Descargar la aplicación
50% DERITA BERAKHIR BAHAGIA / Chapter 13: BAB 12

Capítulo 13: BAB 12

SEMENTARA Encik Arieff makan di kantin dan meninggalkan biliknya, Hairi mengambil peluang ini untuk duduk di kerusi papanya sambil bermain phone milik Encik Arieff. Hack account instagram sendiri dan mengupdate status terkini. Maklumlah instafamous, so perlulah bagi followersnya mengetahui perkara terkini daripadanya.

"Ri, janganlah main phone papa. Papa tak bagi kacau dia punya privacy, kan? Janganlah main" tegur Haris tetapi hanya melihat sahaja dari sofa yang disediakan.

"Chill, lah. Aku buka ig aku je. Bukannya kacau apa pun. Bukannya sampai nak selongkar apa-apa en?" balas Hairi dengan selambanya.

"Tapi, tu phone papa. Still privacy papa. Kau pun, boleh en tunggu waktu balik. Bukannya followers kau tu berkurang pun kalau kau tak update apa-apa. Aku rasa, makin bertambah adalah. Tak sedar diri" sinis Haris lalu membuka tienya.

Hairi terus memandang Haris dengan muka psikonya dan hanya merenung Haris seperti harimau yang kelaparan.

"Hoi, kau sedar tak siapa kau? Kau tu, hanya adik kembar aku yang lemah. Kau tak payahlah nak tegur aku macam ustaz tak berbayar sangat. Kau fikir, kau malaikat ke? Heh! Pergi mampuslah!" marah Hairi.

"Memang aku bukan malaikat but, it's better than jadi syaitan, right? Aku sedar aku ni lemah sebab memang setiap manusia fitrahnya lemah. Cuma, orang yang ego dan acah je rasa diri kuat. Sekali kena buah kelapa pun dah benjol kepala" balas Haris dengan yakinnya. Dia sudah tidak mahu mengalah lagi dengan Hairi. Hairi perlu ditegur. Jika tidak, perangainya makin menjadi.

Muka Hairi sudahmerah menahan marah. Dengan perasaannya itu, dia meletak phone milik Encik Arieff kuat dimeja dan melangkah ke arah Haris yang masih duduk di sofa itu sambil menunduk. Takut ke? Entah.

Hairi melangkah semakin laju lalu mengangkat muka Haris ketika dia betul-betul berada di hadapan Haris.

Haris hanya memandang muka Hairi. Melawan tidak, mengalihkan tangan Hairi pun tidak. Dia tidak melawan kerana dia rasa betul. Dia sudah tidak mahu mengalah dengan orang yang membuat kesalahan walaupun orang itu lebih tua daripadanya.

"Kalau kau rasa kau betul, tumbuklah aku. Aku tak takutlah. Aku tak takut kau sebab kau bukan malaikat! Apatah lagi tuhan!" kata Haris tanpa rasa takut dan getar dalam nadanya.

"Kurang ajar!" Hairi terus menolak tubuh Haris sehingga Haris terbaring. Kemudian, dia menumbuk muka Haris tanpa belas kasihan. Darah yang mengalir di hidung Haris langsung tidak menimbulkan rasa simpati. Makin benci adalah.

"Pergi mampuslah, bodoh! Menyesallah aku baik dengan kau time sekolah. Menyesal acah rapat... Pergi mampus!" jerit Hairi sambil terus menerus menumbuk Haris.

Tiba-tiba, tangan Hairi dicengkam oleh seseorang. Pusing sahaja ke belakang, pipinya disuakan dengan tamparan berbisa dari papanya sehingga dia terduduk di sofa sebelah Haris.

"Itu kau baru sekali. Sekarang, kau pergi keluar. Tak kisahlah kau pergi mana sekali pun asalkan bukan dalam bilik ni. Blah. Blah!" tengking Encik Arieff sambil menunding jari ke arah pintu.

Hairi tidak membantah malah berasa gembira kerana tidak perlu duduk terperap di dalam bilik ini bersama Haris, budak mentah. Di dalam kepala otaknya juga sudah terfikir pelbagai benda untuk dilakukan.

"Bagusnya... Boleh Hairi bawa budak-budak kes buat masalah. Buat masalah paling besar sampai pengetua sekolah ni kena hadap pegawai Pdp. Time tu, Hairi bolehlahbahan papa" kata Hairi bernada yang sangat kurang ajar.

Encik Arieff yang berasa diperlekehkan ters menarik kolar baju Hairi dan ditolaknya kuat ke sofa. "Kau jangan nak berani ajak pelajar aku buat masalah, bengap! Kau jangan nak... huh... sekarang, kau pergi ambil buku latihan Addmath kau, dan buat. Lemah kan subjek tu? Kalau tak dapat, minta Haris ajar" ucap Encik Arieff dalam nada marah yang ditahan-tahan.

"Memang taklah Hairi nak minta Haris ajar. Lagipun, papa dah suruh Hairi keluar, kan? Buat apa nak suruh Hairi buat Addmath pula?!" tengking Hairi betul-betul di hadapan muka Encik Arieff.

Encik Arieff tanpa teragak-agak terus menampar pipi Hairi lebih kuat berbanding tadi.

"Aku tak ada ajar anak aku jadi kurang ajar ea? Lagi sekali kau bersuara, aku tak ngaku kau anak aku tau. Kau jangan main-main. Sekarang, kau buat aje apa yang aku suruh. Faham?" bisik Encik Arieef betul-betul di sebelah telinga Hairi.

Hairi terus senyap dan tidak berani berkata-kata. Amaran Encik Arieff bukannya boleh dibuat main. Pasti akan dibuat betul.

Haris yang melihat juga hanya diam. Malas mahu masuk campur sedangkan jika boleh, dia pun mahu membalas kembali perbuatan Hairi tetapi setelah berfikir 2, 3 kali, dia sedar. Dia hanyalah adik kembar kepada Tengku Hairi Mizail.

"Haris, pastikan Hairi buat apa yang papa suruh. Kalau dia tak buat, paksa. Kalau dia marah Haris balik, just tell me. Papa tahulah apa nak buat. Darah tu, biar beku dulu. Nanti baru basuh sisa-sisa darah tu" kata Encik Arieff lembut lalu melangkah ke arah mejanya.

Hairi dengan muka yang tidak berpuas hati terus mengambil buku latihannya dan dibuat. Soalan yang dia tidak tahu hendak diselesaikan, ditinggal. Tidak kuasa mahu menanya kepada Haris. Buat jatuh maruah je.

*****

"Daddy... daddy... le... lepaskan Aris. A... Aris nak hidup l... lagi... T... tolong... j... jangan. S... sakit... Daddy... jangan!" Arissa terus tersedar dari tidurnya secara mengejut dan terus duduk. Dia berada di dalam biliknya sekarang. Dia terus mengurut dadanya kerana bersyukur apa yang dimimpinya tadi hanya sebagai mimpi dan bukanlah realiti.

Arissa mengambil jam tangan yang berada di atas meja belajar di tepi katilnya. Jam pendek menunjukkan angka 4 manakala jarum panjang menunjukkan angka 3. Bermaksud, lebih kurang 3 jam dia sudah tidur. Eh? Sekejap. Kali terakhir dia ingat, dia berada di dalam kereta. Macam mana boleh tidur atas katil pula?

"Abang Aq!!!" jerit Arissa kuat supaya suaranya boleh didengari sehingga ke aras bawah.

Aqzi yang sedang mencuci kereta di bawah, sebaik sahaja mendengar jeritan Arissa, dia terus bergegas naik ke atas.

"Kenapa Aris?" tanya Aqzi setelah melihat Arissa menjeling ke arahnya sambil duduk di atas katil.

"Kau tanya aku kenapa?!" tengking Arissa geram.

Aqzi terkedu. Dia tahu, jika Arissa sudah menggunakan kau-aku, itu petanda dia terlalu marah. Tapi, apa salahnya? Arissa tidak beritahu apa-apa pun tentangnya. Apa yang salah sekarang ni?

"Cuba Aris cakap. Apa salah abang? Don't judge me without you tell me what happened" kata Aqzi sambil mengerutkan mukanya.

"But now, you know what happened" balas Arissa dingin.

"What is it?" tanya Aqzi dengan suara yang ditekankan.

"Kenapa tak kejut Aris? Kenapa Abang Aq angkat Aris?! Kan Aris tak suka! Tak faham lagi ke?!!" jerit Arissa.

Aqzi menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Bagaimana mahu dia terangkan kepada Arissa? Dia tidak angkat Arissa pun. Tapi jika dicakap, Arissa percaya ke? Aduh... kadang-kadang, susah juga nak jaga anak majikannya yang seorang ni. Banyak benda yang tak kena. Haih... Ini ke perempuan? Banyak sangat cakap tanpa berfikir terlebih dahulu.

Arissa menjeling Aqzi dengan jelingan mautnya. Maut tetapi tidak mampu untuk memautkan Aqzi. Yelah, setakat jelingan. Siapa je yang boleh maut? Comment sikit. Siapa comment saya tu, memang sah-sah menipulah sebab kalau maut, rasanya terus ke dalam kubur sana. Roh dah tak ada dah.

"Is it true? Abang Aq senyap so... is it true?"

"No. Abang tak angkatlah. Abang suruh bodyguard jauh Aris yang angkat. Abang tak angkat" kata Aqzi jujur lalu mengangkat kedua belah tangannya menadakan dia tidak bersalah.

Arissa mengangkat keningnya sebelah menandakan dia tidak percaya kepada Aqzi.

Aqzi mengeluh lalu menurunkan tangannya. "Fine. Abang angkat Aris. Satisfied?" kata Aqzi dalam nada suara yang malas.

"No. I'm still not satisfied with you. I said... why did you pick me up? Why did not wake me up? Aris tak sukalah kena angkat"

'Aris... Aku tak angkat kau pun. Aku tak ngaku, kau suruh aku ngaku. Aku bohong mengaku, kau tanya aku pula. Huh... sabar, Aq. Sabar. Kau kena sedar kau cuma menumpang kasih je dalam rumah ni. Dia ni, anak majikan kau. Ingat tu, ingat!' bisik Aqzi di dalam hatinya sambil menarik nafas dalam.

"Tengku, I think, Tengku need to take a bath, now. If not, Mr. Zaim will be angry with you. And then, jangan salahkan abang. Abang dah warned. Okeylah. Bye" kata Aqzi pura-pura dingin dan berlalu pergi.

"What the hell, Tengku Aqzi Hazarie bin Tengku Azriq Aiman?! Jangan nak elaklah! Once I get you, I will kill you! It's not funny, Aq! Not funny!" jerit Arissa apabila mendengar suara Aqzi mengetawakannya. Urghh... annoying betul.

Mahu tak mahu, Arissa tetap turun dari katilnya dan mencapai tuala lalu terus masuk ke dalam bilik air. Walaupun ego dalam diri tinggi, tetapi apabila terfikirkan tentang kata-kata Aqzi, ada benarnya juga. Daddnya bakal memarahi jika tidak mandi. Walaupun daddynya sudah baik dengannya, but, peraturan tetap peraturan.

Selesai sahaja mandi, Arissa berbaring semula di tengah-tengah tilam lalu mencapai phonenya yang berada di atas meja belajar. Ikon instagram ditekan dan dia lihat followersnya. Huh... nasib baiklah hari ini punya sedikit sahaja. Kalau tidak, patahlah jarinya hendak menekan butang accept. Dia bukanlah suka sangat public so, dia privatekan sahaja akaunnya. Siapa rasa nak follow, follow jelah dan kebanyakan dari mereka adalah budak-budak sekolahnya.

Selepas dia accept kesemuanya, dia keluar dari aplikasi tersebut dan membuka aplikasi WhatsApp. Boleh tahan banyak juga kerana Zafirah baru memasukkan dia di dalam group batch.

Zafirah added you

017-7******

Zafi... sape ni?

Zafirah

Arissa...

017-7******

Arissa? Budak yang buat geng HAZ²S tu kena gantung? Eii... kenapa masukkan dia? Budak geng tu tak nak masukkan pula. Budak lama kot...

012-41*****

Entah. Pahallah dia yang masuk dalam group ni? Baru lagi. Yang lama tak nak masukkan pula.

Khairi

Eh, apa masalah korang ea? Apa salah dia? Lagipun, budak geng tu budak bermasalah, kan?

013-46*****

Sudahlah, Mia. Tak payahlah jadi batu api sangat. Populariti takut jatuhlah tu. Sebab tu benci Arissa masuk dalam group ni...

018-87*****

Ya! Betul tu! Orang yang takut populariti jatuh je benci orang lain...

011-15******

Bila aku fikir, populariti THE WANNAQENZ jatuh jelah!!! Aku tak suka pun!!! Aku benci budak gedik. Aku benci budak acah diva!!!

016-66*****

Hey, you! Sedap mulut you je cakap kitaorang gedik! Habis you tu... Arghh!

011-15******

I lelaki. Why? Ada masalah?

017-7******

Sudahlah. Sampai hati korang, kan? Sebab budak baru tu je, sanggup korang tindas yang lain. Tak apa. ARISSA! Kalau kau baca ni, kau tengok baik-baik : AKU AKAN BUAT KAU MENYESAL SEBAB SEKOLAH DEKAT SHAH PUTERA 1!!!

017-7****** left

011-15******

Pirahh!!! Aduhh!! Gedik betullah! Sikit-sikit left, sikit-sikit left. Dah! Tak payah siapa-siapa add lagi orang yang macam tu. Geng² dia kalau nak left pun tak apa. Dipersilakan. Tak halang. By the way Aris, aku Fendi.

012-41***** left

016-63***** left

017-77***** left

015-25***** left

014-48***** left

010-29***** left

Arissa yang membacanya mengangkat kening. Dah kenapa nak berdendam dengan aku? Arghh... biarlah. Buat serabut kepala je. Arissa terus save contact beberapa orang yang dia kenal, yang penting dan berkenan tanpa menghiraukan ugutan yang datang dari nombor stranger... Hahaha... Buat kotor list chat je. Sebab, stranger ni agak berani juga. Mungkin sebab tidak tahu lagi siapa Arissa yang sebenarnya. Tak apa. Just wait and see.

Arissa malas. Dia terus mencampakkan phonenya ke bawah dan pergi ke dapur. Know something? Arissa boleh lupa lunch. Ehehe... Dia terus membuka tudung saji yang berada. Yumm... her favourite food. Sotong dan udang sambal.

Arissa terus menyenduk nasi dan mencedok lauk itu itu dengan sambal yang banyak. Walaupun dia tidak tahan pedas, tetapi jika dengan makanan kegemarannya, dia tidak kisah. Asalkan ada susu atau roti.

Sedang Arissa enak menjamu selera, tiba-tiba Aqzi duduk di kerusi sebelah Arissa.

"Apahal? Sibuk je. Pergilah sana. Dahlah angkat orang" kata Arissa lalu menjeling Aqzi.

Aqzi hanya tersenyum bermakna sambil melihat tangan putih dan keding milik Arissa. Memandangkan Arissa memakai baju berlengan pendek, jadi memudahkannya melihat tangan Arissa. Tetapi, untuk kepastian, dia mengambil air honeydew susu Arissa.

"Apa ni?! Tak payahlah ambil orang punya air! Buatlah sendiri! Suruh mama ke. Dalam peti sejuk tu pun ada!" jerit Arissa lalu tangannya ingin mencapai gelas airnya yang berada di tangan Aqzi namun, Aqzi makin menjauhkan daripada Arissa.

Arissa memandang Aqzi dengan muka yang geram tetapi Aqzi pula hanya membuat muka bersahaja. Baginya, wajah Arissa kelihatan comel kerana wajah kepedasan paling jelas di matanya.

"Haha! Macam udang kena panggang! Hahahahaha..." kata Aqzi berselang dengan gelak tawanya yang menjengkelkan sehingga muka sendiri pun sudah naik merah. Kalau dikata Arissa macam udang, dia macam ayam.

"Abang Aq, naklah..." rengek Arissa separub manja, separuh mengada-ngada, separuh sedih dan separuh merayu.

Aqzi mengajuk semula kata-kata Arissa dengan muka yang dibuat-buat buruk. Salah. Bukan buat-buat tapi, memang buruk pun. Suka sangat mengusik anak majikannya itu.

Hubungan diaorang memeang sangat akrab. Bukan lagi seperti bodyguard dan tuannya tetapi seperti seorang abang dan seorang adik ataupun sepasang kekasih. Jika ditany orang lain pun, mesti jawab antara dua itu. Hanya beberapa sahaja yang jawab lain.

"Abang Aq... Aris tak makan ubat lagilah... Naklah" kata Arissa dengan muka yang masih menahan kepedasan.

"Boleh but... bagi abang tengok tangan Aris dulu. Macam ada simething je abang tengok" ucap Aqzi beserta senyuman yang penuh makna tersirat.

Arissa menarik tangannya ke belakang dan menggeleng. Terus lupa seketika kepada kepedasannya. Boleh macam gitu?

"Kalau tak boleh... tak dapat air..." kata Aqzi  lalu meminum sedikit air itu.

Arissa membuat muka hampir menangis untuk meminta simpati Aqzi. Ulang kembali, hanya meminta simpati Aqzi! Dia pun tidak ingin sebenarnya untuk berbuat begitu.

Aqzi pula mengejek Arissa lalu meminum lagi air itu.

"Jangan minumlah... Jangan minumlah... Buatlah sendiri... Nak..." rengek Arissa seperti budak kecil. Tak sangka, kan? Tapi, itulah hakikatnya.

Aqzi tidak mempedulikan malah makin minum air itu sehingga tinggal suku. Kemudian, dia memberi air yang tinggal sedikit itu kepada Arissa lalu berlalu pergi ke biliknya.

Arissa tercengang sendirian. Otaknya seperti tidak berfungsi untuk memproses apa-apa. Setelah lama berkeadaan begitu, baru dia sedar ke alam realiti. Dipandang kosong air yang tinggal suku itu lama. Dia berasa geram tetapi hanya membiarkan. Buat apa balas sekarang kalau boleh berdendam, kan? Tidak mengapa... Aqzi dah biasa kena.

*****


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C13
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión