Descargar la aplicación
27.65% Love Between Choices / Chapter 13: Bah. 6 : Menjugel pilihan

Capítulo 13: Bah. 6 : Menjugel pilihan

Malam itu, sekembali mereka ke vila mereka, Hakim berpesan kepada Aisyah dan Amir untuk tidak mengganggunya dan meminta mereka untuk berehat sahaja keesokan pagi kerana sejak beberapa hari yang lalu, mereka asyik berkunjung ke banyak tempat. Maka, dia ingin menikmati sedikit rehat akibat kepenatan.

Aisyah duduk sendiri di biliknya pagi itu sambil merenung ke luar jendela. Aisyah mencapai tas tangan dan mencari-cari sesuatu di dalam bag itu. Dia mengeluarkan sebuah telefon bimbit dan memeriksa telefonnya yang lama tidak diaktifkan itu.

Dia menyambung rangkaian Wi-Fi ke perantinya itu dan ketika itu banyak notis masuk dan terus masuk. Selepas seketika, tiada lagi notis yang masuk. Tiba-tiba, telefonnya bergetar kembali lalu dia memeriksa suatu notis dari WhatsApp yang terbaharu dan terkejut saat membaca bait-bait mesej itu.

"Ayah masuk hospital. Kena strok. Along baliklah," bait-bait mesej itu.

Aisyah cemas dan dia menjadi tidak keruan. Tangannya mula menggigil kegelisahan. Dia mula mengurut-ngurut tangannya itu sambil berfikir. Namun semakin dia berfikir semakin dia tidak tenteram.

Dia segera mengemaskan barang-barangnya tanpa teragak-agak lagi. Hakim tercari-cari akan kelibat Aisyah yang pagi itu untuk mengajaknya bersarapan bersama-samanya. Akibat panggilannya tidak bersahut malah ketukan di pintu turut tidak diendahkan, dia kemudiannya menerjah masuk ke bilik Aisyah akibat khawatir.

"Kenapa ni? Berkemas ni, nak ke mana?" soal Hakim saat melihat Aisyah terburu-buru merapikan barang-barangnya ke dalam bagasi.

"Ayah aku… kena strok. Aku kena balik sekarang!" omel Aisyah yang masih berserabut mengemaskan barangnya.

"Okey, okey, bertenang. Kita balik Malaysia. Jangan risau, okey? Bertenang," pujuk Hakim cuba menenangkan Aisyah.

Aisyah akur dan cuba menenangkan fikirannya. Dia mengemaskan barangnya dengan tenang. Hakim keluar dari bilik Aisyah dan menemui Amir untuk memaklumkan keadaan Aisyah itu. Amir turut bersetuju untuk pulang bersama-sama mereka.

Mereka mendapatkan tiket penerbangan yang terawal dengan bantuan Amir. Akhirnya, mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mereka segera menahan teksi dan pergi hospital.

Aisyah menghubungi ahli keluarga sebaik tiba di ruang legar hospital dan Angah datang menemuinya. Kemudian, mereka menziarahi ayahnya di wadnya. Aisyah terkejut melihat kondisi ayahnya itu.

"Apa yang berlaku?" soal Aisyah saat mendekati katil ayahnya.

"Along pergi tak sampai seminggu. Ayah dah sakit macam ni," omel Aisyah sambil memegang erat tangannya dengan matanya berkacakan air mata.

Ibu yang terkejut melihat Aisyah yang menerjah masuk ke wad itu, hanya berdiri kaku di sisi katil ayahnya. Kemudian, dia perlahan-lahan memeluk anaknya dari belakang.

"Along, ..." panggil ibu denga mengalirkan air mata akibat kerinduan.

"Doktor kata sebab ayah terlalu stres. Darah tinggi dia naik and kencing manis diapun naik. Itu sampai kena heart attack dan strok macam ni," jelas Angah ketika kakak dan ibunya masih berpelukan.

"Ayah, ..." panggil Aisyah sambil teresak-esak menahan hiba ketika dalam dakapan ibunya dan menatapi wajah ayahnya pucat lesi itu.

Aisyah menoleh ke wajah ibunya lalu perlahan memanggilnya dan berkata dengan tersedu-sedu, "Ibu, ... maafkan Along. Semua ni berlaku sebab Along."

Dia menyayu saat mengenangkan keadaan keluarganya sejak kemalangan itu berlaku.

"Semua ni ketentuan-Nya. Bukan salah sesiapa," pujuk ibu lembut sambil mendakap anaknya itu.

Selepas seketika, mereka kembali bertenang. Angah dan Su hanya memerhatikan dua lelaki yang bersama-sama Aisyah sejak tadi. Begitu juga dengan Hakim dan Amir yang hanya berdiam diri memerhatikan Aisyah dan keluarganya.

"Oh ya, Along. Siapa dua lelaki ni, Long? Kawan kamu, ke?" soal ibu yang berasa ingin tahu melihat dua gerangan lelaki tampan yang berdampingi anaknya itu.

"Assalamualaikum, Mak Cik. Saya Hakim. Kami kawan Aisyah," balas Hakim.

"Saya Amir, Aunty." Amir turut memperkenalkan dirinya.

"O~." Ibu tidak berbual panjang kerana fikirannya masih bercelaru dengan keadaan yang menimpa suaminya itu. Dia menatapi tubuh suaminya itu dan wajahnya terlihat kebimbangan dan kegelisahan.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C13
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión