Descargar la aplicación
14.28% KAU BIDADARI SYURGAKU / Chapter 3: BAB 02

Capítulo 3: BAB 02

ZENIA melangkah menuju ke meja Fiza. Ada sesuatu yang dia inginkan dari pembantu Shafiz itu.

"Fiza, awak dah iklankan tentang jawatan kosong tu?" tanya Zenia, serius.

Fiza yang sedang menyusun beberapa resit di tangannya terus bangun dari duduk.

"Dah Cik Zenia. Petang semalam saya dah hantar ke pihak akhbar dan masukan dalam laman web syarikat," jawab Fiza, penuh rasa hormat dan teratur.

Zenia angguk.

"Agaknya bila iklan jawatan kosong tu akan mula diterbitkan? Kalau boleh saya dan Encik Shafiz nak buat temuduga untuk jawatan tu, lusa."

"Saya dah maklumkan pada pihak akhbar supaya iklankan jawatan tu secepat mungkin. Hanya sebuah akhbar sahaja yang akan terbitkan iklan tu hari ini. Dua lagi akhbar, mereka kata lusa baru mereka terbitkan iklan kita."

Zenia diam sejenak.

"Payment untuk iklan tu dan settle, kan?" lanjut Zenia.

"Dah Cik Nia. Kita bayar through online banking."

"Mana resit atau salinan transaksi untuk payment iklan tu?"

"Ada Cik Nia."

Fiza mencari cetakkan transaksi pembayaran untuk iklan jawatan kosong bagi jawatan pembantu kedua untuk Shaf Engineering Sdn. Bhd. di atas mejanya. Jumpa sahaja, salinan asli itu dihulur kepada Zenia.

Zenia menyambut salinan traksaksi itu. Dia menyemak sekilas lalu meminta diri untuk ke pejabatnya semula. Semasa dia melangkah menuju ke pejabatnya, sempat dia melihat jam di pergelangan tangan. Sudah masuk waktu makan tengah hari. Dia menjeling ke arah pejabat Shafiz. Kosong! Lelaki itu ada temujanji dengan beberapa orang pengurus syarikat kontraktor kelas B untuk projek terbahru Shaf Engineering Sdn. Bhd. di Pulau Pisang.

Sampai di pejabatnya, punggung dilabuh di atas kerusi.

"Eh, tak keluar lunch ke?" tanya Masdiana, jurutera bahagian elektrik dan elektronik di syarikat ini di muka pintu pejabat.

"Tak kut. Malas!" jawab Zenia, biasa. Dia mula menghadap skrin komputer ribanya.

"Hai, bos tak ada, terus hilang mood nak keluar lunch?" perli Masdiana lalu melangkah masuk ke dalam pejabat Zenia merangkap akauntan syarikat Shaf Engineering Sdn. Bhd. itu. Dihenyak punggungnya di atas kerusi yang berhadapan dengan meja Zenia.

"Isy, apa kau merepek ni?" Zenia menafikan sambil memandang Masdiana sekilas dengan kerutan di dahi.

"Merepek konon," Masdiana memperlekeh jawapan Zenia. "Kau ingat, selama ni aku tak perasan? Bila bos kerja luar aje, mesti kau tak ada mood. Kalau dia ada dekat ofis, bibir kau tu, sengih aje memanjang. Kau suka bos kita tu, kan?" sambung Masdiana dengan satu tebakan tepat.

"Dah, jangan nak mengarut bukan-bukan boleh tak? Aku periodlah. Tak ada selera nak makan." Zenia beri jawapan selamat.

"Ya lah tu. Kalau suka, katakan suka, Zenia. Bos kita tu pun masih single. Tak tentu fasal kena kebas orang, kau juga yang akan berputih mata nanti," pesan Masdiana sambil tersengih meleret. Dia tahu kawannya itu menaruh hati pada ketua mereka.

"Kau ni, tak habis-habis nak mengarut. Kalau nak pergi lunch, pergilah sana!" Zenia cuba menamatkan topik itu. Semakin dilayan, semakin meleret topik itu nanti. Buat masa ini dia masih belum bersedia mahu berkongsi dengan sesiapa tentang isi hatinya.

"Okeylah kalau macam tu. Aku keluar dulu. Ingat Zenia, kita ni kat zaman moden. Dunia tanpa sempadan. Semuanya kena pantas. Siapa lambat, dia yang tertinggal. Gigit jarilah jawabnya nanti," pesan Masdiana sebelum melangkah meninggalkan perjabat itu.

Zenia termangu seketika. Kata-kata Masdiana itu mula dicerna dan difikirkan. Apakah aku yang perlu meluahkan? Tanya hatinya, kekeliruan.

# # # #

SEPERTI biasa, selepas habis jualannya di Warung Mak Jemah dia akan membeli barangan mentah untuk bahan niagaan esok. Selepas itu barulah dia pulang ke rumah dengan menunggang basikal tua peninggalan arwah ayahnya. Dia bersyukur kerena Mak Jemah sudi memberi ruang di sebelah warungnya untuk dia meniaga sejak sekian lama.

Kereta milik Shahril yang sedia terparkir di hadapan rumahnya ketika ini membuatkan dia dilanda gelisah. Sebolehnya dia tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu. Sejak emaknya memaklumkan tentang hajat lelaki itu pagi tadi, terasa janggal pula dia mahu berhadapan dengan bekas gurunya itu.

Malangnya, dia tidak dapat mengelak bila melihat Shahril yang sedang duduk di atas pangkin yang ada di bawah pokok mempelam di hadapan rumanya. Hendak atau tidak, terpaksa juga dia berhadapan dengan lelaki itu. Dia memberhentikan basikalnya tidak jauh dari lelaki itu.

"Eh, Cikgu Shahril, kenapa duduk dekat luar? Masuklah dalam. Panas kat luar ni," tanya Shadrina cuba mengawal perasaan janggalnya. Basikal yang menjadi tungangannya tadi ditongkat berhampiran dengan pintu dapur. Dengan rasa berat hati dia melangkah menghampiri Shahril yang masih duduk di hujung pangkin. Sedia terhidang segelas air dan sepinggan apam di atas pangkin itu. Nampaknya kehadiran lelaki itu sudah diketahui emaknya.

"Tak apalah Rin, kat luar ni lagi selesa. Saya tak mahu ganggu Mak cik Timah dekat atas tu. Lagipun kedatangan saya ni, sebab nak jumpa Rin," jawab Shahril akan hajatnya.

Shadrina semakin tidak selesa. Sebelum ini dia sedikit mesra dengan lelaki itu. Tetapi sejak pagi tadi, semuanya berbeza. Sekarang baru dia sedar, pandangan Shahril selama ini bukan pandangan seorang cikgu untuk pelajarnya. Tapi, lebih daripada itu.

Teragak-agak Shadrina melabuhkan punggungnya di hujung pangkin.

Diam. Masing-masing bermain dengan perasaan.

"Emmm… Mak Rin ada bagitahu apa-apa pada Rin tak?"

Semakin laju detak jantung Shadrina. Sesungguhnya dia belum bersedia untuk semua ini. "Ada. Tapi cikgu…"

"Saya tahu Rin terkejut. Sebab macam… tiba-tiba aje kan?" Tintas Shahril sebelum sempat Shadrina yang pernah menjadi pelajarnya itu menghabiskan kata-katanya.

"Niat saya hanya nak bantu Rin ke menara gading. Sejujurnya, saya dah lama jatuh hati pada Rin. Sejak Rin di tingkatan enam bawah lagi." Jujur Shahril menjawab. Dia merasakan usia Shadrina ketika ini sudah sesuai untuk mendengar luahan hatinya.

Shadrina mengeluh halus. Dia tidak menyangka akan mendengar pengakuan ini dari bekas cikgunya sendiri yang sudah dianggap seperti abang sendiri.

"Maafkan saya, cikgu. Selama ni saya anggap cikgu, tak lebih dari seorang cikgu dan mungkin seorang abang yang selalu ambil berat pasal pelajar atau adiknya. Saya tak sangka cikgu berperasaan sebegini pada saya. Maafkan saya cikgu, andai sikap mesra saya sebelum ini buat hati cikgu bergetar."

"Awak tak salah pun."

Potong Shahril lagi. Dia tidak mahu pengakuan ini membuatkan gadis di sebelahnya itu terasa janggal dan buat hubungan mereka selepas ini semakin renggang.

"Saya janji, kalau Rin jadi isteri saya, saya akan jadi seorang suami yang baik dan cuba membimbing Rin. Saya akan jaga mak Rin sebaiknya," sambung Shahril, bersungguh-sungguh.

"Bukan macam tu cikgu, saya rasa saya masih muda. Banyak lagi…"

"Saya faham. Saya tak akan menghalang Rin untuk kejar cita-cita Rin walaupun Rin dah sah jadi isteri saya nanti. Saya tak akan menyekat cita-cita Rin. Cuma yang saya nak, Rin sentiasa ingat yang Rin isteri saya yang sah walau di mana Rin berada. Cukuplah."

Sedari tadi kata-kata Shadrina terus ditintas. Tidak sempat gadis itu ingin menghabiskan kata-katanya.

"Cikgu, saya rasa cikgu dah kenal saya dari saya tingkatan empat lagi, kan? Pasti cikgu dah tahu apa cita-cita saya. Bukan ke menara gading yang saya harapkan. Saya hanya ingin merubah nasib keluarga saya. Saya nak bagi kesenangan pada mak saya. Itu sahaja. Tak kiralah saya kerja apa sekalipun selepas ni. Dah banyak budi saya pada cikgu. Lagipun, saya belum bersedia untuk berkahwin."

Akhirnya, Shadrina berjaya menghabiskan kata-katanya.

"Tapi Rin, saya cuma…"

"Maafkan saya cikgu, saya minta diri ke dalam dulu. Dah lewat ni. Saya nak sediakan makan tengah hari untuk mak. Cikgu baliklah dulu. Tak elok kita berlama-lama di sini. Nanti orang kampung pandang serong pula. Assalamualaikum," pohon dan pinta Shadrina sebelum sempat Shahril menghabiskan kata-katanya. Dia tidak mampu berlama-lama di situ. Bimbang akan mengundang fitnah.

"Rin…"

Langkah Shadrina terhenti bila namanya diseru.

"Saya akan tunggu sampai Rin bersedia terima saya," luah Shahril, penuh harapan. Walaupun di hatinya sedikit kecewa atas penolakan itu, dia tetap kuatkan hati. Dia yakin, suatu hari nanti Shadrina pasti akan menjadi permaisuri hidupnya.

Tiada kata-kata yang terluah dari mulut Shadrina. Langkah kembali disambung. Dia masih belum bersedia. Apa yang pasti, dia belum bisa menerima lelaki itu lebih dari seorang guru atau sebagai seorang abang buat masa ini. Jadi, dia tidak mahu berjanji apa-apa pada Shahril.

Shahril mengeluh berat lagi sarat. Memaksa? Mustahil! Dia tidak mahu Shadrina terpaksa mencintainya. Dia hanya mampu setia menanti buat masa ini.


REFLEXIONES DE LOS CREADORES
Cik_Bintang Cik_Bintang

Hazel Jay

Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C3
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión