Descargar la aplicación
65.62% Curi-Curi Pandang Dia / Chapter 21: 'Jealous itu tandanya sayang'

Capítulo 21: 'Jealous itu tandanya sayang'

Annchi menyiapkan makanan tengahari. Lama sudah mereka tak makan bersama-sama. Jason membantunya memasak sama. Yup. He can cook. Sebab tu dia tinggal sorang. Masak sendiri lagi sedap.

Tak lama kemudian, mereka menjamah hidangan yang telah siap dimasak.

"Dik, mama keluar kejap lagi dengan Aunty Maria tau.." kata Annchi sambil tersenyum gembira.

"Really? Shopping lah tu....Oh ya, adik pun keluar kejap lagi. Amik Mei.. Aunty Ma datang amik mama ke or adik hantar mama ke rumah diorang?" kata Jason sambil menyambung suapan.

"Of course..hahaha.. Eh takpe, Aunty Maria datang amik mama.. Mama dah share location tadi" jelas mamanya.

"Ha, bawa lah Mei jalan-jalan..lama dia terkurung. Hilanglah nanti trauma dia bila dia selalu rasa adik ada di sisinya nanti." nasihat mamanya lagi.

Jason mendengar teliti kata mamanya sambil menganguk-angguk mengerti.

Habis saja makan, Jason membantu mamanya membasuh pinggan makan dan cawan sementara mamanya pergi bersiap untuk keluar sebentar lagi.

Sekejap saja dia sudah selesai membasuh pinggan makan dan cawan. Dia kemudian berlalu ke biliknya di tingkat atas.

'Kring' telefonnya berbunyi.

'Sayang' - Mei.

Jason segera menjawab panggilan itu.

"Hello? Sayang.. kenapa call? Tak kan dah rindu kot.. kejap lagi kan kita jumpa.." usik Jason sambil menahan tawa. Dia dapat bayangkan Mei yang sedang menahan malu plus geram.

"Awak.... ish dia ni kan. Tak sudah mengusik orang." kata Mei geram.

"Usik awak sorang je... Tak ada orang lain nak usik. Ada apa call ni sayangku princess Mei..?" balas Jason lembut.

"Yelah tu.. Nak inform.. Saya dah discharge tapi belum keluar. Papa nak amik saya tapi saya tunggu awak ambil. Boleh ke?" kata Mei.

'Tunggu awak..'

Angau sudah si Jason ni. Parah.

"Awak? Boleh ke tak? Kalau tak boleh saya naik grab je" tanya Mei geram apabila pertanyaannya tak berjawab.

"Ha? Ha..boleh..Of course boleh. Saya siap-siap kejap. Tunggu saya okay" tergagap-gagap Jason menjawab.

Panggilan ditamatkan. Dia segera menukar pakaian dan berjumpa mamanya untuk memberitahu yang dia perlu keluar dahulu. Jason segera memandu pergi ke hospital.

Jason tak tahu apa yang dia akan berdepan kejap lagi.

Tak lama kemudian dia sampai di hospital. Dia segera keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam hospital.

Dia segera begegas ke wad Mei.

Tapi yang dia pelik, kenapa jururawat dekat hospital tu pandang dia semacam? Dia berhenti sebentar di hadapan cermin. Okay je..

'Lantaklah..' Jason malas melayan.

Jason membuka pintu bilik Mei ditempatkan dan menyapa Mei.

"Sayang...jom kita balik" sapa Jason dengan ceria.

Mei tak berkata apa-apa dan segera menggapai beg pakaiannya dan berjalan keluar dari bilik itu. Dia langsung tidak memandang ke arah Jason.

'Apahal dia ni? Aku ada buat salah ke' gumam Jason. Dia masih berdiri kaku di dalam bilik itu memikirkan kenapa tiba-tiba Mei badmood.

"Eh Mei! Tunggulah sayang!" jerit Jason apabila menyedari dia ditinggalkan seorang diri. Jason segera mengejar Mei yang dah turun ke tingkat bawah hospital.

Jason segera mendekati Mei dan cuba bertanya. Mei hanya diam dan memandang ke arah lain.

"Sayang.. kenapa ni? Saya ada buat salah ke? Ke sebab saya lambat? Kalau sebab tu, sorry sangat.. saya mandi tu lambat sampai..Sorry eh? Janganlah macam ni?" soal Jason berkali-kali.

"Sayang? Boleh tolong tak? Jangan panggil macam tu kalau tak betul-betul sayang. Siapa lagi eh 'Sayang' awak tu? Sayang, Sayang. Huh!" sindir Mei.

"Lah dah kenapa pula dengan panggilan tu? Betul lah saya sayang awak..tak pernah saya main-main. Awak sorang je, TAK ADA orang lain. I swear! Kenapa ni? Cuba cakap.. Hm?" pujuk Jason sambil memegang kedua belah bahu Mei.

Mei memandang Jason lama kemudian bersuara.

"Dah tu kenapa nurse-nurse tu semua kata yang awak ada scandal? Siapa perempuan tu? Betul ke? Pandang mata saya and cakap ya g betul. Kalau betul jangan main-mainkan hati saya. Kita boleh stop sekarang" tanya Mei dengan tegas.

"Woo,woo...Saya sayang awak SEORANG. Tak ada orang lain selain awak. Scandal mana pula ni... Saya keluar dengan awak, mama awak or mama saya je." pujuk Jason lagi.

Mei hanya diam dan memandang Jason lama. Mencari kejujuran Jason dari pandangan mata dan tingkah Jason ketika itu. Body language and mata tak boleh menipu ya.

Jason tahu yang Mei sedang mencari kebenaran. Dia tetap memandang ke arah Mei lama.

'Wait...ke sebab semalam aku bawa mama then nurse tu salah anggap then bawa mulut sana sini?' bisik hatinya.

'Hahahah' gelak Jason tiba-tiba.

"Dah kenapa? Orang serious ni!" bentak Mei sambil menjeling ke arah Jason.

"Saya rasa lah kan.. Semalam Kan Saya bawa mama datang, then masa nak masuk kami terserempak dengan sorang nurse. Dia kadang-kadang datang check awak tu..Maybe dia salah anggap kot..Hahahaha.." terang Jason sambil tergelak.

"Lah...yeke?! Tak pasal-pasal kita gaduh... Ish! Nurse tu kan..Kalau Saya jumpa nurse tu memang kena lah.." kata Mei sambil matanya meliar mencari nurse yang dikatakan Jason itu.

"Biarkan lah sayang...Biasalah tu.. Tak sekarang ni... Awak tu.." kata Jason sambil menarik Mei dekat ke arahnya.

"Saya kenapa?" tanya Mei pelik.

"Awak jealous eh..." usik Jason.

"Eh tak lah.. Mana ada. Perasan je. Jom balik." Mei mengelak dan segera keluar dari hospital menuju ke parking kereta.

'Jealous itu tandanya sayang' bisik hatinya yang teruja.

Jason tersenyum lebar bila mengetahui yang Mei sedang jealous.

*Dalam kereta.

"Awak...esok kita pergi kelas sama-sama nak?" ajak Mei.

"Boleh je.. kita dah nak final next week kan? Bolehlah study sama-sama nanti. Hm..tak sabar nak habis.." kata Jason yang masih fokus memandu.

"Tulah kita last sem dah, cepatnya masa berlalu" balas Mei.

*Tiba di rumah Mei.

Jason mengangkat beg pakaian Mei dan menuruti Mei dari belakang.

Mereka berdua menuju terus ke ruang tamu. Papa Mei yang sedang duduk menonton tv menoleh menyapa Jason.

Mereka duduk menonton Running Man.

Gelak tawa memenuhi ruang rumah itu.

"Pa.. boleh tak kalau saya bawa Mei keluar jalan-jalan kejap?" pinta Jason kepada papa Mei.

'Eh? Pergi mana?' Mei memandang Jason cuba bertanya tanpa suara.

'Rahsia' balas Jason sambil mengejek Mei.

"Eh boleh sangat...tapi jangan balik lambat, esok kelas.. Lagi satu jaga anak papa baik-baik.." izin papa Mei.

Jason menganguk mengerti. Mereka berdua kemudian keluar.

"Nak pergi mana ni?" tanya Mei Tak sabar.

"Ikut jelah..bukannya saya nak culik awak" kata Jason.

'Alamak! Mulut ni kan' getus hati Jason apabila menyedari yang dia tersalah kata. Dia sepatutnya tidak patut menyebut mengenai hal-hal seperti culik sebab perkara itu hanya akan membuatkan Mei teringatkan kembali kejadian itu. Jason menoleh melihat Mei yang sudah senyap.

"Sorry sayang. Saya gurau je tadi. Awak jangan risau. Saya kan ada..Hm?" pujuk Jason serba salah. Dia kemudian menggapai tangan Mei dan mengengamnya erat.

"It's okay awak.. Saya okay je. Selagi awak ada, saya selalu rasa selamat. Don't worry" kata Mei sambil memandang Jason yang serba salah.

Jason lega apabila melihat yang Mei bertenang. Dia tidak mahu trauma Mei tercetus lagi-lagi kerananya.

Tak lama kemudian mereka sampai di sebuah taman. Di tepi taman itu terdapat sebuah tasik besar. Mereka berpakat menyewa sebuah basikal dua seat untuk bersiar-siar di sekelilingnya.

Mereka berdua bergilir-gilir mengayuh basikal. Apabila penat, mereka berhenti dan berehat di sebuah bangku yang menghadap pemandangan tasik itu.

"Awak.. tunggu sini kejap boleh? Saya pergi beli air kejap." beritahu Jason.

Mei menganguk mengerti.

Jason kemudian berlalu pergi.

Tak lama kemudian Jason kembali.

Dia menghampiri Mei dari arah belakang bangku. Di belakangnya terdapat sejambak bunga mawar putih.

"Sayang.." panggil Jason sambil menghampiri Mei. Apabila berdiri betul-betul di hadapan Mei, dia kemudian menghulurkan jambangan bunga itu kepada Mei.

Mei terpaku dan perlahan-lahan dia menggapai jambangan bunga mawar tersebut. Kejap-kejap dia pandang ke arah bunga itu, kejap-kejap dia mendongak memandang Jason.

"Untuk apa ni awak?" tanya Mei pelik.

Tiba-tiba Jason menghampiri Mei dan duduk di sebelahnya.

Jason mengeluarkan sebuah bekas kecil dan menggapai sebelah tangan Mei.

"Awak. Sudi tak jadi kekasih saya? Jadi kesayangan saya selamanya?" lamar Jason sambil memandang Mei.

Mei terpana dan diam.

"Wait Jason.."

Dia kemudian bangun dan memandang ke arah tasik di hadapannya.

Jason gelisah dan takut sekiranya Mei menolak lamaran itu.

"Kenapa? Awak tak sayang saya ke? Awak tahu tak..saya dah lama sayang awak. Sejak kita kecil lagi. Masa saya tegur awak dekat cafe dulu, sebenarnya saya dah lama 'Curi-curi Pandang' awak. Saya tegur awak sebab saya pasti yang awak tu Princess Mei saya waktu kecil dulu. Lagi-lagi saya pernah nampak rantai yang saya bagi masa Kita terpisah dulu" jujur Jason panjang lebar.

'Curi-curi Pandang' bisik hatinya. Mei mengukir senyuman.

"So, awak stalk saya lah? Gatal eh!" usik Mei sambil berlakon seolah-olah takut.

"Ehh.. kan saya cakap. Curi-curi pandang awak. Crush dekat awak. Mana sama dengan lelaki gatal." Jason cuba bela diri. Dia tidak mahu Mei salah anggap tentang dirinya.

Mei menoleh ke arah lain. Menahan gelak.

"Awak! Saya cakap ni.. Awak tak sayang saya ke.. Hm" tanya Jason dengan sedih.

Mei menoleh melihat Jason yang sudah menunduk memandang tanah.

'Macam dulu. Tak berubah.' bisik hatinya sambil tersenyum.

"Awak. I do.!" panggil Mei sambil mendongakkan wajah Jason supaya pandang ke arah wajahnya.

"Huh?" tanya Jason blur.

"Wait! I do??!! Seriously?! O'yess!!" jerit Jason kegembiraan apabila Mei menerima lamaran itu.

Jason kemudian menggapai tangan Mei dan menyarungkan cincin perak itu.

Mereka menatap cincin di jari mereka.

'Couple ring'

'MeiXJason' ukiran di cincin itu.

Mereka tersenyum gembira memandang satu sama lain.

Mereka berdua kemudian mengayuh basikal ke tempat sewa basikal tadi untuk memulakan basikal itu. Ikutkan hati, Jason mahu membawa Mei makan di luar. Namun papa Mei telah berpesan supaya tidak pulang lewat. Lagi pun esok mereka berdua ada kelas. Mei tidak boleh ponteng kelas lagi memandangkan dia banyak ponteng sebelum ini.

Jason dan Mei kemudian mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Mereka berpegangan tangan menuju ke parking kereta.

Jason kemudian memandu keluar dari taman itu. Dia menghantar Mei pulang sehingga dia memastikan yang Mei sudah masuk ke dalam rumah dan barulah dia bergerak pulang.

Setibanya Jason di rumahnya, dia melihat yang mamanya sedang menghidangkan makanan di meja makan.

Jason dan mamanya kemudian duduk menikmati hidangan sambil berborak.

Jason menceritakan yang dia sudah pun melamar Mei menjadi kekasihnya petang tadi.

Mamanya apa lagi.. menjerit suka lah.

Dapat menantu kesayangan.

Usai malam, Jason segera ke tingkat atas dan mandi. Setelah Mandi, Jason segera menggapai telefon pintarnya dan mula menaip dan menghantar pesanan.

Jason dan Mei berbalas pesanan.

Tersenyum sorang diri di atas katil. Bahagia seorang pasangan kekasih baru sehinggakan masing-masing terlena dengan telefon masih di tangan.


REFLEXIONES DE LOS CREADORES
JH_Dream JH_Dream

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

Creation is hard, cheer me up! VOTE for me!

I tagged this book, come and support me with a thumbs up!

next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C21
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión