Descargar la aplicación
81.25% DIA ANNOYING TAPI SWEET / Chapter 52: BAB 52:

Capítulo 52: BAB 52:

*DIKANTIN*

"Wassup Yow!" Tegur Delen. Macam biasa, kitorang akan makan sama-sama time rehat.

"Wei! Bak sini sambal belacan tu. Hadoi! Buat harta khazanah dia pulak." Perliku kepada Delen.

"Ek eleh! Kau nak pergi la ambik. Aku ambik untuk aku and Yahh jer ni." Ujar Delen. Aku pun merampas sambal belacan yang berada di dalam mangkuk itu. Sesi tarik menarik dah bermula.

"Aku nakk siot!" Marah ku.

"Ini aku punya!" Marah Delen.

"Woi! Woi! Woi! Kang terbang mangkuk sambal tu." Marah Yahh. Kawan-kawan ku yang lain menggelengkan kepala.

"Abang! Tengok ni! Delen taknak bagi." Rengekku. Delen membuat muka menyampah.

"Ek eleh. Mentang-mentang lah ade suami, mengada la tu." Balas Delen menyampah. Aku pun mengheret sambal belacan itu dengan kuat, and...

"NUR IREKA! DELEN!" Jerit Yahh. Ha! Sudah! Mati aku! Sambal belacan itu tertumpah di kain sekolah yahh. Mati la aku! Mesti dia naik hantu punya!

"Sorry." Ucap Aku and Delen serentak.

"Ha! Ayok! Tak tau! Yahh marahh!!" Sakat Yaa. Ash and Irshad takde, hilang entah ke mana dua ketul tu.

"Dah macamana dengan kain aku ni? Habis busuk bau belacan?!" Marah Yahh. Aku and Delen menundukkan kepala. Seperti anak-anak yang dimarahi ibunya.

"Takpe, aku tahu nak buat macamana." Jawabku.

Yahh memandang ku dengan bengang. Ada-ada jer alasan dia.

"Kau pakai kain saiz berapa?" Soalku.

"M." Jawab Yahh.

"Abang, nak pinjam phone jap." Pintaku. Nak keluarkan phone aku takleh, actually, just Adrian jer yang boleh bawak phone ke sekolah. Ni kan sekolah bapak dia. Kalau ikutkan, aku pun boleh, sebab ni kan sekolah bapak mertua aku. Tapi tu lah, mesti budak-budak lain hairan pulak kan?

"Nak buat ape?" Soal Adrian, hairan.

"Abang still save nombor PA sayang kan?" Soalku.

"Yes, why?" Soal Adrian. Banyak tanya la mamat ni.

Aku pun dengan laju menyelukkan tangan ku kedalam kocek seluarnya. Terkejut beruk dia dibuatnya. Agak-agak la Ireka, aku ajak kau, kau taknak, pastu nak main raba-raba dekat public ni.

"Rileks la. Sayang nak ambik phone abang jer pun. Bukan nak sentuh benda tu." Bisikku dan memuncungkan bibir.

"Hahaahhahahahahaha" Meletus ketawa kawan-kawan aku. Yahh yang tengah marah tadi turut ketawa. Tak, sekarang ni, ape yang lawak? Adrian dah blushing teruk...

Sebaik sahaja aku mendapat phone Adrian, aku terus call PA aku. Aku boleh percayakan PA aku, sebab PA aku dah berumur 25 tahun, perempuan. Kalau umur dekat-dekat dengan aku, memang tak la aku nak bagi Adrian save. Nanti perempuan tu goda suami aku macamana? Arhh! Merapu la kau ni Eka!!

"Hello! Tolong bawakan kain sekolah saiz M ke sekolah sekarang boleh tak?" Pintaku.

"Em, sekarang ker?" Soal PA ku.

"Erh tak, minggu depan. Boleh pula dia tanya, sekarang lah!" Perliku. Kadang-kadang takleh jadi baik sangat, nanti orang pijak kepala.

"Ok, Cik Eka. Saya datang sekarang." Balas PA ku. Aku pun terus mematikan panggilan.

Selang beberapa minit kemudian...

"Emm, mane Nur Ireka? Ade orang suruh saya hantarkan barang kat dia." Soal security guard.

"Saya!" Jeritku.

Dia pun terus meluru ke arah aku and memberikan kotak yang berwarna merah kepada ku.

"Thanks." Ucapku. Security guard itu pun terus berlalu pergi.

Aku pun membuka kotak itu and,

"Nah Yahh! Ambik ni!" Arahku. Kitorang still kat kantin...

"Hum, thanks." Ucap Yahh. Aku membalas dengan senyuman manis. Yahh menaikkan bebola matanya, tanda menyampah.

"Erh! Korang pergi naik kelas dulu, aku pergi teman Yahh tukar kain ni kat tandas jap." Ujarku.

Kawan-kawan ku mengangguk.

Kami pun mula berpecah, pada awalnya Yaa macam teragak-agak. Tapi aku mengenyitkan mataku tanda aku akan okey. Dia pun bersetuju.

Aku pun berjalan beriringan dengan Yahh.

"Asal kau senyap?" Soal Yahh hairan.

"Sape jer akan banyak cakap lepas dia buat salah?" Soalku kembali.

"Tahu pun salah. Ingatkan tak tahu salah." Balas Yahh dengan menyampah.

"Chill la Yahh! Aku terajang kang!"Sakatku.

"Kepala hotak kau! Aku terajang kau lekat kat dinding terus kang!" Marah Yahh.

"Muahahahahah! Lawak muka kau siott!" Ketawaku terbahak-bahak.

"Sial!" Marah Yahh.

"Rileks siot! Aku gurau jerlah!" Balasku dengan tawa yang masih tersisa.

Setibanya kami di tandas, Yahh terus masuk ke dalam tandas and aku tunggu kat luar. Takkan la nak masuk sekali kan? Kang orang cakap lesbian pulak! Naya!

"Hey you!" Sapa Isya dengan tubuh badannya yang lenggong lenggok menggedik di hadapan kawan-kawannya.

"Erh perempuan! Kau tak dengar ker aku panggil?" Soal Isya dengan bengang.

"Kesah pulak aku." Balas aku dan flip rambut ku.

"Hey! Kau ni memang kann!" Marah Isya.

"Memang ape? Cantik? Hot? Oh! Yes I am." Balasku dengan senyuman sinis.

"Haha! Can you believe it guys? Jom kita ajar perempuan ni supaya sedar diri sikit." Arah Isya.

Anak buahnya mula memegang tangan ku. Shit! Sekor lawan lima, memang mati la aku jawabnya.

"Kau sentuh aku, kau tahu langit tu tinggi ke rendah." Ujarku acah-acah berani. Anak anak buahnya tersentak and takut-takut memegang aku.

"Korang ingat, dengan sekali lafaz saje, korang boleh ditendang dari sekolah ni. Maklumlah, my dad kan Tan Sri Hafiz." Ujar ku dengan bangga. Keempat-empat anak buah Isya mula cuak apabila digertak oleh ku.

"Korang takyah dengar ape yang dia cakap! Now! Kita ikut plan kita." Ujar Isya dan tersenyum sinis. Alahai! Kenapa la malang sangat nasib Nur Ireka ni?

Anak-anak buahnya terus mengheret aku. Ahh! Anyone Help Me! Readers! Tolong Eka! Erh! Author melebih pulak. Hehehe.

Sebaik sahaja kami tiba di bangunan lama ni, aku mula cuak. Aduhh!

"Lepas la sial!" Marahku.

"Never dear, oh! I will let you go when you die." Jawab Isya dan tersenyum sinis.

Diorang pun menolak aku masuk ke dalam bilik makmal sains lama and mengunci pintu dari luar. Oh! Shit!

"Woi bodoh! Bukak pintu ni!!!" Jeritku.

Mataku melilau lilau sekeliling, tingkap tertutup rapat and takde udara langsung yang masuk.

"Ahhhh!" Jeritku, mataku mula berpinar pinar. Tak leh bernafas siot!

"Bukak! Sape sape! Tolong bukak!" Jeritku dengan berjuraian air mata.

Tiba-tiba, ade seseorang membuka pintu itu and aku terjatuh longlai.

"Eka! Eka! Kau okey tak ni?" Soal Syaza dengan cemas.

Dia pun mula merebahkan aku di atas lantai and menekan-nekan dadaku, seraya itu, dia membuat CPR.

'Uhuk! Uhuk! Uhuk!' Terbatuk-batuk aku dibuatnya.

Aku merenung wajah Syaza, asal dia tolong aku? Ker ni semua muslihat dia?

"Em, kau dah okey kan? Aku masuk kelas dulu." Ujar Syaza.

"Kenapa?" Soal ku dengan tercungap-cungap.

Syaza memberhentikan langkahnya and tidak menoleh ke arah aku.

"Kalau orang lain kat tempat kau pun aku akan buat benda yang same." Jawab Syaza.

Aku tertawa sinis. "Seriously? Kau biar betul? Bukanke kau dengan nenek nak kan aku mati?" soalku dengan ketawa yang dibuat buat.

"Huh, aku tak gila lagi nak bunuh darah daging aku sendiri. Aku tak gila macam orang tua tu." Balas Syaza and terus meninggalkan aku. Aku tersentak. Biar betul minah tu cakap macam tu tadi? Erh! Kesah pulak aku!

Aku pun terus meluru ke arah kelas. Setibanya aku,

"Eka! Kau pergi mane hah?!" Soal Yahh dengan bengang dan memukul perlahan belakang ku. Isya dah buat muka cuak. Takut kantoi la tuww

"Kau pergi mane wei?" Soal Ash bimbang.

"Eka! Bagitau aku! Ape jadi?!" Soal Yaa.

"Kenapa baju kau kotor?" Soal Adrian dingin. Ai! Lama dah aku tak tengok wajah harimau dia tu.

"Em, aku jatuh tadi." Dalihku.

"AKU TANYA KAU! SAPE YANG BUAT?!" Tengking Adrian. Aku tersentak.

"I_isya." Jawabku dengan gagap and air mataku jatuh. Takut wei, bila suami yang sweet nak mampoih jadi garang balik.

Adrian dengan laju pergi ke arah Isya dan

PANG!!

Tamparan yang kuat di berikan kepada Isya sehinggakan kepada Isya terteleng disebabkan tamparan yang kuat itu.

"APE MASALAH KAU HAH PEREMPUAN?!" Jerit Adrian.

"S_saya tak buat. Eka tipu." Isya cuba untuk mempertahankan dirinya.

Rambut Isya diheret kasar. "SEKALI LAGI HAL NI TERJADI, AKU TAKKAN TERAGAK-AGAK UNTUK BUAT LAGI TERUK DARIPADA NI!" Jerkah Adrian. Perhh! Dia punya jeritan tu, nak bergegar kelas ni dibuatnya.Hahaha.

"Adrian, dah lah tu!" Pujuk Irshad seraya mengheret tangan Adrian.

"LEPASLAH SIAL!" Jerit Adrian. Irshad tersentak. Asal Adrian dah jadi Adrian yang dulu? Bukanker dia dah berubah, Irshad pun mengerling ke arah aku... Oh! I see... Sebab dia risaukan Eka.

"Eka dah okey tu kan? Dah la tu!" Pujuk Irsyad.

Adrian pun mengerling ke arah aku yang berjuraian air mata.

Aduhh! Nangis pulak! Semak la!

Adrian pun terus keluar dari kelas meninggalkan kami semua.

PANGG!!!

Tamparan yang begitu kuat diberikan kepada Isya. Giliran Ash pula menampar Isya. Haha, kesian si ketot.

Irshad dengan laju mengheret Ash.

"Dah la tu Ash." Keluh Yaa. Ash tersentak. Aip, minah ni bercakap dengan aku? Aku ngigau ke ni?

Cikgu pun masuk ke dalam kelas and kami berlari duduk di tempat masing-masing.

#DI DALAM KERETA#

Keadaan di dalam kereta sunyi sepi, radio pun tak terpasang. Adrian berwajah dingin. Aku merenungnya dengan menyampah. Dah la tengking aku tadi..

"Kenapa kau tipu aku tadi?" Soal Adrian dingin. Ai! Ni tak berapa best ni kalau dia dah ubah panggilan 'aku and kau.'

Aku diam tak terkata.

Adrian break kereta dengan laju sehinggakan kepala aku hampir terhantuk dibuatnya. Buang tebiat ker mamat ni?

"AKU TANYA KAU! KENAPA KAU TIPU AKU TADI?!" Jerit Adrian dengan bengang.

Bangg!!! ( Stereng kereta dipukul dengan kuat)

"A-aku tak sengaja, maaf." Ucapku.

"ITU JERLA YANG KAU TAHU! TAK HABIS DENGAN MAAF!!!" Jerit Adrian. OMG! Tiba-tiba, dada ku terasa seperti senak and terlalu sakit. Aku memegang dada aku and sebelah lagi tangan ku memegang pintu kereta. Aku kenal sakit ni, aku kenal. Tak lama lagi aku akan bertindak diluar kawalan.

"KAU-" Terus mati kata-kata Adrian apabila melihat diriku yang tengah sakit. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.

"Sayang, sayang okey tak ni?" Soal Adrian dengan gelisah dan cuba memegang tangan ku.

"Sa_sakit" Balasku dan memejamkan mata ku.

"Sakit? Sakit kat mane?" Soal Adrian cemas. OMG! Dia takleh tahu, dia takleh tahu.

"Arghhhh! JANGAN SENTUH AKU SIAL!!" Jeritku. Adrian tersentak. Tak pernah lagi Ireka menyumpah kat dia.

Aku pun dengan laju menyeluk poket ku and mengeluarkan ubat paroxitine.

"A_air" Pintaku.

Adrian dengan laju mencari air mineral di seat belakang.

"Nah!"

Aku pun mengambil air di tangannya and meneguk air itu dengan rakus. Sebaik sahaja aku kembali tenang, tangan Adrian bergerak untuk mengambil ubat di tangan ku and aku terus menepis tangannya.

"Kau nak buat ape?" Soal ku.

"Bak sini ubat tu." Pintanya.

"For what?" Soalku, mulai cuak.

"Aku nak tengok!! Bak sini!!" Arahnya.

"No! Tak boleh! Kau tak berhak nak ambik tahu hal peribadi aku! Kau suami untuk sementara!" Bentakku. Adrian tersentak.

"Ape? Suami sementara? Huh, aku tak sangka kau sanggup cakap macam ni." Ujar Adrian dengan wajah tidak percaya. Aku pun kembali memasukkan ubat ku kedalam poket seluar.

"Mana taknya Adrian, kau buat aku macam patung, kau ambik aku time kau perlukan and kau buang aku bila kau rase tak diperlukan! Kau jerit-jerit kat aku! Kau lepaskan kemarahan kau kat aku! Aku ni sape bagi kau Adrian?!" Jeritku dengan berjuraian air mata.

Adrian tersentak and meraup wajahnya.

"Ok, look. Sayang. I'm sorry." Ucap Adrian.

"Kau.. Hiks..Hiks.. Kau jahat Adrian! Aku benci kau!...Hiks..Hiks..." Ujarku dengan tersedu sedan.

Adrian mula rasa bersalah and terus memeluk aku.

"Yer, yer, abang salah. Maaf sayang, maafkan abang." Ucap Adrian. Aku pun menangis semahunya di dalam dakapan Adrian, habis basah lencun bajunya. Tapi wangi wei bau perfume dia. Ehh! Sempat lagi eh kau Eka.. Hehe

"Lepaslah! Aku nak balik!" Arahku, acah-acah merajuk. Ha! Selalunya kau yang merajuk and aku yang jadi pemujuk kan? Haa, sekarang biar aku pulak yang merajuk and kau yang jadi pemujuk. Rasakan Adrian!🙄😂


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C52
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión