|| Yoon Yeesul POV ||
"Yeesul awak nak masuk juga atau tunggu diluar?"
"Masuk". Hujung baju chungha
aku pegang dengan kuat. Sambil
anak mata aku meliar memerhati tingkat kedua bangunan ini.
Banyak perkara aneh yang
sebelum ini aku hanya lihatkan di tv ada di sini. Rasanya sebegitu asing tetapi disebabkan kedegilan chungha yang mencecah tahap infiniti ini aku akhirnya terpaksa redha.
Selalunya aku cuma pernah
nampak golongan lelaki sahaja
yang merokok di kaki-kaki jalan.
Tetapi disini, perempuan juga
malah merokok. Kebanyakan
mereka disini melepak di satu-satu sudut untuk merokok. Malah rokok yang digunakan mereka juga bukannya yang berjenis berkotak tetapi vape.
"Saya rasa ini biliknya" Chungha
yang berada dihadapan aku secara tiba-tiba berhenti lalu tersengih memandang kearah aku. "Betul
awak nak masuk juga?"
"Iyalah, habis saya nak duduk mana" aku menjelingnya tajam.
"Apanya saya tanya je.." bibirnya dimuncungkan singkat lalu pintu
bilik tersebut diketuknya beberapa
kali sambil sesekali dia tersengih memandang aku dengan bermakna.
Sesunguhnya aku tidak mahu untuk mengesahkannya sekarang ini.
Entah mengapa aku pula yang
merasa berdebar. Membuatkan
aku terfikir seperti mana jikalau
lelaki itu menghalau aku nanti?
Kerana Itulah perkara yang lebih
aku kesahkan.
Difikirkan semula takkanlah aku nak tinggalkan sahaja chungha berdua-dua dengan lelaki itu?
Pintu bilik akhirnya terbuka, lalu memaparkan susuk tubuh lelaki
tersebut di hadapan muka pintu ini. Liur aku ditelan sejenak, sebaik sahaja anak mata aku teralih menatapnya yang masih kelihatan agak dingin.
"Kami boleh masuk?" Chungha tersenyum menanyakan kepada
lelaki tersebut dengan ramah. Manakala aku pula hanya memerhati dengan senyap. Jangan kata dia tak benarkan aku masuk sudahlah.
Wajah chungha ditatapnya datar,
lalu bersertakan anggukan kecil dia berpaling menapak masuk kedalam biliknya itu semula tanpa langsung mempedulikan akan kewujudan aku disini. Kepala aku jadinya terus tertunduk. Aku tidak tahu untuk
berasa lega kerana tidak dihalaunya ataupun berasa tersinggung kerana langsung tidak dipedulikannya. Nafas aku terhambur keluar.Tunggu, kenapa aku perlu fikirkan semua ini?
"Yeesul jom" lengan aku, tiba-tiba chungha tarik masuk kedalam.
Kedua belah mata aku jadinya
terbuka luas sebaik sahaja melangkah memasuki kedalam bilik ini. Aku pada mulanya benar-benar menjangkakan yang biliknya ini berkemungkinan
akan dipenuhi dengan berbagai jenis barangan pelik dan mesin tatu yang aku sendiri tidak pernah lihatkan
dalam seumur hidup aku ini.
Tetapi sangkaan aku itu malah bercanggah sama sekali kerana
cuma apa yang berada disini
hanyalah sebuah sofa besar yang bewarna merah dan dua buah bilik
lain yang tertutup rapat.
Bibir aku diketap seketika. Rasanya bilik lelaki ini malah jauh lebih besar daripada rumah studio yang aku sewa itu. Hmm.. sudahlah sewanya mahal pula itu, tak berguna.
"Taehyung kalau awak tak
keberatan boleh kawan saya ini
duduk disitu? Yeesul tak selesa
duduk diluar..." Aku pandang
chungha dengan dahi yang berkerut bila terdengar nama aku disebut. Tetapi dia hanya mengabaikan aku
lalu mendekati kearah taehyung. Sekejap, dia nak tinggal aku dekat
sini atau apa?
"Hm".
Bibir aku dikemam singkat.
Aku dapat merasakan yang
taehyung menjeling kearah aku sekarang. "Lagipun dia dah masuk
dah pun kan, tak guna kalau aku halau" utarnya lalu menghela nafas.
Oh, Aku sakit hati.
Sejujurnya walaupun aku
sudah mengagak yang taehyung
ini pasti akan merasa tidak senang mengenai keberadaan aku disini
dan berkemungkinan besar akan menghalau aku tetapi aku masih
lagi dapat menerimanya di dalam
hati aku. Padanlah, salah aku yang bermulut celupar.
Tetapi sebaik sahaja aku mendengarkan semua kata-kata tersebut keluar daripada mulutnya itu sendiri sekarang ini, bukan menjadi salah aku jikalau aku mahu memaki sambil membunuhnya secara bertubi-tubi di dalam hati aku. Celaka. Ternyata mulutnya itu malah jauh lancangnya daripada apa yang aku fikirkan.
"I'm in rush actually, so can we start now" Dia pandang chungha semula sambil berulang kali melihat kearah jam di pegelangan tangannya itu.
"Kalau aku tak sempat siapkan
malam ini.. sabtu ini kau sibuk?
Aku janji aku bagi kau diskaun"
Apa sabtu? Kening aku jadinya
hampir bersambung. The hell? Dan
itu bermaksud aku semestinya akan dipaksa chungha kesini lagi.Tidak...
"Boleh je" chungha tersengih.Oh, sengal.Lalu mereka berdua berjalan kearah salah satu bilik yang tertutup tersebut meninggalkan aku. Pintu bilik tersebut lalu dibuka taehyung.
"Eh, saya..?" Aku yang semenjak
tadi berdiam diri mula bersuara panik.
Chungha pandang aku dengan
mata yang berkedip dan taehyung seperti biasa menjeling aku dengan menyampah. Besertakan deheman, chungha mula menyoal taehyung dengan mata yang membesar. Sepertinya sekarang dia seakan sedang mencuba memujuk lelaki panas baran dan juga bermulut lancang itu untuk membenarkan aku turut masuk."Ohya, Taehyung boleh tak yeesul masuk juga—"
"No". Lalu pintu tersebut
pantas ditutupnya kuat tanpa sedikitpun menghiraukan keberadaan diri aku disini. Wow, Patutkah.. dia?
Jika tadi aku agak berasa bersalah terhadapnya tetapi semua rasa itu sepertinya seakan mula memudar sekarang.
"Yeesul sorry!" Selang beberapa
saat aku mula mendengarkan jeritan chungha di balik pintu tersebut.
"T-tak.. apa..". Aku bersuara perlahan, menjawab pertanyaan chungha yang menyoal aku dari dalam sana. " Awak okey kan?"
"Iya.." Nafi aku.
Hipokrit, jikalau aku katakan aku tidak terasa langsung dengan mereka berdua sekarang ini. Tetapi apa sahaja yang dapat aku lakukan? Lelaki itu sememangnya tidak menyukai aku.
"Awak tunggu disitu dulu iya?"
Aku kini tidak berniat lagi untuk bersuara. Punggung aku lantas dilabuhkan aku ke atas sofa dengan geram. Boleh pula mereka biarkan
aku berseorangan disini? Dengan rahang yang dikejap, pintu kayu
yang berwarna hitam tersebut ditatap aku tanpa putus. Walaupun hari ini adalah hari pertama aku berjumpa dengannya.
Tetapi sekarang, aku sudahpun
benar-benar bencikan lelaki itu.
********
Dagu aku ditongkat sambil sebelah tangan aku memegang telefon bimbit aku yang sudah kehabisan bateri.
Dunia sememangnya sedang
maju tetapi tidak mengenai bateri telefon.Percayalah sesiapa sahaja yang berjaya menghasilkan telefon bimbit yang tidak perlu dicas sehingga seminggu walaupun bermain data tanpa henti, orang ataupun makhluk itu sememangnya will have my respect.
Bibir aku dikemam singkat apabila
aku terpandangkan kearah pintu
bilik di hadapan aku ini. Sekaligus, ingatan aku mengenai kejadian memalukan tersebut kembali
berlegar.
"Who do you think you're to
insulting.. our job huh?"
Suara taehyung seolah turut diputarkan semula.
"Macam ni ke cara kau minta maaf?"
Mata aku dipejam seketika, berusaha mencuba untuk menghalau ingatan-ingatan ini tetapi aku malah dapat melihatkan wajah taehyung yang tegang itu pula disebalik kelopak
mata aku yang tertutup ini.
"Apa kau rasa diri kau ini bagus sangatlah sampai nak hina orang lain huh?
Kelopak mata aku jadinya terus terbuka luas. Jaket nipis yang aku pakai ketika ini terus aku tanggalkan dan letakkan ketepi, meninggalkan baju t-shirt yang berlengan panjang dan juga labuh sahaja ditubuh aku.
Pandangan aku beralih ke sisi
lalu jaket tersebut ditenung aku
lama.Dan aku seolah tersedar akan sesuatu. Akhirnya, wangian aneh
tadi tidak lagi terlekat di deria pernafasan aku. Entah sebanyak
mana perfume yang dipakainya sehingga baunya itu menjadi sekuat
ini aku tidak tahu.
Tetapi, apa yang aku tahu wangian
ini sememangnya kepunyaan taehyung. Aku masih mengingati dengan jelas disaat badannya itu berada sebegitu hampir dengan
diri aku. Its.. his fragrance.
Kemungkinan besar, disebabkan
hal ini jugalah yang tidak dapat mententeramkan diri aku ketika ini kerana aku tidak dapat berhenti daripada memikirkan lelaki biadap
itu. Pandangannya, kata-katanya..
semua itu bermaksud seolah dia benar-benar mahu mengecilkan
diri aku.
Apa aku ini tampak sebegitu
kejam di matanya. Walhal aku sama sekali tidak terniat untuk menghina ataupun memperlekehkan pekerjaan mereka itu semua, aku cumanya.. sedang masih di dalam perbincangan dengan chungha ketika itu walaupun chungha sudah tidak mahu lagi meneruskannya.
Aku jadinya terfikir seketika.
Apa itu tetap salah aku juga?
Sudah hampir 40 minit mereka
berdua berada di dalam bilik itu
dan masih tidak keluar-keluar. Entah apa yang dilakukan mereka berdua
aku tidak tahu cumanya sesekali aku dapat mendengarkan tawa kecil yang
sudah tentunya datangnya daripada chungha.Perempuan tua gedik itu.
Manakala taehyung, pula dia
hanya senyap kerana aku tidak mendengarkan apa-apa sahaja
yang keluar daripada bibir lancang lelaki itu.
Mungkin iya atau tidak,
dia berkemungkinan cuma berkomunikasi dengan chungha
secara perlahan tidak mahu untuk
aku mendengari perbualan mereka berdua dasar tidak ber— cukup.
Kepala aku jadinya lantas digelengkan laju.
Baiklah, aku mengaku semua ini sememangnya salah aku.
Nafas aku ditarik dengan kuat. Kenapalah aku menjadi sepenyibuk ini? Uh, ini bukan diri aku. Pintu bilik
itu ditatap aku dengan melurus.
Siapa kisah apa yang sedang
dilakukan mereka? Siapa kisah apa yang sedang dibicarakan mereka berdua? Dan siapa kisahkan apa
sahaja yang ingin dilakukan lelaki itu kepada kawan baik aku sendiri.
Towards my only bestfriend..
Mata aku dipejam seketika sebelum aku terus bangun berdiri dengan bibir yang diketap kuat. Telefon bimbit terburu-buru dimasukkan aku kedalam poket seluar. Aku sesungguhnya tidak dapat menafikannya lagi.
Ya Tuhan, aku kesah.
Dengan tangan yang digenggam
erat aku berjalan dengan senyap kearah bilik tersebut.
Sebaik sahaja berada dihadapan
pintu bilik itu,liur aku ditelan sejenak sebelum aku memberanikan diri aku untuk mendekatkan cuping telinga aku kearah pintu. Sebelah lengan aku menutup bibir aku dengan kuat dan manakala sebelah lagi pula berada
di perut aku. Aku benar-benar tidak percaya yang aku akan menjadi sedebar ini.
Namun, tiada apa-apa langsung perbualan yang aku dengari sebaliknya aku hanya mendengarkan bunyi yang terhasil daripada mesin yang aku tidak tahu akan rupa ataupun bentuknya sahaja.Nafas aku dihela penuh lega. Baguslah semuanya normal sahaja.
Walaupun aku ini sememangnya
telihat sebegitu menyibuk
sekarang, tetapi setidaknya aku
sudah memastikan segalanya yang
aku risaukan. Walaupun terang-terangnya dia sudah mempunyai teman lelaki tetapi chungha itu bukannya boleh diharapkan sangat.
Aku berpeluk tubuh baru sahaja aku mahu berjalan kearah sofa itu semula tiba-tiba pintu bilik yang berada di sebelah ini dipandang aku tanpa sengaja. Aku jadinya mula tertanya-tanya apa itu tandas?
Bibir bawah aku digigit seketika, Sebelum aku terus berjalan kearah muka pintu bilik kedua itu pula. Rasanya ini tandas. Sedang aku berkira-kira untuk memulas tombol pintu tersebut hati aku jadinya mula terdetik. Sepertimana jikalau taehyung marah nanti?
Psh, dia memang sudah marahkan
aku pun.
Dan sepertimana, jikalau bilik ini bukannya tandas?
Tetapi rasanya ini tandas... kut?
Dengan berhati-hati tombol pintu
bilik itu terus dipulas aku. Kedua belah mata aku jadinya terus terkebil.
Tak ini bukan tandas.
Ini adalah bilik tidur. Pegangan
aku pada tombol pintu bilik terus terlepas lalu menjadikan pintu tersebut bergerak lalu terbuka dengan lebih luas.
Liur aku ditelan sejenak. Apa..
taehyung itu sememangnya
tinggal disini? Entah daripada mana datangnya rasa keberanian ataupun penyibuk di dalam diri aku ini yang telah membuatkan aku terus berjalan masuk kedalamnya tanpa disedari.
Suasana biliknya ini ternyata jauh
lebih muram kerana hanya lampu sudut sahaja yang terpasang. Semua perhiasan, almari dan termasuklah set katil juga semuanya bahkan bewarna gelap dan tersusun kemas.
Aku berdiri tegak, apabila
terhidu akan sesuatu yang
sepertinya dimiliki oleh lelaki ini. Auroma janggal dan asing ini sangat kuat di biliknya ini jadi aku terus berpaling untuk keluar dengan terburu-buru. Gila.. rasanya aku ini juga sudah terjangkit simptom-simptom chungha.Wah, berani-beraninya aku berada disini.
Namun tidak semenanya meja
sisinya yang terdapat sebuah
laptop yang tidak tertutup tersebut
ditemukan aku. Skrinnya hanya
kosong dan hitam menandakan bahawa laptop tersebut tidak digunakan jadi aku terus menutupnya semula. Oh tunggu—
Adakah aku baru sahaja menyentuh barang kepunyaan taehyung pula sekarang ini?
Sengal.. sudahlah aku sudah memceroboh masuk kedalam biliknya.Dasar penyibuk.
Aku mula berniat untuk keluar namun secara tidak langsung sebuah majalah yang berada di atas kerusi di mejanya ini membantutkan perlakuan aku.Psh, sepatutnya dia patut meletakkanya diluar jadinya tidak adalah aku
sebosan dan menjadi sepenyibuk
ini.
Sebuah majalah yang diletakkan
secara terbalik tersebut diambil aku tanpa berperasaan sehinggalah aku membukanya. Oh Tuhan..
Mata aku terbuka luas apabila aku tersedarkan akan sesuatu.Kedua
belah tangan aku mula menggigil.
Ini adalah majalah dewasa.
Halaman majalah tersebut
diselak aku lagi dengan mata
yang terbuntang. Tekak aku mula terasa kembang. Semua kandungan yang berada di dalam majalah ini memaparkan gambar nudity yang berunsurkan perempuan bertatu.
"Kau buat apa disini?"
Suara tersebut mengejutkan aku
lalu tanpa diduganya majalah tersebut terlepas daripada tangan aku dan jatuh keatas lantai. Aku tergamam.
Taehyung yang kelihatan sangat menakutkan di hadapan muka pintu dipandang aku dengan mata yang bergementaran. Dan aku mula
tersedar akan sesuatu, yang aku tadinya tidak menutup pintu.
Taehyung pandang aku dengan
rahang yang dikejap beberapa kali. Atas bahagian dada dia juga malah bergerak dengan laju.Mengajukan bertapa dia benar-benar akan meletus sehinggalah dia terus menapak kearah aku dengan laju lalu menarik tangan aku dan menolak badan aku dengan kuat kearah almarinya.
Dia pandang aku tanpa berkedip.
Aku tahan rasa sakit dan tahan keinginan aku untuk menangis disebabkan takut. Aku juga tahu semua itu malah akan hanya mengeruhkan lagi keadaan.
Tangan aku mengempal
penumbuk."S-saya fikir bilik ini
tandas jadi saya—"
"Jadi kau sememangnya bodoh.
Bebal sangat ke akal kau sampai tak dapat berfikir?" Dia jerit dihadapan muka aku dan genggam kedua belah bahu aku bila dia perasankan akan
aku yang mahu melarikan diri.
"Aku tak habis lagi dengan kau. Jangan cuba jadi biadap sangat bila aku tengah bercakap" Dia memberi aku amaran sambil tidak putus-putus menatap aku tajam."Kau akan tahu nasib kau kalau kau cuba lari lagi"
"S-saya minta maaf Taehyung-sshi" Dengan itu, dengan mudahnya aku terus menunduk lalu menangis.
Aku benar-benar takut sekarang ini.
"Perempuan tak tahu malu. Kau tahu aku cuba tahan rasa meluat aku dari bawah tadi lagi bila kau dengan tak sedar dirinya bercakap macam orang bodoh lepastu sekarang ini ada disini. Dasar keterlaluan aku benarkan kau duduk di dalam ini, bagi kau muka sekarang kau melebih. Kalau difikiran kau aku ini jenis yang berlembut tak kisah dengan perangai bodoh kau disini tadi kau salah. Jangan sampai aku be—"
"M-mianhae..." bibir aku bergementaran kuat. Dan aku pada akhirnya terus teresak.
Taehyung berhenti menjerit bila tangisan aku semakin menjadi-jadi. Aku betul-betul tak dapat hilangkan rasa gemuruh dan ketakutan yang
aku rasakan sekarang ini walaupun
apa yang dikatakannya itu benar belaka.Semua ini sememangnya salah aku. Aku yang keterlaluan, aku tidak tahu malu. Aku benar-benar bodoh dan penyibuk.
"Berhenti menangis, kau betul-betul menjengkelkan aku"
Bukannya aku tidak mendengarkan arahannya itu tetapi aku seolah
hilang kawalan untuk menuruti permintaannya, jadi aku terusan-terusan menangis dengan kedua
belah tangan aku yang berada
dimuka sambil aku tetap menunduk.
Sehinggalah aku mendengarkan sebuah keluhan yang terhambur
keluar daripada bibirnya itu lalu pegangannya pada kedua belah
bahu aku kini juga kian melonggar.
Aku dapat merasakan sesuatu yang lembut menyentuh tangan aku yang sedang memekup wajah aku disaat ini. Lalu secara perlahan tangan aku langsung dialihkan kebawah olehnya.
"Stop it, I really dont have time
for this" aku dapat merasakan
sedikit tekanan pada tangan aku
yang sedang berada di dalam pegangannya.Nafas aku ditahan.
"Kau tak dengar ke?"
Aku memandang taehyung
dengan mata yang basah lalu
kembali menangis. Ah, sudah taehyung pasti akan belasah aku. Wajahnya sahaja menunjukkan segalanya!
"S-saya betul-betul minta maaf taehyung.. Saya tak sengaja masuk kesini.." dengan tergagap-gagap aku menuturkan kata-kata tersebut sambil kekal teresak dihadapannya.
"S-saya tak terniat pun tentang
semua ini. Percayalah..." aku
mencebik lalu kembali menangis. Manakala dia pula hanya mendengus dengan menyampah.
"Saya tak bermaksud langsung
untuk menghina pekerjaan awak
dan kawan-kawan awak itu semua.. Saya cumanya risaukan chungha.Saya tahu saya penyibuk, mulut saya celupar tapi tetap dia kawan baik saya jadi sebabtulah saya.. S-saya macam ni"
"Dah habis?" Taehyung
menjungkitkan sebelah keningnya keatas, lalu aku terus mengangguk sebelum dia mendengus. Aku tersedar yang suaranya sekarang juga mula kedengaran menurun. Pandangannya seolah kelihatan menuntut untuk aku menjawabnya
jadi aku terus membuka mulut aku."Iya.."
"B-boleh awak lepaskan tangan saya..?" aku memandangnya dengan takut-takut namun riak wajahnya
terus terlihat sebegitu tegang lalu
dia kembali menghela nafasnya dan melepaskan tangan aku semula sebelum membelakangkan aku. Belakang lehernya diusapnya beberapa kali.
"Sekarang pergi, sebelum aku marahkan kau lagi".
Aku mengelap air mata aku
dengan telapak tangan lalu menarik nafas dalam-dalam memaksa sistem pernafasan aku untuk bernafas seperti biasa. Ataupun lebih tepatnya, menenangkan diri aku sendiri.
"Kau tunggu apa lagi?" Taehyung berpaling lalu memandang aku dengan tajam semula."Aku kata
keluar dari sini. Pergi!" suaranya
mula sedikit meninggi.
"A-awak maafkan.. saya?" Aku
tahu pertanyaan aku ini akan hanya mendatangkan kemarahannya
semula tetapi tetap aku Ingin mengetahuinya. Seumur hidup aku, aku tidak pernah bergaduh dengan sesiapapun jadi aku risau yang taehyung belum sepenuhnya memaafkan aku sekarang.
Dan sebagaimana jikalau dia berdendam pula dengan aku
nanti? Dan selepas itu mencuba membunuh aku seperti di dalam
movie Taken2? Oh aku tak nak—
Sebaik sahaja melihatkan
taehyung memutarkan tubuhnya
lalu merenung aku dengan penuh serius di saat ini, segala apa yang bermain di fikiran aku seketika ini
mulai terhenti.
"I said get out of here!"
Tengkingan kuatnya itu membuatkan
aku terkesima. Bibir aku diketap
kuat memandang wajahnya yang kembali kelihatan tegang itu sebelum
berura-ura berjalan untuk ke muka pintu dengan bahu yang terhinjut.
Sebelum sempat aku keluar
chungha yang entah daripada
mana menghilang sejak tadi
muncul disitu. "Oh Gosh! Dekat
sini awak rupanya Yeesul! Tahu tak yang saya meluru turun cari awak merata tadi bila tengok awak tak
ada dekat sofa tu? Saya ingatkan
awak turun kebawah atau balik dulu tapi awak ada di— hey?"
Chungha berhenti membebel
bila aku betul-betul berada di
hadapan muka pintu ini. Dia pandang aku dengan dahi yang berkerut.
"Yeesul.. are you crying?" Wajah
aku diteliti chungha tanpa putus.
Aku berdehem dan pandang lain.
"T-tak mana ada.. jomlah" lengan
kiri aku mencuba untuk menarik
tangan chungha namun dia malah menepisnya. " S-sekarang dah lewat esok saya kerja.." aku kembali mengelak tatapannya.
"Oh no, you are" Chungha secara
tiba-tiba berteriak terkejut.
Dan setelah itu taehyung yang
berada di belakang aku pula yang dipandangnya dengan mata yang terkebil-kebil.Damn it.
"Wait— both of u guys? did I just
miss something..?"
— Un nuevo capítulo llegará pronto — Escribe una reseña