Descargar la aplicación
85.71% Lukisan Cinta Kita / Chapter 18: Chapter 18

Capítulo 18: Chapter 18

Lyrine duduk di kerusinya yang terletak dibelakang sekali dan berdekatan dengan tingkap.

Dia pelajar baru tahun ini dan baru mula sekolah sebulan lebih jadi dia memang akan duduk di belakang. Mana ada meja kosong di bahagian depan lagi ketika dah 2 minggu persekolahan sesi tahun 2017 bermula.

Dia memandang ke luar tingkap. Begitu banyak pelajar yang berkeliaran. Mungkin ke kelas mereka, kelas kawan mereka atau tempat lepak masing-masing.

Sekolah menengah ini berbeza dengan sekolah lamanya. Dia menyangka sekolahnya sahaja yang tahu membuli. Namun dia tak sangka pula sekolah barunya ini sama seperti sekolah lamanya.

Jika disekolah lamanya pelajar perempuan akan bergeng dan bertumbuk sesama sendiri. Kalau tidak suka pelajar itu mereka akan 'sound' pelajar itu depan-depan.

Tapi dia tidak tahu pula masa kat sini mata dia akan dibuka dengan norma baru pembulian! Iaitu menikam kawan sendiri dibelakang ketika dia langsung tidak sedar. Dan kena pula dia yang ditikam itu.

Dia mengerutkan keningnya. Terfikir sesuatu yang buat dia tidak selesa dan tidak dapat terima. Iaitu adakah mereka sejak awal lagi memang tak anggap dia kawan mereka? dan memang dah rancang nak kambing hitamkan dia?.

"Tsk. Tak sangka bod** juga rupanya aku ni. Tak sangka di sini pun sama juga."

Pap...

Dia menghentukkan dahinya di permukaan mejanya. Dia memejam matanya. Ada rasa tidak suka untuk berada lama di kelas ini dan sekolah ini.

Namun....bila dia teringat renungan tajam mata berwarna hitam itu, buat dia membuang perasaan tidak sukanya kepada kelas ini dan sekolah ini.

'Demi Jaha, Rine. Demi Jaha. Selagi kau tak dapat dia selagi itu kau harus stay di sini!' Dia memberi semangat dihatinya.

Dia tersenyum sendiri bila teringat wajah pelik Jaha dan penampilan selekehnya di kelas 5F tadi. Comel betul. Dia macam nak gunting rambut panjang Jaha yang merosakkan pemandangam matanya itu.😶

"Senyum-senyum seorang diri. Dia dah gilakah?"

"Entah. Mungkin"

Bisikan suara pelajar perempuan kedengaran di depan menyedarkan Lyrine dari lamunannya. Pipinya merah terus ketika sedar bukan hanya dia seorang lagi di dalam kelas ini.

"Hai..." Sapanya kekok kepada Adibah dan Haina yang berbisik sesama sendiri tadi sambil memandang ke arahnya. Dia tersenyum manis ke arah mereka apabila dua gadis itu sedar yang perbuatan mereka dah disedari olehnya, yang dah tak berkhayal seorang diri di awal pagi itu.

"Un" Hanya itu balasan Haina kepadanya Lyrine. Dia memandang ke meja belajarnya yang terdapat buku teks dan buku ulangkaji.

Adibah pula hanya membalas senyuman manis Lyrine dengan senyuman tawar lagi pahit kalah hempedu sebelum buat halnya sendiri disebelah Haina. Dua pelajar itu langsung tidak memandang ke belakang lagi. Mahupun menoleh ke arah dia.

Lyrine tambah janggal terus. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Memang nasib dia akan beginikah buat masa ini? Dipulau oleh rakan sekelas?. Janggalnya....tak pernah dia merasa begini.

Dia seorang yang dikenali hyperactive oleh kawan-kawannya disekolah lama. Jadi memang agak terasa pelik bila tiada siapa kawannya untuk bercakap.

Dia hairan juga. Kenapa sebab hal kelmarin tu, mereka terus memulau dia?. Teruk sangatkah perbuatan dia pergi ganggu dan nak mainkan Jaha hari tu?.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C18
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión