Descargar la aplicación
62.5% The Fear Of Hurt / Chapter 5: chapter 5

Capítulo 5: chapter 5

BUNYI kicauan burung di tingkap Aniq membuatkan si Tuah tidak henti untuk mengiau. Aniq yang setia menemani si kucing cuma tersenyum di atas kerusi belajar. Musim cuti sekolah ini dia mengisi masanya dengan menulis puisi dan lagubuat seseorang. Setiap ayat dia tulis semuanya memberikan kekuatan dalam dirinya untuk hidup dan bangkit semula tapi entah kenapa tiap kali dia melihat kesan luka yang begitu dalam di belakang badannya, dia kembali lemah.

Pen hitam ditangan mula dipusingkan bagi mencari idea. Tapi satu apa pun tidak masuk ke dalam mindanya. Yang ada cuma Ilya Sufia. Pelik! Kenapa gadis itu berada di mindanya sedangkan sebelum ini penuh dengan bayangan Amer dan darah sahaja. Tapi yang lagi pelik lagi yang dia buat ada kaitan tentang Ilya Sufia.

"Jangan pandang Aku macam tu ya." Kata Aniq kepada Tuah yang tidak henti memandang dia. Seolah-olah Tuah faham sahaja apa yang dikatakan oleh Aniq. Tuah masih setia memandang wajah tuannya. Aniq tersenyum sehingga terampak lesung pipit di pipi.

Buku diari di tepi Tuah dicapai oleh Aniq lalu dia menulis sesuatu di dalamnya.

𝘥𝘢𝘺 - ??

𝘛𝘩𝘦 𝘴𝘶𝘯 𝘸𝘢𝘴 𝘵𝘰𝘰 𝘣𝘳𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘵𝘰 𝘮𝘢𝘬𝘦 𝘮𝘦 𝘭𝘢𝘻𝘺 𝘵𝘰 𝘮𝘰𝘷𝘦. 𝘚𝘶𝘯𝘯𝘺 𝘥𝘢𝘺, 𝘯𝘰 𝘥𝘪𝘴𝘵𝘳𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘫𝘶𝘴𝘵 𝘢 𝘤𝘢𝘭𝘮 𝘮𝘪𝘯𝘥. 𝘐𝘵 𝘸𝘰𝘶𝘭𝘥 𝘣𝘦 𝘯𝘪𝘤𝘦 𝘪𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘥𝘢𝘺𝘴 𝘸𝘦𝘳𝘦 𝘭𝘪𝘬𝘦 𝘵𝘰𝘥𝘢𝘺.

Aniq menulis ayat itu sambil tersenyum. Semenjak dia menentang Amer dengan perkara itu, dia berasa lebih tenang tapi ketenangan itu tak akan berakhir seperti dia harapkan kerana Amer boleh lakukan apa sahaja dan tiada apa yang dapat diubah sekiranya Amer menentang dia dengan menggunakan sesuatu. Tenaga belakang Aniq Hamdan iaitu Ilya Sufia.

Tok!Tok!Tok! pintu bilik diketuk perlahan. Aniq mengalihkan pandangan ke arah pintu kayu itu. Terdapat sepucuk surat yang telah memasuki ruang bilik Aniq. Dia tahu yang melakukan itu adalah ayahnya. Aniq mengambil surat itu lalu dia membaca dihadapan Tuah. Isi surat itu membuatkan Aniq berasa bahagia. Terlebih bahagia pun ada kerana dia merupakan pemenang bagi pertandingan sajak peringkat sekolah.

"Nah gi main." Sengaja Aniq memberikan surat itu kepada Tuah yang kelihatan kebosanan. Tuah begitu seronok dengan mencakar kertas itu. Cuma kertas pemberitahuan sahaja jadi apa nak dikisahkan. Hadiah pemenang akan dipos jadi tak ada yang perlu dirisaukan.

Fon telinga berwarna hitam dipakaikan ditelinga lalu dia memasang lagu Rivers Flows In You versi piano. Senyuman dia terukir buat seketika. Sejak-sejak ini dia gemar mendengar bunyi alat muzik piano dan gitar. Seperti indah sahaja dan pada masa yang sama dia tenang memikirkan dia berada di taman yang penuh dengan bunga. Bunga putih yang begitu cantik dipetik oleh Aniq dan dia memainkan satu lagu untuk dirinya sendiri. Disisinya pula Tuah yang setia mendampingi dia.

Indah? Cukup indah buat Aniq Hamdan. Walaupun itu cuma bayangan namun dia berharap itu menjadi kenyataan. Dan dia terlelap saat membayangkan suasana indah itu.

ROKOK dicelah jari dicampak ke dalam pantai yang berdekatan chalet yang disewa oleh Amer. Tambahan dengan angin dan kilat yang bermain di langit membuatkan Aniq hilang keupayaan untuk berdiri dengan tegak dihadapan Ilya Sufia.

"Ilya..." panggil Aniq dalam nada ketakutan.

Ilya Sufia tidak bergerak walau seinci dari kawasan dia berdiri. Aniq memandang ke arah kanan, terdapat lelaki memakai jaket kulit berwarna coklat dan berseluar jeans hitam. Topi yang dipakai telah dibuka lalu dia memadang anak mata Aniq.

"Dah ready?" tanya lelaki itu. Aniq pasang wajah blur. Ready? Ready untuk apa?

"Amer?"

"Amer jangan buat macam ni dekat Aku, Mer. Jangan Amer!" jerit Aniq separuh nyawa. Dia memegang kedua-dua belah kaki Amer yang berdiri megah dihadapan dia. Disisi Amer terdapat rakan yang lain. Wafiy, Yusuf termasuk juga Ridhuan. Cuma Ilya sahaja berdiri lebih jauh dari kedudukan Aniq.

"Menyusahkan." Dengan sekali tolakan, dia menolak tubuh lemah itu kedalam air pantai yang begitu kuat menolak air ke darat, bunyi jeritan Aniq langsung tidak diambil peduli oleh rakan yang lain. Aniq cuba berenang untuk ke darat akan tetapi dia gagal kerana air pantai membawa dia lebih dalam. Tolakan ombak kalini benar-benar membawa dia hilang dari kawasan barat. Hilang bayang-bayang Aniq dari pandangan Ilya Sufia.

"ILYA!" sergah Amer dengan senyuman dibibir. Ilya pasang riak wajah menyampah apabila tubuhnya didekati Amer.

"Aku jijik dengan kau." Kata Ilya tanpa riak wajah. Amer meraup wajahnya lalu dia menemani Ilya yang duduk bersila dihadapan pantai.

"Aku tak ada jahil sangat." Ilya ketawa kecil. Tak ada jahil sangat? Anda pasti? Kenapa keyakinan Amer mula bertambah sejak dia bertemu Ilya. Ilya Sufia secara tidak sengaja bertemu dengan Amer di pantai Port Dickson. Dan dia berasa sangat janggal dengan kehadiran lelaki yang membawa malang dalam hidup Aniq Hamdan.

"Kau buat macam mana sekalipun Aku tak akan berhenti nak report dekat bapak kau. Cuma sekarang Aku tak ada bukti tapi jangan risau nanti Aku rakam masa kau buli Aniq." Amer memandang wajah Ilya.

"Apa yang ada dekat Aniq tu? Apa kurangnya Aku?"

"Walaupun dia anak luar nikah perangai dia bukan macam kau yang buli orang sesuka hati. Sedar diri tu hidup menumpang je kat dunia ni. Dah nak SPM tapi perangai macam budak-budak. Eh kau sedar tak kau dah sakitkan dia? Dia merana disebabkan kau dan sekarang? Kau tambahkan lagi masalah dia apahal?!" Amer menahan tangannya daripada menampar wajah itu. Dia masih waras dan masih tahu menjaga sikap dihadapan seorang wanita.

"Aku pun ada masalah..." luah Amer seraya memandang pasir dihadapannya.

"Semua orang ada masalah tapi bukan dengan cara ni kau bebaskan masalah kau. Kau pukul dia sampai berdarah. Kau buat dia tak bermaya semata-mata nak lepaskan kemarahan kau sahaja." Amer mengeluh. Dia sedar akan kesilapan dia terhadap Aniq cuma entah kenapa dia tidak berdaya untuk memohon keampunan daripada Aniq.

"Aku sedar silap Aku dan Aku cuba untuk berhenti. Tapi Aku gagal."

"Sebab kau tak usaha." Sampuk Ilya dengan nada tegas. Amer menggelengkan kepalanya. Dia telah berusaha sedaya upaya untuk berhenti membuli Aniq dan yang lain tetapi entah kenapa dia tidak mampu.

Aniq merupakan bekas kawannya dan Aniq juga merupakan musuh Amer. Aniq dan Amer memang rapat pada zaman kanak-kanak tapi semuanya berubah bila Amer mula mempengaruhi rakan sebayanya setelah terlibat dalam kes buli, rokok dan sebagainya tambahan pula kini Amer kurang takut dengan bapanya kerana bapanya juga sering memarahi Amer. Boleh dikatakan Amer putus asa untuk meneruskan hidup seperti orang lain.

Gara-gara wang dan pangkat yang ada pada ibu bapa Amer, dia telah jauh bertindak. Bertindak menjadi liar. Ibu bapa Amer kurang ambil tahu hal pendidikan Amer disekolah kerana sibuk bekerja jadi Amer jadi seperti itu disebabkan ibu bapa dia.

"ANIQ mana?" soal Aqilah kepada Puan Adira. Puan Adira yang baru pulang dari pasar mengjongket bahunya. Dia terus masuk ke dalam rumah untuk memasak makanan tengah hari.

"Ayah...Aniq mana?" Soal Aqilah pula kepada si ayah yang turut menemani si isteri ke pasar.

"Aik bukan dia kat bilik?" Aqilah menggeleng.

"Qilah cari dia sebab nak letakkan baju kat bilik dia tapi Aniq hilang!" Aqilah kelihatan ketakutan pada ketika itu . Dia benar-benar bimbang akan keselamatan si adik. Buatnya Amer mengapa-apakan Aniq macam mana? Bukan boleh percaya budak bernama Amer itu.

"Aniq tak hilang." Balas lelaki berwajah sembap dengan baju yang basah kuyup. Aqilah dan Encik Qhalil mengalihkan pandangan ke arah lelaki berbadan kurus itu. Pantas Aqilah mendakap tubuh lelaki itu. Dia pasti dan dia yakin itu adiknya. Dari parut di dahi itupun dia sudah tahu.

"Aniq nak masuk dulu. Sejuk." Senyum. Encik Qhalil membiarkan si anak bongsu pergi ke bilik. Sementara itu dia ingin berbual dengan si anak sulungnya mengenai hal Aniq.

"Ayah nak tanya tentang Aniq." Aqilah mengelap air matanya yang mengalir. Alahai air mata kenapa mudah sangat keluar ni?

"Qilah dah lambat nak pergi pulangkan buku kat perpustakaan. Nanti kita borak lagi ya. Bye Ayah!" sengaja Aqilah menjauhkan diri daripada Encik Qhalil agar rahsia dan Aniq kekal selamat antara adik beradik sahaja. Aqilah berlari menuju ke kereta proton saga yang baru dibeli itu untuk memulangkan buku di perpustakaan. Walhal nak lari daripada si ayah sahaja. Buku? Tiada pun buku untuk dipulangkan.

Perubahan watak Aqilah dan Aniq dapat dirasai Encik Qhalil. Dia yang menjaga dan membelai anak-anaknya dengan kasih sayang walaupun kurang namun akan tetapi dia tahu bahawa Aniq dan Aqilah mempunyai masalah cuma tidak mampu diungkapkan sahaja. Encik Qhalil melangkah ke dalam rumah untuk bertemu dengan Aniq buat kali kedua pada waktu itu. Dia menjengah si isteri yang kusyuk memasak di dapur. Perlahan dia mengetuk pintu Aniq dan kedengaran suara Aniq yang mengizinkan dia masuk. Dia meluru masuk lalu dia melihat Aniq sedang berbaring di atas katil.

"Yang berselimut bagai ni kenapa? Kenapa tutup langsir? Gelap sangat ni." Encik Qhalil mengikat langsir bilik itu dan membuka tingkap bilik itu. Dia mengelus kucing yang berbaring disebelah anaknya, Aniq. Dia mengambil baju kotor Aniq yang berada di hadapan bilik mandi dan niat dia yang mahu membawa keluar baju itu dimatikan apabila terdapat kesan tompokan merah pada baju berwarna biru laut itu.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C5
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión