Descargar la aplicación
43.85% Oh My Crush / Chapter 25: Chapter 25 : Ajak Dating!

Capítulo 25: Chapter 25 : Ajak Dating!

Selepas hadiri meeting dan handle beberapa lawatan ke jabatan di syarikat, Seth teruskan tugasnya untuk memantau sumber maklumat syarikat itu dari A to Z. Naera disamping lelaki itu lakukan tugas selaku PA sebaik mungkin. Catat apa yang penting. Jadualkan apa yang sesuai. Dengar dan berikan perkongsian maklumat secepat mungkin sewaktu Seth memerlukannya. Sampai terlajak waktu makan tengah hari.

Jadi lewat tengah hari itu, baru la Naera dan Seth kembali ke pejabat, Itupun hanya untuk ambil dokumen dan hantar email. Dan Naera la yang paling teruk kena. Tidak rehat tidak duduk, dah kena beli makanan untuk bos besarnya. Rasa nak pecah betis dia dibuat tumit tinggi yang dikenakan sebab ke hulu dan hilir dengannya.

"Free kan jadual saya dan awak untuk petang ni.." arah Seth yang ketika itu pandang skrin computer sambil kunyah sushi yang Naera order kan tadi.

Naera yang sedang duduk di sofa berhadapan Seth itu mengurut betisnya. "Untuk apa?"tanya dia dengan kening berkerut.

Seth pegang tetikus computer sewaktu jeling ke Naera. "House hunting."jawabnya dengan senyuman di bibir.

Naera duduk tegak, dia berhenti dari mengurutnya sewaktu pandang bingung mendengar ajakan itu. Why on earth Seth ajak house hunting dengan dia?

"Uh..why?"soal Naera.

"Sebab saya nak beli estate la.."kata Seth sambil meletakkan chopstick ke bekas sushi lalu tersedar sesuatu yang buatkan dia terkejut sendiri. Sebelum makan tadi dia langsung tak sedar, tapi lepas perasan akan logo pada bekas sushi itu baru dia teringat.

"Yalah...tapi untuk apa?Tak mungkin la tuan nak house hunting tanpa sebab kan?Bukan ke tuan sudah mempunyai tempat tinggal yang mewah lagikan besar?Kenapa perlu beli estate lagi?"

Seth tersengih sewaktu pandang Naera. "Naera...awak tahu ada tiga perkara dalam hidup saya yang saya minat...kereta dan mansion atau estates."katanya sambil bangun dari situ dan gerak ke ruang tengah pejabat dimana Naera duduk.

Mata Naera perhatikan langkah lelaki berkemeja biru tua lengan baju di lipat hingga ke siku itu mendekatinya dengan perasaan berdebar tiba-tiba. "Apa perkara ketiga tu?"tanya dia tanpa sedar. Bukan nak menyibuk, tapi Seth sendiri beritahu ada tiga perkara tadi. Yang diberitahu pula hanya dua.

Setiba Seth di depan sofa Naera, dia melutut dekat depan kaki Naera. Tumit tinggi yang terpasang pada kaki yang bersarung stoking kaki itu di tanggalkan. Tapi dia tidak jawab soalan Naera. Malah dia picitkan kaki itu untuk Naera.

Naera terdiam bila dia merasai kakinya diurut oleh Seth dengan perlahan tapi cukup untuk buatkan rasa lenguh dan penat yang dia rasai sepanjang hari ini terasa. Tiada niat hendak halang Seth. Tersentuh sekejap hati tisunya ini.

"Kalau macam tu kenapa ajak saya sekali untuk house hunting ni?"tanya Naera selepas keadaan senyap buat seketika.

"Sebab awak assistant saya.."balas Seth seakan ia perkara yang obvious untuk Naera tahu. Dia dongak memandang Naera tanpa berhenti memicit betis dan pergelangan kaki Naera.

Naera pandang muka yang berjarak dua jengkal di depannya itu dengan reaksi tak faham. "Yeah...I know that...tapi last saya checked tugas assistants adalah untuk tolong bos mereka mengenai perkara yang berkaitan dengan kerja...and this clearly not work Mr. Seth."ujarnya.

"Assistant, my darling, help their bosses with whatever they need and you helping me find the perfect estate. Dan seorang bos takkan sudi melutut di depan pembantunya dan memicit kakinya yang letih ni.."

Ada dia suka ke?Naera buat muka jengkel. "Dan pertolongan jenis apa yang tuan perlukan dari saya untuk cari rumah yang sempurna?"lelaki ni yang nak beli. Tanya dia dah kenapa?

"Kita akan lawat lima estates, dan mana yang awak suka itu yang saya akan beli?"

What the heck?Buang tebiat apa? "Eh..saya pulak. Tuan yang nak beli kan?"

"Not only me, sweetheart.Not only me."kata Seth dengan nada berbisik yang perlahan yang jelas-jelas tidak berniat mahu Naera mendengarnya.

Tetapi Naera berjaya menangkap bisikan halus itu. Buatkan Naera berdengus menyampah. Ini mesti untuk bakal isteri Seth paling tidak pun tempat untuk Seth bawa peminat lelaki ni menginap. Tak pasal-pasal perasaan sakit yang aneh terdetik di hatinya. Siapa agaknya la kan bakal pasangan Seth nanti. Mesti orang tu cantik dan kaya dari dia.

****************************************************

Hi my lovely Buddies,,,

Here 5 chapter for you and possibly the most boring one so far. Tinta harap Buddies tak tunggu lama untuk update kali ni and I hope you like this chapter.

Please don't forget to vote and comment, as your vote and comment make my days.

Tinta ucapkan terima kasih kepada setiap orang yang sudi baca, voting and commenting for my story.

Until next time.

Happy holiday everyone.

Adios!


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C25
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión