Descargar la aplicación
71.42% Dia Imam Mudaku! / Chapter 15: Bab 15

Capítulo 15: Bab 15

Aku dan Isyraf tiba di hadapan kelas 2G2. Isyraf mengetuk pintu kelas itu sebelum masuk ke dalam kelas. Aku sekadar mengikut dia di belakang. Guru, yang belum pergi ke mesyuarat kerana ingin menunggu pengawas datang, memandang kami berdua.

"Sebelum cikgu bertanyakan apa-apa, biar kami terangkan. Cikgu perlu pergi ke mesyuarat dan ahli club pengawas kekurangan pengawas. Saya dan kawan-kawan saya membantu secara sukarela. Saya dan Nazirah akan tolong cikgu jaga kelas ini sehingga subjek mereka yang seterusnya," terang Isyraf dengan panjang lebar.

Guru itu sekadar mengangguk dan kami berdua dibenarkan masuk. Aku memandang pelajar-pelajar di kelas itu sebelum meletakkan beg saya di sebelah beg Isyraf.

"Murid-murid. Senior kamu, Isyraf dan Nazirah, akan menolong saya untuk memerhati kamu semua sementara guru-guru akan bermesyuarat. Subjek kamu semua yang seterusnya, guru kamu akan masuk," kata guru kelas ini.

Pelajar-pelajar di kelas ini hanya mengangguk dan membuat kerja masing-masing. Aku dan Isyraf melangkah ke meja guru. Isyraf sempat mengambil satu lagi kerusi yang tidak digunakan dan duduk di sebelahku. Kami berdua membuat kerja kami. Suasana di kelas ini amat senyap sehingga ada seorang pelajar perempuan datang menghampiriku.

"Akak Naz. Boleh tolong saya dengan Matematik?" soal pelajar perempuan itu. Aku mengangguk dan mengajarnya bagaimana hendak menyelesaikan soalan Matematik. Dia mengangguk dan berterima kasih kepadaku. Isyraf pula memandangku. Aku memberinya pandangan keliru.

"Kenapa?" soalku dengan keliru.

"Tak ada. Cuma tak tahu pula awak sepandai ini," balas Isyraf selamba.

"Mana taknya? Kita adakalanya seperti anjing dan kucing tetapi disebabkan Farah dan arwah Zahra yang amat cemburu dan inginkan awak, kita mula rapat," kataku.

"Dan akhir sekali dengan perkahwinan yang amat tidak dijangkakan," bisik Isyraf.

Aku dapat dengar apa yang dibisikkan Isyraf dan setuju akan apa dia bisikkan itu. Tiba-tiba pintu kelas itu diketuk dan sekumpulan budak lelaki bersama guru disiplin memasuk ke dalam kelas. Aku dan Isyraf berdiri sambil memandang guru disiplin itu manakala semua, yang berada di dalam kelas itu, tidak bising semenjak aku dan Isyraf masuk.

"Nazirah, Isyraf. Bagaimana kelas ini?" soal guru disiplin.

"Semuanya baik-baik sahaja, cikgu. Tiada sebarang bising pun," kata Isyraf.

"Ini budak-budak nakal di dalam kelas ini. Saya dapati mereka sedang berokok di taman belakang yang jarang digunakan ramai," terang guru disiplin itu.

Kami berdua mengangguk dan membiarkan guru disiplin berbual dengan seluruh kelas manakala aku dan Isyraf membuat kerja rumah masing-masing. Masa berlalu dengan begitu cepat dan sudah tiba masa untuk waktu berehat. Aku segera membeli air mineral untukku dan Isyraf sebelum melangkah ke taman belakang sekolah. Isyraf sudah bertemu kawan-kawan yang lain di taman. Kawan-kawanku yang lain sudah membeli makanan mereka. Setiba di taman belakang sekolah, aku memberi satu air mineral ke Isyraf sebelum melangkah ke arah Farah dan duduk di sebelahnya. Mereka berbual macam sudah lama berpisah.

"Naz.. Bila kau ada masa lapang?" soal Lily. Aku membalas dengan mengangkat bahu. Lily, Suzy, Laila dan Farah sudah memandangku dengan pandangan tajam.

"Jangan pandang aku macam tu lah. Kalau kau nak aku keluar dengan korang, kau tanyalah Isyraf. Jangan tanya aku," kataku sambil memandang sekeliling. Isyraf, yang terdengar namanya, memandang ke arah kami. Dia mengangkat keningnya tanda tidak tahu apa yang berlaku.

"Kalau kita nak ajak Nazirah keluar, boleh?" soal Lily kepada Isyraf. Isyraf memandangku sebelum mengangguk. Tiba-tiba, Rizal berkata untuk hendak ikut aku, Lily, Suzy, Laila dan Farah keluar. Aku perasan akan perubahan drastik Lily dan ketawa perlahan.

"Kau, tak payah nak mengada-gada untuk ikut kita orang. Kita nak pergi membeli-belah sahaja pun," kata Lily.

"Tak nak. Nak ikut juga," balas Rizal dengan gedik.

"Wey. Asal kau menggedik ah? Geli tau tak," komen Lily sambil membuat aksi geli.

"Aku gedik dan mengada-gada dengan kau jer," kata Rizal sambil mengenyit mata ke Lily. Kawan-kawan lelaki sudah membuat bising manakala kawan-kawan perempuan pula ketawa melihat reaksi Lily. Muka Lily bertukar merah.

*******************

Hari demi hari dan minggu demi minggu. Peperiksaan SPM sudah tiba dan ramai pelajar, yang menduduki peperiksaan tersebut, telah berusaha sedaya upaya mereka untuk peperiksaan ini. Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan dan masih ada lagi seminggu untuk pergi ke sekolah. Aku, Lily, Laila, Suzy dan Farah duduk berbual dengan kawan-kawan kami yang lain sementara Isyraf, Rizal, Iskandar, Amir dan Faiz sedang berborak dengan kawan-kawan mereka yang lain.

Dalam masa yang sama, pelbagai masalah sudah timbul. Masalah perbuatan yang telah memburukkan prestasi sekolah mahupun perbuatan yang telah memfitnah orang lain. Ada yang telah memfitnah aku dan Isyraf tetapi dengan sokongan kawan-kawan dan keluarga, kami tidak mengendahkan perkara itu. Aku dan Isyraf sudah merancang untuk bagitahu kohort kami tentang hubungan kami yang sebenar serta untuk tahu siapa yang menimbulkan fitnah itu. Pada ketika itu, kelasku mempunyai Bahasa Melayu (BM). Aku, Isyraf dan kawan-kawan yang lain berada di kelas yang sama untuk BM.

"Naz, Raf.. Korang betul ke nak sebarkan perkahwinan korang kepada yang lain?" soal Rizal dengan nada bisik.

Aku dan Isyraf berpandang sebelum mengangguk. Ustaz Khairul memasuk ke dalam kelas dan membenarkan kami membuat kerja masing-masing. Isyraf pula dari tadi tidak habis-habis mengacauku sehinggakan Ustaz Khairul, yang ingin katakan sesuatu, terus membatalkan niatnya dan berkata sesuatu kepada kelas.

"Kalian ingin tahu satu rahsia tentang Isyraf dan Nazirah?" soal Ustaz Khairul.

Semua kelas mengangguk kecuali Farah, Laila, Lily, Suzy, Rizal, Iskandar, Faiz dan Amir yang sudah saling berpandangan kerana mereka dapat mengagak apa yang ingin dilakukan oleh Ustaz Khairul. Mereka sekadar mendiamkan diri kerana tidak ingin masuk campur. Ustaz Khairul pergi ke arah aku dan Isyraf, yang masih tidak perasan akan apa yang ingin dilakukan oleh Ustaz Khairul. Ustaz Khairul mengambil tanganku dan tangan Isyraf sebelum meletakkan tanganku dan tangan Isyraf bersama.

"Mereka ada hubungan yang halal," kata Ustaz Khairul. Aku dan Isyraf terkejut akan perbuatan Ustaz Khairul. Ada yang berbisik gembira dan ada yang sedang memaki hamun. Isyraf cuba melepaskan tangannya tetapi tidak berjaya.

"Mereka sudah berkahwin.. Apa lagi yang korang tidak puas hati?" jerkah Farah, yang sudah tidak tahan apabila aku dan Isyraf dimaki hamun dan dikata benda-benda buruk. Satu kelas terkejut dan memandang Ustaz Khairul. Ustaz Khairul sekadar mengangguk. Tiba-tiba ada seseorang berdiri dengan marah.

"Tak mungkin. Ini semua tidak betul, bukan? Kenapa korang percaya apa yang dikatakan Farah dan Ustaz Khairul? Mungkin perempuan sundal itu telah melakukan sesuatu kepada mereka," hasut gadis itu. Isyraf menahan aku, Farah, Ustaz Khairul dan kawan-kawan kita yang lain dari melakukan apa-apa. Dia berjalan ke arah gadis itu dan berhenti betul-betul di hadapan gadis itu.

Pang!

Isyraf menampar gadis itu dan kesan merah sudah ada di pipi gadis itu. Kesemua, yang ada di dalam kelas kecuali sahabat-sahabat Isyraf dan Ustaz Khairul, memandang Isyraf dengan pandangan terkejut. Dia cuba menahan marah dan sakit hati kerana ada orang memanggil isterinya sundal.

"Sebelum kau panggil orang lain sundal, cermin diri tu sedikit. Entah-entah kau yang memfitnah aku dan isteri aku, bukan?"

Gadis itu terkejut apabila Isyraf dapat mengagak bahawa dia yang memfitnahnya. Pelajar-pelajar semua terkejut termasuk aku. Aku segera pergi ke Isyraf untuk menenangnya dengan mengusap belakangnya sebelum menariknya ke tempat duduknya. Selama perkahwinan aku dan Isyraf yang sudah mencecah hampir dua bulan setengah, aku sekurang-kurangnya tahu bagaimana kelakuannya yang sebenar. Gadis tadi telah dibawa ke bilik guru disiplin manakala yang lain datang ke arahku dan Isyraf untuk mengucapkan tahniah.

TBC


Load failed, please RETRY

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C15
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión