Greeny Forest terletak jauh dari Kota Starlight. Ianya terletak berhampiran dengan Pergunungan Moreska dan Jurang Bottomless Pit yang terkenal. Meskipun Jurang Bottomless menjadi tempat larangan kepada orang biasa, ia tetap menjadi tumpuan kerana dinding jurang merupakan tempat beberapa herba bermutu tinggi tumbuh dan khabar angin mengatakan di kedalaman jurang terdapat mineral yang jarang dijumpai. Namun, tidak ada manusia yang terlalu berani untuk bergadai nyawa memasuki Bottomless Pit, hanya khabar angin bahawa seorang immortal yang kuat pernah memasuki jurang itu dan kembali dengan kekayaan dari rare mineral yang ditemui.
"Greeny Forest.. Aku akhirnya kembali setelah lebih setahun tidak memijakkan kaki di sini". Setelah hampir setengah hari berjalan merentasi hutan dan anak bukit Banjaran Moreska, Hunner akhirnya tiba di sempadan Greeny Forest. Greeny Forest di penuhi dengan pohon balak yang sangat besar dengan ketinggian yang menjangkau ratusan meter. Pohon renek dan semak samun memenuhi lantai hutan dengan pelbagai binatang buas yang menakutkan.
Namun, bagi para penduduk yang telah biasa masuk ke Greeny Forest, Smelly Elixir sering digunakan bagi menghindari binatang buas dari menghampiri manusia. Smelly Elixir mengunakan bahan buangan dari binatang buas yang lebih dominan untuk dicampurkan ke beberapa bahan lain untuk menghasilkan satu aroma halus yang di kesan oleh binatang buas peringkat rendah sebagai binatang dominan.
Hunner kemudian mula menyapu Smelly Elixir ke badan serta pakaiannya. Ini akan bertahan selama hampir sehari sebelum perlu di sapu kembali bagi mengekalkan keberkesanan elixir. Hunner membeli beberapa elixir dalam perjalanannya kali ini, berharap misinya akan selesai sebelum semua elixirnya habis digunakan.
"Kini tiba masanya. Aku berharap mampu menemukan beberapa Red Flowery untuk hari ini". Red Flowery adalah tumbuhan spiritual pada peringat mortal yang sering ditemukan di kawasan Greeny Forest. Namun, tumbuhan ini tidak mudah untuk ditemukan kerana ia sering berselindung di sebalik batuan dan semak samun. Itu bergantung kepada tuah seseorang untuk menemukan sedikit tumbuhan spiritual.
Hunner dengan ligat meloncat dari batu ke batu yang lain. Meneliti setiap celah batuan dan semak samun yang dilaluinya. Otot tubuhnya bekerja dengan baik, mengawal setiap langkah lincahnya. Dengan setiap pergerakkannya, Hunner sentiasa peka dengan persekitaran. Meskipun dia mengunakan Smelly Elixir sebagai alat perlindungan, ia tetap tidak akan menjamin seratus peratus keselamatannya. Peka kepada persekitaran adalah langkah terbaik semasa berada di kawasan Greeny Forest.
"3 jam mencari.. Namun satu Red Fowery pun tidak ditemui. Begitu malang nasibku. Apakah Red Fowery telah habis dibolot oleh para pemungut herba yang lain? ". Dengusan nafas Hunner memecah kesunyian hutan. Ekspresi wajahnya menunjukkan sedikit kekecewaan. Harapannya untuk mendapatkan keuntungan untuk misi ini kini mula tercabar. Dia tidak menyangka akan sukar untuk mendapatkan tumbuhan spiritual peringkat mortal, apa kan lagi tumbuhan spiritual peringkat yang lebih tinggi, pasti kesukarannya berganda.
"Ini tidak boleh berterusan. Aku harus berusaha lebih kuat. Berhenti sekarang bermakna usaha untuk aku menjadi immortal akan menjadi lebih lama".
Hunner bangkit berdiri. Dia meneruskan mencari di setiap bongkah batu yang ditemuinya, sedikit demi sedikit bergerak lebih dalam ke kawasan Greeny Forest. Peluh menitis kencang melalui wajahnya dan menitik ke permukaan tanah, nafasnya lebih kuat kedengaran, hatinya semakin risau dengan kegagalan. Dia masih belum bertemu dengan satu pun Red Flowery yang dicarinya.
"Nampaknya hari ini akan berakhir dengan kegagalan. Mungkin esok akan lebih baik. Sebaiknya aku mencari tempat bermalam untuk malam ini". Berkeliaran di Greeny Forest pada waktu malam adalah jauh lebih berisiko berbanding dengan waktu siang. Binatang buas jauh lebih aktif bergerak pada waktu malam. Hanya immortal dengan energy core yang telah membentuk element mampu bergerak sendirian di kawasan Greeny Forest pada waktu malam kerana kelincahan dan penglihatan yang lebih tajam.
"Aku akan bermalam di sini". Hunner memandang ke arah sebuah pohon sederhana tinggi dengan beberapa cabang dahan yang lurus. Dia kemudian memanjat pohon tersebut yang hanya sebesar pemeluk dengan tinggi hampir 30 meter. Kebanyakan penduduk yang bermalam di kawasan hutan akan memilih bermalam di atas pohon kerana itu jauh lebih selamat berbanding dengan bermalam di lantai hutan.
Kegelapan malam mulai menyelimuti segenap kawasan Greeny Forest. Bintang-bintang malam muncul satu per satu di bumbung langit, menghiasi panaroma malam. Hunner terbaring di ayunan yang diperbuat dari kulit kayu, di anyam dengan rapi agar mampu menampung berat tubuhnya. Kedua matanya fokus meneliti setiap bintang-bintang yang muncul, menyebabkan dia terleka seketika dengan masalah kegagalannya hari ini.
Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu sudut di ufuk barat, sebuah cahaya samar muncul dari tepi Gunung Moreska.
"Bintang? Ehh... itu bergerak? Dan... itu menuju ke arah ku? " Hunner seketika panik. Dia berulang kali melihat meteorit yang jatuh dari bumbung langit, namun itu agak berlainan. Cahaya itu muncul dari tepi gunung dan bergerak selari ke arahnya. Hunner tanpa sedar menggenggam dahan pohon dengan erat. Wajahnya sedikit pucat.
Cahaya itu dengan pantas bergerak selari ke arahnya. Dari hanya setompok cahaya, perlahan membentuk sosok manusia, dan itu sedang menunggangi seekor burung besar dengan sayap dan ekor yang berapi-api. Hunner menahan nafasnya. Jantungnya berdegup pantas.
"Immortal.... Seorang immortal yang kuat... erkkk". Hunner sering melihat immortal di Kota Starlight, namun ini jauh menakutkan. Hanya dengan melihatnya menyebabkan dia sukar bernafas.
Immortal ini berhenti tepat di atas Hunner, hanya berjarak beberapa ratus meter. Immortal itu meloncat dari binatang tunggangannya dan melangkah beberapa langkah di udara.
Hunner terpaku. Itu wanita. Fikiran Hunner terpesona dengan kecantikan wanita itu. Wajahnya seperti bidadari yang turun dari kayangan, sangat sempurna. Dengan pakaian selembut sutera menutupi sebahagian tubuh namun tetap menampilkan bentuk tubuh sempurna. Immortal itu memandang di sekeliling, meneliti setiap sudut, seakan mencari sesuatu.
"Tidak ada? Sepatutnya itu bergerak ke arah sini. Hmm mungkin ke arah lain".
Immortal ini kemudian bergerak menuju ke arah binatang tunggangnya, seketika ia berhenti dan memandang tepat ke arah Hunner bersembunyi. Jantung Hunner seakan berhenti berdenyut, wajahnya pucat, peluhnya mengalir dengan deras membasahi lapisan dalam pakaian. Matanya berbalas pandang dengan immortal wanita cantik itu.
Immortal itu kemudian berlalu pergi, menuju ke arah kedalaman Greeny Forest. Perlahan Hunner mula bernafas secara normal. Ini adalah pertama kalinya bertemu dengan immortal yang jauh menakutkan.
"Akhirnya dia pergi... Huh... menakutkan. Apakah itu adalah immortal yang sesungguhnya? "
Hunner kemudian bersandar kembali ke ayunannya. Dia seketika sedar, suatu gelembung biru bulat sedang melingkari tubuhnya.
"Erkk ini... ini array pelindung kan? Apa yang berlaku? Dari mana array ini terbentuk? ".Hunner melihat sekelilingnya, dia tidak melihat sesiapa pun. Apakah immortal tadi yang memberikannya array pelindung? Itu mustahil kan?
"Kamu pasti tidak ingin mati awal kan? Hanya dari tempias aura yang dilepaskan oleh immortal tadi pasti akan menyebabkan kamu pengsan dan jatuh dari pohon ini".
"Siapa? Siapa itu...? " Suara yang tiba-tiba kedengaran menyebabkan Hunner terpingga-pingga, melihat ke segenap arah, namun tidak menemukan sesiapa. Tapi, suara itu seakan pernah di dengarnya sebelum ini.