Descargar la aplicación
43.7% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 389: Kemasukan (5)

Capítulo 389: Kemasukan (5)

Editor: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie sendiri tidak menyangka dia mendapat tawaran masuk ke fakulti Pemulih Roh, apatah lagi orang lain yang berada di pintu masuk akademi tersebut.

Objektif Jun Wu Xie untuk perjalanannya kali ini ialah mencari kepingan kedua peta kulit manusia itu bersama-sama Qiao Chu dan rakan-rakannya yang lain. Jun Wu Xie tidak terfikir….yang dia akan menarik perhatian pengasas Pemulih Roh dan dijemput untuk belajar di bawahnya.

Jun Wu Xie beredar sambil diperhatikan dengan cemburu oleh orang lain. Wajahnya kelihatan tenang dan dia pergi menyertai Qiao Chu dan rakan-rakannya yang lain di bawah pokok besar itu seperti yang telah dijanjikan.

Tetapi…..

Empat pasang mata yang memandangnya kelihatan terkejut.

"Xie Kecil…. Kamu kenal Gu Li Sheng ke sebelum ni?" Qiao Chu terus bertanya kepada Jun Wu Xie sebaik dia datang bertemu mereka. Qiao Chu langsung tidak dapat menahan perasaan ingin tahunya walau seketika.

Jun Wu Xie membalas tanpa teragak-agak, "Tak pernah jumpa pun."

"Kamu tak pernah jumpa dia?" Mata Qiao Chu terbeliak kehairanan.

"Dia buat apa pada kamu tadi?" Rong Ruo meneliti Jun Xie dari atas ke bawah. Setelah melihat Jun Xie tak apa-apa barulah dia berasa lega.

"Pulihkan roh saya," kata Jun Wu Xie dengan ringkas.

Keempa-empat wajah itu kelihatan terkejut.

Rong Ruo bertanya lagi, "Macam mana rasanya?"

Jun Wu Xie tidak menjawab tetapi mengangkat tangannya. Mereka melihat kabus hitam terbentuk di atas tangannya dan lama kelamaan, seekor kucing hitam kecil yang kelihatan lincah muncul dalam dakapan Jun Wu Xie.

"Meow?"

[Lama ke saya tidur?]

Kucing hitam kecil itu mengerekot di dalam pelukan Jun Wu Xie dan menutup matanya, tanda selesa. Ekornya yang panjang terjuntai keluar dari tangan Jun Wu Xie dan dikibas-kibas di udara dengan malas.

Jun Wu Xie menundukkan kepalanya. Matanya memandang kucing hitam kecil di dalam pelukannya itu. Perasaan kehilangan yang dingin, yang sudah sekian lama menyelubunginya, akhirnya mula hilang perlahan-lahan.

Qiao Chu dan yang lain pernah melihat kucing hitam itu sebelum ini. Namun selain Qiao Chu dan Hua Yao, Fei Yan serta Rong Ruo hanya pernah melihat kucing hitam itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Inilah kali pertama mereka melihat kucing hitam itu bangun!

Sewaktu kucing hitam kecil itu dibawa balik ke Akademi Phoenix, Yan Bu Gui juga telah mengatakan yang kecederaan kucing itu lebih parah berbanding Jun Xie dan mungkin tak akan kembali sedar. Tetapi jelas kelihatan yang kucing itu kini selesa di dalam pelukan Jun Xie. Hakikat ini amat mengejutkan mereka semua!

"Memang betul dunia ini luas. Orang yang boleh memulihkan roh berkontrak memang wujud?" Hua Yao tertanya-tanya sendiri. Matanya dikecilkan sambil dia berfikir. Bukan saja di Alam Bawahan, di Alam Pertengahan juga tak ada siapa yang pernah dengar tentang hal ini.

Sewaktu kali pertama mereka mendengar tentang Pemulih Roh, mereka agak ragu-ragu. Tetapi pemulihan kucing hitam kecil itu menjadi contoh yang nyata di depan mata mereka sendiri dan hakikat ini tidak boleh disangkal.

"Sekarang ni, kami berempat sudah ditempatkan di kampus cawangan. Jadi, Xie Kecil, kamu tak perlu buat apa-apa di kampus utama. Tunggu saja kami dimasukkan ke sini. Erm...bukankah Gu Li Sheng menjemput kami untuk masuk ke fakulti Pemulih Roh? Bagus juga kalau kamu boleh belajar tekniknya dan menjadi Pemulih Roh," kata Fei Yan sambil ketawa.

Jun Wu Xie mengangguk. Dalam tempoh masa penantian itu dia boleh memahami lebih lanjut tentang cara yang digunakan untuk melatih kuasa rohani. Selama ini sewaktu menggunakan kuasa rohaninya, Jun Wu Xie hanya bergantung kepada bakat dalamannya.

Kampus cawangan menjalankan penilaian setiap suku tahun dan sesiapa yang menunjukkan peningkatan yang amat tinggi dalam kuasa rohani dalam tempoh berkenaan berpeluang untuk dimasukkan ke kampus utama. Hua Yao serta rakan-rakannya yang lain perlu menanti sekurang-kurangnya tiga bulan selepas pembelajaran mereka bermula barulah mereka boleh menyertai Jun Xie di kampus utama.

Semua ini dipersetujui oleh lima rakan ini di bawah pokok besar tersebut.

Semua pemohon yang berjaya masuk ke Akademi Zephyr perlu melaporkan diri pada hari keempat selepas bermulanya proses pendaftaran akademi itu.

Jun Wu Xie pulang ke rumah tumpangan mereka dan meletakkan kucing hitam kecil itu di atas meja sebelum dia membuka beg kosmos. Dia mengeluarkan sfera yang yang mengandungi Teratai Salji.

[Kecederaan budak nakal ni….nampaknya sama serius dengan kecederaan saya]. Kucing hitam kecil itu duduk di atas meja dan merenung Teratai Salji tanpa berkelip-kelip. Memori terakhirnya ialah pertempuran dahsyat di Puncak Berawan. Pertempuran itu akan selamanya kekal menjadi parut di mindanya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Regalos

Regalo -- Regalo recibido

    Estado de energía semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Piedra de Poder

    Desbloqueo caps por lotes

    Tabla de contenidos

    Opciones de visualización

    Fondo

    Fuente

    Tamaño

    Gestión de comentarios de capítulos

    Escribe una reseña Estado de lectura: C389
    No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
    • Calidad de Traducción
    • Estabilidad de las actualizaciones
    • Desarrollo de la Historia
    • Diseño de Personajes
    • Antecedentes del mundo

    La puntuación total 0.0

    ¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
    Votar con Piedra de Poder
    Rank NO.-- Clasificación PS
    Stone -- Piedra de Poder
    Denunciar contenido inapropiado
    sugerencia de error

    Reportar abuso

    Comentarios de párrafo

    Iniciar sesión