu merengek-rengek untuk singgah di salah satu mall yang terdapat di WhiteRiver Village.

Alasannya..."Alahhh Ryu-Chan sanggup kah kau melihat kawan mu ini mati dengan penuh penyesalan!?"

Kerana malas berdebat, maka dia ikut sahaja kehendak rakannya itu. Mana tahu dia akan jumpa sesuatu yang dapat diberikan pada kekasih hati tanda permintaan maafnya kerana tidak membawa gadis itu bersama mereka.

"I miss you sweetheart." Bisik Ryunosuke tersenyum kecil bila terbayang wajah kekasihnya yang sedang tersenyum manis.

"Abang Ryu! Apa kata kita beli baju couple. Mesti nampak sweet." Secara tiba-tiba, mindanya teringin akan keinginan Aiko yang ingin membeli beberapa jenis pakaian couple. Akan tetapi keinginan itu masih tidak dapat dikabulkan kerana ke sebokkan yang melanda mereka berdua.

Mungkin disini dia akan jumpa beberapa jenis pakaian yang menurutnya cantik dipandang. Ya mungkin cara ini akan berkesan untuk memujuk Aiko yang kini mungkin sedang mengamuk dengan keputusannya untuk meninggalkan gadis itu di kota sendirian.

"Anu apakah disini terdapat pakaian untuk pasangan?" Pinta Ryunosuke pada salah seorang promoter yang berdiri di samping pintu masuk kedai yang menjual pelbagai jenis pakaian.

"Selamat datang HollyDress. Encik datang ke kedai yang tepat. Hari ini kami telah melancarkan 3 jenis gaya baru yang cukup sesuai untuk dijadikan pakaian bercirikan berpasangan." Kata promoter tersebut dengan ramah.

"Hmm boleh saya lihat?" Ryunosuke sedikit tertarik dengan penerangan yang diberikan oleh pekerja tersebut. Kalau pakaian itu menarik minatnya, itu lagi menguntungkan. Tidak perlu masuk ke beberapa jenis kedai untuk cari pakaian yang mengikut citarasanya. Masanya pun tidak terbuang.

"Tentu tuan, mari ikut saya. Saya akan tunjukkan kesemua koleksi pakaian keluaran terbaru kami. Saya jamin anda akan berpuas hati dengan pakaian yang dikeluarkan dari brand kami." Kata Promoter tersebut dengan girang. Ryunosuke hanya mengganggukkan kepalanya lalu mengikut langkah kaki pemuda itu yang kini telah masuk kedalam.

Selama beberapa minit masa berlalu, akhirnya Ryunosuke keluar dari kedai yang merupakan brand ternama yang terdapat di kerajaan ini. Lagi tidak disangka bahawa brand ini merupakan salah satu brand pakaian yang diminati oleh kekasihnya. Semuanya di perolehi dari mulut promoter tersebut yang tidak berhenti meyakinkan dirinya bahawa kedai pakaian HollyDress merupakan pilihan terbaik.

Malah brand HollyDress ini memiliki beberapa cawangan kecil diseluruh perkampungan yang berada di wilayah kekuasaan kerajaan WhiteFairy. Outlet utamanya sudah tentu berada di ibu kota Kingdom WhiteFairy dan diusahakan oleh pemilik aslinya. Yang hingga ke hari ini masih menjadi misteri.

"Agak murah tapi design agak moden dan casual." Puji Ryunosuke. Dia merasa puas hati dengan layanan yang diberikan oleh staf butik pakaian tersebut. Malas pakaian yang disarankan cukup mengikut citarasanya. Sangat berbaloi.

"Ryu-Chan!! Saya sudah siap berbelanja. Jom balik."

Ryunosuke menoleh kearah kiri bila mendengar suara sahabatnya yang kembali muncul dipendengarannya. Dilihat, sahabatnya itu sedang berlari dengan langkah bahagia dan tidak lupa beberapa paper beg yang berlainan berjenama.

"Hei! Kau tak anggap tujuan kita disini sebagai PERCUTIAN KAN?!" Ujar Ryunosuke dengan kesal dan tidak lupa senyuman mengerikan miliknya.

"Hehehe. Kalau anggap dua-dua tak boleh ke?!" Kata Akira yang sedikit risih bila mendapat renungan mematikan dari Ryunosuke.

"Aku akan mintak Yoshihiro untuk hantar kau balik ke ibu kota malam ini. Perangai kau ini akan mengganggu misi dan yang lain." Balas Ryunosuke lalu melangkah meninggalkan Akira yang sedang shock mendengar balasannya. Sungguh tidak ada perasaan.

"Ehhhh!!! Aku gurau je. Tu...tunggu jangan tinggal kan aku RYU-CHAN??!!" jerit Akira dengan suara yang lantang. Tapi sayangnya, Ryunosuke tidak menghiraukan dan terus melangkah meninggalkan Akira yang telah jauh dibelakangnya.

Di ibu kata, Istana Keluarga Kerajaan. Disebuah bilik yang menjadi kediaman seorang gadis muda yang menjadi tunangan Ryunosuke Nishimura. Kini sedang duduk sambil memeluk tubuh diatas katil.

Gadis manis itu sedang menahan perasaan marah kepada sang kekasih hati yang telah meninggalkan dirinya di ibu kota.

Meskipun lelaki itu pergi meninggalkan dirinya kerana menjalankan misi. Tetapi itu tetap di anggap satu KESALAHAN.

Apatahlagi, sejak lelaki itu tinggalkan di WhiteFairy. Kekasihnya itu akan membawa dirinya ke mana sahaja tanpa meninggalkan dirinya. Tapi kini, dia ditinggalkan. Lagi menyakitkan hati tempatnya di gantikan oleh abang sulungnya dan itu semua adalah KEHENDAK PEMUDA ITU SENDIRI.

Knok! knok! Knok!

Lamunan nya terhenti bila kedengaran seseorang mengetuk pintu biliknya sebanyak tiga kali. Dia menarik nafas dan cuba mengawal emosinya sebelum membuka pintu. Dia tidak akan terbawa suasana sehingga orang lain dapat membaca masalahnya melalui kelalaiannya dalam mengawal emosi.

"Ya ada ap..Ibunda!"

Disebalik pintu bilik, terlihat satu sosok wanita dewasa yang tersenyum manis kearah. Sosok yang telah melahirkan dirinya ke dunia. Mitsuko Hayashi.

"Boleh bunda masuk?" Pinta Mitsuko dengan lembut.

"Tentu bonda. Masuklah" izin Aiko lalu memberi ruang kepada ibu kandungnya.

Aiko mengunci pintu setelah tubuh ibunya masuk kedalam bilik beradu nya. Dia mendekati ibunya yang kini sedang mengambil tempat di meja kopi yang terdapat di balkoni bilik tidurnya.

"Bonda mahu teh ke? Aiko akan mintak dayang untuk hidangkan." Tanya Aiko kepada Mitsuko.

"Tidak perlu. Bonda baru sahaja minum petang bersama ayahanda kamu. Duduk lah sayang. Dah lama bonda tak meluangkan masa dengan kamu berdua." Bicara Mitsuko dengan lembut lalu menepuk kerusi yang berada di sampingnya.

Aiko tersenyum mesra. Dengan patuh dia menduduki kerusi yang berada di samping ibunya. Dia sedikit terharu bila ibunya itu sanggup mencuri masa rehatnya untuk bersama dengannya. Padahal dia sedar bahawa ibunya itu memerlukan rehat setelah membantu ayahnya dalam menguruskan hal pekerja yang berkaitan dengan kerajaan.

"Bagaimana hubungan hamu dengan Ryu-Chan?" Seperti biasa soal yang akan menjadi topik utama sekiranya mereka berdua bersama.

"okey je ibunda. Hubungan kani dah seperti dulu. Dia oun dah sikap terbuka dengan Ai" jelas Aiko dengan senyuman manisnya.

"Baguslah kalau begitu. Tapi yang bonda tak faham. Kenapa mood kamu hari ini kurang baik? Apakah kamu marah dengan Ryu-Chan sebab tidak membawa kamu sekali ke sana."

Kata Mitsuko dengan pandangan lembut ke arah Aiko. Dia tersenyum lucu bila melihat riaksi masam yang ditunjukkan oleh salah satu anak gadisnya.

"Sedikit! Ai tak faham. Kenapa dia tak nak bawak Ai.

Malah dia lebih pilih Along dari Ai. Ai pun boleh je tolong dia. Selama ini Ai tak pernah jadi beban. Kami pun sentiasa bekerja sama dalam menyelesaikan misi.

Dia pun kerap bawa Ai pergi jalankan misi. Tapi kali ini...dia tinggalkan Ai kat sini dan lebih pilih bawak sahabat kecil dia tu" luah Aiko dengan penuh sesal kepada ibundanya. Aiko turut merebahkan kepala di bahu kanan Mitsuko dan tidak lupa memeluknya dengan penuh perasaan sesal dan kerinduan pada seseorang yang sangat dia cintai.

Mitsuko hanya tersenyum sambil mengusap kepala Aiko dengan penuh kasih. Ya dia faham dengan perasaan yang dialami oleh anak daranya itu. Kerana dulu dia pernah mengalaminya.

"Sayang mungkin Ryu-Chan tak nak kamu dalam bahaya. Setahu bonda lah. Ryu-chan tidak suka menepatkan kamu dalam situasi bahaya. Kalau bonda sendiri berada di tempatnya. Percayalah! Bonda akan melakukan hal yang sama. " Pujuknya namun tidak dihiraukan oleh anaknya itu. Malah dia dengar anaknya mengeluh.

"Tapi kalau Ai tak ada dia mesti balik dalam keadaan cedera! Ai tak suka dia balik ke sisi Ai dengan luka parah. Cukup lah dua kali dia buat jantung Ai berhenti berdenyut.

Bonda sendiri tahu kan. Ai sangat sayang kan dia. Dia segalanya bagi Ai. Tanpa dia! Ai tak yakin yang Ai mampu hadapi dunia Yang penuh drama dan kejam ini.

Ai tak kuat kalau dia tak ada di sisi Ai bonda. Cukup lah dulu Ai kehilangan dia. Kali ini Ai tak nak kehilangan dia. Ai tak sanggup lagi Bonda. Itu sangat lah sakit!" Luah Aiko dengan linaran air mata. Hati kecilnya pilu bila teringat perpisahan yang sempat terjadi di dalam hubungan mereka berdua.

Dia hampir sasau bila lelaki itu mengambil keputusan untuk meninggalkan dirinya. Segala cara dia lakukan untuk membawa lelaki itu kembali ke sisinya.

Akhirnya usahanya berjaya. Tapi sesuatu hari dia hampir kehilangan kekasihnya akibat dari serangan musuh yang hampir mengambil nyawa lelaki itu darinya.

Cukup lah dulu, dia tidak akan sanggup lagi bila terpaksa kehilangan sosok lelaki itu kembali. Apatahlagi maut yang hampir menjemput lelaki itu dari sisinya.

Mitsuko terdiam bila mendengar luahan anak gadisnya. Ya dia sendiri tahu akan perjalanan percintaan diantara anak daranya dengan anak teruna dari sahabatnya. Perjalanan cinta mereka berdua sangatlah berduri. Dia sendiri tidak akan mampu bertahan menjalani hubungan yang penuh rintangan.

Melihat kegigihan anaknya dalam mempertahankan hubungan itu membuatkan dirinya merasa bangga dan terharu kepada anaknya itu. Sungguh anaknya itu memiliki hati yang cukup kental dan murah hati.

"Bonda bangga pada kamu nak. Kamu memilih setia padanya miskipun kamu tahu bahawa dia berada di asar kehancuran.

Bonda pesan pada kamu nak! Jadilah tempat yang boleh dia berpaut. Bagi dia semangat untuk meneruskan kehidupannya.

Heret dia dari kegelapan. Bawa dia lari dari kesedihannya. Bagi dia kebahagiaan yang tidak terhingga dalam hidupnya.

Dan jangan sesekali kamu berpaling padanya dengan alasan dia tidak mampu memberi kehidupan mewah seperti dulu.

Sejujurnya bagi bonda, Ryu-Chan adalah sosok lelaki yang sukar ditemui pada masa kini. Lelaki pada masa kini hanyalah mementingkan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kedaulatan bagi seorang wanita.

Ingat pesan bonda nak! Sekiranya kamu meninggalkannya maka ingat lah bahawa akan ada seseorang yang sanggup menggantikan tempat kamu dalam kehidupannya." Kata Mitsuko dengan panjang lebar. Dia mengusap sayang kedua pipi putih milik anak gadisnya. Dia mngusap sisa air mata yang terdapat di kedua pipi Aiko. "Berhentilah menangis. Kamu kene jadi kuat untuknya.

Bersabarlah sebentar dan percayalah bahawa abang sulung kamu akan membawa pulang kekasih kamu dalam keadaan selamat tanpa sebarang luka di tubuhnya. Itu janji bunda." Sambung Mitsuko lalu tersenyum lebar bila melihat anggukan dari Aiko. Mereka berdua kembali berpelukan tanpa menghiraukan sekeliling mereka.

Namun tanpa mereka sedari, perbualan keduanya didengari oleh si bongsu Hayashi yang kebetulan berada di pintu balkoni bilik tidurnya yang terletak bersebelahan dengan bilik kakak keduanya. Aiko Hayashi.

"Sedalam itu kah perasaan kamu pada dia kakak!" Bisik hatinya lalu kembalu menutup pintu balkoni dan masuk ke biliknya. Dia tidak mahu kehadirannya disedari oleh kedua manusia yang cukup bererti dalam hidupnya.

Di sebuah cafe yang terletak di tengah-tengah perkampungan WhiteRiver, Ryunosuke bersama kawan-kawannya duduk di meja yang berada di bahagian sudut terdalam cafe.

Kaito, Shinji, Yoshihiro, Akira dan tidak lupa si kucing Shiro sedang menikmati kelazatan makanan yang menjadi menu makan malam mereka. Manakala Ryunosuke pulak, terlihat sedang menghubungi seseorang. Sesekali dia akan menyuap spaghetti bolognese ke dalam mulutnya.

Bipp!! Sekian kali dia cuba menghubungi Aiko namun gadis itu tetap tidak menerima panggilan darinya. Padahal dia dah cuba menghubungi pasangannya itu sejak dia pulang dari mall bersama dengan Akira, petang tadi. Ini dah malam, tapi masih tidak diangkat oleh Aiko.

Rasanya untuk malam ini dah lebih dari 10 kali dia cuba menghubungi gadis itu. Tapi masih tidak menerima respon, malah mesejnya masih tidak di balas oleh gadisnya. Hanya dibiarkan sahaja tanpa niat membalas. Nampaknya gadis itu betul-betul marah padanya. Haaa habislah dia kalau balik nanti. Mesti Aiko akan gulaikan dia sampai gadis itu puas.

"I really do not understand women! He was really angry with me this time.I can die when I come back later. Should I stay here longer until he feels better?" Soalnya pada dirinya sendiri. Dia bingung. Dia tidak tahu cara untuk memujuk gadisnya yang dia tahu sedang dalam keadaan buruk.

Dia fikir, kalau gadisnya tidak ikut serta dalam misi kali ini. Maka dia dapat mengelakkan gadisnya dalam situasi yang berbahaya. Tapi dia tidak sangka bahawa tindakannya ini akan mengundangkan kemarahan dari gadisnya kepadanya.

Jujur dia agak takut dengan kemarahan Aiko yang baginya cukup mengerikan dan melelahkan dari pada menjalankan apa-apa misi yang ada di kelas atas ataupun menghadapi para musuh yang berada di tingat B sehingga high master.

Apatahlagi dia jenis lelaki kaku dan dingin. Pengalaman cintanya pun masih di fasa baru dan langsung tiada pengalaman dalam bidang percintaan tidak seperti dia mahir dalam bidang pertarungan ataupun fakta mahupun teori.

Mungkin orang luar memandang kagum kepadanya dan menganggap bahawa dia seorang lelaki yang sempurna dalam semua aspek. Tapi malangnya dia agak lemah...tak!! Dia zero dalam hal yang berbau percintaan dan pemahaman pada golongan para wanita ataupun gadis.

Ting! Senyuman kebahagiaan terpancar di wajahnya bila dia melihat notication yang muncul di screen telefon pintarnya.

Pengirim tersebut dari seseorang yang sangat ditunggunya sedari tadi. Aiko Hayashi.

Nanti kita SELESAI MASALAH KITA

bila AWAK DAH PULANG ke Ibukota.

- My Love Ai-Chan

Mati senyuman kebahagiaannya setelah membaca sebaris pesanan dari sang pujaan hatinya. Sangat ringkat. Padahal dia telah mengirim beberapa pertanyaan kepada gadisnya itu tapi tidak dibalas sama sekali. Pesanan yang dikirimkan pun lari dari pada pertanyaannya.

Jangan marah terlalu lama, i will miss

you sweetheart.

You know right? I will be

out of town for a long time, I don't know

when I will be back in town.

So I beg you! Don't ignore me for too

long. I don't want to make you angry or

misunderstand me.

- Ryunosuke Nishimura

Dengan penuh kesabaran di hatinya, dia kembali membalas kiriman dari Aiko dengan penuh harapan agar gadisnya itu tidak lagi tersinggung dengan keputusan yang diambilnya.

Sejujurnya dia sedar! Bahawa menghadapi sikap keras kepala bagi seorang Aiko Hayashi adalah satu perkara yang cukup sukar. Jarang sekali gadisnya itu akan mengikuti segala keinginannya. Sebaliknya gadis itu akan melakukan sesuatu yang diluar fikirannya dan sering memberi kejutan padanya.

Namun begitu, dia tetap bersikap terbuka dan tidak mempermasalahkan dengan hal-hal yang tidak diduga yang dilakukan oleh Aiko. Sebaliknya dia kadang akan bersikap kagum dengan perbuatan yang dilakukan oleh Aiko Hayashi. Walaupun di pandangan umum, tindakan itu tidaklah wajar bagi anggota kerajaan.

Apatahlagi dia seorang gadis kerajaan dan calon ratu bagi sebuah kerajaan di masa depan. Sungguh tindakan kurang bermoral dan berpendidikan. Tapi itu semua seakan menjadi buta oleh Ryunosuke. Segala tindakan itu dianggap sebagai perkara biasa dalam menjalinkan hubungan asmara.

Malah dia merasa bangga bila gadisnya itu berperilaku bahawa dia adalah milik gadisnya secara mutlak. Sesiapa pun tidak dibenarkan mendekatinya kecuali kalau hal berkaitan dengan pekerja. Selebihnya orang-orang itu akan berhadapan secara langsung dengan Aiko Hayashi. Kembali di situasi sekarang.

Wajah Ryunosuke kembali murung bila mendapat kiriman dari Aiko dan ya. Seperti yang difikirkan gadisnya itu tidak akan mempersetujui dengan apa yang dilakukan tanpa kebenaran gadisnya.

Baiklah. Awak tunggu disitu. I will come

to you in a week. Have fun before I

come to you.You know what I will do

when we meet later?

- My Love Ai-Chan

Tapi misi rahsia sayang! Misi ini pun

bahaya. I don't want you in danger. I feel

Irresponsible if I put you in a dangerous

situation!I'm begging you just this once!

Tolong tunaikan keinginan saya dan

tunggu saya balik. I promise I will return

home safely with your brother.Please

dear!!

- Ryunosuke Nishimura

Sweet dreams dear. Jaga hati dan mata

untuk saya Jangan terlalu dekat dengan

mana-mana JALANG DEKAT SANA.

Saya tahu! You will DIE in my hands.

- My Love Ai-Chan

Dan itu adalah ayat terakhir yang dikirimkan oleh Aiko Hayashi sebelum dirinya di block oleh gadis itu. Seketika dunianya runtuh. Tindakan yang dilakukan oleh gadisnya itu jelas menunjukkan kemarahan yang dilevel luar biasa.

Dia berdoa dihatinya agar dia tidak terlibat dengan mana-mana drama kecil yang melibatkan para gadis agar hidupnya aman dan damai.

Kalau dia terlibat ataupun lagi teruk drama itu ditonton secara langsung oleh gadisnya. Maka kehidupan damainya akan musnah. Belum lagi nyawanya sendiri menjadi taruhan di tangan gadis manisnya. Memikirkan itu cukup membuatkan kehidupan seminggu nya kelam.

"Berapa lama Ai-Chan bagi kau bebas? Sehari ke?" Soal Akira dengan santai sambil menikmati pencuci mulutnya. Burnt cheesecake, dessert yang menjadi kegemarannya.

"Seminggu" balas Ryunosuke tanpa ada lagi semangat untuk meneruskan kehidupannya.

"Seriously! Selalunya bila kau tinggalkan dia tanpa kau bagi tahu. Dia akan muncul depan kau dalam tempoh setengah hari. Paling lambat satu hari.

Ni kau cakap seminggu! Apakah ada sesuatu yang terjadi?

Wahhh fikiran HAL ITU membuat aku jadi takut. Ai-chan dalam mood iblis...sangat...M.E.N.A.K.U.T.K.A.N." Sambung Akira dengan gaya bergetar satu badan.

Jujur, dia sendiri takut andai adik keduanya bertukar sikap ke iblis. Seakan dia dapat melihat copy paste Ryunosuke Nishimura dalam jati diri adiknya itu.

"Kau nak takutkan aku ke?" Soal Ryunosuke dengan hati yang mula panas. Dia kalau boleh tak nak ingat dengan sikap Aiko yang jarang ditunjukkan oleh seorang gadis yang terkenal dengan sikap budi bahasa dan berperilaku sopan di khalayak ramai.

Hanya orang tertentu sahaja yang mengetahui sikap tersembunyi gadis itu. Malah anak bongsu keluarga Hayashi sendiri tidak mengetahuinya sehingga kini.

Dia mengetahui pun masa dia tidak sengaja terlihat kejadian dimana gadisnya mengamuk sakat di kerajaan bunga. Malah dirinya sendiri menerima akibatnya bila dia tanpa sengaja melindungi calon ratu disana sehingga gadisnya salah faham dengannya. Padahal niatnya baik. Tapi disalah erti. Sejak saat itu. Dia tidak mahu lagi melihat sikap Aiko yang baginya cukup MENGERIKAN.

"Tak ada! Tapi kau kene takut dan fikirkan sesuatu agar kejadian lampau tidak terulang kembali." Balas Akira tanpa menghiraukan riak wajah sahabatnya yang mula berubah suram.

"Kalau macam itu. Tolong jaga sikap. Sebab aku akan heret kau sekali...andai hal itu terjadi. CALON IPAR" kata Ryunosuke dengan senyuman iblisnya.

Sungguh senyuman yang mampu menghancurkan kehidupan seharian Akira bila mendapat senyuman yang penuh erti oleh sahabat kecilnya.

"Hei! Aku baru nak rasakan kebahagiaan selepas aku putus cinta.

Agak kejam kalau kau hancurkan kebahagiaan aku bila kau heret aku dalam masalah korang berdua. Itu tidak adil!" Kata Akira dengan wajah sayu.

Tapi tidak dihiraukan oleh Ryunosuke. Sebaliknya pemuda itu dengan santai menghirup tehnya yang mula sejuk.

" I don't care about that!

Want i want..always i get it.

So enjoy you life before that days come to us my dear friend." Katanya lalu menoleh kearah haiwan peliharaannya yang sedang tertidur pulas setelah kekenyangan menyatap 3 piring daging rusa putih panggang.

"Oh my!! My happy life will be destroyed...I'm so sad when I think about it." Kata Akira dengan sayu.

Dia ingin membantah tapi apakah daya, kemampuannya tidak berguna di hadapan sahabatnya itu yang memiliki kekuatan diatas nya.

Dia hanya mampu berserah dan menerima semua yang dilakukan oleh sahabatnya padanya dengan berlapang dada.


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C27
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión