Descargar la aplicación
38.7% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 12: Chapter 11

Capítulo 12: Chapter 11

Academy WhiteFairy  

                 Tahun Kelima Tahun 2024

Di suatu sudut yang memiliki papan tanda yang mempamerkan informasi semasa, terlihat sekumpulan pelajar yang berkumpul di sana. Mereka sebok memerhatikan senarai nama yang terpapar di papan kenyataan tersebut dengan perasaan yang berbeza.

Ada sedih, marah, gembira dan sebagainya. Semua itu boleh dilihat dari riak muka setiap pelajar tidak mengira jantina. Malah ada diantara mereka yang bersorak gembira tanpa merasakan malu.

Di antara mereka, Ryunosuke turut memerhatikan namanya di setiap kerta yang dipamerkan di papan kenyataan.

Selamat 15 minit mencari, akhirnya dia berjaya menjumpai namanya di tahun 2 kelas 1. Dia tersenyum sumbing bila mengetahui bahawa dia telah dinaikkan tahun 2. Maka tahun ini dia tidak lagi sekelas dengan kedua sahabatnya, beserta pelajar di tahun 1.

Malah hanya terdapat beberapa nama  sahaja yang terdapat dalam senarai tersebut. Ni mesti dia telah lulus dengan nilai yang tinggi di ujian akhir tahun. Ujian penentuan kenaikan tahun mahupun kelas.

Lagi menguatkan firasatnya, dia teringat semasa menjawab ujian akhir tahun yang merupakan ujian kenaikan tahun ataupun kelas. Dimana, selama seminggu dia diwajibkan menjawab semua ujian secara individu di satu bilik khusus. Satu bilik yang disediakan secara khusus oleh Sakura.

Bukan itu sahaja, dia juga diminta untuk menjawab soalan itu secara benar. Dia diwajibkan lulus bagi semua subjek yang dia pelajari selama dia berada di tahun 1.

Seandainya dia gagal, maka hukumannya dia perlu jujur pada semua para pelajar dan kakitangan academy tentang kebenaran latar belakangnya yang merupakan ahli keluarga Nishimura yang kini sedang dibicarakan. Dan tidak lagi menggunakan nama samaran nya.

Kerana diancam, dia akhirnya bersetuju dan kesemua ujian yang dia jalani merupakan soalan yang cukup mudah untuk dia selesaikan dalam masa yang singkat.

Oleh kerana itu, dia di naikkan tahun ke 2 dan asramanya turut dipindahkan ke bahagian utara. Dimana disana terdapat beberapa pelajar senior yang berada di tahun 2.

"Wah tahniah Ryunosuke, kau terus lompat ke tahun 2!" Kata Shinji sambil bertepuk tangan. Dia merasa bangga memiliki seorang kawan yang memiliki otak yang cerdas tahap dewa.

" Tahniah untuk korang jugak! Korang pun dapat naik kelas kan! Terutamanya untuk kau Kaito. Tak sia-sia Shinji rendam air buku untuk kau telan. Hahahaha " ujar Ryunosuke sambil menepuk bahu Kaito yang telah memuncungkan bibirnya.

"Lepas ni kalau kau susah nak lulus aku bagi kau telan buku pulak!" Balas Shinji sambil tersenyum jahat kearah Kaito yang mula ngeri membayangkan keadaan itu.

"Jangan gila kau! Tu nak bunuh aku namanya." Jerit Kaito lalu di balas dengan gelak ketawa dari kedua sahabatnya.

"Dah kau susah sangat nak faham! Padahal soalan tu semuanya mudah je." Sambung Shinji.

"Nak buat macam mana! Otak aku slow." Kata Kaito dengan sedih.

"Dah lah! Jom kita balik asrama. Kita dah janji dengan Ryu nak tolong dia kemas barang. Malam ni dia dah kene bermalam dekat asrama baru dia." Ujar Shinji lalu memeluk bahu Ryunosuke sambil melangkah meninggalkan Kaito yang berlari kecil kearah mereka sambil berteriak.

"Se..serius lah! Ni bilik kau?" Soal Kaito dengan pandangan kagum bila melihat asrama lelaki di bahagian utara.

Tidak seperti asrama mereka yang memiliki ruang sederhana dan setiap bilik akan ada sebilangan pelajar berkongsi bilik dalam satu ruangan. Namun bagi yang memiliki status, mereka akan diberikan satu bilik setiap seorang seperti bilik lama Ryunosuke dan jugak milik Shinji.

Namun Shinji memilih untuk tinggal berdua dengan salah seorang sahabatnya iaitu Kaito. Manakala Ryunosuke hanya tinggal sendirian tanpa disedari oleh semua orang,sebenarnya Ryunosuke tinggal berdua bersama Aiko.

"Letak je kat tepi pintu! Aku belum jumpa kunci lagi. Aduh mana pulak ni!" arah Ryunosuke kepada dua sahabatnya sambil dia mencari kunci bilik baru didalam beg sandang kepunyaannya.

"Erk Ryu kau ada mintak kan dekat ketua pelajar tentang kunci bilik!" Tanya Shinji. Dia tahu akan kelemahan sahabatnya yang seorang ni. Dia mudah lupa akan sesuatu perkara kecuali hal berkaitan pelajaran.

Ya seperti yang mereka dah agak dengan riaksi Ryunosuke yang sedang menggosok belakang kepala dengan lagak canggung.

"Err sepertinya aku lupa nak mintak! Hahahaha sorry guys." Kata Ryunosuke dengan malu dan canggung apatah lagi melihat tatapan data dari kedua sahabatnya.

Klik!

Ketiga pemuda itu terkejut bila pintu secara tiba-tiba dibuka dari dalam oleh seseorang. Selang beberapa minit terlihat satu sosok tubuh milik Aiko yang sedang berdiri manis menyambut kedatangan tunangnya yang disangka bersendirian.

"Ah! Selamat datang" kata Aiko dengan kekok kearah Shinji dan Kaito yang memandang kearahnya dengan pelik. Mereka berdua seakan tertanya akan kedatangannya di bilik sahabat mereka.

"Ehem! Kalian tak nak masuk ke! Saya berdua dengan Mieko kat dalam. Kami berdua tertanya-tanya akan penghuni bilik ni sebab sampai ke hari ni, pemilik tidak datang berjumpa dengan saya. Jadi saya membuat keputusan untuk tunggu dia di sini sambil memerhatikan keadaan bilik okey atau tidak!" Alasan Aiko yang terlintas difikirannya. Dia berharap kedua teman lelakinya akan percaya tak pun pura-pura percaya.

Aiko tersenyum lega bila melihat anggukan dari kedua teman Ryunosuke lalu mempersilakan mereka bertiga untuk masuk kedalam. Aiko melangkah kearah Ryunosuke setelah menutup pintu.

Secara curi-curi dia memegang tangan Ryunosuke dengan manja. Tapi pegangan mereka akan dilepaskan seketika oleh Aiko apabila melihat kedua sahabat Ryunosuke mengarahkan pandangan kearah mereka.

"Terima Kasih dan maaf saya lupa untuk mengambil kunci bilik!" Kata Ryunosuke yang sedikit canggung kerana terpaksa berlakon di hadapan kedua sahabatnya.

"Tidak apa! Baiklah saya dan Aiko-Sama akan pergi sekarang. Maaf kerana mengganggu." Putus Mieko lalu menarik Aiko yang memberontak.

Manakala ketiga pemuda itu hanya mendiamkan diri dan kembali bernafas lega bila bayangan kedua gadis itu sudah hilang dari pandangan mata mereka.

"Baik jugak Aiko-Sama sampai hantar terus kunci pada kau Ryu! Aku tadi sampai fikir yang korang ada hubungan special." Kata Kaito kepada Ryunosuke tanpa perasaan curiga, tapi bukan pada Shinji yang mula merasa sesuatu kepada Ryunosuke.

Itu kerana, dia kerap kali melihat kedekatan Aiko bersama Ryunosuke secara bersembunyi di belakangnya dan jugak Kaito. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang disorokkan oleh Ryunosuke. Tapi dia tidak akan memaksa namun sebaliknya dia akan mencari jawapan itu sendiri.

"Ouhk abaikan pasal yang tu! Sekarang kita kemas apa yang patut untuk Ryunosuke sebab kejap agi kita nak keluar makan kat luar takut lambat lak!" Kata Shinji dengan lagak biasa tapi masih dapat dibaca oleh Ryunosuke. Cuma dia lebih memilih mendiamkan diri untuk sementara waktu.

Tepat pukul 8 malam, ketiga pemuda itu kini sedang berjalan beriringan menuju kedai makan yang menjadi favourite mereka yang terletak di tengah kota.

Setiba mereka disana, mereka mengambil meja yang sedikit jauh dari orang lain. Mereka bertiga memiliki sikap yang sama. Tidak suka dengan keramaian.

"Lepas ni dah susah lah kita nak jumpa Ryu! Rehat kau ngan kitaorang dah tak sama. Tinggal lah kitaorang berdua je" kata Kaito dengan nada yang sedih.

Shinji dan Ryunosuke memandang kearah satu sama lain, diaorang agak malas melayan karenah manja dan mengajuk Kaito. Sampai mereka terfikir, adakah sahabat yang satu ni sebenarnya bukan berjantina LELAKI

"Err sape kata time rehat kita tak sama! Aku cuma lompat tahun ke 2 sahaja? Lain lah aku lompat ke tahun 4. Yang tu memang rehat ngn masa berlajar tak sama!" Kata Ryunosuke dengan kesal.

Percakapan mereka berhenti seketika bila pesanan mereka telah di hantar oleh pelayan. Setelah itu, Kaito ingin bersuara tapi di terbantut bila melihat renungan tajam dari Ryunosuke.

"Diam! Habiskan dulu makanan kau. Lepas dah habis, kau nak melalak ke apa suka hati kau! Kitaorang kerja masa dah lewat kalau nak tunggu kau habiskan makanan kau tu." Kata Shinji tanpa perasaan. Setelah itu, dia mula menikmati juadahnya dengan sopan dan agung.

Manakala Kaito, hanya mencebikkan bibirnya, namun dia tetap mula menikmati makanan sambil memandang kearah Shinji dan Ryunosuke yang terlihat terlatih menikmati makanan mereka.

Kalau Shinji dia tahu bahawa pemuda itu datang dari keluarga bangsawan. Tapi untuk Ryunosuke, dia agak hairan bila melihat sikap ketenangan serta tatatertib yang melambangkan ciri-ciri seorang dari keluarga bangsawan yang kerap di tunjukkan oleh Ryunosuke tanpa disedari oleh pemilik tubuh.

Seakan perkara tersebut telah sebati dalam hidup seorang Ryunosuke yang baginya penuh misteri.

Dia cuba bertanya pada Ryunosuke. Tapi dia sering mendapat jawapan yang sama.

'Aku hanya anak angkat'

'Mungkin itu kebolehan aku!' 

ataupun

'Aku belajar dari buku yang aku pernah baca'.

Itu sahaja jawapan yang diberikan oleh Ryunosuke yang agak pelik. Kerana malas dan penat, akhirnya dia tidak lagi bertanya dan hanya menunggu kejutan yang akan diberikan oleh sahabatnya yang seorang ini.

"Aku pergi bayar kejap! Korang tunggu aku dekat luar kedai." Kata Ryunosuke yang kali ini menawarkan diri untuk belanja kedua sahabatnya.

Dia lantas meninggal keduanya di meja tanpa menoleh kebelakang. Setibanya dia di kaunter. Tanpa sengaja dia terlanggar bahu seorang gadis yang separas bahunya.

Melihat sosok itu yang akan terjatuh, Ryunosuke dengan spontan memeluk pinggang ramping milik gadis manis itu yang kini memandang ke arahnya dengan pandangan terpesona.

"Err maaf! Awak okey ke?" Soal Ryunosuke yang menyedarkan gadis itu ke alam nyata. Bukan apa dia tidak selesa dengan pandangan gadis muda itu yang sedari tadi memandang wajahnya tanpa berkelip.

"Eh! Ma..maaf! Sa..ya tak sengaja!" Kata gadis itu yang mula malu dengan sikapnya yang tidak sopan. Dia melibas skirtnya agar dapat meredakan degupan jantung miliknya setelah pelukan tanpa sengaja itu dileraikan oleh Ryunosuke.

"Erm! Boleh saya lalu." Tanya Ryunosuke kembali sambil tersenyum kekok. Bukannya nak ketepi tapi gadis itu boleh kembali terpaku seperti tadi.

"Ryunosuke kitaorang tunggu kat luar. Cepat sikit nak hujan! Kita kene gerak cepat kalau tak kuyup wei!" Jerkah Kaito tanpa malu di pintu masuk.

Ryunosuke hanya tersenyum sumbing lalu meminta diri kepada gadis yang baru sahaja melanggarnya tanpa sengaja.

Gadis itu hanya mengganguk kan kepalanya sambil membalas senyuman manis dari Ryunosuke. Kedua matanya tidak lepas melihat kearah Ryunosuke dengan pandangan kagum sehingga sosok itu hilang disebalik pintu masuk yang kini telah tertutup rapat.

"Tuan puteri! Ada pape ke?" Bisik seseorang ke telinga nya, dia melarikan pandangan kearah rakannya yang kini memandang kearahnya dengan perihatin dan cemas.

"Tidak ada pape! Mari kita masuk kedalam! Nanami mungkin dah tunggu kita sedari tadi." Ujarnya lalu melangkah kearah bilik VVIP yang telah disewa oleh sahabatnya.

Keesokan harinya, Ryunosuke mengunci pintu biliknya lalu melangkah meninggalkan kawasan asrama. Sedari tadi ramai mata yang memandang kearahnya dengan dua pandangan yang berbeza.

Ada diantara pelajar yang memandang kearahnya dengan pandangan terpesona serta kagum dan ada diantara mereka yang memandang kearahnya dengan pandangan hina atau tidak suka.

Tapi kedua pandangan itu bukan menjadi masalahnya, dia melangkah sambil menikmati beberapa lagu yang terpasang di telefonnya melalui earfon yang sentiasa menemaninya setiap pagi.

"Bu..bukan ke dia pelajar tahun satu! Wah aku tak sangka yang dia sangat pandai. Tak ada pelajar tahun 1 yang berjaya lompat ke tahun 2 dalam masa yang singkat." Kata seorang pelajar pompuan.

"Tapi aku dengar lah! Dia tu lelaki simpanan puteri Aiko!" Ujar seorang pemuda yang tiba-tiba muncul.

"Eh! Tapi bukan Aiko-Sama masih bertunang ke?"

"Ah! Mustahil lah Aiko-Sama masih bertunang! Bakal suami dia dah mati kan! Tak akan lah raja kita tak cari pengantin untuk puteri mahkota!"

Ryunosuke hanya melirik mata kearah mereka tanpa niat berhenti melangkah. Dia menghela nafas. Dia dah agak, suatu saat akan ada mulut-mulut yang membuat cerita.

Tapi apa kah daya, pertunangannya dan Aiko masih terjalin miskin pun dia masih belum memberi kata putus. Namun dia kenal sangat dengan sahabat ayah kandungnya itu. Tidak ada penolakan, apatahlagi perasaan mereka masih sama sampai lah ke hari ini

                                2  -  1 - A

Langkah kaki Ryunosuke berhenti di hadapan pintu masuk yang mempunyai tulisan di atas papan tanda 2  -  1 - A.

Sebelum mencapai pintu, dia menghela nafas lalu menolak pintu dari luar dengan semangat yang cuba di paksa.

Anak matanya meliar melihat keadaan seluruh kelas yang hanya terdapat beberapa pelajar yang hadir di kelas. Dengan senyuman kekok dia melangkah memasuki kedalam lalu melangkah kearah meja yang terdapat namanya.

Dia meletakkan beg sandangnya di sebelah kanan meja belajarnya. Lalu duduk di atas kerusi dengan wajah yang sama. Dia cuba mengawal suasana hatinya yang sedikit tidak selesa bila melihat beberapa pelajar yang memandang kearahnya.

Suasana yang riuh terhenti bile kedatangan dua orang pelajar pompuan yang berpakaian putih keemasan beserta lencana dari golongan kelas atas masuk kedalam kelas dengan senyuman mesranya.

Melihat kedatangan salah seorang dari dua orang tersebut, kesemua pelajar bangun dari kerusi masing-masing lalu membongkok tubuh sedikit dengan niat memberi salam hormat kepada gadis yang kini berdiri dihadapan pintu masuk.

"Salam untuk puteri bongsu Hayashi dan Nagasaki-san!" Ujar semua pelajar kecuali Ryunosuke yang hanya menundukkan tubuhnya tanpa memberi salam seperti yang lain.

'Jadi aku sekelas dengan adik Aiko! Nampaknya aku sorang jelah yang tua dalam kelas ni.' kata hatinya lalu duduk setelah melihat yang lain telah kembali aktiviti masing-masing walaupun tidak sebising tadi.

Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, Ryunosuke kembali dengan dunianya. Terlalu asyik menikmati pemandangan di luar kelas, tanpa dia sedari seseorang yang sangat dihormati di kelasnya. Sedari tadi tidak lari memandang ke wajahnya.

Malah sosok itu telah duduk disebelah mejanya pun tidak dia sedari sehingga satu suara milik lelaki dewasa yang telah mengembalikan dia dari dunianya.

"Selamat Pagi Semua dan Salam Hormat untuk keluarga kerajaan WhiteFairy!" Ryunosuke hanya mendengar salam yang diucapkan oleh satu sosok yang kemungkinan merupakan guru kelasnya yang baru. Apatahlagi hari ini merupakan hari pertama bersekolah setelah sebulan bercuti.

"Perkenalkan nama saya Haruto Arashi.

Saya akan menjadi guru kelas kamu semua selama kamu berada di kelas 2  -  1 - A .

Dan syabas kepada seorang pelajar tahun satu yang berjaya naik kelas.

Walaupun saya sendiri masih meragukan pelajar tersebut!" Ucap Haruto yang seakan tidak menyukai pelajar tersebut.

Manakala pelajar yang di masukkan hanya tersengih dan menggelengkan kepalanya, dia tidak sangka diantara tenaga pelajar ada terselit seorang guru yang berperilaku yang tidak berapa dia berkenan.

Ryunosuke terfikir, adakah guru dihadapannya ini mempunyai jalur dalam untuk menjadi seorang guru! Kalau iya, nampaknya untuk tahun ini hidupnya tidak akan berjalan dengan mudah dan aman. Seperti mana yang dia harapkan.

"Baiklah untuk hari pertama. Saya mahu kalian memperkenalkan diri di hadapan. Setelah itu saya akan mulakan pelajar."

Selang beberapa pelajar di hadapannya, kini tiba giliran Ryunosuke untuk memperkenalkan diri kepada semua pelajar yang ada di kelas

2  -  1 - A.

Dengan langkah yang malas, Ryunosuke membawa tubuhnya ke hadapan dan cuba mengawal muka untuk tidak beriak dingin seperti sebelumnya.

"Selamat pagi dan salam hormat saya kepada keluarga kerajaan WhiteFairy.

Nama saya Ryunosuke Hishimura.

Saya merupakan pelajar bertukaran dari pelajar tahun satu.

Saya harap kalian sudi berteman dengan saya!" Katanya dengan senyuman kekok dan di akhir ayatnya dia membengkok kan badannya.

"Jadi kamu lah pelajar tu!

Erm ada sesiapa yang ingin bertanya pada Ryunosuke?" Kata Haruto kepada pelajarnya yang lain, tanpa niat untuk menyuruh Ryunosuke berdiri dengan tegak.

Ryunosuke hanya tersenyum nipis dan menegakkan tubuhnya. Dia sedikit gerak dengan perangai guru kelasnya yang tidak menutup perasaan jijik dan hina bila berdekatan dengannya.

"Ah! Apakah benar yang kau tu jual diri pada golongan gadis bangsawan?" Soal salah seorang pelajar lelaki yang di sambut gelak dari pelajar yang lain.

Malah Haruto sendiri hanya tersenyum sinis menatap kearah Ryunosuke tanpa niat memarahi pelajar tersebut yang telah berkata tidak sopan.

Tapi malangnya, bukan hati Ryunosuke yang dapat mereka sakitkan tapi sebaliknya mereka sendiri yang merasa sakit hati bila melihat senyuman manis yang di tayangkan oleh Ryunosuke tanpa merasakan apa-apa perasaan. Seakan hati pemuda itu batu.

"Ah! Mesti dia malu nak mengaku!

Yelah orang biasa macam dia mana lah dapat merasa kemewahan macam yang kita perolehi.

Tapi aku bagi pendapat kau kau lah! Baik kau pergi belajar adab-adab untuk menjadi bangsawan.

Mana tahu salah satu pelanggan kau tu nak jadikan kau tu SUAMI!

Hahahahahahahahhahah!" Sambung pelajar yang sama bersama gelaknya yang di sambut oleh semua pelajar kecuali adik kepada Aiko yang bernama Ayuni Hayashi dan Nanami Nagasaki.

Kedua gadis manis itu hanya menjadi pemerhati tanpa niat bersuara, mereka mahu lihat apa tindakan yang akan dilakukan oleh Ryunosuke kepada yang lain.

"Ah! Saya rasa bukan saya yang kene pergi kelas adal ataupun moral.

Tapi sebaliknya awak yang kene ambil semula kelas moral bagi golongan bangsawan kelas rendah!

Sebab bagi seorang bangsawan yang sejati. Mereka tidak akan sesekali berkata buruk tanpa bukti yang kukuh!

Jadi di sini saya boleh simpulkan bahawa kau mungkin tidak habis dengan pelajaran moral kau!" Kata Ryunosuke dengan nada yang biasa tapi sungguh tajam di pendengaran semua orang.

Dengan sengaja dia mengeluarkan auranya hitamnya dengan kadar yang nipis sehingga manusia yang berada di sekitarnya tidak dapat merasa aura hitam yang cukup mengerikan.

Tapi begitu auranya dapat dirasakan oleh pasangannya kerana kontrak sejiwa yang telah terhubung diantara mereka berdua.

Ryunosuke kembali dengan riak wajahnya yang datar dan kembali ke tempat duduknya setelah meminta izin pada Haruto yang hanya menganggukkan kepala.

Selang 20 minit kini tiba pada Nanami dan akhirnya pada sosok yang dikatakan adik atau anak bungsu bagi keluarga Hayashi.

"Selamat pagi dan semoga hari kalian akan diberkati.

Nama saya Ayuni Hayashi. Tapi orang terdekat saya memanggil dengan nama pendek Auni.

Salam perkenalan pada semua." Kata Ayuni dengan ringkas lalu kembali ke mejanya.

Ryunosuke hanya menatap sekilas kearah Auni setelah itu dia kembali menatap keluar tingkap sambil menyandarkan mukanya di cermin. Sesekali dia memejamkan matanya.

Manakala di posisi Ayuni, gadis manis itu duduk dengan keadaan tindak tentu arah. Dia tertanya-tanya akan sikap tidak peduli yang di tunjukkan oleh Ryunosuke pada kewujudannya.

Entah kenapa, sosok itu seakan tidak menganggap akan kewujudannya. Tapi dia agak terusik dengan khabar angin tentang hubungan antara Ryunosuke dan kakak sulungnya yang kini masih berstatus tunang orang.

Bukan itu sahaja, dia jugak mendengar bahawa pemuda itu hanya mencari perhatian pada para wanita bangsawan untuk kepentingan sendiri. Oleh kerana itu, Ryunosuke di gosip kan mempunyai hubungan asmara dengan kakak keduanya.

Tapi kenapa pemuda di sebelah tidak menoleh ke arahnya!

Dia pun merupakan anak gadis dari keluarga kerajaan. Apakah kerana kecantikan Aiko lebih menyerlah berbanding dirinya!

Tapi tidak kah pemuda itu tahu bahawa kakaknya itu telah bertunang dengan orang lain!

Walaupun dia dengar tunang kakaknya telah pun tiada. Tapi ahli keluarganya menafikan kematian putera mahkota dari kerajaan Rull Magic.

Terutama ayahnya yang cukup menentang ahli politik yang ingin membatalkan pertunangan antara kakaknya dan putera sulung dari keluarga Nishimura dengan alasan mayat pemuda itu masih tidak dijumpai dan kemungkinan pemuda itu masih hidup.

Ayuni menghembuskan nafasnya kasar,hatinya cemburu bila teringatkan akan sikap orang sekelilingnya yang memandang kearah Aiko dengan pandangan memuja dan kagumi.

Apatahlagi diseluruh kerajaan baik luar dan dalam tahu akan kecantikan dan kesopanan yang dimiliki oleh Aiko sehingga kakaknya berjaya mengikat pertunangan dengan seorang putera mahkota dari kerajaan Rull Magic yang cukup dikagumi oleh semua orang.

Dengan geram dia merenung tajam ke arah Ryunosuke yang kini terlihat sedang terlena. Tiba-tiba dia terpaku bila melihat wajah bersih milik Ryunosuke yang cukup menyilaukan matanya.

Ayuni meletakkan tangan kanannya di dada dan dia merasakan degupan jantungnya yang tidak normal seperti selalu. Malah mukanya pun turut kemerahan. Dia cukup terpesona dengan ketampanan pemuda yang sedang terlena di sebelahnya.

'Ke..napa dengan aku! Tak akan aku jatuh hati kat dia!' Ayuni menggelengkan kepalanya. Dia cuba mengusir pemikiran tentang Ryunosuke dari mindanya.

'Itu tak mungkin! Aku tak boleh!' katanya dalam hati. Tapi dia tidak dapat menipu dirinya. Dia kembali menoleh kearah Ryunosuke yang masih terlena. Dia asyik memerhatikan pemandangan yang cukup indah di matanya tanpa menghiraukan sesi pembelajaran yang sedang berlangsung.

"Hmm" Ryunosuke menggeliat kan tubuhnya yang sedikit sakit akibat dari tidur secara duduk selama beberapa jam. Dia menggosok matanya dan melihat jam di pergelangan tangan kirinya.

'12 tengahari! Lama jugak aku tidur.

Aihh ingatkan tahun ni akan ada benda best.

Tapi sama je aku dah belajar semua subjek ni. Bosan lah kena ulang balik.' ucap Ryunosuke dalam hati lalu dia mula bangkit dari kerusinya.

Dia ingin pergi ke kantin untuk mengisi perutnya yang mula berbunyi. Dia berjalan dengan santai sambil mendengar lagu di earfon yang sentiasa terpasang di kedua telinganya.

Tanpa menghiraukan pandangan orang kepadanya, dia terus melangkah sambil bernyanyi kecil sehingga langkah kakinya terhenti bila melihat satu sosok tubuh wanita yang sedang berdiri dihadapannya dengan pandangan yang tidak mesra.

" Awak Ryunosuke Hishimura kan?" Kata Ayuni kepada Ryunosuke yang terlihat tidak mengenali dirinya. Hatinya tiba-tiba merasa geram.

"Err ya!" Kata Ryunosuke sepatah sambil tersenyum kecil kepada Ayuni yang kini wajahnya kembali merah.

"Ikut saya! Saya ada sesuatu nak cakap pada awak." Putus Ayuni lalu melangkah pergi meninggalkan Ryunosuke yang tergamam. Tapi dilihat pemuda itu tetap mengikutnya.

Sepanjang perjalanan, Ryunosuke dipandang dan dibaca oleh semua pelajar yang berada si sepanjang lorong.

Malas ada yang diantara mereka tertawa akan nasib buruknya yang kemungkinan akan diberikan oleh Ayumi yang masih Ryunosuke tidak mengenali. Walaupun mereka satu kelas yang sama, malah meja Ayuni bersebelahan dengan meja Ryunosuke. Cuma sepanjang kelas , Ryunosuke hanya tidur tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang mula riuh.

Kini, mereka tiba di satu bilik yang seakan sama milik Aiko bezanya bilik ini tidak seluas milik ketua pelajar. Tapi tetap terdapat meja kerja, sofa, meja kopi, tandas dan dapur kecil di hujung bilik.

Ayuni merebahkan tubuhnya di sofa yang terletak di sebelah kanan yang berdekatan dengan meja kerjanya. Dengan angkuh dia bersilang kaki sambil menatap tajam kearah Ryunosuke yang hanya mendiamkan diri.

Manakala Nanami hanya menatap kearah Ryunosuke dengan malas dan sedikit meluat apatahlagi bila dia teringat akan sifat buruk lelaki itu yang dia dengari oleh pelajar lain.

" Ryunosuke Hishimura!" Seru Ayuni dengan sinis dan sedikit sombong. Dia kini sedang memainkan watak seorang gadis bangsawan yang berwibawa di hadapan Ryunosuke yang hanya menatapnya datar.

Sejujurnya dia sedikit tergugat dengan renungan tersebut tapi dia tetap kekalkan hatinya. Lagipun dia berkuasa dan pemuda itu hanya berstatus rendahan. Dia yakin, Ryunosuke tidak akan berani melakukan sesuatu yang buruk atau tidak mendengar arahannya.

Ryunosuke sama sahaja dengan para rakyatnya apatahlagi bagi golongan lelaki yang ingin memiliki tingkat sosial yang tinggi melalui cara yang sangat kotor!

"Kenal Aiko Hayashi?" Soal Ayuni dengan nada serius. Ayumi kembali ke tujuan asalnya. Iaitu meminta Ryunosuke menjauh dari kakak sulungnya agar nama baik keluarga dapat dijaga dengan baik.

"Erk kenal!" Balas Ryunosuke dengan pelik. Dia bingung kenapa gadis sombong di hadapannya tiba-tiba menyoal tentang kekasihnya. Apakah ada sesuatu yang dia tidak tahu?

"Awak tahu dia siapa?" Tanya Ayumi kembali kali ini dengan renungan yang cukup tajam.

Kalau orang lain melihat renungan setajam bilah pedang milik Ayuni sudah pasti seseorang orang itu akan merasa gentar dan cemas.

Tapi semua itu tidak terjadi pada Ryunosuke, sebaliknya pemuda itu hanya menatapnya datar. Seakan renungan itu tidak memberi kesan pada jiwa lelaki itu. Sungguh kental jiwanya!

"Apakah kamu tahu kepentingan Aiko di kerajaan WhiteFairy dan jugak Academy WhiteFairy!" Kini Nanami yang bersuara setelah dia mendapat signal dari Ayuni.

Ryunosuke hanya menganggukkan kepalanya. Kini dia faham tujuan kedua gadis muda itu memanggilnya ke sini itu kerana hubungannya bersama Aiko. Walhal dia tahu bahawa ramai yang bercerita buruk pasal nya tapi dia malas mengambil tahu dan hanya membiarkan sahaja.

Nanti dah penat diaorang sendiri akan diam dan buar masa sahaja yang membuktikan segalanya-galanya tanpa perlu dia memberi penjelasan kepada mereka.

"Kalau kamu tahu pentingnya sosok seorang puteri mahkota. Jadi kamu pasti boleh menggunakan otak kamu untuk tidak mengganggu tuan puteri dan mengakibatkan imej buruk bagi tuan puteri!"terang Nanami dengan nada yang angkuh dan tegas.

Ayuni hanya tersenyum sinis tapi senyumannya mati bila melihat sikap datar dan dingin milik Ryunosuke.

Dia hairan mengapa pemuda itu tidak sedikit pun menunjukkan tanda kecemasan dan ketakutan bila berhadapan amarah dari Nanami yang terkenal dengan sikap ketegasannya.Malah dirinya turut tidak dipandang oleh Ryunosuke.

"Maaf kan saya. Saya akan mengingatinya. Boleh saya undur diri?" Kata Ryunosuke lalu meninggalkan mereka setelah mendapat persetujuan dari Ayuni.

Manakala Nanami hanya menatap geram kearah Ryunosuke yang baginya tidak beradab. Sungguh ini merupakan pertama kali seseorang yang bersikap acuh padahnya.

Malah dengan beraninya, pemuda itu pergi begitu sahaja tanpa sempat dia berkata.

"Cari tahu pasal dia Nanami! Entah kenapa aku rasakan sesuatu yang tak kene dengan dia?" Arah Ayuni kepada Nanami yang selalu orang kanannya.

"Baiklah akan saya jalankan!" Balas Nanami dengan niat membunuh. Sungguh dia ingin menamatkan hidup seseorang dan orang itu adalah Ryunosuke Hishimura.

Dan tanpa mereka sedari sosok yang dibenci oleh mereka merupakan sosok yang sangat berkuasa dan di idolakan oleh semua orang,terutama bagi kaum wanita bangsawan.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C12
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión