Descargar la aplicación
82.35% M.A.G.I.X [ MALAY ] / Chapter 14: ELEMENTAL 12 : SEKOLAH

Capítulo 14: ELEMENTAL 12 : SEKOLAH

" Kakak, Izzat gerak pergi sekolah dulu ea ! " Izzat melaung sambil duduk mengikat tali kasut sekolahnya yang berwarna putih.

Hari ini, 3 Januari 2017 bermula persekolahan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh negara Malaysia setelah hampir sebulan lebih bercuti akhir tahun. Termasuk Izzat yang merupakan pelajar tingkatan 3 tahun ini.

Izzat berdiri lalu membersihkan debu-debu pada belakang tubuhnya setelah duduk di lantai hadapan rumahnya. Kemudian dia terus mencapai dan memakai beg sekolahnya.

" Okey Izzat, belajar elok-elok." pesan kakaknya. Suara Rania samar-samar kedengaran kerana dia sedang berada jauh di dapur kediaman tersebut sedang mengemas.

Izzat memandang susuk yang berada di hadapannya, Wasil.

"Kau nak ikut aku pergi sekolah sekali ke? " Izzat menyoal.

"Nak!" sepatah rakannya itu membalas.

"Hurm, tapi nanti orang lain nampak kau macam mane??"

"Alaa, jangan risau aku akan aktifkan kuasa untuk halang manusia biasa nampak aku ehek " Wasil membalas sambil tersengih.

Hadi dan Azyad telah pulang ke rumah mereka malam semalam setelah mereka mendapat panggilan.

*Flashback semalam

Tett.... Tet.... Tett...

Kedengaran bunyi seperti 'alarm' sedang berdering daripada jam tangan milik Hadi.

Mereka semua yangs sedang berada di dalam bilik Izzat terkejut.

"Sape yang call aku ni?" Hadi segera melihat gerangan yang sedang menelefonnya melalui jam tangan tersebut.

Matanya membesar sebaik membaca bahawa bondanya sedang menghubunginya. Dia terus menjawab panggilan tersebut dengan menekan satu butang pada aksesori berkenaan.

Sebaik sahaja butang itu ditekan, satu skrin terpapar keluar dari permukaan jam tersebut.

Hologram.

Teknologi yang masih belum temui oleh penduduk bumi namun telah lama diterokai oleh alam M.A.G.I.X . Daripada jaluran-jaluran cahaya tersinar keluar daripada jam itu membentuk skrin hologram di udara.

" Hadi, anakanda sedang berada di mana? " Suara Permaisuri Rani lembut bersuara namun dari nadanya jelas kedengaran bahawa sang permaisuri empayar Techno itu kerisauan.

" Bonda, Ha- Hadi okay je... De-dengan Azyad ni " Hadi tergagap membalas pertanyaan bondanya. Lain di tanya lain dijawabnya, bukan apa, Hadi tidak mahu bondanya tahu dia sedang berada di bumi. Kawasan larangan.

" Tuanku, tak perlu risau. Hadi berada dengan saya! " Azyad menunjukkan wajahnya kepada Permaisuri itu sambil tersenyum.

" Ooo, bagus la kalau begitu. Tapi bonda tanya lain kamu jawab lain ye Hadi? Kalian berdua di mana? " sekali lagi Permaisuri Rani menyoal.

Izzat dan Wasil yang berada di situ berusaha mendiamkan diri. Tidak mahu membuat keadaan menjadi lebih rumit.

" Err.... hmmm.... " Hadi terkedu, tidak mampu mengungkapkan sepatah kata.

" Habislah aku " jeritnya di dalam hati.

" Takpelah, bonda lihat kamu dalam keadaan baik pun sudah cukup lega. Hadi , bonda nak kamu pulang semula ke istana. Banyak lagi perkara yang perlu dilunaskan memandangkan minggu hadapan kamu akan mendaftar di Akademi Magix. " panjang lebar bonda kepada Hadi berbicara.

" Baik bonda, Hadi akan balik sebentar lagi " Hadi membalas, dia cuba berlagak biasa namun dalamannya hampir tercabut jantung dibuatnya.

" Baiklah, bonda menunggu kepulangan kamu. " Usai mengungkapkan kata-kata, hologram tersebut terpadam.

" Fiuhhh " Hadi dan Azyad menghela nafas lega serentak.

" Nasib baik tak kantoi, uish bahayanya." Azyad bersuara.

" Fuh, nasib baik. " Putera Techno itu membalas.

" Jadi, korang kena balikla nanti? " setelah lama mendiamkan diri, Wasil bersuara.

" Bukan nanti tapi sekarang " Hadi tersengih seperti kerang busuk.

" Tapi macam mana kita nak balik? " Azyad menyoal. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuka lohong yang menghubungkan bumi dengan dimensi magis itu.

" Jangan risau! aku ada ni, tadaa! " Wasil melaung sebaik sahaja putera Flama itu habis bersuara. Dia menunjukkan tangan kiri di mana sebentuk cincin tersarung kemas pada jari manisnya.

Cincin pusaka empayar Elektro. Salah satu aksesori yang mempunyai nilaian tinggi di dimensi M.A.G.I.X juga memiliki kuasa luar biasa. Itu lah sebab mengapa raksasa minotaur itu cuba mendapatkan cincin itu tempoh hari.

Wasil kemudian menanggalkan cincin itu lalu mencampak ke atas. Cincin itu langsung mengeluarkan cahaya kuning yang menerangi seluruh bilik Izzat. Aksesori itu berubah bentuk menjadi satu senjata, iaitu sebilah tombak yang panjangnya lebih tinggi daripada mereka. Pemegang yang diperbuat daripada buluh yang telah ditambahbaik dan mempunyai mata tombak yang tajam dan halus di hujung. Tali kuning keemasan terikat kemas melilit antara mata tombak itu dengan pemegang.

Izzat yang dari tadi hanya mendiamkan diri juga terpesona melihat senjata agung itu. Selain keris milik Azyad, tombak juga merupakan antara senjata tradisional yang digunakan oleh bangsa Melayu suatu ketika dahulu. Namun di bumi, senjata-senjata tradisional ini hampir lenyap ditelan zaman.

" Ceh, menunjuk nampak ." Azyad sengaja memerli Wasil.

" Alah , biarlah. Kau bangga dengan keris kau semalam boleh pulak " Wasil membalas semula. Seperti biasa, ibarat anjing dengan kucing mereka berdua, memang tidak boleh buat apa.

" Dah- dah cukup." Hadi yang sentiasa meleraikan pergaduhan mereka.

Wasil dan Azyad saling menjeling.

" Okay, bukak kan portal untuk kitorang " Hadi terus mengarahkan tanpa menghiraukan mereka berdua.

Wasil akur lalu terus menghayun tombak tersebut dari atas terus ke bawah lalu kekanan sedikit kemudian terus kebawah. Hujung mata tombak itu bercahaya lalu mengeluarkan tembakan bebola cahaya. Sfera cahaya itu terapung sebentar lalu membesar dan membentuk satu lohong.

Seakan cermin berbentuk lonjong, dunia fantasi yang digelar M.A.G.I.X itu jelas kelihatan di dalam lohong tersebut.

Izzat terus kagum, dia seperti tidak percaya apa yang dilihatnya itu tidak ubah seperti dalam adegan-adegan filem aksi-fantasi yang selama ini dilihat di pawagam mahupun kaca televisyen.

" Portal dah dibuka " ringkas Wasil memberitahu.

Hadi dan Azyad terus bergerak menuju gerbang lohong itu.

" Okey la Izzat, nanti kita jumpa lagi di akademi " Hadi sempat bersuara sebelum dia masuk ke dalam portal itu.

" Okay ! " sepatah Izzat mambalas sambil menghadiahkan senyumannya.

Lohong itu terus lenyap sebaik susuk Hadi dan Azyad melepasi gerbang portal.

*Tamat flashback

" Okay, dah jom kita gerak pergi sekolah. " Izzat mengajak, dia terus naik basikal miliknya. Wasil duduk di bahagian belakang basikal tersebut.

Semasa hendak mengayuh keluar daripada perkarangan pagar rumahnya, Izzat terkejut melihat suatu susuk tubuh sedang berdiri tegak di bawah pohon tepi pintu pagar rumahnya itu. Namun, dia sempat melihat beberapa detik sebelum susuk itu tiba-tiba hilang daripada pandangannya.

" Rasa macam nampak sesuatu tadi " bisik hatinya, dia terus mengayuh lalu membiarkan persoalannya itu hilang.

Sambil mereka berdua dalam perjalanan ke sekolah, mereka lalu di kawasan berbukit di mana jelas kelihatan bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan bangunan pencakar langit.

" Wahh, itu ke menara berkembar KLCC " mata Wasil membesar teruja melihat menara gergasi yang menjadi kebanggaan negara Malaysia.

Izzat agak terkejut mendengar kata-kata Wasil.

" Macam mana kau tahu tentang KLCC? " sambil mengayuh sambil dia bertanya.

" Ouh, di dimensi kami juga ada belajar tentang dunia kau. Guru aku pernah bagitahu yang manusia di dimensi M.A.G.I.X berasal daripada tanah Melayu. Jadi, kami memang diajar dengan sejarah asal usul kami." Wasil merangkan ringkas.

" Maksudnya zaman dulu memang ada kuasa-kuasa ke? Eh takkanlah, aku tak pernah dengar pun sebelum ni " Izzat bersuara di dalam hati. Wajahnya berubah hairan.

" Ooo~ " Izzat membalas.

" Ni macam kali pertama aku tengok KLCC secara bersemuka bukan daripada gambar dan video. Wahh dahsyat la, walaupun di dimensi aku penuh dengan bangunan yang jauh lebih tinggi dan maju, aku tetap kagum melihat macam mana manusia yang tiada kuasa macam kami boleh mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi " Panjang lebar Wasil membebel.

Izzat hanya mendengar sambil meneruskan kayuhannya menuju ke sekolah yang terletak di bawah bukit itu.

Mendengar bebelan Wasil membuat Izzat juga tertanya-tanya. Ada benar juga kata-kata dia ni.

Setibanya di sekolah, setelah Izzat meletakkan basikalnya di tempat parkir berbumbung. Dia dan Wasil bergerak menuju ke pintu pagar sekolah itu. Di dinding pagar sekolah itu jelas terpampang "SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN CAHAYA".

Sedang mereka berdua asyik berborak, tiba-tiba seorang rakan sekelas Izzat datang menyapanya.

" Izzat, kau tengah borak dengan sape? " pelajar lelaki itu bertanya.

Izzat terus memandang Wasil. Wasil hanya membalas dengan senyuman dan tanda 'peace' pada tangannya.

" Ouh, haah la. Diorang mana boleh nampak Wasil. Aduh! " Izzat mengeluh di dalam hati setelah baru teringat yang manusia biasa tidak mampu melihat rakan barunya itu.

" Err, mana ada aku sembang dengan sape-sape " Izzat membalas pertanyaan rakan sekelasnya itu.

" Ouh? " budak itu masih pelik, dia yakin yang dia telah melihat Izzat seakan-akan sedang berborak sebentar tadi.

" Jom la Izzat, nanti kita lambat nak mula kelas dah ni " Budak itu terus mengajak Izzat lalu meninggalkannya.

" Fiuh. " Izzat menghela nafas lega. Dia terus memandang Wasil.

" Okay la nanti lepas dah habis sekolah kita jumpa dekat sini tau " Izzat memberi pesanan kepada putera Elektro itu sebelum dia bergerak ke kelasnya.

" Okay! " ringkas Wasil membalas sambil menunjukkan simbol bagus menggunakan tangan kanannya.

Izzat beredar menaiki anak tangga ke tingkat atas di mana kelasnya terletak.

✨✨✨

" Pandai-pandai la budak tu nak buat ape " Izzat berdesis di dalam hatinya sambil melangkah menuju ke kelasnya yang berada di hujung koridor tingkat 1 bangunan sekolah itu.

Sedang menghampiri pintu kelasnya itu, langkahannya terhenti apabila dia sepintas lalu terlihat susuk tubuh berdiri tegak bersebelahan pintu. Rambut panjang menutupi wajah entiti berkenaan. Namun, susuk itu terus lenyap setelah beberapa detik.

Mata Izzat membesar. Dia berdiri kaku.

Tiba-tiba, satu tangan menyentuh lembut bahu kirinya daripada belakang.

" Aaaa ! " Izzat menjerit kecil.

" Izzat, kamu okey tak ni? " rupa-rupanya, cikgu kelasnya yang menegurnya.

" Err... Oo-okeyy cikgu! " spontan Izzat membalas, jantungnya masih berdegup deras.

" Jom masuk kelas, cikgu nak start dah ni. " guru itu membalas lagi.

Izzat hanya mengangguk tanda setuju terus meneruskan langkahannya memasuki pintu bilik darjah berkenaan.

" Dah dua kali aku nampak, takkan aku berhalusinasi pulak. Haih " Suara hati Izzat merungut, sambil dia mengambil tempat di meja belajarnya.

Di sebelah tempat duduknya, ada seorang budak lelaki tersenyum melihat kehadirannya. Satu-satunya kawan rapat Izzat sejak tahun lepas apabila dia mendaftar masuk tingkatan dua di sekolah berkenaan.

Fudhail namanya.

Memiliki wajah yang cerah, rambut hitam disikat kemas ke tepi, memiliki tubuh yang tinggi hampir sama dengan Izzat ,mata yang sejuk apabila memandang. Semua pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Cahaya memandang tinggi akannya dan tidak ada seorang pun yang berani membuli pelajar tersebut.

Dia merupakan pelajar nombor satu di sekolah berkenaan. Sejak kehadirannya di sekolah itu, kedudukan nombor satu tidak pernah jatuh ke tangan pelajar-pelajar yang lain.

Kehadirannya juga memberi impak yang besar kepada diri Izzat. Izzat yang dulu sering dipulau, dibuli, dipergunakan , sejak Fudhail berkawan dengannya keadaan seperti itu semakin berkurangan. Mungkin mereka takut dengan Fudhail?

" Selamat pagi, Izzat " Fudhail membuka bicara.

" Se- selamat pagi - " Izzat membalas.

" Kenapa kau macam baru nampak hantu ? " Kawan rapatnya itu meneka hanya dengan melihat riak wajahnya.

" MEMANG AKU NAMPAK HANTU PUNN!! " Izzat menjerit kuat di dalam hatinya.

" Eh, mana ade aku cuma penat sedikit tadi kayuh basikal hehe " Izzat cuba berlagak tenang di hadapan sahabatnya itu.

Fudhail hanya tersenyum melihat telatah rakannya itu.

Maka, kelas pun bermula.

✨✨✨

KRIIIINGGGGGG !!

Loceng sekolah berbunyi menandakan sudah masuk waktu rehat. Kantin yang tadi kosong kini mula dibanjiri pelajar-pelajar yang ingin membeli makanan dan minuman.

Tidak jauh dari situ, terdapat sebuah pondok kayu kecil. Wasil sedang duduk bersantai di pondok berkenaan sambil membaca surat khabar yang entah dari mana dia peroleh.

" Haih, bosannya surat khabar kat tanah Melayu ni. Gambar dia tak bergerak-gerak. Tak feeling langsung nak baca ." Putera Elektro itu membebel sendirian.

" Dah tu, balik la M.A.G.I.X . Kau buat apa kat sini ? " seorang pelajar lelaki menegur.

Wasil terkejut lalu terus memandang ke arah pelajar berkenaan.

Setelah melihat wajah pelajar itu, dia semakin terkejut.

" Pu- Putera Zephyr !? "

Zephyr merupakan sebuah empayar daripada 14 empayar di dimensi M.A.G.I.X , Kerajaan Zephyr yang terletak di atas langit dan bertanahkan awan-awan menjadi empayar keempat terkuat selepas Elektro, Flama dan Techno.

Wasil terkejut apabila dia terjumpa putera berkenaan di tanah Melayu.

" Kau buat apa kat sini? " Wasil tertanya-tanya.

" Mak aku ada urusan di bumi , jadi aku ikut sahaja dia " Putera yang lengkap berpakaian seragam sekolah itu membalas.

" Seronok jumpa kau kat sini, Putera Elektro. Aku nak pergi makan dulu , waktu rehat nanti nak habis. " sambung pelajar itu.

" Baik- "

"-lah" tidak sempat membalas, pelajar misteri itu terus lenyap daripada pandangan.

Wasil berfikir sejenak.

✨✨✨

Rehat telah tamat, para pelajar kembali semula ke kelas mereka meneruskan pembelajaran.

Izzat sedang khusyuk menyalin nota daripada papan putih yang penuh dengan tulisan gurunya.

Seperti sudah biasa, Izzat tidak mampu fokus kerana berhampiran papan berkenaan , entiti yang menghantuinya daripada pagi tadi berdiri kaku di situ. Kali ini, makhluk itu tidak hilang seperti sebelum-sebelum ini.

Izzat sudah terbiasa dengan kehadiran makhluk tersebut. Dia hanya meneruskan pembelajaran tanpa menghiraukan kehadiran makhluk tersebut.

Sampai satu tahap, dia sudah tidak takut dengan entiti itu namun rasa geram pula yang berputik di dalam hatinya.

" Pontianak ni nak ape ? " Izzat tertanya-tanya di dalam hatinya. Susuk tubuh berkenaan tidak ubah seperti hantu Melayu yang dinamakan pontianak kerana rambut hitamnya yang panjang menutup wajahnya, juga memakai pakaian putih yang lusuh.

Fudhail yang berada di sebelahnya, dari tadi perhati tindak tanduk Izzat yang agak merisaukan.

--------------------------

Tamat persekolahan untuk hari yang pertama, semua pelajar sedang mengemas beg dan buku. Masing-masing ingin keluar dan pulang ke rumah sehinggalah tinggal Izzat dan Fudhail juga entiti misteri tersebut di dalam ruangan kelas itu. Sepertinya, Fudhail tidak nampak kelibat tersebut.

" Izzat, actually aku ade something nak bagitahu kau ni " Fudhail memberitahu setelah dia siap mengemas beg dan bukunya.

" Ha, ape dia? " Izzat membalas sambil tangannya memasukkan buku ke dalam begnya.

" Sebenarnya, hari ni ialah hari first and last aku kat sekolah ni... "

"Haa, eh- " Izzat terkejut, suaranya sangkut.

" Lepas ni aku kena pindah sebab urusan keluarga... haih.. " Fudhail menghela nafas berat. Dia terpaksa memberitahu Izzat akan berita mengejut itu.

" Weh, Serius laa " Izzat masih tidak mampu mempercayai apa yang didengarnya.

" Maafkan aku tau kalau ade salah silap- " Fudhail bersuara lembut sambil meletakkan sebelah tangannya di bahu Izzat.

" Terima kasih sebab jadi kawan aku " Fudhail menambah.

"..." Izzat terkedu, air mata mula bergelinangan.

Mana tidaknya, kehadiran Fudhail dahulu yang telah banyak merubah hidupnya. Ramai yang merendahkannya dahulu, kini sudah tiada. Semua setelah dia bersahabat dengan Fudhail.

Berita ini datang secara tiba-tiba, dan Izzat tidak bersedia.

" Weh, jangan nangis . Mungkin kita tak jumpa dah lepas ni tapi - " belum sempat Fudhail mengakhiri bicaranya. Tubuhnya didakap erat oleh Izzat secara mengejut.

" Mana ada aku nangis . Ha- habuk je masuk mata " Izzat cuba berdalih.

" Okeyla, aku kena balik sekarang. Mak aku dah tunggu nak tolong dia kemas barang-barang. " Fudhail menjelaskan lalu dia berdiri.

" Hurm, Okay la... jaga diri " Izzat mengesat matanya yang konon masuk habuk.

" Kau tak nak balik lagi ke? " Fudhail menyoal setelah melihat Izzat yang masih duduk di kerusi.

" Aku ada kerja sedikit " balas Izzat sambil tersengih.

" Okey, aku gerak dulu. " Fudhail segera melangkah keluar daripada kelas, selang beberapa saat, kelibatnya hilang.

" Baiklah, mari kita kembali kepada topik ." desis Izzat kepada diri sendiri sambil matanya memandang tajam entiti yang masih berdiri tegak bersebelahan papan putih kelas itu.

Izzat bangun daripada tempat duduknya lalu bergerak menghampiri lembaga tersebut.

-BERSAMBUNG-


REFLEXIONES DE LOS CREADORES
Ezakiel02 Ezakiel02

Macam mane dengan chapter kali ni??

korang prefer update chapter mcm sebelum ni (1000 perkataan) atau chapter yang mcm ni (2000+ perkataan).

Terima kasih kepada yang masih setia membaca ^_^

Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C14
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión