Descargar la aplicación
53.57% My bodyguard be my lover / Chapter 15: Persoalan yang sama

Capítulo 15: Persoalan yang sama

"Kau berambus dari hidup dia!!!Aku nak kau mati!!"Haura menutup mukanya dengan bantal.Dia takut untuk mengingati peristiwa itu.Peristiwa yang sentiasa muncul dalam fikirannya.

Elita duduk di tangga sambil menyandarkan kepalanya di dinding.Dia termenung melihat pemandangan di luar tingkap.Air matanya mengalir membasahi pipinya.

"Haura.."

Gavin berjalan dengan perlahan menuju ke arah Elita.Elita mengesat air matanya ketika Gavin berada di sebelahnya.

"Boleh saya duduk kat sebelah awak?"tanya Gavin.

Elita mengangguk.Gavin melabuhkan pungggang di sisi Elita.

"Awak tak nak tidur lagi ke?"tanya Gavin.

"Tak"balas Elita.

"Sandarlah kat bahu saya"arah Gavin.Malu untuk melihat Elita.

Elita menyandarkan kepalanya di bahu Gavin.

"Gavin...saya tak kuat untuk menghadapi masalah ni"kata Elita.

"Awak mesti sabar hadapi semua ni Elita.Kalau awak nak menangis,teruskan.Saya akan ada kat sebelah awak dan saya akan temankan awak kat sini"

Elita menangis teresak-esak di bahu Gavin.

"Saya tahu awak akan kuat dan sentiasa bersabar.Saya akan selalu sokong awak.Jangan risau,saya pasti dia akan ingat awak,Elita.Saya akan tolong awak untuk kembalikan ingatannya"kata Gavin sambil mengenggam erat tangan Elita.

"Terima kasih sangat2 Gavin awaklah sentiasa yang dapat menenangkan hati Elita.Aunty harap awak berdua akan disatukan suatu hari nanti meskipun terdapat banyak halangan yang menghalang awak berdua untuk bersama"bisik hati Puan Jefina sambil melihat mereka dari belakang.Puan Jefina masuk ke dalam biliknya meninggalkan mereka berdua.

Elita berhenti menangis dan dia menoleh ke arah Gavin.

"Gavin"

"Yes?"

"Saya nak pergi tidur"

"Ok"

Mereka berdua berdiri.Gavin mengikut Elita sambil memegang tanggannya.

Gavin berhenti ketika berada di depan pintu bilik Elita dan melepaskan tangan Elita.

"Thank you"kata Elita dan senyum melihat Gavin.

Gavin membalas dengan senyumannya.

"You're welcome"

Mereka berdua saling berpandangan.

"Dia adalah milik Alden ,Gavin.Kau tak boleh rampas dia daripada Alden.Terima hakikat jelah bahawa dia bukanlah jodoh kau"bisik hati Gavin sambil melihat Elita.Gavin berdehem untuk memecahkan keheningan setelah beberapa minit mereka saling berpandangan.Elita menundukkan kepalanya.

"Awak mesti tidur sekarang dan berehat,goodnight"kata Gavin dan lekas beredar dari sana.

Elita mengetap bibirnya.Dia mengulas tombol pintu dan masuk ke dalam.

Elita bangun pada waktu pagi dan melihat mataya di pantulan cermin.Bengkak kerana menangis tanpa henti semalam.

Elita melepaskan keluhan kecil.

Puan Jefina dan Encik Alvis berbalas pandang dan melihat Elita.Dia asyik termenung ketika makan dan mukanya juga berubah sedih dan tidak seperti sebelum ini.

"Elita sabar ok,Haura pasti akan ingat Elita kembali"kata Puan Jefina.Elita hanya mengangguk.

"Elita tak ada selera nak makan"

"Habiskan makanan tu Elita.Tak baik membazir"kata Puan Jefina.Elita mengelenggeng laju dan bingkas berdiri namun tanggannya ditarik oleh Gavin.

"Saya tolong suapkan untuk awak"ujar Gavin.

"Takpe"

"Tak boleh,kalau tak saya berhenti jadi bodyguard awak"

Elita duduk kembali,malas nak mendengar ugutan Gavin lagi.Gavin menyuapkan makanan untuk Elita.Gavin terus menyuapkan makanan ke dalam mulut Elita walaupun Encik Alvis dan Puan Jefina melihatnya.

"Ok dah habis"kata Gavin.

Elita melihat mama dan ayahnya ,senyum tak habis2.Elita menjeling Gavin dan berdiri dari duduk.Dia berjalan dengan cepat dan keluar dari dapur.'kalau awak tak ugut saya memang dah lama saya tak nak ikut arahan awak!Orang takde mood dia pula mengugut!'Elita membebel dalam hatinya.Geram terhadap ugutan Gavin.

"Sweetnya Gavin dengan anak aunty"ujar Puan Jefina.

"Saya cuma tolong je tu aunty"balas Gavin.Lekas dia berdiri dan menyimpan piringnya dan Elita di sinki.Gavin melangkah keluar dari dapur.Mukanya mulai merah saat dipuji oleh Puan Jefina.

Gavin mencari kelibat Elita dan dia ternampak Elita sudah berada dalam kereta.Elita mengalihkan pandangannya ke arah lain.Gavin membuka pintu kereta dan masuk ke dalam.

***

Gavin melihat Elita yang hanya diam membisu.Gavin berdehem.Namun Elita masih tidak memandangnya.

"Elita?"

Elita masih termenung dan mengabaikan Gavin.Gavin menghembuskan nafas berat.

Gavin memakirkan kereta di parkir kereta.Elita membuka pintu kereta dan menunggu Gavin di depan keretanya.

"Jom"Gavin menghulurkan tanggannya pada Elita.

"Saya tak nak pegang tangan awak..."kata Elita dengan suaranya yang tak ada mood.Gavin hanya mengangguk.

"Gavin dah ada"Ayita berbisik di telinga Elmira.Elmira membetulkan rambutnya dan bersiap sedia untuk berjumpa dengan lelaki pujaannya.

"Morning baby"tegur Elmira dan tersipu-sipu malu di hadapan Gavin dan Elita.

Gavin senyum tawar.

"Baby boleh tak awak temankan saya nanti?"

"Tak habis2 nak suruh temankan je!Gedik!"Elita memarahi dalam hati.

"Saya tak dapat nak temankan awak Elmira.Saya perlu jaga Elita"jawab Gavin.Mukanya serius ketika memberikan jawapan yang tepat.Namun Elmira masih tidak berputus asa untuk memujuknya.

Elmira membelai lembut rambut Gavin.Gavin menolak kasar tangan Elmira.Elita berpeluk tubuh dan mengalihkan pandangannya daripada melihat mereka.Dia terpaksa menunggu Gavin jika tidak Gavin akan melaporkan pada ayahnya.

"Apa ni Elmira,saya tak sukalah"

"Ada kotor sikit je baby,baby bila lagi kita nak keluar sama2?Sayang rindulah"

"Bila you nak berhenti paksa saya?Pleaselah Elmira,terima jelah yang saya memang tak suka awak.Dulu saya cuma berpura-pura sebab awak nak bunuh diri dan sebab tu saya terpaksa terima awak.Lepas tu saya tolak cinta awak sebab saya dah ada teman wanita dan saya tak nak tipu awak dengan perasaan saya.Stop paksa saya untuk terima cinta awak,saya cuma nak berkawan dengan awak je dan tak lebih dari tu"

"But baby,please love me"

"Stop Elmira"

Gavin menjelingnya.Namun Elmira masih menganggunya dan menarik tangan Gavin.

"Stop Elmira!"arah Elita.Setelah lama dia hanya memerhatikan mereka,kini dia bersuaru kerana menyampah melihat Elmira.

Semua pekerja terkejut melihat tindakan Elita.

"Hahah yelah kan entahlah dia tu"Alden dan Hadzwan ketawa terbahak-bahak.Mereka berhenti ketawa saat masuk ke dalam pejabat.

"Kalau dia kata yang dia tak suka awak,awak tak perlulah paksa dia lagi ,faham?.Awak tu dah dewasa mesti matangkan fikiran tu!Banyak lagi lelaki kat luar sana yang awak boleh cari!Kalau awak masih paksa dia untuk terima cinta awak, saya akan suruh ayah saya pecat awak!"kata Elita dengan tegas.

Elmira tersentak.Begitu juga dengan pekerja yang lain.Elita bela Gavin?Dia suka Gavin ke?Mereka berbisik.

Gavin pula terdiam.Dia tidak mempercayai bahawa Elita membantunya.

"Gavin,follow me"arah Elita.Gavin mengangguk dan mengekori Elita.Alden merenung tajam ke arah Gavin.Dia tidak berpuas hati melihat Gavin bersama Elita.

"Takpe kita tengok siapa yang akan menang dapat Gavin!Aku akan hancurkan hubungan korang berdua!"bisik hati Elmira sambil mengenggam penumbuknya.

"Thanks Elita"Kata Gavin.Berharap Elita akan membalas.Namun Elita hanya mengangguk dan terus menumpukan pada tugasannya.

Gavin meneguk kopi.

"Hoii"Alden menegurnya.

Gavin menoleh ke arahnya.'Takde adab,aku ada namalah nak panggil oii2 pula!'Gavin memarahinya dalam hati.

"Aku nak tanya sesuatu pada kau"kata Alden.

"Apa?"

"Aku nampak kau rapat sangat dengan Elita tu,ke kau ada perasaan terhadap dia?"

"Takde kenapa kau tanya aku?"

"Aku cuma nak bagi amaran pada kau,jangan nak pikat hati dia dan jangan nak rampas dia daripada aku"

Alden menjeling Gavin dan meninggalkannya.

"Kau fikir aku takut?"Gavin separuh berbisik dan memandangnya dengan pandangan tajam.

"Haura.."Elita mengetap bibirnya.

Alden mengetuk pintu.Elita mengesat air matanya dan menyuruh Alden masuk.

"Hello sayang"Alden berdiri di depan meja Elita.

"Hello"balas Elita.

"Kenapa mata awak bengkak?Awak menangis ke?"

"Ya"

"Sebab?"

"Saya sedih sebab Haura hilang ingatan,dia langsung tak ingat saya"

"Haura masih hidup ke?Dia kat mana sekarang?"tanya Alden.

"Ya dia masih hidup.Sekarang dia kat rumah aunty Greisy.Sebenarnya dia adalah anak angkat aunty Greisy"

"Awak rasa siapa yang buat dia hilang ingatan?"

"Entahlah.."

"Ke Gavin?"

"Gavin?Saya tak rasa Gavin tu jahat"

"Mungkin Gavin tu baik je kat depan awak,then belakang awak pula dia jahat"

"Taklah"

"Tapi awak perlu berhati-hati dengan Gavin"

Elita memandangnya.Dia masih membuat pilihan nak mempercayai kata2 Alden ataupun tak.

"Sekarang dah tengahari,sorry tak dapat luangkan masa dengan awak.Saya dan Hadzwan ada nak pergi suatu tempat"

"Ok takpe"balas Elita.

Alden melambaikan tangan padanya.Gavin masuk ke dalam dan melihat Alden.Alden memandangnya dengan pandangan tajam dan keluar dari bilik Elita.

"Jom keluar makan"kata Gavin.

Elita mengangguk dan mengekorinya.

***

"Tolong saya,saya tak ada duit sekarang.Jangan bunuh saya"lelaki itu merayu pada Alden dan Hadzwan.

"Dia nak menipu kita pula!Kau fikir kami ni buta ke tak nampak kau tengah pegang banyak duit tadi!Meh sini duit kau tu!"kata Hadzwan.

Lelaki itu masih tidak mengaku.

Alden menumbuk muka lelaki itu sehingga muka lelaki itu berdarah.

"Cepat bagi duit tu!"arah Alden.

"Saya bukan orang kaya cik,saya nak bagi duit ni pada isteri saya yang tengah sakit"

"Isteri kau sakit ke apa!Aku tak kisahlah bodoh!Cepat bagi duit tu!!"kata Alden.

Lelaki itu masih merayu padanya.

"Apa kita nak buat?"tanya Hadzwan.

"Bunuh dia!"

"Jangan cik saya merayu jangan bunuh saya, isteri saya sekarang tengah menunggu saya"

"Baik kau mati je sekali dengan isteri kau tu!"balas Alden.

Lelaki itu berlutut di depan mereka berdua dan menangis.

"Bunuh dia"arah Alden.

"ok"

Hadzwan mengajukkan pisau ke perut lelaki itu.

"Dia dah mati cepat kita ambil duit dia"kata Alden.

Setelah mereka mengambil duit lelaki tersebut,mereka membuang lelaki itu ke dalam laut.

***

Sejak pagi hinggalah sekarang,Elita masih tak ada mood.Elita termenung mengingati Haura.Puan Jefina,Encik Alvis dan Vivi fokus menonton television.Gavin pula merenung wajah Elita.

"Ayah,Elita nak minta cuti"kata Elita.

"Boleh tapi kenapa?"tanya Encik Alvis.

"Elita nak jumpa Haura kat rumah aunty Greisy"

"Ok,Gavin akan ikut bersama Elita"

Elita mengangguk.Dia berdiri dan naik ke atas.Encik Alvis dan Puan Jefina berasa kesian melihat anak tunggal mereka.

***

Elita mengetuk pintu.Puan Greisy membuka pintu.

"Morning aunty"Elita menegurnya.

"Morning,Elita rupanya,jemputlah masuk"

Elita dan Gavin mengekori Puan Greisy masuk ke dalam ruang tamu.

"Haura kat mana aunty?"

"Ada dia kat atas,kejap lagi dia akan turun ke bawah"balas Puan Greisy.

"Morning"kata Haura.Puan Greisy bingkas berdiri dan membawa Haura duduk bersamanya.

Elita senyum.

"Haura?"

Haura menundukkan kepalanya.Dia tidak mahu melihat Elita.Puan Greisy mengusap bahunya."Haura,don't do like that"Puan Greisy memberi nasihat padanya.

"Pandanglah saya Haura"kata Elita.

Haura mengangkat dagunya dan melihat tepat ke arah Elita.Elita berlutut di depan Haura dan mengenggam tangannya.

"Saya akan berusaha tolong awak untuk kembalikan ingatan awak,my best friend"Haura masih bingung dengan kata-kata Elita.Dia masih belum mempercayai semuanya.

"Betul ke awak kawan saya?"soal Haura.

"Ya Haura"Air matanya mula menitis.Setelah bertahun-tahun dia tidak berjumpa dengan Haura.Kini dia telah berjumpa dengannya.

Elita memeluk Haura dan menangis.

"Siapa yang buat awak lupa,Haura??"tanya Elita.

Haura berdiam.Dia sama sekali tidak mengingati peristiwa yang berlaku padanya.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C15
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión