Descargar la aplicación
68.08% Love Between Choices / Chapter 32: Bah. 8: Dilanda hujan panas

Capítulo 32: Bah. 8: Dilanda hujan panas

Kaki Haris telah membaik. Aisyah akhirnya dapat bekerja seperti biasa dan dia tidak perlu lagi bermalam di rumah Haris. Dia sangat senang hati kerana tidak perlu melayan karenah Haris yang kuat mengarah dan menjengkelkan itu.

Suatu malam itu dia melepak dengan Hakim dan Amir di suatu restoran makanan segera terkenal. Amir membawakan banyak makanan untuk mereka dan Aisyah sangat senang hati dengannya. Dia seronok dapat makan dengan banyak dan tidak henti-henti bersungut pasal bosnya itu sepanjang menikmati makanan tersebut.

"Kalian, thank you for tonight." Aisyah mengucapkan penghargaannya kerana meluangkan masa untuk mendengar masalahnya itu.

"Kenapa bos kau buli kau lagi, ke?" tanya Hakim yang sangat mengetahui mengenai hal tersebut.

"Kalian tahu, tak? Betapa pernahnya aku selama beberapa hari ni?!" sungut Aisyah apabila mengenangkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh Haris.

"Melayan karenah si bossy doctor tu? Seriously, penat!" bentaknya lagi.

"Kalau tak sebab aku kena bayar denda, dah lama aku batalkan kontrak kerja dengan dia tu!" sambung Aisyah lagi.

"Banyak, ke? Kena bayar?" tanya Amir yang tertarik untuk membantu Aisyah mengendalikan masalah itu,

"Banyaklah! Aku kena bayar full fee yang dia bayar pada agensi. Kau rasa?" balas Aisyah.

"Setakat beberapa ribu je, aku boleh pinjamkan kepada kau." Amir memberikan jaminan untuk membantu Aisyah itu.

"Ini bukan pasal duit je. Aku juga akan kena blacklist dari agensi tu juga. Mana aku nak cari kerja semudah kerja aku sekarang ni?!" jelas Aisyah yang menyukai skop kerja namun tidak majikannya.

"Kau kerja kat umah aku je. Aku bayar kau dua kali ganda," ujar Amir.

"Kau gila? Kau nak aku pinjam duit dari kau untuk batalkan kontrak. Lepas tu, kaun nak aku kerja dengan kau?" ujar Aisyah hampir separa menjerit kerana hilang kata dengan idea Amir itu.

"Aku tahulah kau kaya. Tapi aku tak semurah tu," sinis Aisyah lagi.

"Dah tu?" soal Amir yang mati akal untuk membantu Aisyah.

"Bertahan jelah." Hakim berkata selamba.

"Walau dia lagi cerewet dari mak mertua, aku akan cuba bertahan." Aisyah akur dengan takdir yang telah terhampar untuknya.

"Kau pernah tinggal dengan mak mertua, ke?" soal Amir yang masih ingin mengusik Aisyah.

"Tak pernah lagi. Tapi dalam drama-drama, dia sebiji macam mak mertua dalam drama pukul tujuh tu." Aisyah berkata sebaik merasai situasinya itu seperti anak menantu yang dibuli oleh mak mertua seperti drama yang ditayangkan di kaca TV.

"Ya, ke?" soal Hakim yang kurang pasti mengenai hal tersebut.

"Apa nama mak cik tu? Mak Leha?" ujar Aisyah lagi saat teringat watak mak mertua suatu drama yang pernah tertayang di kaca TVnya.

Tanpa dia mengetahui, Haris sedang berjalan menuju ke bilik air di restoran yang sama dengan Aisyah itu. Dia mengecam susuk tubuh Aisyah yang duduk di suatu penjuru restoran dan tidak jauh dari bilik air itu. Dia terhenti di koridor dan terdengar akan rungutannya itu. Dia tidak dapat menahan dirinya dari bengang sebaik mendengar semua itu lalu membatalkan niatnya untuk ke bilik air dan kembali duduk di meja bersama-sama rakan baiknya itu.

"Dia kata aku macam mak mertua?" gerutu Haris sebaik duduk di hadapan rakannya.

"Huh? Apa yang kau kata, Haris?" soal rakan baik sebaik mendengar Haris seperti berkata sesuatu.

"Tak ada apa," nafi Haris bersahaja.

"Nas, kau rapat, ke? Dengan tunang Lock?" soal Haris yang cuba mengalihkan topik perbualan mereka.

"Kau pun tahu, sebelum Lock bercinta dengan dia, mereka lama dalam friendzone. So, kami semua berkawan baik. Kenapa?" jelas Nas.

"Tak ada apa. Tanya je," ujar Haris lembut. Dia terdiam sejenak berfikir.

"Jadi, aku jelah yang dia tak kenal?" soal Haris.

"Haah, tapi Lock selalu cerita pasal kau pada dia. Lagipun kau yang paling rapat dengan Lock," ujar Nas yang menyedari Lock dan Haris sangat rapat sejak di bangku sekolah kerana mereka berkongsi bilik asrama yang sama dan saling bergantung antara satu sama lain sepanjang kepimpinan mereka pada zaman persekolahan mereka.

"O~~!" Haris hanya mampu mengiyakannya.

"Kau nak jumpa dia, ke? Aku boleh try contact dia. Lagipun kami biasa lepak sama," soal Nas yang mengetahui Haris berkenan ingin berkenal dengan gadis yang telah menambat hati rakan baiknya itu.

"Just sejak Lock meninggal, dia likely lost contact. Akupun tak tahu apa terjadi pada dia lepas accident tu," jelas Nas.

"Tak apalah. Biarlah. Maybe suatu hari nanti," ujar Haris bersahaja. Walau dia ingin mengenali gadis yang telah dipilih oleh rakan baiknya itu sebagai teman sehidup semati, tapi dia takut untuk bersemuka gadis itu kerana rasa bersalahnya terhadap Lock.

Dia menyesali keputusannya ketika itu dan menyebabkan dia tidak lagi berkesempatan untuk melihat mahupun berbual dengan rakan baiknya itu. Kemudian, mereka beredar selepas selesai makan.

Haris berbaring di atas katil dan terkenang akan sungutan Aisyah kepada rakan-rakannya itu.

"Aku kejam sangat, ke? Sampai kau kata aku macam mak mertua?" omel Haris saat memikirkan kata-kata Aisyah itu.

"Mak Leha? Mak Leha tu siapa? Mak mertua dia, ke?" soal Haris yang berasa ingin tahu gerangan yang disebut-sebutkan oleh Aisyah itu.

"Setahu aku, dia bujang." Haris mencomel lagi ketika teringat akan profil Aisyah ketika dia memilih calon pembantu rumahnya dari agensi itu.

"Ke, dia dah berpunya?" soal Haris yang memikirkan kemungkinan Aisyah telah mempunyai kekasih atau bertunang.

"Kalau dah berpunyapun, apa kaitan dengan aku?" sungut Haris sebaik menyedari fikirannya semakin bercelaru dan asyik mengambil peduli hal Aisyah yang tidak berkait dengan dirinya.

"Haris, kau dah gila, ke? Kenapa kau nak kisah pasal maid kau pula?" sambungnya sambil bingkas mengetepikan selimutnya akibat kepanasan.

Dia duduk di sisi katil dan cuba menenangkan fikiran serta menyamankan badan yang tiba-tiba terasa hangat. Dia duduk merenung lantai dan selepas sejenak terdiam, dia mengomel sendiri, "Tapi benci sangat, ke? Dia dengan aku? Sampai nak cancel contract."

Haris berasa sedikit hampa saat mengenang kebencian Aisyah pada dirinya. Pada dirinya, dia berasa selesa dengan layanan yang diberikan Aisyah dan tidak mengetahui sikapnya dan aturannya membuatkan Aisyah berasa jengkel kerana dia terbiasa tinggal sendiri dan kurang bergaul dengan orang. Maka, dia tidak menyedari jika caranya berhubung dengan Aisyah ada yang telah menyinggung perasaan Aisyah.

Mungkin disebabkan cara hidup Haris yang bertentangan dengan Aisyah membuatkan Aisyah merasai aturannya terlalu mengarah dan menjengkelkan. Haris adalah seorang teratur dan sentiasa mempunyai aturan yang tetap, maka dia turut ingin orang di sekitarnya seperti dirinya kerana tidak mahu menjejaskan kehidupan sehariannya.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C32
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión