Descargar la aplicación
89.18% THE MAFIA IS MY HUSBAND / Chapter 33: BAB 32:

Capítulo 33: BAB 32:

"Mell!!!" Laung papa dari bawah. Dah kenapa pulak papa ni duk terpekik melolong. Aku terus keluar mendukung Mikayla dan keluar dari bilik, turun ke bawah.

"Ade ape pa?" Soal ku.

"Ni, papa nak bagitau, kejap lagi ada tetamu special nak datang... Papa ajak diorang dinner." Ujar papa.

"Ooo... Ok." Balasku.

Aku terus naik ke atas dan bersiap.

[...]

Ding! Dong!

Loceng rumah berbunyi.

"Haa.. Dah sampai tu..." Ujar Abang Danish.

"Kejap, Mel pergi bukakan pintu.." Ujar ku. Abang Danish mengangguk.

Aku terus membuka pintu rumah ku dan aku kaku.

"K...Kau b..Buat ape dekat sini?" Soalku dengan tergagap-gagap kepada Amirul.

"Dinner lah.. Papa ajak." Jawab Amirul. Amirul terus memandang Mikayla yang berada di dalam dukungan ku.

"Heyyy... Mikayla..." Sapa Amirul and terus mencuit pipi Mikayla. Mikayla tersengih menampakkan lesung pipitnya.

"Sayang... Boleh tak biyy nak dukung dia?" Soal Amirul. Aku terundur ke belakang.

"Jangan risau, Biy takkan bawak lari dia... Biy just rindu dengan anak kita.." Ujar Amirul and tersenyum nipis. Aku dengan teragak-agak terus memberikan Mikayla kepada Amirul.

"Comelnya anak papa ni..." Ujar Amirul and mengucup pipi Mikayla. Amirul memeluk Mikayla dengan erat. Mikayla ketawa mengekek. Entah ape yang kelakar.

"Mikayla sayang... Maafkan papa ea? Papa takde masa Mikayla dilahirkan... Maafkan papa..." Ucap Amirul and air matanya mengalir.

"Pa...Pa..." Ucap Mikayla dengan riang dan menepuk-nepuk tangannya. Aku tersentak. Mak aih! Selama ni tak pernah pun panggil aku dengan panggilan 'mama'. When duduk dengan papa dia, boleh pulak panggil 'papa'.

"Yer sayang... Papa ni..." Ujar Amirul and menggeselkan hidungnya dengan hidung Mikayla. Tanpa aku sedar, bibirku menguntum senyuman. Entah kenapa rasa sejuk jer hati aku tengok diorang...

"Sayang..." Panggil Amirul. Aku tidak menghiraukan dia dan terus masuk ke dapur. Amirul mengeluh kecil. Dia terus mengekori aku ke dapur.

"Ha... Duduklah Amirul..." Aju papa. Amirul mengangguk dan terus duduk di atas kerusi.

Tiba-tiba,

"Sorry lambat..." Sapa seseorang. Kitorang terus memandang orang itu. Abang Hafiz, Daddy, Airel and seorang perempuan. Aku terus memeluk abang Hafiz.

"Abang... Tak cakap nak datang..." Ujar ku. Amirul hanya memandang aku dengan sayu.

'Kenapa kau takleh nak rindu aku macam tu jugak, Mel?' Bisik hati Amirul.

"Abang sajer jer... Nak kasi surprise." Balas Abang Hafiz.

"Em... Bang.. Sape ni?" Soal ku kepada perempuan manis yang bertudung itu.

"My new wife and mama baru kepada Airel." Jawab Abang Hafiz. Mulutku ternganga luas.

"Wife?" Soalku dengan terkejut.

"Ha ah Mel... Sepanjang Mel takde ni, banyak benda yang berlaku.." Jawab Abang Hafiz.

"Hai Mel... Nama saya Aisyah.." Sapa Aisyah. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Aku terus bersalam dengannya seraya tersenyum manis.

"Ehh.. Duduk lah.." Pelawa ku.

"Maksu!!!" Rengek Airel. Aku terus memandang Airel.

"Ade ape sayang?" Soalku.

"Maksu kenapa tinggalkan paksu selama ni? Kesian kat Paksu... Nasib baik dia tak cari maksu baru untuk Airel." Rengek Airel. Aku terkedu. Semua orang ketawa. Aku memandang Amirul dengan tajam. Cehh! Kalau dia nak cari pengganti baru pun ade aku kisah?

"Jemput makan semua..." Ucap papa. Semua orang terus menikmati makanan.

"Emm.. Mehh sini Mikayla tu...Macam susah jer kau nak makan..." Ujarku dengan dingin kepada Amirul.Semua mata memandang ke arah kami.

"Ehh.. Takpe..." Balas Amirul seraya tersenyum.

"Ehh Mirul! Aku dah bagitau Zack suruh bawakkan pakaian kau kesini. Maybe pagi esok kot." Ujar Abang Hafiz. Aku tersedak.

"Hah?!" Jeritku. Semua orang terkejut.

"Ape benda ni?!" Soalku dengan bengang.

"Mel... Papa decide Amirul stay sini seminggu, sebab senang sikit papa nak berbincang dengan Amirul pasal kerja." Ujar papa.

"Hell No!" Bantah ku.

"Apesal tiba-tiba pulak?" Soalku. Papa terus mati kata-kata.

"Tiba-tiba ape bendanya? Memang selama ni Mirul selalu jugak lah stay sini." Jawab Abang Danish bagi pihak Papa. Semua orang mulai cuak.

'Jangan Mel syak sudah lah.' Bisik hati diorang.

"Ehh jap!! Camne Abang Danish tahu? Abang Danish pun jarang balik Malaysia kan?!" Soalku mulai syak sesuatu. Abang Danish tak tahu nak jawab apa.

"Emm...Mel... Abang Danial yang bagitau." Jawab Abang Danial bagi pihak Abang Danish.

"Haa.. Betul lah tu.." Balas Abang Danish.

Aku terus menyambung makan. Semua orang menghela nafas lega. Hampir kantoi!

[...]

Aku menuju ke ruang tamu selepas menidurkan Mikayla.

"Ehh... Mel.. Jom lah duduk sekali... Layan movie ni...Best.." Ajak Abang Danial.

"Mikayla dah tidur ker?" Soal papa.

"Dah." Jawabku.

"Sayang... Meh duk sini." Aju Amirul and menepuk-nepuk sofa di sebelahnya. Aku membuat muka dingin and terus melabuhkan punggung di sebelah Abang Danish. Papa, Abang Danial and Abang Danish memandang Amirul dengan simpati. Wajah Amirul sayu.

"Mel.. Papa nak cakap sikit ni." Aju papa.

"Cakap ape pa?" Soalku.

"Papa nak Mel kerja balik kat office kita boleh tak? Macam dulu-dulu?" Soal papa.

"Kesian dekat Zahirah and Amanda... Kerja banyak..." Ujar papa.

"Hmmm... Mel okey jer pa.." Jawabku.

"So bila Mel boleh start?" Soalku.

"Hmm... Dalam minggu depan." Jawab papa. Aku tersentak. Aip! Ni mesti nak suruh aku duduk dengan mamat ni lama-lama ni.. Haishh..

Amirul tiba-tiba bangun dari sofa.

"Mirul nak gi solat Isyak jap." Aju Amirul and terus pergi naik ke atas. Aku terkedu. Terdiam seribu bahasa. Amirul solat? What?!

"Pa... Mel tak salah dengar kan? Dia cakap dia nak solat tadi." Soalku dengan mata terbuntang luas.

"Mel... Dia dah lama solat... And, dia dah lama tinggalkan dunia mafia dia." Jawab Abang Danial. Mulutku ternganga luas.

"Serius lah?!" Soalku dengan terkejut.

"Mel... Takde benda yang mustahil.. Semua orang berhak mendapat peluang kedua. Mel, sedangkan Allah tu selalu memberi peluang kepada kita, apetah kita yang manusia ni, sape kita nak menghukum sesama sendiri?" Ujar papa. Aku tersentap. Like seriously? Papa ni macam nak perli aku jer.. Tapi, papa cakap tu macam ade betulnya juga.

"Papa pun nak gi solat ni, Mel dah solat ker?" Soal papa. Aku terkedu. Papa solat?! Wait...

"Papa solat? Sejak bila?!" Soalku dengan terkejut.

"Sejak Mel tinggalkan kami semua, kitorang dah mula berubah... Kitorang berubah apabila lihat kesungguhan Amirul nak berubah ke jalan yang benar." Terang Abang Danial.Aku terkedu. Papa and Abang Danial terus ke bilik untuk solat. Tinggallah aku dengan Abang Danish jer kat depan tv.

"Abang Danish dah solat ker?" Soal ku.

"Dah.. Mel?" Soal Abang Danish.

"Dah." Jawabku.

"Mel... Mel nak tahu tak movie ni mengisahkan tentang apa?" Soal Abang Danish. Aku mengangguk.

"Pasal heroin larikan diri when dia dapat tahu hero dia curang... Pastu dia decide untuk pergi... And nak tahu tak last last jadi macamana?" Soal Abang Danish and memandang aku.

"Macamana?" Soalku.

"Last last, hero dia mintak maaf dengan heroin. Tapi heroin buat derkk jer.. And hero dia mati.. Disebabkan ego heroin tu yang menggunung, hero tu mati, Mel... Masatu jugak lah, dia menyesal kesalahan dia... Tapi, kalau menyesal pun dah takde guna kan? Nasi dah jadi bubur." Ujar Abang Danish. Aku terkedu.

"Emm.. Mel naik atas dulu, bang.. Takut-takut Mikayla tersedar." Ujarku. Abang Danish mengangguk.

'Aku sayang kau, Mel... Aku pernah ada perasaan cinta kat kau, tapi... Aku buang semua perasaan tu, Mel... Sebab aku tahu, kebahagiaan kau hanya dengan Tengku Amirul Alexander.. Bukan aku.' Desis hati Abang Danish.

Sebaik sahaja aku ingin menguak pintu bilik, aku tersentak. Aku meletakkan telingaku di pintu.

"Ya Allah ya Tuhanku... Tolonglah panjangkan jodoh aku dengan dia ya Allah... Bukaklah hati dia untuk terima aku balik ya Allah... Aku tak sanggup nak lepaskan dia ya Allah... Aku tak sanggup nak hilang dia and anak aku lagi sekali, ya Allah... Berilah satu peluang untuk aku tebus balik dosa-dosa aku kepada isteri aku selama ni Ya Allah... Aku sayangkan dia, ya Allah..." Rintih Amirul. Aku kaku. Air mataku mengalir membasahi pipi. Aku menyandarkan belakang ku di pintu. Aku tak kuat...

Tiba-tiba,

Pintu itu terbuka luas, aku jatuh ke atas lantai. Haduhh!! Amirul yang usai membaca doa itu terus memandang aku.

"Sayang... Sayang okey tak ni?" Soal Amirul. Malu wei jatuh atas lantai! Haha.

"Emm.. Okey." Jawabku dengan dingin. Aku terus bangun dan pergi baring di atas katil.

"Sayang..."Panggil Amirul.

"Sayang... Biyy tahu biyy salah... Tak salahkan kalau sayang berikan peluang kedua untuk biy? Biy betul-betul menyesal, sayang.." Ucap Amirul dan air matanya mengalir. Aku tersentak. Aku terus membuka mataku and memandangnya.

"Berilah peluang kedua untuk biy, sayang..." Pinta Amirul. Aku masih diam. Amirul terus memeluk aku. Aku terkedu. Akhirnya, air mataku mengalir. Tangan aku terus menepis tangannya dengan kasar.

"Stop it Amirul!" Ujarku dengan tegas. Aku mengelap air mataku dengan kasar. Yes, aku takde niat pun nak buat macam ni, tapi.. Aku tak tahu kenapa aku rasa aku susah sangat nak berbaik dengan dia.. Hum.. Macam ni lah kalau hati dah tawar kan?😔

"Takpe, sayang... Biyy tunggu... Biyy tunggu sehingga sayang bukakan hati sayang untuk biyy.. Tak kisah lah lama mana pun sayang, biyy akan tunggu.." Ujar Amirul dengan sayu.

"Dah lah... Aku nak tidur... Ngantuk!" Ujarku perlahan tetapi kedengaran tegas. Aku terus menarik comfoter sehingga ke paras kepala.

Amirul mengeluh kecil.

"Biyy janji.. Biyy akan buat ape jer untuk sayang...Asalkan sayang maafkan biyy.." Bisik Amirul perlahan. Dia menyelak sedikit comfoter di kepalaku dan dia terus mengucup dahi ku dengan lembut. Aku terkedu. Aku rindu dia... Tapi, adakah aku ego?!


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C33
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión