Descargar la aplicación
0.7% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 7: Memoriku Telah Kembali

Capítulo 7: Memoriku Telah Kembali

Editor: EndlessFantasy Translation

Disinari lampu kuning bilik, Xinghe kelihatan lebih pucat.

"Cuma kemalangan kecil, doktor pun cakap ianya tak serius, saya cuma perlu rehat beberapa hari ini dan saya akan pulih." Dia tidak memberitahu lebih dari itu kerana tidak mahu membimbangkan pakciknya, "Badan pak cik masih lemah ni. Kenapa belum tidur lagi?"

Chengwu menghidap penyakit buah pinggang. Dia bekerja sebagai tukang sapu biasa dan harus tidur awal untuk kerja awal pagi.

"Saya rasa tak sedap hati kamu di luar lewat. Dan tengoklah, benda buruk terjadi kepada kamu," Chengwu berkata dengan sayu, "Kamu kan pernah dilanggar kereta juga enam tahun lepas? Tak cukup kah itu? Nampaknya Tuhan masih iri dengan keluarga Xia."

Sukar untuk menafikan apa yang dikatakan Chengwu kerana memang benar kebelakangan ini keadaan tidak begitu baik bagi keluarga Xia. Ayahnya meninggal dunia, dia kehilangan memori selepas kemalangan, sampaikan rumah tangganya sendiri berakhir dengan perceraian.

Dengan keadaan mereka sudah sedia malang, Chegwu pula disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan dialisis bulanannya membebankan lagi kewangan keluarga mereka yang memang sudah menyedihkan. Anak Chengwu, Xia Zhi dahulu merupakan pelajar terbaik yang mampu memasuki universiti terbaik negara. Akan tetapi, untuk mengurangkan perbelanjaan, dia memilih untuk belajar di sekolah tempatan sahaja. Yurannya memang lebih rendah tapi ia menghalang Xia Zhi dari masa depan yang sepatutnya lebih cerah.

Hari ini sekali lagi Xinghe ditimpa kemalangan. Rasa kesal dan hampa Chungwei tentang layanan Tuhan terhadap keluarga Xia amat munasabah. Bagaimanapun, Xinghe dalam diam bersyukur kerana kemalangan itu telah mengembalikan memorinya.

"Pak cik, cuba lihat saya. Saya tak apa - apa jadi jangan lah risau lagi. Lagipun, sebab kemalangan hari ini lah ingatan saya kembali pulih. Jadi, saya yakin semuanya akan baik - baik semula buat keluarga Xia tidak lama lagi."

Chengwu dan Xia Zhi kedua-duanya terkejut

"Kak, betul kah?"

Xinghe mengangguk. "Kenapa pula saya nak bergurau pasal itu? Saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk keluarga ini sebab saya langsung tak tahu apa-apa. Tapi mulai sekarang, semuanya akan berubah."

"Yay, Kak. Akhirnya ingatan kakak dah pulih!" sorak Xia Zhi. Dia sudah berumur 20 tahun tapi di mata Xinghe dia tetap seorang kanak-kanak.

Tetapi, dia teringat sesuatu dan senyuman menjadi kekok.

Chengwu yang lebih naif tentang kehidupan juga merasa gembira buat Xinghe. Tidak terlintas di benaknya mengenai pandangan Xinghe terhadap kesengsaraannya sejak beberapa tahun lalu. Tetapi Xia Zhi dapat merasakan perbezaan di antara masa sebelum Xinghe hilang ingatan dan tahun-tahun sebelumnya pasti sukar untuk dihadam.

Sejujurnya, pada mulanya agak sukar untuk Xinghe menerima kenyataan. Akan tetapi, dia bukan jenis yang suka mengenang perkara lalu. Dia segera sedar dan kembali fokus. Xinghe akur pada keletihannya dan masuk ke dalam biliknya setelah selesai bercakap dengan keluarganya.

Chungwei juga masuk tidur. Sejurus sebelum Xinghe terlena, dia terdengar ketukan di pintu biliknya. "Akak dah tidur?"

"Belum lagi, masuklah." jawab Xinghe sambil bangun duduk di katilnya.

Xia Zhi membuka pintu, dengan membawa semangkuk bubur panas di tangannya.

"Kak, saya risau kakak belum makan sedikit pun sejak pagi tadi jadi saya buatkan bubur dari lebihan kami tadi. Ditambah dengan telur untuk protein membantu kakak pulih. Hati-hati, ianya panas." kata Xia Zhi sambil meletakkan mangkuk itu di atas meja tepi katil.

Xinghe memandang ke arah lelaki di tepi katilnya. Enam tahun lalu, Xia Zhi seorang budak yang cerah, polos dan baik hati. Enam tahun kemudian, semua itu hilang tapi tidak kebaikan hatinya.

Xia Zhi memang benar kerana Xinghe belum makan apa-apa sejak pagi tadi. Dia mengambil mangkuk seramik itu dan mula menyuap bubur itu perlahan-lahan. Xia Zhi duduk di bucu katil, mata hitamnya merenung ke arahnya dengan perasaan yang bercampur baur. Akhirnya dia bertanya, "Betulkah kakak dah ingat balik segalanya?"


next chapter
Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C7
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión