Descargar la aplicación
83.96% cempaka dirembulan / Chapter 89: suaminya dirampas cempaka

Capítulo 89: suaminya dirampas cempaka

nadia yang sedang menscrol aplikasi facebooknya terkejut melihat gambar ikran sedang berurusan di kaunter hotel xxx dan disisinya ada seorang wanita. sekali pandang pun dia sudah kenal siapa wanita itu. apakah orang yang merakam gambar ini tidak mengenali siapa wanita disisi bos besar tid itu. dengan rasa membara di dada dia,dia mula mendail nombor telefon cempaka. marah seolah suaminya dirampas cempaka pula.

cempaka yang baru selesai mandi menyarung bath robe-nya berlari anak mendapatkan telefonnya yang berdering daripada tadi. nama nadia tertera di skrin.

" hello..."

" babe..kau betul ke tak ni?? kau dekat mana?? kau tak check facebook kau?? ada orang rakam gambar husband kau dengan perempuan mana tah dekat hotel.." herdik nadia dalam nada marah. dia sengaja tidak menyebut wanita dalam gambar itu adalah cempaka. sengaja ingin menyakiti hati cempaka. biar sama-sama sakit.

" hotel?? bila??" tanya cempaka agak tinggi suaranya. wajah ikran yang sedang lena di atas dipandang sekilas.

" tak tahu.. cubalah kau tengok sendiri.." marah betul suara nadia. macam suami dia pula yang sedang kantoi bersama perempuan lain. hamboiii..

" okey.." belum habis cempaka menyudahkan kata-katanya,talian sudah mati diputuskan oleh nadia.

cempaka mula membuka aplikasi facebooknya. mula mencari tajuk berita yang berkenaan denga suaminya di page-page gosip terkemuka. suaminya memang bukan selebriti namun sangat terkenal. maka jangan hairanlah kalau ada cerita pelik-pelik akan keluar di media sosial. gosip bersama artis,model itu perkara biasa. namun kebanyakannya tidak benar. akhirnya apa yang dicari telah dijumpai. cempaka terus ketawa melihat gambarnya dan ikran di lobi hotel xxx. siapa yang tak suspek ikran selingkuh kalau aksinya sahaja seperti takut-takut. seperti perempuan simpanan juga ada. terus meletus tawa cempaka.

ikran yang tidur-tidur ayam membuka mata tatkala mendengar ketawa isterinya. dia melihat cempaka yang sudah selesai mandi ketawa menatap telefonnya.

" kenapa?" tegur ikran bangkit bersandar di kepala katil.

cempaka menghampiri ikran dan melabuh duduk di sisi lelaki itu. telefon bimbitnya diserah kepada ikran.

ikran membaca tajuk berita yang tidak berapa nak gempar itu. ada senyuman dibibirnya. kelakar pula dia melihat gambar cempaka yang jelas macam remaja yang sedang curi-curi bertemu kekasihnya akibat dihalang oleh keluarga. telefon diserah kembali kepada cempaka.

" abang nak mandi?" tanya cempaka menolak ke tepi isu gambar candidnya dengan ikran. orang yang ambil tu pun bodoh juga. tidak tahu menggunakan otak yang diberi oleh tuhan sebagus-bagusnya. lagipun nak dihairankan apa? sudah terang lagi bersuluh perempuan di dalam gambar itu dirinya. hubungan mereka memang sah dan halal. dia tidak takut.

" abang mandi dulu.. sayang order makanan.. call je.." suruh ikran dengan malas bangkit daripada katil.

cempaka cepat-cepat menyerahkan tuala kepada ikran. takut tergoda lagi melihat tubuh sasa suaminya itu.

ikran dengan senyum sinis berlalu ke bilik air sambil mengepit rokok di tangannya. sudah tabiatnya apabila ingin ke tandas pasti memerlukan rokok. baru ada feeling nak membuang.

cempaka menghubungi talian receptionist untuk membuat pesanan makan malam untuknya dan ikran. sambil menanti ikran siap mandi dan makanan sampai,cempaka mengeringkan rambutnya.

hampir setengah jam,ikran akhirnya selesai mandi. cempaka yang sedang bersandar santai mendengar lagu dari corong telefon di sofa ruang tengah menggamit mata. bathrobe disarung ke tubuh sebelum dia menghampiri cempaka.

" yang.. lap rambut abang.." suruh ikran melabuh duduk di sebelah cempaka.

cempaka menyambut tuala di tangan ikran. penuh kasih sayang dia mengelap rambut basah ikran.

ikran menyandarkan tubuh pada badan cempaka. mata dipejam menikmati.

" abang rasa lepas berpantang ni.. badan awak dah macam...lain.." sepanjang bersama dengan cempaka tadi,dia dapat merasakan perubahan kepada tubuh cempaka. terasa ada kelainan.

cempaka senyum. tidak sia-sia dia mengikut semua saranan bidan limah. makan segala jamu-jamu mak limah sediakan,ikut semua tip-tip yang dibekalkan dan diajar bidan limah. berpantang betul-betul. memang tidak sia-sia usahanya apabila ikran juga turut merasakan ada perubahan.

" hmm.. saya ikut semua yang bidan limah ajar.. minum semua jamu-jamu tradisional yang bidan limah buat." cerita cempaka meletak tuala diatas meja.

" hmm.. jamu apa tu?" tanya ikran sengaja ingin tahu. dia jarang dapat berbual mesra dengan cempaka seperti ini.

" jamu lah.. jamu untuk melancarkan semua sistem-sistem dekat badan wanita." segan pula cempaka nak cerita lebih detail. nanti apa pula yang akan ikran fikirkan.

" dah pesan makanan?" tanya ikran lagi.

" dah.. saya pesan nasi goreng ayam.." jawap cempaka sambil tangannya mengusap kepala ikran. rambut hitam lelakinitu diusap perlahan.

ikran memejam mata. menikmati belaian cempaka di kepalanya.

" abang dah tengok gambar tadi?" tanya cempaka.

ikran menggeleng. dia malas untuk melihat sebab dia tahu pasti nazim akan menyelesaikan selewatnya esok.

suasana bertukar sunyi. pasangan itu menikmati suasana sambil mendengar lagu-lagu yang berkumandang dari telefon cempaka yang terpasang sejak tadi.

ting tong...

bunyi loceng pintu bilik mengganggu suasana romantis pasangan itu.

" makanan dah sampai.." maklum cempaka.

ikran bangkit berjalan ke pintu. pintu dibuka luas mempersilakan pekerja hotel menghidangkan hidangan mereka. perutnya sudah mula berkeroncong.

cempaka berjalan menghampiri meja makan.

" makanan sudah sedia.. selamat menjamu hidangan.." ucap pekerja hotel itu dengan mesra sambil berlalu menutup pintu. cempaka menarik kerusi. perutnya sudah bernyanyi daripada tadi minta makanan.

" nasi goreng ayam, udang goreng dengan nugget ayam?" pelik ikran melihat kombinasi makanan yang dipesan cempaka.

" tadi tengok dekat menu macam sedap.." beritahu cempaka menanggalkan plastik yang membalut bekas berisi makanan itu.

" hmm.. makan je lah.." ucap ikran turut menyertai cempaka. makan kenyang-kenyang. isi perut penuh sebelum kembali berjuang sebentar lagi. malam masih panjang dan jangan dipersiakan.


next chapter
Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C89
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión