Descargar la aplicación
65.95% SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 31: bab31

Capítulo 31: bab31

Aku merenung lembut wajah papa yang pucat,.sayu hati aku pabila mendapat panggilan dari Salina yang memberitahu papa sakit.melihat papa sakit sahaja telah buatkan hati aku takut dan sakit, aku masih tak mampu untuk hilang papa dan takkan pernah mampu, kerana papa jugalah aku sanggup bergelar isteri kepada lelaki di hadapanku.

"babe, janganlah risau sangat,papa dah ok dah tu," kata Salina sambil memelukku.

"aku risau Lyn, betul ke papa ok? Kau bukan boleh percaya,hari tu, kau pun sorok fasal papa sakit. " ucapku sangsi.

"haish kau ni, betul, aku tak tipu, biarlah papa rest.kau tidur sini ke malam ni? " soal Salina.

"mestilah, takkan nak balik pula, lagipun dah lama aku tak balik sini, kereta aku pun tak ambik lagi, " kataku pada Salina.

"haa, ok lah tu, aku pun nak bagitahu kau something nanti" ujar Salina sambil tersenyum.

"bagitahu apa? " soalku hairan.

"nantilah,sabar eh kak" ujar Salina lalu berlalu pergi.

***

Tok-tok.

Terdengar pintu bilikku diketuk dari luar,. Aku dengan malas berjalan menuju ke pintu.

Terlihat Salina bersama senyuman di wajah sedang berdiri di hadapan pintu.

"erm, kau nak apa? " soalku.

"haish kau ni, tak nak ajak aku masuk ke? " soal Salina sambil bibirnya dijuihkan.

"masuklah, tahu-tahu je kau Zaf tak ada. "ujarku lalu duduk di birai katil.

"tahu lah, dah laki kau dengan laki aku ada dekat bilik Ril, riuh haa tengok bola. "kata Salina lalu mengambil tempat disebelahku.

"dia orang tengok bola dekat bilik Ril?  Kenapa tv ruang tamu rosak ke? "soalku hairan, betul ke tengok bola, entah-entah tengok benda lain, tak sangka pula si Zafrel tu tengok bola, ingat tengok drama korea je,

"entah, adik kau tu,banyak akal dengan abang-abang dia, " ujar Salina sambil tersenyum.

"haa kau nak borak apa dengan aku ni Lyn? " bukannya aku tidak tahu, yang si Salina ni nak beritahu aku sesuatu, lihat mukanya aku dah tahu,.

"hehe, weh, kau tak nak try check yang kau pregnant ke tak ke? " soal Salina bersama sengihan.

Haa? Pregnant?  Tak payag check, aku dah tahu dah haa Salina oii. Kataku didalam hati.

"erh?  Kenapa?  Aku nampak gemuk ke? " kata sambil menunjukkan riaksi cuak.

Kau ni Saira pandai eh nak berdrama, ni lah padahnya duduk dengan pelakon no1 dekat rumah tu, siapa lagi Zafrel Amran lah.

"eh, tak lah, badan kau elok je, cukup abang ipar aku bagi kau makan eh, hahah, takda apa mana lah tahu, kita kan,duduk dalam perut sama-sama, tarikh lahir sama, kahwin sama-sama, mana lah pregnant pun sama-sama. " ujar Salina sambil membuat muka comel.

"pregnant sama-sama?  Kejap, kau pregnant ke babe? " jeritku teruja.

"hehe, tada!! aku pun baru tahu hari ni,laki aku pun tak tahu lagi tau, kau yang pertama, sebab kau manusia pertama yang aku kenal. " ucap Salina  ceria sambil menunjukkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan ia positif.

"aww,!  So sweet, congrats kembar!  Aku happy untuk kau,cepat eh kau!" ucapku, lalu satu pelukan hangat aku hadiahkan kepada Salina.

Pastinya, berita ini mampu buat aku tersenyum lebar kembali, pasti kalau papa dan mama tahu tentang perkara ini, mereka pasti akan gembira, manakan tidak cucu pertama, aku pun aku jadi makcik!  Mak long, atau mama Aira?  Hurmm, sungguh aku teruja.

"nanti anak kau nak panggil aku apa eh? " soal aku sambil tersenyum ceria.

"off course bukan mak long!  Anak aku,anak kau, anak kau anak aku, kita kan kembar, so, apa anak kau panggil,anak aku panggil sama je lah, kau pilih lah, aku nak anak aku ibu, so ibu tak boleh ada dalam list kau eh. " ujar Salina sambil ketawa.

"hurm, mama lah, ey tak sabar lah" ucapku sambil kepala sudah terbayang saat aku dapat dengan anak Salina kelak.

"haa, kau sure ke kau tak pregnant?  Try lah check, aku ada upt, nak try? " ucap Salina sambil mencuit peha kanan ku.

"hahaha, tak lah, tak ada rezeki lagi, aku tengah period ha, ngandung apanya. " dalihku yakin, tak ada rezeki lagi?  Banyak lah kau punya tak ada rezeki lagi Saira oi, haih menipu atas angin betul kau eh.

"haa takpe, ada peluang lagi untuk anak kita sebaya, " kata Salina sambil tersenyum.

Haih, kau boleh simpan je lah angan kau tu Salina, silap, belum sempat kau beranak,aku dah menjanda, haih.

"weh, ada lagi satu ni, "ucap Salina bersama sengihan.

"apa?  Kau ni, jangan cakap laki kau ngandung jugak lah, aku tengak Syarif tu macam dah daftar kelab suami boroi dah, ahaha" sakat aku kepada Salina.

Aku yakin itu pasti berpunca,sebab kembar aku tu rajin memasak, nak banding dengan aku, mati dulu lah Zafrel nak tunggu makanan yang aky masak, bukannya aku tak berasa bersalah,tapi entahlah.

"hahaha jahat eh,ngata laki aku, hahaha, bukanlah, erm boleh tak kau ajar aku fesyen-fesyen tudung yang simple?  Aku plan nak bertudung lah. "luah Salina perlahan.

Aku terpegun, sungguh aku memanjatkan rasa syukur dengan dua berita yang sangat menggembirakan aku. Memang yang membezakan aku dan Salina dari fizikal hanyalah penampilan kami, aku bertudung dan Lyn tidak.

"boleh-boleh!  " kataku tanpa berfikir lama,pantas aku mencapai sehelai bawal milikku yang sudah pun siap diseterika dan satu anak tudung,

"jom, kita mula, !"

***

Aku dan Salina sama-sama turun ke bawah, tak lekang senyum aku dibibir,sungguh aku gembira melihat penampilan baru Salina, kami mencari kelibat Syarif, untuk melihat riaksinya dengan penampilan baru Salina.

Kelihatan Syazril, Syarif dan Zafrel sedang berkumpul di dapur.

"ehem, "dehemku, sengaja aku tidak bercakap banyak kerana mahu melihat kenal ke Syarif dengan Salina, kerana tudung yang aku dan Salina adalah warna dan gaya yang sama. Baju juga turut kami tukar, bukannya susah, kami memang mempunyai banyak koleksi baju yang sama,.

"uish, Zaf, mana satu bini kau, mana satu bini aku ni?  " kata Syarif bersama kerutan di dahi.

"hahaha relax bro, ni nampak je serupa tapi tak sama. " ucap Zafrel sambil merenung tepat ke dalam anak mataku.

"nampak macam yakin tu, haa mana satu Saira? " soal Syarif.

Eh-eh, aku plan na suruh Syarif pilih boleh pulak Zafrel yang kena pilih. Tapi kenal ke dia dengan aku?

"I know you sayang" ucap Zafrel sambil mengeyitkan mata kanannya, lalu menarik tangan kananku lalu dikucup lembut.

Aku terpaku buat ke ratusan kalinya dengan tindakan Zafrel.pantas aku menenangkan kembali diri aku, pantas aku mendapat akal untuk menyakat Zafrel.

"ehem! Suka hati je eh cium tangan isteri orang, ni Lyn lah, " ucapku serius namun nada percakapanku, diucap seperti Salina.

Bulat mata Salina memandang ke arah, namun aku tidak mengendahkan pandangan Salina.

Namun tak pula aku lihat Zafrel terkejut dengan percakapanku, malah boleh pula dia tersenyum nakal,tanganku juga tidak dia lepaskan. Takkan dia memang boleh membezakan antara aku dan Salina,sedangkan mama juga pernah tertukar antara kami. Mustahil Zafrel boleh mengecamnya semudah itu.

"try again Puan Saira, lain kali,kalau nak buat teka teki, jangan pakai cincin nikah tau,and tukar pandangan tu, saya tahu how your eyes, look at me, " ucapnya lembut bersama senyuman sambil mengusap cincin nikah di jari manisku.

Haish! Kau ni Saira, asyik kalah je, bila nak menang tahu, orang cakap perempuan selalu menang, tapi aku ni asyik kalah je,

"hahaha,apa lah Kak Saira ni, tapi power lah abang long!  Ril pun confused tau,haha" ucap Syazril sambul menepuk bahu Zafrel.

"eyy,!  Akak nak suruh Syarif teka, alih-alih Syarif suruh Zaf pula, haih, " ucapku bersama keluhan.

"hahah, aku pun kenal lah Lyn, tapi,kalau aku yang pilih tak lah romantik macam laki kau Saira. " ucap Syarif sambil ketawa.

"haha, ok lah semua, abang long rasa macam nak siasat lagi pasal kak Saira kau orang ni, jom sayang, let me see every inchi of your body, " ucap Zafrel, namun hujung ayatnya dibisik perlahan di telingaku,lalu mata kananya dikenyit perlahan.

Mahu tak mahu merona jugalah wajahku dek kata-kata Zafrel, pastinya aku malu dengan kata-katanya, dia tu ha, tak ada rasa malu dah ke?  Haishh.

"agak-agak apa lah eh abang Zaf bisik last tu, tapi Ril boleh agak, hahaha" usik Syazril nakal.

***

Pagi-pagi lagi Zafrel sudah hilang, manakan tidak aku bangun pagi tadi,  tak pula aku nampak kelibat si Zafrel. Kata mama Zafrel keluar jogging bersama Syazril. Tak pula dia ajak aku, selalu,apa-apa sahaja dia akan ajak dan beritahu aku, haih kau ni Saira, dah tak boleh berenggang ke?.

"aip, termenung je Saira, takkan dah rindu suami? " sapa mama dari belakang,.

"eh tak lah mama, saja tengok ikan-ikan ni makan seronok dia hidup tak ada masalah. " ucapku jujur, sambil mata merenung kearah ikan-ikan yang sedang seronok berenang di dalam kolam di taman rumah.

"kenapa?  Kamu ada masalah ke dengan Zaf?  " soal mama risau.

"eh tak lah, ok je, tapi kan mama, Saira nak tanya boleh,? " pintaku lembut.

"tanyalah, " ucap mama lembut.

"mama dengan papa dulu, tak bercinta pun kan? Tapi macam mana mama boleh terima papa dan happy sampai sekarang? " soalku teragak-agak, bukan apa risau pula kisah aku dan Zafrel boleh dihidu oleh mama.

"aah, mama dengan papa tak bercinta pun, kami kenal sebab satu universiti,tapi papa tak pernah pun luah perasaan dekat mama masa sebelum nikah, dia directly jumpa opah and atuk, mereka setuju, mama ikut kan aja, siapa kata mama terima papa?  Tapi mama percaya, kebahagian akan hadir jika kita mencari bahagia, tapi kalau kita hanya mencari duka dan lara manakan hadir bahagia, cinta bukan segalanya dan tak akan kekal selamanya kerana ia melibatkan hati manusia.tapi jagalah hubungan dengan rasa hormat dan setia. "ucap mama sambil mengusap belakangku.

Aku terdiam sebentar, adakah aku yang selama ini menolak takdir, dan menepis semua rasa untuk menerima Zafrel?  Adakah aku sendiri yang menanam rasa benci dan tak suka kepada dia?  Aku buntu, benarkah aku sudah menerima dia sebagai suami dan bukan hanya sebagai majikan dan kawan biasa sahaja?  Entahlah.

"tu suami kamu dah balik, pergi lah sambut, tadi cari sangat, sampai tunggu dekat luar, " usik mama sambil tersenyum senang.

Aku membalas senyuman mama, kaki ku mula melangkah menuju ke arah Zafrel yang baru masuk ke dalam rumah.

"ehem, awak dah balik?  Nak air? " soalku lembut.

"erm, takpe, saya nak mandi dulu, kalau saya nak saya ambik sendiri" ucap Zafrel dingin.

Kenapa? Pelik, tiba-tiba saja dia beriak dingin, aku ada buat salah ke?  Setahu aku, dia elok je semalam, takkan lah datang bulan juga mamat ni. Ucap ku hairan di dalam hati.

Setelah berfikir sejenak, aku mengambil keputusan untuk naik, mana boleh jadi, aku baru nak berlembut dengan dia, boleh pula dia nak berangin dengan aku.

Pintu ku kuak perlahan, terdengar bunyi air di dalam bilih mandi, maknanya Zafrel masih berada di dalam.

Aku menunggu Zafrel di birai katil sambil melihat jari-jemari kakiku, lama pula mamat ni mandi, haih, sabar Saira, kau kena cuba berlembut, kau kena cari bahagia, ikut cakap mama!.

Terdengar pintu bilik air dikuak, Zafrel sudah pun lengkap berpakaian, aik?  Sejak bila mamat ni pandai pakai baju dalam bilik air?  Eh kau pun Saira hampa ke?  Ish, ish ish,  teruk-teruk.

"erm,.. Awak, dah breakfast ke? " soalku teragak-agak, masih janggal untuk aku memanggilnya selain panggilan Encik Zaf.

"dah. " jawab Zafrel ringkas lalu keluar dari bilik.

Haish apa masalah dia ni?  Nampak sangat nak mengelak, padahal bukan main lagi selama ni dia punya gedik, keluh ku.

BERSAMBUNG....

P/s: hai semua!  Haa agak2 knp Zaf macam hangin je, cuba teka? Okeyh mula2 sis nk mntk maaf sbb lmbt update, maaf deh, tk smpt nk kjr, tiba2 byk plk hal, okeyh enjoy reading semua, sayang korang!  Jgn lupa vote, komen, and share, positif je eh!


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C31
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión