"Hidayah.. ikut saya ke office." Panggil supervisor kedai serbaneka itu. Hidayah tanpa membantah mengekori bosnya itu.
" saya terpaksa reduce beberapa orang staff sebab berlakunya lambak kan pekerja di sini. kami di maklumkan awak tiada tanggungan kan? kami juga sudah buat pertimbangan beberapa kali dan ini lah keputusan orang atas. saya harap awak faham dengan situasi yang berlaku ye." jelas majikannya itu.
Hidayah mengangguk tanda faham. Dia kembali meneruskan kerja yang tergendala sebentar tadi. Hari ni , hari terakhir dia bekerja di situ. Hidayah mengerling jam di tangan sudah menunjukkan pukul 5.30 . Dia mengambil beg dan bergegas ke bus stop. sepatutnya dia habis kerja pukul 10 malam disebabkan sakit hati dia tinggalkan saja kerja. 'hmm , balik lambat ke, cepat ke sama je esok aku dah tak boleh kerja jugak'. Bebelnya sambil menunggu bas.
Hidayah mendaki tangga menuju ke bilik sewa. Terkejut dia melihat Laura tidur di luar bilik. Dengan berhati - hati dia masuk ke dalam supaya tidak mengganggu sahabatnya itu dan mula mengemas. Sejam kemudian Hidayah keluar dari bilik
" Lah.. tak bangun lagi budak ni. Gee.. Gee.. bangun dah senja ni." menepuk - nepuk badan Laura.
" hmmm.. eh, bila kau balik? " Laura mengosok - gosok matanya yang masih mengantuk.
" pukul 5.30 tadi lagi, aku tak kejut sebab aku tengok kau sedap je tidur."
" Lah.. kejut je la.." Laura bangun mencapai telefon di meja kecil depannya.
" Kau call siapa?"Laura tidak menjawab pertanyaan Hidayah.
"Hello, Dayah dah balik"
"Lambat sikit ni sebab singgah kedai kejap." jawab Ajim lembut.
" okay. tak pe. take your time. bye."
" Gee.. sebenarnya aku dah.. hmmm.. tak ade apa lah.." Hidayah matikan niatnya untuk memberitahu Laura yang dia tidak lagi bekerja.
"Haa. aku lupa nak bagi tahu kau. IZZ GROUP ada buka jawatan kosong. Kau try la mana tahu ada rezeki. kau guna je la segala sijil yang kau ade. SPM kau pun cemerlang apa. Dapat kerja kat front desk pun okay dah."
" Bila interview tu? "
" Jap aku tunjuk.. haa ni.. kau baca la." Laura menghulurkan telefon pada Hidayah.
" Esok hari last Gee.. Kalau aku pergi pun bukan tentu dapat" Perlahan suara Hidayah.
"Hi.. Sorry aku lambat.. nah ni untuk kau Gee" sapa Ajim dengan kedua belah tangan penuh dengan barang yang dibeli oleh nya.
" Tongkat ni kau beli ke? dah macam orang patah kaki la pulak..waa.. ada nasi goreng, ayam goreng pun ada."
" Yela aku beli, siapa pulak nak bagi free.."
" Kau pasal makan suka lah kan Gee."sampuk Hidayah. Laura tersengih - sengih. Ajim dan Hidayah mengangkat meja , wordrobe, memasang semula katil, menyusun semua barang dan juga memasang langsir. Laura menongkat dagu jadi pemerhati. Sekejap dia main game di handphone. sekejap dia baca komik. Laura menelan air liur tengok nasi dan ayam goreng.
" Kau orang lambat lagi ke? Aku lapar dah la".
" Yee.. nak siap dah ni. Makan je keja." Hidayah mencebik mulutnya
" Nak tolong pun kaki tak boleh bergerak. makan je yang boleh." jawab Laura yang sedang membelek Majalah. Argghh .. bosannya. 'Sofa kat sini so tengah tu dah ada pangkin. Hujung belah kiri tu rak pokok bunga . Depan ni boleh gantung hammock. haa perfect.' Dia tersenyum puas lepas membayangkan apa yang bakal di letaknya di kawasan depan bilik itu.
" Okay.. semua dah siap." kata Hidayah pada Laura tapi tidak di perdulikan.
" Hoi Gee .. kau tak dengar ke aku cakap?" dia yang duduk di tepi Laura aju kan soalan.
" hmmm. " tapi mata tidak lepas dari memandang majalah di tangan. Ajim yang duduk mengadap Laura, memandang hidayah serta mengangkat kening tanda bertanya ada apa dengan Laura. Hidayah membalas dengan mengangkat kedua belah bahu tanda dia pun tidak tahu kenapa.
" Ni kau punye Gee.. Special sebab ada telur dadar. Dayah punya ada telur mata kerbau je." Ajim memujuk Laura dengan tolong buka dan hulurkan pada Laura.
" Kau tengok Ajim sayang kau dari aku.. tak aci betul." sambil menyiku Laura. Laura berpaling dan menjelir pada Hidayah. Ajim tersenyum melihat keletah Laura. Lama mereka membisu. tiba - tiba Laura mengajukan soalan.
" Kau berdua bercinta ke kat dalam? " dengan muka selamba sambil menyuap nasi goreng ke mulut. Bersembur nasi yang di dalam mulut Ajim dan Hidayah mendengar pertanyaan Laura.
" Apa yang kau merepek ni." Hidayah menepuk belakang Laura.
" Dah tu mengalahkan professional interior designer." laju Laura menjawab. Selepas makan Hidayah menyambung memasukkan bajunya dan juga baju Laura. Kalau aku tak kerja , Gee tak kerja.. habis tu aku dengan Gee nak makan apa?.. Dia membayangkan mereka berdua di halau dan duduk di bawah jambatan. hish.. tak nak.. tak boleh.. okay aku pergi. Laju tangannya membuat kerja. selepas itu dia mencari segala sijil yang ada dan siapkan resume. Ajim dan Laura berada di luar mengambil angin malam. Mereka di temani cahaya lampu dan juga bintang- bintang di langit.
" Kau jarang cuti kerja , Tak ada plan nak holiday ke? Aku tak tahu apa- apa pun pasal kau.. nama penuh kau pun aku tak tahu. kalau kau nk cerita boleh jugak. kalau nak la.. " tanya Ajim sekian lama dia membisu.
" Aku nak kemana? aku plan nak balik kampung jenguk nenek dengan sepupu aku tapi tak tahu bila. Aku dengan Hidayah 1 kampung."
" Oo.." Jawab Ajim perlahan. suasana kembali sepi. Ajim meneguk baki air yang ada lantas bangun.
" Hmmm, tak ape lah aku balik dulu." belum sempat Ajim melangkah Laura mencapai jari jemari nya dan mendongak melihat wajah Ajim.
" Ibu dah lama meninggal.. Nama aku Lara Laura.. selamat berkenalan Iskandar Azim ijmal." Raut wajah Laura yang lembut mengukir senyuman. Ajim membalas senyuman Laura dan meneruskan langkahnya. Laura terhincut - hincut masuk kedalam bilik setelah Ajim turun kebawah.
" Okay dah siap.. Ajim dah balik? ape yang kau orang bualkan tu?" dia merenggangkan badan kerana terlalu lama membongkok untuk menyiapkan resume yang hendak dibawa esok.
" berbual kosong aja.. apa yang kau buat tu?
" Resume aku la esok nak pergi interview IZZ GROUP." Dia mengangkat angkat kening sambil tersenyum.
" Aku nak ikut Dayah. boleh lah.. boleh lah.."
" Habis kaki kau tu boleh berjalan ke?"
" Demi kau , aku gagahi jua.. Tongkat sakti aku ni kan ada." Dia menepuk tongkat pemberian Ajim.
"Nak ikut tido sekarang. Kau tu dah la liat nk bangun pagi."
Kring.. kring.. kring.. penggera yang di set Hidayah dalam telefon berbunyi. Dia melihat jam sudah pukul 7.30 pagi.
" Bangun Gee.. cepat lah.. dah pukul 7 lebih. nak mandi lagi. sarapan lagi. kau dah berjalan slow. aku mandi dulu."
" Tunggu la.. aku nak mandi jugak." Laura terpisat - pisat bangun.
" Kau tak payah tak apa. bukan kau yang nak di interview." Hidayah melaung dari dalam bilik mandi. Dia keluar dari bilik mandi terus meluru ke wardrobe. Laura yang memerhati naik pening disebabkan kawannya itu ke hulur ke hilir tanpa henti. Laura membasuh muka dan mereka keluar menuju ke bus stop.
Hidayah menggeleng kepala melihat Laura yang tidak perasan mulutnya comot dengan coklat kerana leka menikmati roti itu.
"Makan macam budak tadika.. comot sana.. comot sini.." bebel Hidayah sambil mengelap mulut Laura.
" Dayah.. tolong ikat rambut.." dia hulurkan pengikat pada hidayah. Tidak lama kemudian bas yang mereka nantikan sampai.
Hidayah berjalan masuk kedalam banggunan yang gah berdiri itu dengan perasaan penuh debaran.
" Good luck Dayah.. Aku tunggu situ.." sambil menunding jari ke ruang menunggu. Dia mengangguk dan menanya pekerja yang ada di front desk syarikat itu di mana interview diadakan. Laura terhincut - hincut berjalan menggunakan tongkat menuju ke sofa yang di sedia kan. Dia melihat sekeliling ruang bangunan syarikat yang serba mewah itu. Laura terpandang mesin kopi dan meja kecil di sebelah kanan yang di atasnya ada balang biskut.
" Excuse me.. saya nak tanya coffee and cookies tu for staff only? "
" Tak la. kami memang sediakan untuk tetamu." sambil memberi senyuman manis. Laura kembali semula ke ruang menunggu. Dia mengambil 1 cawan kopi dan duduk semula di sofa. Sambil menghirup kopi yang di ambil dia memakan biskut. Tanpa sedar Laura memakan ke semua biskut. Setelah sejam berlalu. Datang seorang lelaki berpakaian kemas juga berkaca mata hitam dan duduk di sofa yang berhadapan dirinya. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.
" Tuan , saya sudah call Pakcik Rahmat so dia on the way." kata Danniel yang melabuhkan punggung di sofa sebelah kanan Laura. Dia mengambil balang lalu membukanya.
" haish.. kosong.. katanya perlahan
"Mel tak tukar balang lain ke?" tanya Danniel pada penyambut tetamu itu
" saya baru saja tukar En. Danniel, nanti saya bawa kan yang yang lain."
'dah tukar tapi kenapa kosong' Danniel bercakap sendiri .Dia memandang Laura. Dengan segera Laura mengalihkan pandangan ke tempat lain
" Eh, u yang i hampir langgar semalam kan.. Buat apa kat sini.?" tanya Danniel lembut.
" Arr..i tunggu kawan. Dia ada interview."
"Oh.. kaki sakit pun ikut kawan ke." sambil ketawa..
" i saja bagi semangat dekat dia. i dah tak boleh kerja so dia lah kena kerja kalau tak kami nak makan apa kan..Mana tahu tuah i menjadi dia dapat kerja dekat sini kan.. " dia senyum terpaksa.
" Siapa nama kawan u ? sopan dan lemah lembut dia ye . sejuk hati mak yang mengandungkan dia."
" Saffi Hidayah binti Abdul khadir."
" sedap namanya, nama u ? "
" Nama i Lara Laura.. binti syafie."
"Exander hanya memerhati Danniel bersoal jawab dengan Laura.
" ahh.. Pakcik Rahmat dah sampai Tuan. " Mereka berdua jalan beriringan menuju ke kereta yang di pakir depan pintu masuk bangunan itu. Dalam perjalanan untuk melawat tapak projek , Exander call Maya minta disambungkan pada En.Sophie.
" Hello, terima calon nama Saffi Hidayah."
" Tapi tuan dia tak layak kalau mengikut syarat."
" Letak dia di management trainee." Arah Exander lalu memutuskan panggilan.
Selesai di interview, Hidayah menaiki lift turun ke lobi lalu mendapatkan Laura yang menunggu dari pagi. Mereka berdua menunggu bas dan balik ke bilik sewa.
" ahhh penat lah.. lama betul yee kau interview.. Orang tu tanya apa je?" Tanya Laura yang sudah pun baring di atas katil Hidayah.
" tanya macam biase orang nak minta kerja je. yang lama tu sebab ramai. " jawab Hidayah sambil menyangkut Sling bag miliknya. Dia masuk ke bilik air menukar baju yang lebih selesa.
" Kau pergi mandi lah Gee. Dah pukul 11 ni. aku nak masak . kejap lagi kerja." bohong Hidayah pada Laura. Dia tidak mahu Laura susah hati jika mengetahui bahawa dia tidak lagi bekerja. Selesai memasak dia bersiap untuk dan keluar untuk cari kerja baru. Laura yang baru saja siap mandi memanggil Hidayah tapi senyap tiada jawapan . Dia keluar dari bilik air . Laura yang memakai baju t - shirt juga berseluar track menjenguk ke luar bilik tapi tiada kelibat kawannya itu. ' dia dah keluar pergi kerja ke?. hmm. apa yang di masaknya ni.' Laura tertanya - tanya sendiri berjalan masuk ke dapur lalu melihat sekeping sticky note di tudung periuk. ' Gee.. aku minta maaf sebab ini je yang ada. nanti bila gaji dah masuk aku belanja apa yang kau nak ye..' Laura buka tudung periuk dan bibirnya mengukir senyuman . walaupun hanya bubur nasi kosong tapi tetap sedap bila Hidayah yang masak. Laura makan bubur di sofa luar bilik . ' hmm.. bosan lah aku.. MC seminggu.. ni baru 2 hari. Arghhh.. ' dia merebahkan badan ke sofa.