Descargar la aplicación
29.41% Awanama Kosmos / Chapter 10: Bab 10

Capítulo 10: Bab 10

Sayugia, pada hari ke-5, mereka telah dibawa menuju ke kawasan Tanjung Lumpur, Kuantan untuk ujian kemandirian atau dalam erti kata mudah, ujian survivability. Ujian ini terdiri daripada dua modul berbeza merangkumi situasi di darat mahupun di laut. Ujian ini telah diselia dibawah unit komando Pasukan Khas Laut atau unit PASKAL. Sebelum bergerak ke laut, calon-calon telah diberikan taklimat asas mengenai peraturan-peraturan yang perlu mereka ketahui.

Calon-calon angkasawan kedua negara telah diberikan sebuah beg taktikal dengan kebolehan terapung di dalam air dan beg berkenaan berisi bekalan makanan, minuman dan barang-barang berharga lain seperti walkie talkie, GPS, kompas, parang pendek, pisau rambo dan peta semasa latihan kemandirian ini berlangsung. Bekalan yang diberikan pula amatlah terhad dan calon-calon terpaksa mencatu bekalan makanan dan minuman mereka seberapa minima yang mungkin. Dr. Nora Yuhanis tidak pernah berasa gundah gulana mahupun gentar kerana dia sudah terbiasa berlapar pada situasi yang ekstrem, suatu ketika dahulu.

Tepat pukul 10.30 pagi, calon-calon sudah berada di atas bot laju menuju ke arah Laut China Selatan. Mereka memakai safety jacket dan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kemudian, calon-calon diarahkan untuk mencampakkan diri ke tengah-tengah lautan, sambil sampan yang telah disediakan telahpun di terbalikkan. Mereka perlu mengapungkan kembali sampan yang telah terbalik itu dalam masa 5 minit sebelum mendayung semula ke bahagian pantai. Mujur sahajalah cuaca ketika itu cerah dan keadaan laut China Selatan tidak terlalu bergelora. Jika tidak, adalah amat sukar untuk mereka mengapungkan kembali sampan yang hampir karam itu. Jarak antara kawasan pantai dengan kawasan mereka dicampakkan dianggarkan berjarak 5.0 km.

Setibanya mereka di pantai, mereka terus membuka kompas, GPS dan peta yang telah diletakkan di dalam beg masing-masing. Dalam satu kumpulan, mereka perlu membahagi-bahagikan tugasan masing-masing samada untuk mencari titik lokasi yang telah ditetapkan oleh anggota PASKAL berkenaan dengan menggunakan peta, membuat jalan rintisan untuk melalui denai-denai di sekitar pantai berkenaan dan ada yang membawa bekalan makanan dalam satu beg bagi memudahkan proses pergerakan dengan lebih pantas dan lancar.

Dr. Nora Yuhanis berjaya memperolehi satu kumpulan dengan Daeng Mustakim dan juga Samoi Rasal dimana Daeng Mustakim bertindak sebagai ketua kumpulan dan memberi arahan kepada setiap ahli manakala Samoi Rasal ditugaskan untuk mengendong barang-barang makanan disebabkan tubuhnya yang sedikit kekar berbanding calon-calon lain. Dr. Nora Yuhanis pula ditugaskan untuk mencari titik lokasi yang telah ditetapkan dengan menggunakan alat GPS, kompas dan peta dengan bantuan Daeng Mustakim dan juga Samoi Rasal.

Jam menunjukkan pukul 3.10 petang dan mereka perlu berehat seketika untuk mengisi kekosongan perut yang menyebabkan tenaga semakin berkurangan. Cuaca petang itu kelihatan mendung sedikit namun menjelang sebelum waktu maghrib, kesemua mereka  berjaya sampai ke lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak PASKAL itu tadi. Lantas, khemah telah didirikan di kawasan terbabit dan pembahagian tugas telah dilakukan. Nora Yuhanis dan seorang jurutera aeroangkasa, Azfar Faiq ditugaskan untuk memasak makan malam manakala Samoi Rasal ditugaskan untuk mencari kayu api. Daeng Mustakim dan baki ahli kumpulan yang lain ditugaskan untuk membina khemah dan mencari sumber air bersih.

Menjelang pukul 10 malam, mereka selesai menyiapkan khemah dan sedang menikmati makan malam. Cuaca kelihatan sedikit berangin dengan awan mendung seakan-akan berarak ke arah mereka. Pada pukul 11.15 malam, sedang mereka semua berehat melepaskan penat dan lelah sambil bertukar-tukar giliran menjaga kawasan khemah, satu trak PASKAL tiba di kawasan perkarangan khemah mereka. Mereka disuruh untuk masuk ke trak kerana mereka mempunyai satu lagi 'misi' yang belum selesai. Masing-masing tertanya-tanya apakah misinya itu, namun akur dengan arahan lalu naik ke trak terbabit sehelai sepinggang. Trak ini membawa mereka kembali ke kawasan pantai.

Kemudian, mereka menaiki sebuah bot laju dari kawasan pantai menuju ke laut lepas. Cuaca pada waktu tersebut sudah hujan renyai-renyai. Dan apabila tiba di tengah-tengah lautan pada puku 12 tengah malam, calon-calon diarahkan untuk terjun ke dalam laut untuk berenang ke kawasan pantai. Beberapa calon tidak menuruti arahan tersebut dengan melawan kata-kata komander. Mereka secara automatik gagal dalam proses pemilihan tersebut. Dr. Nora Yuhanis tidak teragak-agak untuk melompat keluar sejurus selepas diarahkan. Dia tahu dengan mengikuti arahan sahaja dapat menyelesaikan misi terbabit dengan jayanya.

Daripada 10 orang calon pada awalnya dalam satu kumpulan, kini yang sedang berenang ke arah pantai dengan keadaan laut yang bergelora tinggal berbaki 8 orang sahaja. Hujan semakin pasti untuk turun, dan mereka sudah hampir sampai ke kawasan pantai. Namun, dapat dilihat seorang anggota PASKAL sedang menunggu di sana. Usai sampai sahaja ke kawasan pantai, calon-calon diarahkan untuk pergi ke arah kawasan kebun pokok kelapa nyiru dengan mengikuti papan tanda yang telah dipasang. Mereka perlu berjalan kaki sejauh 5 km dengan melalui denai-denai, hutan rimba sehinggalah bertemu kebun pokok kelapa nyiru berkenaan.

Di kebun pokok kelapa nyiru, calon-calon diarahkan untuk pergi ke kawasan berpaya dan merentasi kawasan berpaya berkenaan dengan berpaut erat pada seutas tali yang telah dilintangkan di sepanjang kawasan paya bakau berlumpur yang maha gelap itu. Kiri dan kanan hanyalah hutan tebal, cuma sinaran samar-samar cahaya rembulan yang sedang ditutupi awan yang tebal sedikit demi sedikit menghilangkan sirnanya. Hujan sudah mula turun dengan lebatnya dan pada waktu tersebut sudah menunjukkan pukul 1.20 pagi. Mereka difahamkan oleh anggota PASKAL yang menjaga kebun pokok kelapa nyiru bahawa di dalam paya bakau terbabit mempunyai hidupan berbisa dan berbahaya seperti ular sawa, buaya dan pelbagai lagi haiwan yang berbisa.

Kata-kata yang menyeramkan itu bagaimanapun sedikit sebanyak telah berjaya melunturkan semangat mereka untuk meneruskan misi berkenaan khususnya dalam menghadapi paya bakau terbabit. Namun, Daeng Mustakim melaungkan kata-kata semangat, sambil berkata, usah peduli kepada kata-kata manusia kerana ajal dan maut di tangan Allah SWT. Kita, sebagai manusia hanya perlu terus berusaha untuk mencapai matlamat. Sememangnya Daeng Mustakim merupakan seorang bakal husband material yang menjadi kegilaan calon-calon wanita ini.

Satu persatu, mereka semua menyeberangi kawasan berpaya bakau berkenaan yang dalamnya separas lutut kaki sahaja. Semasa hujan sedang membasahi kawasan paya bakau itu, mereka semua turut mendengar bunyi-bunyian yang menyeramkan namun kebanyakan daripada mereka hanya mempersetankan sahaja. Dr. Nora Yuhanis juga beberapa kali telah terpijak seakan lendir-lendir lembik seperti haiwan belut dikakinya, dan kepalanya juga hampir-hampir terhantuk dengan kayu-kayan yang melintang di kawasan paya bakau tersebut.

Namun, tidak sesekali mereka melepaskan pegangan daripada tali yang menjadi arah tuju akhir tersebut. Akhirnya, dengan berkat kesabaran dan semangat motivasi yang tinggi, mereka berjaya tiba di kawasan daratan tidak berpaya, dan masing-masing terduduk kepenatan sambil menahan dahaga. Ada yang menadah mulut ke udara dengan harapan dapat menadah air hujan untuk mengurangkan kedahagaan. Malangnya, ada di antara kaki mereka telah tercedera ringan, bahagian buku lali yang melecet akibat daya geseran antara kulit kaki dengan kasut yang basah, dan tidak kurang juga ada yang berdarah tak henti akibat digigit pacat dan lintah semasa menyeberangi kawasan berpaya bakau tadi. Namun, ini semua tidak akan mematahkan semangat mereka untuk menyelesaikan misi terbabit.

***


next chapter
Load failed, please RETRY

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C10
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión