Descargar la aplicación
80% The World Of Fantasy: Arynniel / Chapter 8: DIHALAU DARI RUMAH?

Capítulo 8: DIHALAU DARI RUMAH?

Niel berjalan perlahan tanpa hala tuju selepas kejadian tersebut berlaku. Sedih? Menyesal? Ya! itu apa yang dirasainya tatkala ini. Sungguh dia menyesal apabila melakukan hal tersebut dan dia menyesal apabila hanya mengikut kata hati semata-mata. Sepatutnya dia berfikir dengan lebih waras sebelum melakukannya dan sekarang hidup sehelai sepinggang. Apa je yang dia ada? Kosong. Langsung tak ada apa-apa.

FLASHBACK

Hairan Serra apabila melihat riaksi wajah rakan-rakannya setelah meminum air yang dihidangkan. 'Kenapa ni? tak sedap ke? habislah aku kalau diorang kata tak sedap. Budak tak guna tu memang nak kena! kau tunggu budak!' bisik hatinya yang sudah mula risau apabila melihat riaksi teruk diberikan oleh mereka.

"Puihhhhhh...! Air apa yang anak kau bagi ni Serra?!" Air di dalam mulutnya disembur ke arah Serra yang duduk tepat di hadapannya.

Terkejut Serra apabila disembur sebegitu oleh rakannya. 'Mati kau budak..! Kau tunggu..!!' jeritnya dalam hati.

"Tak sangka pulak aku yang kau ni miskin. Bukan selama ni kau kata kau kaya ke? Takkan gula pun tak mampu nak beli..?!" kata salah seorang dari mereka lalu menuangkan air tersebut ke arah Serra yang berada di sebelah kirinya.

"Entah..! Gula yang RM 2.50 tu pun tak mampu nak beli..? Dahlah kopi guna ulang-ulang tah dah berapa kali guna pun tak taulah. Selama ni bukan main acah kaya. 5 tahun kitaorg ditipu hidup-hidup dengan kau ni" kata seorang lagi dari mereka.

"Kejap-kejap..! apa salah aku? kenapa dengan kopi tu?" Tanya Serra yang sudah hampir hilang sabarnya apabila diperlakukan sebegitu namun oleh kerana mereka bertiga itu adalah "lubuk emas" baginya maka terpaksalah dia bersabar jika tidak hilanglah separuh daripada punca hartanya.

"Dahlah! Jom balik buat apa duduk rumah buruk macam ni aircond pun tak ada dah lah panas" Ajak wanita berkebaya itu.

"Mulai harini jangan cari kitaorang lagi..!" Pesan wanita yang memakai dress paras lutut tersebut.

"Babeee..!! kejap..!! Macam mana dengan kita punya 'girls out day' ?" Cemas dia memanggil semula rakan-rakannya.

"Lupakan semua tu! Kau bukan kawan kitaorang!"

"Waitt..! I can explain this..!"

"Kitaorang tak nak explanation kau tu. Simpan jelah dasar miskin..!"

"Patutlah dari mula kitaorang sampai rumah ni tadi kitaorang rasa pelik rupanya huh.. dasar penipu kata tu rumah peninggalan nenek padahal tu rumah kau dengan suami kau tu kan"

"Enough ladies..! Laki bini sama je dua-dua jalang, penipu! patutlah dapat anak pun gitu huh"

"Jom, tak payah layan dah perempuan gila ni. Dah berapa banyak kali dia tipu kita pun kita tak tau"

Terdiam Serra apabila diherdik sebegitu. Amarahnya kini sudah tidak dapat ditahan lagi. "Niel..!!! Oi.. anak haram mana kau haaa?!" jeritnya lantang sejurus sahaja mereka bertiga keluar dari kawasan rumahnya.

Niel yang memerhati di balik dinding yang memisahkan dapur dan ruang tamu itu mula cuak apabila melihat adegan-adegan tersebut di hadapannya.

"Habislah.. tamatlah riwayat hidup aku kali ni. Tulah kau buat masalah lagi. Padan muka kau sekarang Niel.. haihhh" Pasrah Niel berbisik sendirian.

Tarik nafas..

Hembus..

Tarik..

Hem-..

"Niel..!!! Oi.. anak haram mana kau haaa?!" Jelas kedengaran di telinganya tatkala dia masih lagi cuba untuk bertenang.

Perlahan Niel mengatur langkahnya ke arah ibunya. Kepalanya yang sudah sedia tunduk semakin ditundukkan apabila terlihat wajah ibunya yang tidak ubah seperti seekor singa yang kelaparan dan dikejutkan dari tidur secara tiba-tiba. Seram! Lagi seram dari mana-mana hantu yang pernah dilihatnya.

"Ya, ibu" Perlahan sahaja suaranya dilontarkan.

"Haa.. sampai pun anak ibu ni. Mana pergi? Dari tadi ibu panggil kenapa tak jawab sayang?" Lembut suaranya berbicara lalu tangannya memegang bahu anaknya, Niel.

"Tak tadi Niel kat belakang. Kat dapur" Hairan Niel dengan kelakuan ibunya yang berubah daripada singa menjadi kucing.

"Sayang, kenapa pandang bawah? Tak sudi ke nak pandang ibu? Kan ibu tengah bercakap ni hmm" Sekali lagi suaranya lembut kedengaran di halwa telinga Niel. Sebelah lagi tangannya mengangkat dagu Niel mendongak ke atas dengan lembut. Senyum mesra ditunjukkan buat anaknya.

"I..ib..ibu?" Tergagap-gagap Niel berkata apabila diperlakukan sedemikian.

"Ya, sayang. Kenapa?" Tangan yang memegang bahu itu beralih ke rambut pula. Dengan perlahan rambut anaknya dibelai dengan penuh kasih sayang.

"Ta.. tak ada apa-apa" Serentak dengan itu rambutnya ditarik dengan kuat begitu juga dengan dagunya yang dicengkam kuat oleh ibunya. Kuku ibunya yang panjang dan tajam itu telah menyebabkan mengalirnya darah merah membasahi tangan yang mencengkam itu.

"S..sa..sakit" Sedaya upaya Niel cuba untuk mengelak namun kekuatannya terbatas. Dia tak mampu untuk melawan kekuatan ibunya. Pasrah. Niel hanya pasrah dan reda dengan apa yang bakal terjadi terhadap dirinya selepas ini.

"Rasakan ni budak haram! Dasar anak haram! kau kalau dalam sehari tak menyusahkan aku tak boleh ke ha?!" Nyaring suaranya menjerit tepat di telinga Niel lalu tangannya semakin kuat mengenggam rambut anaknya sehingga menyebabkan beberapa helai rambut yang digenggam itu tercabut secara tak langsung kulit kepala Niel turut dibasahi oleh darah apabila kukunya ditekan semakin kuat ke dalam.

"Arghhhh...!!!!" jerit Niel dengan suara yang tersekat-sekat. Lemah. Sungguh lemah dirinya apabila berhadapan dengan ibunya. Dia tak mampu untuk melawan ibunya sendiri.

Wanita itu melepaskan cengkamannya lalu menolak Niel ke bawah dengan kasar sehingga kepalanya terhantuk di tepi bahagian bucu tingkap.

Niel mengetap bibirnya dengan kuat agar tidak melepaskan sebarang jeritan. Dia cuba untuk berdiri namun ibunya yang keluar sebentar itu telah kembali dengan kasut tumit setinggi 8cm di kakinya.

Tanpa sebarang amaran tubuh Niel yang sedang cuba untuk bangkit berdiri ditendang kuat olehnya. Sekali lagi kepala Niel terhantuk kuat di tepi bucu tingkap.

"Kau nak kemana hah..?! Baru sikit dah macam ni? Kau ni jantan ke betina? Dasar anak haram...! Lemah..! Tak guna..!" Dengan perlahan dia menekan perut anaknya menggunakan kasut tumit tingginya itu dan semakin lama semakin kuat. Sengaja dia mahu menyiksa anaknya sebegitu.

"Uhukk uhukk..!!" Darah yang sudah mengalir keluar semenjak dari tadi bertambah teruk dan Niel sudah kehilangan banyak darah apabila dirinya secara perlahan-lahan memuntahkan darahnya tanpa henti apabila dipijak berkali-kali.

Beberapa jam dirinya puas memijak, memukul, menendang, menampar, mencengkam, atau lebih tepat menyiksa anaknya, Niel dia berhenti lalu mengambil kesemua barangan Niel dan Niel dihalau keluar olehnya. Namun sebelum dia menghalau anaknya sempat dia menyimbah asid kepada Niel.

'Arghhhhhhh...!!!' terkedu Niel apabila disimbah dengan asid. Dia menahan suaranya daripada terus keluar bersuara. Cukup baginya menjerit di dalam hati kerana risau jika jiran-jiran di sekeliling rumah mereka sedar apa yang terjadi di rumahnya. Dan dia juga risau jika maruah dan nama baik ibunya tercemar kerananya.

"Keluar kau dari sini anak haram..! Aku tak pernah ada anak macam kau..! Jangan kau pernah jejak kat rumah ni lagi..!" Tubuh Niel yang lemah itu ditolak keluar.

"i..ib..ibu"

"Dan jangan pernah sesekali kau panggil aku ibu lagi..! Berambus..!!" Segera pintu rumahnya dikunci dan ditutup rapat.

Sayu hatinya apabila wanita yang dianggap ibu kandung itu berkata sedemikian di hadapannya. Dengan kudrat yang masih ada, Niel cuba untuk berdiri dan berjalan tanpa hala tuju.

"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana kau masih memberi aku kesempatan untuk bernafas di muka bumi-Mu ini. Terima kasih Ya Allah, aku bersyukur engkau masih belum mencabut nyawaku yang masih penuh dengan dosa ini. Aku bersyukur diberikan peluang untuk bertaubat kepada-Mu Ya Allah". Sujud syukur dilakukan apabila melihat satu sudut yang agak bersih. Air mata kesyukuran mengalir di pipinya.

END FLASHBACK

"Dan sekarang aku nak kemana?" bisiknya sendirian sambil berjalan perlahan dengan tubuh badan yang masih dipenuhi darah yang mengalir tanpa henti.

-To Be Continue


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C8
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión