Descargar la aplicación
30% Hanya si Dia / Chapter 6: Bab 6

Capítulo 6: Bab 6

Tuan Shariz mengepal geram penumbuknya. Puan Fatimah hanya mampu menangis apabila mendengar jeritan menantunya tadi. Ira memandang kedua ibubapanya sebelum di pandang pintu bilik abangnya di tutup rapat. Dia memandang lama pintu bilik abangnya. Abangnya sudah melampau!

↪↩↪↩↪↩↪↩

Wanie yang baru bangun dari tidurnya di capai hpnya yang asyik berdering. Tapi dia nampak tubuh seseorang yang sedang berdiri di hadapannya. Afif menutup deringan jam dari hp Wanie. Wanie terus bangun dari baringnya. Belum Wanie bangun dari birai katil, Afif memegang tangan Wanie. Wanie memaling mukanya, walaupun dia tidak beberapa nampak objek di hadapannya tapi dia lagi tak sanggup lihat muka Afif yang cuba merayu padanya.

"Sayang.. Abang minta maaf." Afif mengusap lembut tangan Wanie. Afif menarik baju lengan Wanie ke atas. Dia melihat ada beberapa garisan merah di seluruh lengan Wanie. Afif menggigit bibir bawahnya geram.

"Abang tak dapat nak kawal perasaan abang." Afif menutup semula lengan isterinya. Afif memandang Wanie yang tidak pandang langsung padanya.

"Abang janji kali ni.. Abang tak akan buat lagi.." Afif menarik bahu Wanie menghadapnya. Wanie mengetap bibirnya geram. Di pandang ke arah suaminya.

"Wanie tak perlukan janji.. Wanie nak abang lakukan. Cakap sahaja tak guna abang." Wanie terus bangun dan menuju ke tandas. Dia berjalan perlahan-lahan memandang sekeliling. Dia tidak tahu apa dah jadi dengan wajahnya kini. Afif terdiam apabila melihat wajah isterinya tadi. Dia mengetuk kepalanya kuat.

Wanie yang sudah ada dalam bilik air menuju ke arah cermin. Dia langut mukanya ke atas. Matanya terasa berat untuk buka. Dia melihat muka yang teruk dari semalam. Kedua belah matanya bengkak teruk. Begitu juga dengan pipi dan bibirnya. Lebam yang semalam yang sudah nak surut, lagi bekak teruk. Wanie terduduk di lantai, di peluk kedua kakinya.

Dia menyebamkan mukanya di sebalik kakinya. Dia menangis sepuasnya di dalam bilik air. Afif berjalan lemah menghampiri pintu bilik air. Dia dengar tangisan isterinya, dia memandang geram pintu tandas. Dia ingin peluk isterinya kini.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Wanie yang berdiri di balkoni sambil melihat dunia luar. Matanya di pejam di hirup angin tengah hari. Dia buka matanya walaupun tak dapat buka luas. Cukuplah dia dapat melihat pokok-pokok yang di tanam oleh baba mertuanya. Wanie senyum melihat jenis pokok yang berada di hadapannya.

Semasa Wanie sedang sibuk memerhati suasana cantik di hadapannya. Seseorang menyentuh bahunya. Wanie mengerut dahinya, kalau tak silapnya Afif mana balik lagi waktu ni. Wanie pusingkan kepalanya melihat siapakah orangnya. Tapi dia tak nampak jelas. Di angkatkan kepalanya ke atas tak dapat Wanie nak melihat siapa orangnya. Ada orang memeluk dirinya.

"Maafkan ummi, Wanie." Wanie yang dengar suara dia dah tahu siapa. Dia turut peluk Puan Fatimah. Dia turut nangis seperti Puan Fatimah.

"Boleh Wanie tanya ummi dan baba sesuatu?" Wanie hanya menunduk. Kalau dia tengok hadapan pun bukan boleh nampak jelas dua orang mertuanya.

"Anything for you. Baba sedia menjawab." Tuan Shariz memandang menantunya yang duduk di sebelah isterinya. Puan Fatimah mengangguk dengar kata-kata Tuan Shariz.

"Abang Fif pernah kah jadi macam ni sebelum ni?" Wanie masih menunduk. Puan Fatimah pandang suaminya, begitu juga dengan Tuan Shariz.

"Ini kali pertama baba tengok anak baba macam itu Wanie. Ini kali pertama." Jawapan Tuan Shariz memberi panahan di dalam hati Wanie.

'Kali pertama? Maknanya.. Abang Fif sengaja nak pukul aku? Atau.. Dia jadikan aku punching bag dia? Lepaskan geram dekat orang lain.' Wanie mengetap bibirnya perlahan. Kepalanya semakin menunduk. Sebak dengar jawapan dari ayah mertuanya.

"Ummi tak tahu macam mana Afif boleh jadi macam tu. Selama ni dia seorang yang penyayang dan bukan seorang yang kaki pukul." Puan Fatimah turut sebak dengan perangai berubah anaknya. Tak pernah dia nampak anaknya macam ni.

"Ummi, baba.. Wanie masuk dalam dulu. Nak solat zohor." Wanie bangun dari sofa dan berjalan perlahan menuju ke bilik suaminya. Dia bersandar di belakang pintu setelah di tutup rapat pintu. Badannya mula turun perlahan jatuh duduk atas lantai. Wanie menggenggam rambutnya geram. Semua orang tertipu dengan lakonan Afif dengan dia sekali terkena dengan lelaki yang sudah jadi suaminya, dan sekarang dia lah mangsa Hafif Shakir.

Afif balik rumah, salam di berinya. Puan Fatimah berjalan ke arahnya.

"Afif ummi nak cakap dengan kamu." Afif memandang wajah ummi, Afif senyum kepada Puan Fatimah.

"Cakaplah ummi. Fif dengar." Afif senyum sekali lagi kepada Puan Fatimah.

"Sudahlah kamu pukul isteri kamu. Ummi tengok dah tak nampak wajah dia. Kamu tak ada belas kesian ka?" Puan Fatimah memegang tangan anak sulungnya. Afif memandang Puan Fatimah lama.

"Wanie keluar bilik?" Mata Afif melihat pintu biliknya yang tutup. Afif lepaskan tangannya perlahan dari pegangan Puan Fatimah. Belum Afif bergerak kakinya menuju ke biliknya. Puan Fatimah memegang lengan Afif. Afif memandang tangan Puan Fatimah sebelum memandang wajah umminya.

"Jangan pukul isteri kamu lagi Fif. Ummi merayu.. Ummi yang ajak dia keluar dan ummi yang masuk bilik kamu.. Ummi guna kunci pendua buka pintu bilik kamu. Isteri kamu tak salah Fif. Tolong jangan pukul dia lagi. Ummi merayu Fif." Afif memandang wajah tua umminya. Afif memandang semula kepada pintu biliknya.

"Fif nak tengok isteri Fif, ummi." Afif melepaskan tangannya dari tangan Puan Fatimah. Puan Fatimah memandang anaknya yang berlalu pergi.

Afif membuka perlahan pintu biliknya dan dia masuk perlahan dalam biliknya. Dari luar dia dengar suara isterinya. Dia melihat isterinya sedang membaca doa dan terselit dengan tangisan. Afif meletak beg kerjanya di sebelah meja kerjanya. Dia melangkah ke arah isterinya, dia duduk betul-betul di belakang isterinya. Selepas Wanie mengaminkan doanya. Afif terus peluk isterinya dari belakang dan meletakkan dagunya di bahu kanan Wanie. Wanie terdiam dengan situasi sekarang.

"Abang minta maaf sayang." Afif pejamkan matanya tanpa dia tahu. Satu titisan jatuh dari mata kiri. Sungguh dia rasa bersalah dengan isterinya. Wanie hanya diam.

"Abang rindu nak peluk sayang macam ni." Afif senyum dengan hingusannya yang terasa ingin jatuh. Di rapatkan pipinya dengan kepala Wanie. Pelukannya di eratkan. Wanie hanya diam, tidak tahu membalas apa.

"Sayang.." Afif memanggil isterinya. Dia melihat sedikit wajah Wanie.

"Izinkan abang perbetulkan kesilapan abang." Afif cuba mencari mata Wanie. Wanie memusingkan kepalanya ke arah kiri. Dia tak sangup untuk melihat wajah Afif. Afif yang melihat pergerakan kepala Wanie, dia diam. Tetapi pelukannya tak pernah renggang masih kekal seperti tadi. Kepalanya di manjakan kepada kepala Wanie. Wanie pejam matanya rapat-rapat. Dia tak nak di tipu lagi.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C6
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión