Sepanjang 2minggu, aku tidak mendengar berita dari Amri. Dia seolah-olah tidak mempedulikan aku. Apabila aku mencarinya di pejabat, dia juga selalu tiada di sana. Aku terfikir, sejak kejadian berjumpa dengan Sufi hari tu, Amri seolah-olah melarikan diri dariku. Sudah beberapa kali juga aku cuba menghubungi Amri. Namun masih tiada jawapan. Suatu hari, syarikat aku mengadakan hari Family day untuk seluruh staff. Sepanjang minggu sebelum hari Family day itu berlangsung, aku agak sibuk dengan urusan mencari tajaan dan hadiah utk permainan yang akan diadakan ketika Family Day tersebut. Bos besar, Kak Yan memberi beberapa senarai nama pendek utk aku dan beberapa staf berjumpa dengan penaja-penaja itu supaya dapat berbincang mengenai barang atau wang yang bakal mereka sumbangankan. Aku dan Aina terpilih ke satu syarikat besar agak nama besar juga. Mereka juga merupakan penyumbang terbesar syarikat kak Yan sekarang. Jadi kak Yan sudah ingatkan kami supaya tidak tersalah cakap atau membuatkan mereka tarik diri dari tajaan mereka. Kak Yan maksudkan supaya kami berkelakuan baik dan tidak menyakiti hati penaja tersebut. Aku amat memahami maksud Kak Yan. Setelah kami mendapatkan temujanji dengan setiausaha mereka, aku dan Aina terus menuju ke syarikat tersebut dan kami di beri layanan terbaik dari pihak mereka. Kami menunggu agak lama juga, namun kami diberitahu bahawa bos besar syarikat itu sendiri mahu berjumpa dengan kami. Jadi kami tidak keberatan dan kami setuju dengan cadangan setiausaha mereka. Aku menunggu dengan sabar sehingga muncul wajah Hazama dihadapanku bersama setiausaha mereka. Aku hanya terdiam dan pura-pura tidak mengenali lelaki itu dihadapan Aina. Hazama hanya tersenyum lebar dan meminta semua meninggalkan kami di bilik itu. Aku agak terkejut dengan permintaannya. Namun setelah semua keluar dari biliknya meninggalkan kami, tiba-tiba jantung ku berdesup laju. Dia terus menuju ke arahku dan memelukku dari belakang. Aku menolaknya dia hanya tersenyum lebar. Seolah-olah dia sedang mempermainkan aku.
Hazama: Lisa, puas i cari u. Nenek dengan atuk u pun tak tahu u kat mana. Kenapa u menghilangkan diri? I miss u so much..
Aku: Maaf en Hazama. Saya ke sini atas urusan kerja. Kalau en Hazama tak suka, saya boleh pergi.
Hazama: u sanggup nak batalkan semua perjanjian i dengan Kak Yan? Are u sure Kak Yan akan setuju u buat macam tu.
Aku: if i insist, i have no choice.
Hazama: U have a choice!
Aku: What??
Hazama: Balik semula dengan i then we can talk.
Aku: u ingat i ni budak-budak macam dulu ke? Suka mainkan perasaan orang. Bila u nak u ambil, bila u tak nak u simpan. U ingat i ni apa? Barang mainan u ke? Not any more.
Hazama: Look, Lisa! Kali i serius, i takkan main-main kan u lagi. I've learned my lesson. please give me one more chance. I've proved it. Please??
Aku memandang ke arahnya dalam-dalam. Perasaan aku masih menyayangi namun aku takut utk dikecewakan lagi. Sudah bertahun kami tidak bersua, dia muncul hanya dengan kata-kata manisnya. Bukan mudah untuk aku terima. Namun setelah mengenangkan kerjasama Kak Yan, aku terpaksa akurkan sekali lagi demi kebaikan dan kebahagian orang lain. Pandangan aku buat dia boleh baca fikiran dan hati aku. Dia hanya tersenyum dan sekali lagi memelukku. Aku memaksanya supaya jangan buat begitu depan orang ramai memandangkan kami tiada apa-apa hubungan yg pasti. Riak wajahnya amat gembira dan aku seperti masuk ke dalam neraka semula. Sama seperti aku mengenalinya di zaman kampus. Hampir semua pun, aku kena layan perangai gila dia sedangkan aku langsung tidak mengenalinya.
Sepanjang hari, aku dan Aina terpaksa bersama Hazama dan setiausaha dalam perbincangan sehinggalah jam menunjukkan waktu sudah pun tamat waktu kerja. Aku dan Aina mahu meminta diri, ketika itu lah aku 'dipaksa' mengikuti Hazama. Pada mulanya aku menolak, namun setelah Aina disogok oleh setiausaha Hazama, aku tiada pilihan. Hazama membawa aku ke sebuah restoran dan meminta aku duduk dihadapannya. Mata aku sibuk melilau melihat keadaan sekeliling. Dia meminta aku duduk dan memesan beberapa jenis makan. Aku tidak menyangka, dia masih ingat dengan makan kegemaran aku. Dia hampir memegang tangan aku sekali lagi aku memberi amaran padanya supaya menjaga tingkah laku. Aku meningatkan dia bahawa aku bukan lagi tunang nya mahupun kekasih hatinya dulu. Aku mungkin tidak seperti dulu. Aku berharap dia boleh memahami dan menghormati aku kali ini. Kami tidak banyak bercakap, dia hanya tersenyum sambil melihat dan memerhatikan gelagat aku. Macam rupa orang angau, dia makan tidak seberapa hanya memerhatikan gelagat aku. Aku merasa amat rimas apabila diperhatikan begitu tetapi aku tidak mahu memulakan perbualan. Aku hanya biarkan sahaja pandangan rimas dia hingga aku meminta diri ke tandas. Barulah dia mula sambung makan makanannya yang tersisa. Aku makin pelik melihat perangai dia. Aku jadi terfikir, apa yang terjadi dengannya ketika sepanjang ketiadaan aku. Selepas makan, dia membawa aku ke tengah malam bandar Kuala Lumpur. Dataran Merdeka memang agak lengang ketika malam walaupun ada beberapa pasangan yang ada disitu. Hazama memberhentikan kenderaannya di hadapan Dataran merdeka. Dia keluar dari keretenya dan membiarkan aku sendirian di dalam kereta. Lama juga aku di dalam keretanya, tiba-tiba pintu ku terbuka dan dia mengajak aku lepak di luar keretanya. Aku agak penat malam tu berkerja seharian, beberapa kali aku menguap. Dia hanya perhatikan aku. Ketika dia mula berbicara dengan aku, aku agak terganggu kerana badanku amat letih dan mengantuk. Aku kurang faham apa yang dia cuba katanya hingga aku terlena di bahunya. Sedar tak sedar, aku berada di dalam biliknya. Tapi kali ini, tidak terjadi apa-apa yg luar biasa. Ketika aku bangun, sudah pun pagi terang. Aku bangun dengan tergesa dan terkejut. Ketika aku memerhati sekeliling biliknya, dia mengetuk pintu bilik itu dan membuka pintu itu. Dia melihat aku dengan senyuman dan membawa sedulang makanan. Dulang makanan itu diletakkan atas meja kerjanya yg berada tidak jauh dari katilnya.
Hazama: Have a breakfast..
Aku memandangnya dan dia seolah memahami aku. Tangannya mencapai sehelai tuala, berus gigi baru serta sehelai baju kemeja miliknya dan dihulurkannya padaku. Dia memegang bahu dan terus menolak aku masuk terus ke dalam bilik air. Tangannya juga yang telah menutup pintu bilik air itu. Selepas beberapa minit aku di dalam bilik air, aku memerhatikan diriku dalam cermin. Siapa aku lagi di matamu sekarang. Adakah aku masih menyayangi dirinya setelah beberapa kali dia mengkhianati cinta ku? Aku cuba mengikhlaskan diriku ketika itu. Tidak mahu memikirkan tentang kejadian dan perkara lama. Setelah aku rasa diri ku hampir selesai, aku membuka pintu itu. Aku terpaku melihat Hazama sedang berdiri sambil memerhati ke luar tingkap. Keadaan dirinya seperti sedang menunggu seseorang dengan harapan. Aku hampir menangis melihat dirinya itu. Namun aku harus menegas dengan dirinya. Aku bukan lagi perempuan yang boleh di perbodohkan lagi. Kali ini aku memang betul-betul bertekad. Tiba-tiba sahaja dia memandang ke arahku yg terdiam berdiri di tepi mejanya. Dia menarik bahu aku sekali lagi menolak aku duduk di kerusi sisi meja itu.
Hazama: Makan cepat. Nanti sejuk.
Tanpa membantah dengan sebarang kata, dengan perlahan aku hanya menyuap makanan itu ke dalam mulutku. Dia memerhati diriku dengan senyuman yg tidak lekang. Mataku lebih memandang ke arah lain kerana tidak mahu menatap matanya.
— Un nuevo capítulo llegará pronto — Escribe una reseña