Descargar la aplicación
91.66% Lara Laura / Chapter 11: Chapter 11

Capítulo 11: Chapter 11

Sudah hampir 2 minggu menjadi penganggur. Laura duduk berehat di atas rumput yang hijau meluas berdekatan tasik taman yang kerap dia kunjungi akhir- akhir ini.

Dia melepaskan keluhan yang berat lalu merebahkan badan ke tanah sambil menikmati awan yang membiru di langit. ' Sejak dari hari Mikail tumbuk Ajim, Aku tak pernah nampak dan dengar khabar berita darinya. Aku yang sepatutnya mengambil berat pasal dia. Ajim tak bersalah dalam hal ni. Semua salah aku.. kalau aku dengar nasihat Hidayah supaya berterus terang semua ni tak akan berlaku' kesal hatinya.

"Dah lah Laura , benda dah jadi bukan boleh patah balik. Tak mati pun lah kalau tak ada lelaki dalam hidup kau" pujuk dirinya sendiri sambil mengebas - ngebas seluar yang penuh dengan rumput kering.

Laura membuat Gimbab untuk makan tengah harinya. '' hmm.. bosan lah makan seorang je, aku buatkan lunch box untuk Hidayah lah '' .Dalam perjalanan Laura menelefon Hidayah.

" Dayah.. aku on the way ke office kau ni. nanti aku call semula bila dah sampai lobi." Laura memutuskan talian. Dari jauh Laura melihat Exander keluar dari bangunan syarikatnya masuk ke kereta.

" kan best kalau hidup aku macam muka ketat semua ada , tak ada masalah nak di fikirkan" Laura menjuih bibir ke depan.

" Bukan ke tu budak perempuan yang saya hampir langgar tu? " tanya Danniel pada bosnya itu. Exander memandang ke arah

Laura yang sedang berjalan itu , semasa berselisih dengan kereta yang di naiki.

" Kakak karate " Exander menjawab sepontan. "Comfirm betul budak tu. Apa dia buat dekat sini?" soalnya pada diri sendiri.

" Haime panggil dia kakak karate. Sebab dia Haime sanggup berguling dalam bilik mesyuarat hari tu" Exander mengelengkan kepalanya.

Laura menunggu Hidayah di lobi. Selang beberapa minit Hidayah keluar dari lift.

" Dayah " panggilnya.

" Ada apa tiba - tiba aje datang ni?" soal Hidayah apabila melihat Laura tersengih sengih seperti kerang busuk.

" Nah lunch box kau" laju Laura menghulurkan beg kertas ditangannya. Hidayah mengambil beg itu dan terus membukanya.

" Waaa.. Korean dish.. jom ikut aku" Dia menarik Laura pergi ke cafeteria.

" Jom makan sekali tapi kena makan cepat lah waktu rehat aku sekejap je" hidayah berkata sambil membuka bekal yang di bawa Laura.

"ummphh, sedap lah Gee" Hidayah bercakap dengan mulut yang penuh.

" Tak apa ke aku makan kat sini? nanti kawan office kau nampak pulak." Laura memandang ke kiri dan kanan.

" Biar lah kalau nampak pun. Apa masalahnya?"

" Yela , Aku kan macam ni aje."

" Gee .. ni aku tak suka ni.. Aku tak kisah lah apa orang cakap pasal kau. Kau tetap ikut aku waktu susah dengan senang. Aku tak suka lah kau cakap macam tu! "Wajah Hidayah bertukar mendung mendengar kata - kata Laura.

" Yela.. Yela.. Aku janji tak cakap macam tu lagi, makan lah penat aku jalan nak hantar untuk kau tau " Laura menghulurkan gimbab ke mulut Hidayah yang merajuk. Mereka makan bersama sambil bercerita tentang tempat kerja baru Hidayah. Laura pulang selepas tamat waktu rehat Hidayah.

Sampai saja di bilik, Laura melompat baring di katil Hidayah. Dia cuba memejam mata dengan harapan dia tertidur tapi fikirannya melayang memikirkan Ajim. "hish .. tak boleh.. tak boleh.." dia menggelengkan kepala sambil memeluk bantal tapi tak lama kerana bayangan wajah Ajim masih lagi berlegar legar dalam fikirannya.

"Arghhh" Laura menjerit lalu menggelengkan kepala sekuat hati seperti sudah hilang akal dengan berkata "pergi! pergi! pergi". Dalam beberapa saat kemudian dia berhenti untuk melihat sama ada berkesan atau tidak.

" Haaa.. hilang pun " katanya yang baring semula di katil. Matanya kuyu dan Laura hampir terlelap tiba - tiba dia mendengar suara Ajim memanggilnya. Laura berpusing ke belakang kerana terperanjat. Buk.. Dia jatuh dari katil seperti nangka busuk.

" Aduhh.. belakang aku.. sakit" merengkot badannya mengerang kesakitan. Laura bangun perlahan lahan berjalan ke dapur. Dia minum air mineral botol kecil sehingga habis hanya sekali teguk. "Ahhh sudah, Kalau hari - hari macam ni boleh gila aku dibuatnya" berlalu keluar bilik. Dia berlari menuruni tangga, segera mengetuk pintu rumah Aunty Marion.

"Aunty.. Aunty.." panggil Laura yang mengetuk pintu.

" Sekejap.. Wait ha.." Suara Aunty Marion kedengar. Pintu rumah terbuka. " yaa..

" Aunty, maaf ganggu tapi I bosan lah" sampuk Laura pada Aunty Marion belum sempat menghabiskan ayatnya.

" Kalau macam tu, U ikut I saja la.. kita belajar Qigong". Aunty Marion mengunci pintu dan mereka berdua berjalan ke taman. Aunty Marion gembira menyapa kawan - kawannya tetapi Laura hanya senyum saja sebab mereka berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.

" Okay ready for warming up, swing your hand from left to right." Arah pengajar yang berada di depan.

" Hand left and right upholding the sky, ready in upright position. Lace hands, bring up chest level, inhale and palm down, push slowly, exhale. Stretch to bring hands up above head and inhale again. Slowly move hands down, drawing a full circle and exhale. sambungnya lagi. Laura di belakang terkial - kial mengikut langkah pengajar tersebut. Sepetang Laura bersama Aunty Marion di taman.

Sebaik saja pintu terbuka, Hidayah yang berdiri tercegat dimuka pintu menegurnya.

" Hah, baru balik"

" Oh mak kau!"Laura lompat terperanjat. "haish.. kau ni !" menjeling ke arah Hidayah. Dia membuka kasut terus berjalan masuk, mencapai tuala tersangkut di kerusi dan melangkah ke bilik mandi. Hidayah mengunci semula pintu sambil membebel.

" Dia pulak yang marah, sepatutnya aku yang marah dia. Dengan katil aku bersepah ,pintu peti sejuk tak tutup. itu tak apa lagi , ini pintu bilik ternganga seluas luasnya. Memang nak buat party dengan penyamun agaknya."

" Bla..bla.. bla.." Dia di dalam bilik air mambuat mimik muka mengejek Hidayah.

Hidayah menyiapkan makan malam sementara menunggu si Laura mandi. ' itu kalau tak sejam bukan Laura namanya' omel Hidayah sendiri. Laura memakai baju tidur bergambar bintang dan bulan berwarna biru langit itu keluar dari bilik tidurnya.

" Kau masak apa?" perlahan suaranya menyoal.

" Nasi goreng aje yang paling cepat" Hidayah keluar dari dapur berjalan ke meja.

" Jom kongsi, aku bukan habis pun ni"

Laura menggeleng kepala " tak nak la, tak ade selera" jawab Laura sebelum menundukan kepala ke atas meja.

" Haish, Kau dah kenape Gee? lalu menyuap nasi ke mulut.

" Aku dah betul - betul bankrupt ni Dayah. Duit syiling pun tak ade. Tak kan kau nak sara hidup aku sampai tua. Nak bayar duit sewa bilik, bil telefon , drama apps. Dah la Ajim duduk merata dalam kepala otak aku ni. Dia menghantui aku Dayah. Aku bukan tak nak call atau jumpa dia tapi aku malu, takut.. kalau dia tengking aku macam Mikail tu macam mana? mengadu Laura panjang lebar.

" hish.. Laura menggaru garu kepalanya dengan kedua belah tangan. Habis kusut masai jadi rambutnya. Berjalan sambil menghentak - hentakan kaki ke lantai.

" kau nak kemana? makan la ni" panggil Hidayah.

" tidur." ringkas jawapannya

Hidayah menggeleng kepala dan tersenyum melihat gaya sahabatnya itu seperti memikirkan masalah dunia.


Load failed, please RETRY

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C11
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión