Descargar la aplicación
100% Bila Takdir Berkata Lain / Chapter 85: Aktiviti Memancing(2)

Capítulo 85: Aktiviti Memancing(2)

Saat ini, Ashley sedang berdiri di depan kawasan loker untuk menyimpan barang-barang yang dia pegang. Kawasan loker itu disediakan untuk para pengunjung yang datang ke sini dan ingin menyimpan barang-barang yang mereka bawa.

Kawan-kawan Ashley yang lain sudah pun menyimpan barang-barang mereka dan hanya Ashley saja lagi yang belum menyimpan beg dia.

Sedang dia sibuk menyimpan barangnya ke dalam loker, Kenzie pula datang mendekati Ashley.

Ashley memandang ke arah Kenzie setelah melihat lelaki itu berdiri di sebelahnya. "Oh, Kenzie... Ada apa?"

"Saya tengok orang-orang yang datang hendak memancing di sini akan pilih tempah masing-masing. Kamu biasa pilih tempat mana untuk memancing?" tanya Kenzie.

Ashley meletakkan begnya ke dalam loker sebelum mengunci loker itu. Kunci yang dipegang dimasukkan ke dalam poket seluar. "Oh kau nak tanya di mana tempat yang selalu kami guna untuk memancing? Kami biasa pergi ke pondok hujung sana... Jangan risau, Ted dan Raquel mungkin sudah sewa pondok itu untuk kita. Lagipun, saya boleh guarantee pada kau yang tempat tu ialah tempat yang paling best."

Saat mendengar Ashley bercakap, Kenzie melihat ada sekumpulan orang yang terdiri dari wanita dan lelaki sedang berjalan ke arah mereka. Ashley tidak melihat mereka kerana dia berdiri dengan membelakangkan kumpulan itu.

Kerana tidak mahu Ashley dilanggar oleh kumpulan itu dan jatuh, Kenzie segera menarik tangan Ashley untuk berganjak ke tepi. Dia dan Ashley mengambil tempat kosong yang berdekatan dengan loker.

Ashley terkejut kerana Kenzie tiba-tiba memegang tangannya. Ashley menoleh ke tepi dan melihat ada sekumpulan orang sedang berjalan melintasi kawasan itu. Ashley mengeluh lega dalam hati. 'Nasib baik Kenzie sempat tarik saya tadi.'

"Thank you. Saya tidak sedar pula ada orang nak lalu," kata Ashley, tersenyum malu dengan kecuaiannya sendiri.

Kenzie sekadar tersenyum kecil. "Lain kali hati-hati."

"Kenzie, Ashley! Apa lagi yang kamu buat di sana? Marilah kita pergi memancing! Saya sudah tidak sabar ni!" teriak Steven, memanggil dua orang kawannya yang tertinggal di belakang.

"Okey, kami akan menyusul nanti!" teriak Kenzie sambil melambai kecil ke arah Steven. Kenzie memandang ke arah Ashley lagi. "Jom kita pergi. Yang lain sudah tunggu tu..."

Ashley mengangguk. "Okey, jom."

Mereka berdua pun pergi ke arah pondok yang telah disewa sebagai lokasi mereka memancing. Selain pondok itu, terdapat pondok lain lagi di mana pondok-pondok itu juga disewa oleh para pengunjung yang lain.

Ted datang ke pondok itu bersama dengan peralatan memancing. Connie dan Laura ada di belakang Ted sambil menolong lelaki itu mengangkat semua peralatan memancing itu.

"Alright, semua sudah sedia... Jom kita mula memancing. Wei, Ted... Kau kan pandai memancing, tunjuk saya macam mana," Steven yang sudah teruja itu segera mengambil batang kail yang diletakkan di atas meja.

"Hal memancing saja pun kau nak minta tunjuk dengan Ted? Kau ni memang tidak tahu memancingkah?" tanya Connie dengan suara memerli.

Steven terus memandang ke arah Connie. "Kalau kau rasa kau pandai sangat dari saya, kenapa kau tak tunjukkan pada saya macam mana cara nak memancing?"

Connie terus mengangkat tangannya tanda mengalah. "Saya mana pernah memancing. Ini pertama kali saya join orang memancing, okey!"

Steven mencebik dengan jawapan dari Connie. "Tadi perli orang sebab tak tahu memancing. Diri sendiri pun tak tahu tapi nak perli orang."

Connie hanya menjelirkan lidahnya ke arah Steven, malas mahu membalas kata-kata lelaki itu.

Yang lain hanya ketawa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Connie.

Raquel berdiri dan dia mendekati Steven. "Kalau kau tidak tahu, mari sini saya tunjukkan. Kami selalu ke sini jadi saya juga tahu macam mana nak memancing..."

Semasa Raquel mendekati Steven dan menawarkan diri untuk menolong Steven, Ted yang berdiri di hujung pondok memandang ke arah mereka. Berkerut dahinya melihat Raquel yang sedang memberi tunjuk ajar kepada Steven.

Perhatian Ted teralih saat Anjel mendekati Ted. "Ted, saya juga mahu belajar memancing. Boleh kah tunjukkan kepada saya macam mana nak memancing?" tanya Anjel.

Ted memandang ke arah wajah Anjel yang penuh dengan senyuman. Dia mengangguk kecil lalu menarik tangan Anjel supaya gadis itu berdiri dekat dengannya.

Kerana Ted menarik Anjel mendekatinya, jarak diantara mereka pun semakin dekat sehingga membuatkan Anjel tersenyum gembira. Dengan penuh teruja, dia mendengar setiap tunjuk ajar yang diberikan oleh Ted.

Raquel juga melihat Ted dan Anjel namun hanya rengusan sinis saja yang keluar dari mulutnya. 'Apa yang perlu dibanggakan sangat dengan ajaran Ted sampaikan Anjel pun tersenyum malu-malu macam tu?'

Ashley duduk di tepi dan memandang ke arah Kenzie yang sedang menyiapkan alat memancingnya. Kenzie juga sedar dengan pandangan dari mata Ashley dan lelaki itu menoleh ke arah Ashley. "Kau mesti sedang berfikir jika saya pandai memancing atau tidak, kan?"

Wajah Ashley terus menjadi panas kerana mendengar kata-kata Kenzie. Dia terus menggeleng-gelengkan kepalanya dengan cepat. "Mana... Mana ada! Saya mana ada fikir macam tu!" kata Ashley gelabah.

Kenzie tergelak melihat sikap gelabah Ashley. Dia hairan apa yang menyebabkan gadis itu gelabah seperti itu. "Saya hanya bergurau dengan kau saja. Kau tidak perlulah gelabah macam tu..."

Ashley tidak tahu hendak membalas apa kepada Kenzie. Jadi dia hanya mampu tersengih saja dan mengalihkan perhatiannya ke arah Laura dan Connie yang sedang mengambil gambar.

Laura mendekati Ashley dan terus menarik bahu gadis itu. "Ashley, jom bergambar sama-sama!"

"Hei, jangan lupa saya!" teriak Connie lalu dia bergegas menghampiri mereka.

Setelah puas bergambar dengan Ashley, dua orang wanita itu berpindah pula ke arah Kenzie. Sedang mereka bergambar, Connie melihat seorang lelaki dari sebuah pondok lain telah menangkap seekor ikan yang besar dengan menggunakan pancing.

Connie yang teruja melihat ikan yang besar itu terus melompat-lompat sambil menuding ke arah pondok itu. "Tengok tu! Tengok tu! Mereka ada dapat ikan yang besarlah! Kita pun mesti dapat tangkap ikan yang macam tu!"

"Pancing ikan bukan saja perlukan kemahiran tapi juga bergantung kepada nasib. Kalau nasib kita baik, mungkin kita akan dapat ikan yang besar macam tu," kata Ted pula.

"Tapi tidak mustahil kan kalau kita dapat ikan yang besar?" tanya Laura pula. Dia juga teruja seperti Connie setelah melihat ikan besar yang ditangkap dari pengunjung yang berada di pondok lain.

Ted mengangguk. "Ya, tidak mustahil..."

"Kalau macam tu, mari kita tangkap ikan yang paling besar!" teriak Connie pula.

"Oi, kau gilakah? Macam mana kita nak tangkap ikan yang besar begitu sedangkan saya baru saja belajar memancing!" kata Steven pula.

Connie menjelirkan lidahnya ke arah Steven lagi. "Itu salah kau. Siapa suruh tidak pernah belajar sebelum ini!"

Steven terus mencebik kerana geram. "Apasal jadi salah saya pula?"

Yang lain hanya tergeleng dan tergelak dengan sikap dua orang kawan mereka yang mula berdebat mulut itu.


REFLEXIONES DE LOS CREADORES
bbeatyybrr bbeatyybrr

Akhirnya, setelah lama saya tidak update, here is the new chapter. Enjoy!

Load failed, please RETRY

Un nuevo capítulo llegará pronto Escribe una reseña

Estado de energía semanal

Rank -- Ranking de Poder
Stone -- Piedra de Poder

Desbloqueo caps por lotes

Tabla de contenidos

Opciones de visualización

Fondo

Fuente

Tamaño

Gestión de comentarios de capítulos

Escribe una reseña Estado de lectura: C85
No se puede publicar. Por favor, inténtelo de nuevo
  • Calidad de escritura
  • Estabilidad de las actualizaciones
  • Desarrollo de la Historia
  • Diseño de Personajes
  • Antecedentes del mundo

La puntuación total 0.0

¡Reseña publicada con éxito! Leer más reseñas
Votar con Piedra de Poder
Rank NO.-- Clasificación PS
Stone -- Piedra de Poder
Denunciar contenido inapropiado
sugerencia de error

Reportar abuso

Comentarios de párrafo

Iniciar sesión